Jumaat, 29 November 2013

Produk baru catalyst

Yeah !!!! Catalyst dah keluarkan produk baru lagi.. Ada 6 jenis produk yang memang dijamin dari bahan2  terbaik. Produk2 catalyst ni memang banyak saya dah guna,and saya akui sangat bagus sebab penggunaan bahan dalam produk dorang sangat berkualiti. Harga pun masih mampu milik. Saya tak nak cerita banyak tentang produk yang baru keluar ni, just nak war-war kan je dulu ni.


Taraaa.... Ini la dia yang saya cakap. Kesemua yang kat atas ni produk yang baru je keluar. Saya akan buat satu lagi entry pasal ni, siap dengan keterangan semua ye,kegunaan untuk apa and harganya sekali...Teruja dah ni... Haahaaa...Sya, sabar la oii..




Khamis, 28 November 2013

Hapuskan Selulit dengan Shaping Boom

Antara produk catalyst yang hangat ialah ini… 



Haa....ini slimming spray tau. namanya shaping boom.  Produk ni dibuat dengan teknologi terbaru dari korea. Yang bestnya, slimming spray@ shaping boom ni ada 2 jenis.

  • ·         Shaping boom heating
  • ·         Shaping boom cooling


Beza 2 benda ni ialah….. tak ada beza ape pun cuma satu yang panas, satu yang sejuk. Mesti ada yang tertanya kenapa mesti ada 2? Sebabnya ialah, tak semua orang suka yang panas tu. Nak sapu bawah dagu ke lengan ke, kang rasa bahang pulak kan? So terciptalah yang cool tu. Yang panas tu boleh la nak sapu kat perut ke. Lagi2 orang yang sedang berpantang, yang panas tu sesuai sangat sapu kat perut lepas tu pakai bengkung. Memang terbaik.

Shaping boom ni berkesan untuk buang selulit and lemak2 yang degil kat badan kita ni. Cara guna senang sangat, just spray and sapu. Tak ada rasa berminyak pun. Ini jenis macam foam macam tu la..Lagi, shapping boom ni tak ada paraben, hasilnya pun cepat. Dan yang paling penting, halal and selamat untuk digunakan. Memang terbaik.

Harga untuk sebotol ni just RM75 aje tau. Sape2 yang rasa berminat nak tau ke, nak order ke boleh je pm saya jangan segan2 k.  Insya Allah saya akan bantu korang. Just mesej saya kat no ni 013-9855875 or korang boleh klik SINI.





Selasa, 26 November 2013

Aniq 'Cartoon' Belajar Merangkak

Seronok sangat la hari ni. Macam2 keletah Aniq hari ni. Sampai letih melayan dia. Hari ni dia bangun da sengih2. Seronok je tengok dia macam tu, sweet sangat senyum. Guling sana sini, saya biarkan aje.

 Tiba2 nampak macam dia buat sesuatu. Intai2 rupanya tengah nak cuba2 angkat badan and luruskan tangan macam nak merangkak tu. Aduhh...punyalah seronoknya saya tengok. Saya perhati je gelagat dia. Tapi sekejap aje boleh tahan, lepas tu jatuh balik. Tak pe, baru nak belajar kan???

Hari ni pun nak pergi klinik. Aniq nak kena cucuk untuk umur 5 bulan. Awal2 tu dia ok je, baik je tak berbunyi. Bila dah lama sikit, mulalah dia bosan. Mula lah nak melompat2. Nak capai itu, capai ini. Orang tengok je,haha..segan pulak rasanya.

Masa timbang, berat dia just naik 400gm. Aduhai...kesiannya..Tu pun sempat dia tendang penimbang, kena la nurse adjust balik.. Nurse menulis dia kacau, tarik buku nurse, tarik kertas kat meja nurse. Nak enject tu lagilah dia sakan melompat. haha..apa yang seronok sangat tak tahu.

