Jumaat, 1 November 2013

Anak Tidur Lambat, Normal Ke?

Mommies, sebenarnya memang kena risau sebab kalau anak kita tidur lambat, tidur lewat-lewat itu dah tak normal ye.. Walaupun anak kita aktif. Untuk perkembangan minda toddler yang sihat, kena pastikan anak tidur awal. Kalau boleh pukul 9 dah tidur.

Mommies kena set kan masa tidur anak. Ajar dia tidur awal, bangun awal. Insya Allah, lama -lama akan biasa. Biasalah kalau anak tak nak ikut & memberontak masa mula-mula. Tapi kita kena disiplinkan dia. Kalau tak mula sekarang, nanti dah besar lagi payah. Insya Allah nanti dia faham, siang untuk belajar, bermain & buat aktiviti. Malam pulak untuk tidur.

Masa anak nak tidur, sebaiknya temankan sekejap. *kalau tidur sendirian* sampailah anak lelap. Masa tu kita bacakan doa, nasihatkan dia. Guna perkataan yang baik-baik. Masa tu minda bawah sedar dia, akan simpan apa yang kita cakap kat dia. 

Lepas tu kita berserahlah pada Allah. Kita berusaha, Allah lah yang beri kesan.. Saya pun tak de la pandai, ini ilmu yang saya dapat dari sumber pembacaan. Saya kongsi pulak kat sini..

Thanks yer sudi baca :)



Tiada ulasan :

Catat Ulasan