Khamis, 29 Oktober 2015

kelaut.. ke darat..kelaut lagi....

Assalamualaikum semua...
 
 
lama sungguh saya menghilang ye.. dengan tak ada mood nak membebel. skrin handphone pulak pecah dah berbulan-bulan. malas nak repair. sampai sekarang masih belum repair. sebab geram, baru je repair beberapa bulan lepas. dah la si anak soleh Aniq saya ni ha puncanya. dua-dua kali pun dia la penyebabnya.
 
Alhamdulillah, encik  suami yang baik hati lagi penyayang tak marah pun handphone jadi macam tu. bagus betul, siap belikan saya notebook yang dah lama saya nak.  jengg.... dah dapat dah notebook nya. ni la tengah rasmikan....heheeh...happy.. senyum sampai ke telinga..weeee....
 
tapi untuk blog masih tak boleh janji nak selalu update. iyelah, kerja dah banyak. kadang tak cukup masa nak menghadap internet ni. sakit kepala pulak lama-lama. mana nak update facebook, page. semua tu nak menghadap skrin. pengsan!
 
lagi pulak sekarang dah pregnant lagi. baby nombor dua ni dah hampir separuh perjalanannya nak jenguk dunia. Alhamdulillah. rezeki. seronok nak timang baby baru ni. sebabnya insya allah lepas je habis berpantang, dapatlah kami masuk rumah baru. semoga semuanya yang dirancang akan dipermudahkan.. amiinn...
 
 
insya Allah, ada kelapangan saya akan jenguk blog kawan-kawan yang dah lama tak jejak. sorry ye semua. saya tak pernah lupa pun.  harap semua masih ingat la kat saya ni ye..hehehe