Susah sangat nak enject sebab sakan nak melompat tu, terpaksalah mintak tolong sorang lagi nurse pegang kaki dia. Saya pegang tangan and badan. menjerit dia orang buat macam tu. Tapi kejap je, lepas je enject,semua dah lepas dia, senyap terus. langsung tak nangis. Tabah betul anak mummy ni.

Sebabkan dia kecik and sangat lasak, nurse panggil dia baby cartoon.. haha.. gelak ajela saya. Haih...Aniq..Aniq..

P/s : nanti Aniq dah besar mesti malukan bila baca saya tulis ni. Mesti dia tak sangka dia macam tu..hehe


Isnin, 25 November 2013

Aniq Gigit Abah

Hari ni bertambah lagi kebolehan Aniq. Sekarang dia dah pandai menggigit!! Haha. 

Sebelum ni, kalau hulur apa2, dia just masuk dalam mulut je, gigit pun tak kuat mana. Tapi sekarang dah pandai menggigit kuat. Yang kena gigit tadi my hubby la.. Haha,sape suruh hulur jari kat Aniq. Dia ngap ajela.

Nasib baik belum tumbuh gigi, kalau tak dah mesti Aniq kena marah.  Haha.  Kuat juga dia gigit. Aniq sekarang dah masuk 5 bulan, dah pandai macam2. Seronok tengok dia.

Khamis, 21 November 2013

Sihat Rahim dengan Femme Vita

Aduhaii...internet dua tiga hari ni tak berapa elok. Line tak ada langsung, tak stabil & macam2 kerenah lagilah. Dah sekarang jadi tak ada mood nak update blog. Kesian dia..

Tapi hari ni dah terasa rajin sebab dah makan Femme Vita & VCO. Rasa bersemangat nak kembali mengadap blog. Harap2nya kekallah semangat ni sampai bila2.

Dah alang2 sebut pasal femme vita tadi,sekarang nak cerita lah sikit tentang femme vita yang saya makan ni. 1st nak cerita kenapa saya nak cerita pasal femme ni? sebabnya ialah...saya dah cuba, saya dah suka,saya dah dapat feedback yang positif,saya dah jatuh cinta pun dengan femme vita ni tau. Kenapa? Sebabnya saya sukakan khasiatnya & nak share dengan semua yang baca kat sini.


Inilah dia Femme Vita dari catalyst. 
Apa yang femme ni boleh bantu untuk kita? Ikut pengalaman saya, banyak yang femme ni boleh bantu. Antaranya ialah: 

 Membina dan mengecutkan rahim

Saya makan femme ni semasa berpantang. Memang cepat rahim kecut, masa doktor cek dia ada bagitahu saya.

Mencantikkan & menaikkan seri wajah

Yang ni memang best sangat. Saya baru makan sekotak, tapi dah nampak kesan pada kulit. Terbukti, memang berkesan. Sebelum ni kulit saya sangat kering. Pakai losyen pun tak jalan, tak kiralah yang murah, yang mahal. Penat dah cuba. Masih juga macam tu. Dengan femme, Alhamdulillah, selesai masalah saya.

Mengatasi senggugut & keputihan

Lepas dah amalkan femme, saya perasan masalah senggugut masa awal2 period tu dah tak ada. Seronoknyaa...tak tahu nak cakap macam mana. Sebelum ni senggugut saya tidaklah teruk macam orang lain, tapi masih juga rasa tak selesa. Satu lagi masalah keputihan. Haa,yang ni memang teruk. Samapai kena makan ubat klinik. Malu betul. Sekarang masalah senggugut & keputihan yang teruk tu pun dah menghilang. Syukur..

Merawat luka dalam perut lepas pembedahan

Disebabkan saya ni melahirkan Aniq secara pembedahan, Femme vita sangat2 membantu untuk sembuhkan luka dalam perut saya. doktor bagi tahu saya sekurang2nya 3 bulan diperlukan untuk sembuh luka tu, maknanya sepanjang tu akan rasa sakit2 walaupun sikit. Tapi saya langsung tak rasa sakit.  Sampai nurse pun pelik. Kuat betul saya, semua boleh buat sendiri. Mandikan Aniq, siapkan air mandi sendiri, padahal saya baru dibedah. 

Banyak lagi yang saya dapat rasa kesan positif femme vita. Antaranya atasi masalah kekeringan bila bersama & menyempitkan miss V.

Ramai yang dah cuba femme ni berpuas hati dengan kesannya positifnya. Femme vita, supplement yang sangat elok untuk wanita dari umur 16 tahun keatas. Boleh diamalkan secara berterusan untuk jangka masa yang lama, tapi tak perlu hari2 pun. Makan ikut perlu je. Yang penting banyakkan minum air semasa pengambilan.

Tapi Femme vita tak boleh diambil oleh wanita mengandung & yang period.

Tindakbalas cepat atau lambat bergantung kepada kesihatan individu. Jika kesan positif, boleh kurangkan jumah pengambilan.

Harga cuma Rm 53.00 termasuk pos. Sangat murah berbanding dengan khasiatnya yang sangat banyak dalam membantu wanita menjaga kesihatan dalaman. 



Selasa, 19 November 2013

Aniq Hilang!!

Pagi tadi saya masuk kebilik air. Masa tu my hubby dah nak pergi kerja, so, dia letaklah si kecik yang baik ni kat ruang tamu. Takut nak tinggal atas katil, kang jatuh pulak.

Masa saya keluar pada bilik air, rumah sunyi sepi je. Tak dengar pulak suara si kecik ni. Ingatkan dah tidur. Cari2 kat ruang tamu, tak ada pulak. Saya fikir adik saya yang ambik Aniq. Tapi jenguk kat bilik adik, tak ada jugak Aniq. Risau dah saya time tu.

Tapi pun tak ada juga.tengah dok mencari- cari tu, saya dengar bunyi plastik. Tengok bawah kerusi ada benda gerak2. hah, bila jenguk kat bawah tu, nampaklah si Aniq ni tengah gigit2 plastik kat bawah kerusi tu. Haih..sabar ajelah.

Ingatkan hilang kemana. Rupanya best je duduk gigit plastik yang entah dapat dari mana. Bahaya betullah.

tengoklah dia, seronok je main plastik. :)


Share Dosa

Saya tak fahamlah orang2 sekarang ni. Mudah sangat menyebarkan sesuatu walaupun tak tahu kebenaran atau kesahihan sesuatu cerita. Asal ada cerita je, pakat share semua orang. Lepas tu ada pula versi tokok tambah. Huh, sakit hati pula nak baca. Sebab, bukan boleh percaya.

Ni pagi2 lagi saya dah terjumpa orang post hadis palsu. Geram jugaklah, tapi bila fikir mungkin dia tak tahu, saya ambik keputusan untuk private message (pm) dia. Tak nak la komen kat  bawah post dia tu. Nanti dia malu pulak.

Saya harap dia ok ajelah atas teguran saya tu. Saya tidaklah pandai bab hadis ni, tapi ini yang saya pernah dengar daripada seorang ustaz. Saya tak naklah share dosa. Sebab saya dah tahu, tapi biarkan. So, saya rasa kewajipan saya sampaikan pada yang tak tahu. Risau juga kalau dia marah saya. Tapi tak apalah, saya dah cuba buat yang terbaik. Soal nak terima atau tak, saya tak nak campur.

Andd...akhirnya dia balas message saya tu. Alhamdulillah dia ok je. Lega rasa hati. Semoga Allah memberi kefahaman yang baik dalam semua hal kepada kita semua.



Jumaat, 15 November 2013

Oh~ My Aniq

Tengahari tadi masa saya kat dapur, my hubby panggil kedepan suruh tengok Aniq. Ingatkan kenapa, rupanya sebab Aniq dah pandai mengesot. Err.. saya tak sure apa nama yang Aniq buat tu. Tapi dia macam ni, masih meniarap,tapi dah pandai kedepan, tepi ,belakang, berpusing.

Sebelum ni dia memang dah pandai, tapi dia begerak macam beluncas tu. Angkat punggung, baru tolak badan kedepan. Sekarang dah tak macam tu lagi. My hubby punyalah seronok, siap tolong rakam lagi.

 Abah dia yang excited kalah mummy. hehe  Nanti saya nak upload videonya. Untuk tatapan Aniq juga bila besar nanti. :)

No internet, rehatkan otak kejap.

Penat sebenarnya mengadap lappy sepanjang hari. Sakit mata bila asyik depan lappy, cek inbox fb. cek inbox email. blog bla bla bla.. Letih sangat.

so, beberapa hari ni, nak banyakkan rehat dari menghadap lappy. Lebihkan masa rehatkan otak & mata. Tenang sikit rasa. Amann je..

Kadang2 seronok juga berjauh dengan semua ni. No smartphone, no internet. Rasa lapang je. Tak serabut otak ni.

Tapi tak boleh lama sangat, tak jalanlah semua kerja nanti..hehehe

Selasa, 12 November 2013

Edit Template Blog

Letihnyaaa.... 2 hari duk edit template blog masih tak selesai2. Nak cari yang memuaskan hati tu payah betoi.

Nak belajar buat sendiri, tapi tak tahu nak belajar dengan sape. Mr. Google yang ada pun masih jugak tak berapa paham apa dia terangkan. Sudahnya, termanggu2 saya kat depan lappy sensorang. Malaslah nak kacau hubby, dia dah penat kerja. Hurrmmm...

Adoii, sesape yang pandai mintaklah tolong ajarkan nak buat ni. Tulun.. Tulun... Plezzz..

           PENATNYAAAA.....  Nak tidur... zzzz


Blog bertukar wajah...Again..

Haihh... pepagi dah rasa down. Tah kat mana silapnya, template ni jadi bengong pulak. Saya dah tak ingat apa saya buat semalam sampai jadi macam ini.

Template yang sebelum ni saya suka sangat, memang kenalah dengan jiwa saya. Alih2 kuar apa benda tah yang tak de kene mengena. Geram sungguh rasa.

Apakan daya, dah dia jadi gitu. Terpaksalah tukar yang lain. Buat sementara yang ini ajelah yang termampu. Lepas ni usaha nak cari yang lain yang lagi ok. Harap2 yang tu tahan lamalah. Jangan buat pasai.

Hmmm...


Fogging Nyamuk

Petang tadi masa saya tengah best2 tidur dengan Aniq, ada saya terdengar macam orang buat pengumuman. Saya cuba pasang telinga and dengar betul2 apa pengumuman tu. Tapi langsung tak dapat dengar apa2 butir percakapannya sebab speaker dia pecah sangat. So, dengan selambanya saya sambung tidur.

Tapi tiba2 saya dengar bunyi macam mesin fogging nyamuk.* Saya memang dah biasa sangat dengan bunyi mesin ni sebab dulu masa duduk di Rawang, selalu orang kesihatan datang buat fogging* Masa saya buka mata tengok2 rumah dah penuh asap. Aniq pulak tengah tidur, kelam kabut saya angkat dia bawak lari keluar. 


sumber gambar dari Mr. Google


Asap makin tebal, saya dah risau sangat pasal Aniq. Nasib baik ada kawan adik saya kat rumah, saya minta dia bawa Aniq masuk bilik belakang yang memang sure tak masuk dek asap.Saya pulak lari kat belakang rumah, rupanya pun penuh dengan asap tebal. Nasib baik tak bawa Aniq keluar.

Bila dah reda asap tu, barulah saya masuk. Alhamdulillah, bilik belakang tak masuk asap sangat pun. Saya sebenarnya risau sangat dorang dalam bilik tu. Bila saya keluar jumpa jiran, dia bagitahu memang ada pengumuman pasal nak fogging, tapi speaker dorang bunyi macam dah rosak, sebab tu ada yang tak perasan. 

Haih...mujurlah asap jenis tak terlampau tebal macam time saya kat rawang dulu. Kalau macam kat sana tu, mesti Aniq sesak nafas. Geram jugaklah kat orang2 ni,buat kerja macam tu je,tapi benda dah jadi pun,redha ajelah...



Owner Blog Intan Berlian dah Follow saya.. :)

Kak Ina.....  TERIMA KASIH  ya.. Saya budak baru nak belajar pasal blog. kalau ada salah sudi2lah tolong ajarkan. :)

Masa mula2 dulu, sebelum saya ada blog saya dah baca blog Kak Ina ni. Jadi suka pulak tengok Alisha, hampir tiap2 harilah saya habiskan masa dok membelek blog Intan Berlian ni. Tapi bila saya dah busy dengan pindah rumah dll, jadi dah lupa.

Sekarang bila saya dah ada blog sendiri, saya cari balik blog favourite saya tu and follow. Yang bestnya Kak Ina tak sombong. 

Saya harap saya dapat jadi macam blogger yang hebat macam Kak Ina. *sehari dapat post banyak entry tuu...(kagum) * 



Waktu Anak Tidur...




Aniq kat rumah wan ( my MIL)

Saya suka tengok Aniq tidur. Sweet sangat. Actually baby memang comel time tidur, tak kiralah anak sape2 pun , ye tak?

Selalunya kalau Aniq tidur, saya suka usap kepala dia, cium dia. Pegang tangan dia, bisik kat telinga dia yang mummy & abah *saya & hubby* sayang Aniq sangat2.

Sambil tu baca selawat & doa semoga dia jadi anak yang soleh. Anak yang sentiasa menggembirakan hati kami sebagai ibu bapanya. :)



Isnin, 11 November 2013

Stabilkan Period dengan Mexorea

Hampir semua perempuan pernah mengalami senggugut, even sekali seumur hidup. Ni bukan saya cakap tau, ni doktor cakap. 
Bila dah pernah kena, mesti tak lupa macamana rasanya sakit bila senggugut tu. Memang tak reti nak citerlah macamana. 

Tapi yang lagi kesian kalau  yang masalah senggugut tu teruk sampai tahap guling2. Aduhh...tak tertanggung sakitnya. Dulu masa saya pernah kena, memang tak boleh buat apa. Kedudukan yang paling selesa waktu tu ialah, menonggeng. *huhu, maaflah yer*

Senggugut ni walaupun nampak masalah biasa pada perempuan, tapi sebenarnya tak boleh dibiarkan. Kalau tak kemungkinan akan membawa kepada sakit2 dalaman yang lebih serius!! oh~bahaya okeyh.. Ni kisah benar,sepupu saya selalu sangat ada masalah senggugut,makin lama makin teruk. Last2 dia kena ovarian cyst. Aduhai.. kesian sangat. 



Mexorea dari Catalyst

So, macam mana nak rawat masalah ni? Mexorea Catalyst ada jawapannya. Kandungan bahan2 alam yang nenek moyang kita gunakan dulu,Catalyst gabungkan dengan sains agar kita dapat manfaatkan khasiatnya dengan mudah. Ok,apa kandungan dalam mexorea. Dalam mexorea ada:

Nenas :Untuk melancarkan pengeluaran darah
Kunyit: mengecutkan rahim
Sireh: mencuci rahim &sebagai agen anti kulat
Asam jawa: menghilangkan sakit senggugut
Pueraria Mirifica: mengawal & menstabil hormon,merawat pre-menstrual syndrome

Apa lagi yang mexorea boleh bantu kita?
ini listnya:

* membantu mengatasi masalah keputihan dan kegatalan yang mana ia sering di alami oleh kaum wanita. 
* mengurangkan kesakitan senggugut 
* mencegah 'pre-menstrual' sindrom 
* membantu untuk membersihkan organ 
* menstabilkan hormon 
* mengatasi masalah dalaman wanita 
* mencantikkan kulit 
* memulihkan sistem peranakan 
* mengatasi masalah bau badan 
* mengencangkan payudara 
* menguatkan otot otot faraj 
* mencegah bakteria pada faraj 
* memulihkan tenaga 
* mengecutkan rahim 
* menghilangkan bau badan dan mulut 
* menyingkirkan toksid 


Ramai testimoni yang cakap, lepas makan, period datang elok je. maksudnya dah tak sakit senggugut tu. And yang paling happy, ada yang bermasalah untuk mengandung,akhirnya dapat mengandung bila masalah period dia dah selesai... Oh~saya rasa happy jugak ni.. 

Sekotak mexorea ada 15 sachet. tapi sebab mexorea diambil cuma time period, kadang2 boleh jimat untuk 2 bulan. Berbaloi baloi kan?? Tak rugi cuba. Kita ikhtiarkan cara terbaik untuk sihat. Selawat & niatlah yang baik2, Insya Allah, segalanya akan dipermudahkan oleh-Nya. Tapi kena ingat ye, mexorea bukan ubat. Mexorea hanyalah supplement dari bahan semulajadi yang diambil khusus semasa kedatangan haid.

Yang nak cuba boleh klik Sini. Atau boleh kakako @ whatsapp saya di 013-9855875. Segala yang baik kita boleh kongsi bersama. :) Yang tak baik tak boleh la...hehehehe



Ahad, 10 November 2013

Collagen Premium Catalyst,Terbaik!!






Haa.. inilah rupa collagen dari catalyst. Nampak biasa2 je, tapi isinya luar biasa tau. Saya tak cakap kosong, dah banyak testimoni yang dapat kesan yang positif lepas guna. Nak tengok testimoni klik SINI.

Pada yang nak tahu apa isi kandungan dalam collagen ni, kat bawah ni saya listkan.


  • ekstrak tomato
  • ekstrak delima
  • ekstrak blueberry
  • aloe vera
  • collagen bovine


Macam yang lain2 tu ramai dah tau lah ape bendanya kan? tapi tak taulah kalau ada yang tak tahu apa tu tomato & lain2 tu. Kalau tak tahu google sendirilah yek..hahaha.* sorry*  Tapi tak ramai yang tahu apa tu COLLAGEN BOVINE ni. 

APA ITU COLLAGEN BOVINE?

Collagen bovine ni collagen yang diambil daripada lembu, dibersih dan diekstrak menjadi sumber collagen yang bermanfaat untuk kesihatan kulit manusia. Collagen bovine ni adalah collagen yang hampir mirip dengan sel collagen manusia. Sebab tu collagen bovine ni banyak digunakan dalam bidang perubatan & kecantian. 

Ada orang tanya, kenapa guna lembu? kenapa tak guna collagen marin? collagen marin pun ok jugak. 
Jawapannya sebab collagen bovine ni peratus untuk orang dapat alahan amat rendah berbanding sumber marin. So, collagen marin yang buat dari seafood semua tu tak sesuai pada orang yang alahan pada seafood atau yang ada resdung.

Walaupun collagen dari catalyst ni diambil dari lembu, tapi korang semua jangan risau k. Semua produk catalyst termasuklah Collagen Premium ni dijamin Halal & dah dapat pengesahan selamat dari KKM. So, tak de risau2 dah ye pada sape2 yang nak cuba amalkan produk catalyst ni.

Harganya pun tak mahal. Sekotak ada 15 sachet, cuma Rm 59.90. Cuba dulu, rasa kesannya. Insya Allah tak menyesal punya. Sape2 yang nak tu boleh klik Sini untuk order. Tak pun kakao or whatsapp saya kat 013-9855875.


Aniq


Sebab semalam adik ipar saya yg sedang belajar di scotland dah dapat baby, hari ni Aniq pun nak tidur berbedung sama macam baby baru lahir.. Haha.. *Sebenarnya mummy dia yg mengada.*


Tapi ok jugaklah kn??? Hahaha

Tengok bulu mata dia..ee...geram..:D





Jumaat, 8 November 2013

wedding proposal

Bangun pagi2 tetibe teringat masa my hubby melamar dulu.. Haa, ni sebab terbaca pasal artis yang wat kejutan tu lah. Terus teringat masa kami dulu2.

Awalnya saya kenal husband saya ni masa kat tempat keje. Dia selalu berurusan kat tempat saya bekerja. Lama2 kitorang jadi kawan, just kawan baik. Niat memang just berkawan,tak de niat lain. :)

Tapi ada 1 hari tu my hubby nk balik kampung,tengok mak dia. Dia call saya and tanya, " kalau ada orang masuk meminang, awak terima tak?" Saya gelak and cakap " tengoklah dulu macamana orangnya. Tengok jugalah orang tua saya macamana". My hubby jawab ok je. Masa tu pelik jugalah kenapa dia tanya macam tu.

Dipendekkan cerita,balik pada kampung, dia cakaplah hasrat yang sebenar. And dia dah siap cerita pasal saya pada mak dia. Saya terkejut sangat, tak sangka pulaklah kan? Haha

So,saya bagitahu ummy saya yang my hubby nak jumpa parent saya. Dia datang sorang diri,tak de sape teman! Huh,gentelman sungguh..haha. Masa tu risau penerimaan abah. Tapi alhamdulillah,mungkin dah sebab memang jodoh, lebih kurang seminggu lepas tu mak my hubby datang jumpa family saya.

Dipendekkan lagi, sebulan lepas tu kami bernikah. Haha.. Simple sangat2.. Tak de bertunang ke nak tunggu2 ke. Dah suka terus je langsungkan. Walaupun majlis tak cantik macam pengantin lain,tapi saya bersyukur.
Sampai sekarang,kadang2 saya masih tak percaya orang yang sekarang ni dah jadi suami saya ni,dulunya cumalah kawan biasa je. Kami tak lalu pun proses bercinta bagai. Lepas kawen,barulah mula bercinta. And saya rasa tu lebih sweet..

 <3 <3 <3

p/s : saya & hubby nikah pada 14 julai 2012. Kenduri bulan 11 dirumah saya. Masa tu saya dah preggy pun.*dalam sebulan macam tu* haha

Masih berbedung.







Anak teruna saya yang baik ni, dah nak masuk 5 bulan. Sampai je tarikh 24/11/13 ni dah cukuplah 5 bulan. Tapi sayang saya ni masih lagi nak berbedung time tidur. Kalau tak,memang tak nak tidur.

Selalunya tidaklah dia tu tak nak tidur langsung kalau tak bedung. Tapi payah lena and mudah sangat terjaga. Nasib baik badan kecik,muat lagilah bedung tu Aniq pakai.

Ada orang cakap pada saya yang tak elok bedung2 anak. Nanti struktur badan dia tak membesar elok. Ntahlah,pada saya susahlah nak percaya. Sebab ummy saya pun bedungkan kami time kecik xde pulak jadi cacat ke ape. Kalau orang ikat ketat2 tu saya tak tahulah kan..

Apa2 pun mommies, zaman memang dah berubah. Kita makin moden. Tapi tidaklah semua cara orang dulu2 tu tak boleh pakai. Cuma berpada2lah. Jangan sampai seksa anak k.. Peace.. <3


Azam Tahun Baruku.. Yeah!

Dah banyak hari demam and sakit perut yang teruk, malam tadi baru pergi klinik. Tu pun kena paksa dengan hubby. Haih, masa tu jgk rasa terus baik tuh.. Haha.. Bengang je cik abang tu.. Memula rasa seronok sebab tengok2 klinik tutup dah,tetibe nampak klinik sulaiman buka lagi.. Terus rasa tak best balik..

Ingatkan sakit apalah yang macam teruk sangat tu. Rupanya angin + gastrik. Adeh, kena ceramah gn hubby sebab tak jaga makan. Lepas tu kena pantang makan. No pedas2,masam2,minyak2 sangat. Inilah part paling tak best,kena pantang *redha jela*

Saya ni jenis yang suka memasak,tapi tak rajin. Haha.. Paham x? Tak paham sudah..hahaha.. Kat rumah kalau cuma ada saya je,memang saya malas nak masak. Makan pun malas. Apelah,sumenya malas. Tapi ntahlah. Dah memang gitu. Haha
Cuma bila dah sakit teruk ni rasa gak nak insaf. Lepas ni walau tak ada selera, tetap kena makan. Lagipun Aniq kan menyusu badan. Macamana nak bagi susu kalau tak makan?

Okeyhhh... I insaf...


P/s : kira azam tahun baru la jugakkan? :D

Ahad, 3 November 2013

Saya Suka Berangan

Saya kalau buat kerja mesti lambat. Lagi2 kalau kerja didapur. Mula memasak awal dah, tapi lambat gak nak siap.

Selalunya sebab berkejar dengan anak. Aniq ni dah pandai menangis bila ditinggalkan sorang2. Haihh... bab tu memang sama je macam orang lain kan..??

Tapi kalau saya, sebab utama lambat siap ialah.... BERANGAN..haha.. Saya memang kuat berangan.  Dari zaman anak dara lg dah macam tu. Ingatkan dah jadi mak orang ni berkuranglah perangai tu. Rupanya tak pun.. Hahaha. Bila nak hilang perangai kuat berangan ni? Entahlah cik nonn....Hahahaha.... 

Sebenarnya masa saya menulis entry ni ,saya tengah memasak. Itu pun sempat lagi berangan. Berangan nak jadi orang yang fokus. Hehe, tapi nampak gayanya jalannya berliku sungguh. Doakanlah saya supaya dapat kurang2kan berangan, malu weii orang tengok..kihkihkih.. 

Sekian entry hari ini... :)





Sabtu, 2 November 2013

Breast Pump Avent atau Medela?

Saya dalam kekeliruan nak pilih breast pump. Ramai yang suggest medela, tapi bila tengok harga adooii..bukan dalam kemampuan.. Ribu -riban tu...Kebetulan adik ipar saya duduk di Uk, saya minta senarai harga yang di jual disana. Ade yang harga dalam kemampuan kami, tapi memandangkan saya agak sibuk, saya tolak sebab pam manual. *konon-konon je busy tu..* Nak yang elektrik jugak sebab malas... Hu~ 

Argghhh... Macam tak bersyukur pulak kan..

Kemudian, ada satu yang harganya ok sangat, jenis elektrik. Harga masih dalam kemampuan. Medela single mini elektrik. Hmm...rasanya nak amik yang inilah. Harap-harap serasilah nanti. Kalau tak ok jugak, saya nak jual balik je nanti.. hehehehe


Gambar dari Mr. Google :)


VCO for Healthy Skin

Apa yang vco boleh bantu kita untuk dapatkan kulit yang sihat & cantik? Saya listkan ye..


  • Lambatkan penuaan
  • Atasi jerawat
  • Hilangkan parut jerawat
  • Pudarkan jeragat
  • Atasi kulit kusam
  • Sebagai sun block
  • Lembabkan kulit
Banyak lagi yang vco boleh bantu kita sebab vco sangat membantu untuk perbaiki semula sel-sel kita yang rosak. Nak tahu lebih boleh hubungi fb page saya https://www.facebook.com/SyazHealthAndBeautyShop



Jumaat, 1 November 2013

VCO Untuk Ibu Hamil

VCO @ minyak kelapa dara memang terbukti elok untuk ibu-ibu yang sedang mengandung. Ni dah terbukti masa saya mengandung dulu. Jenis saya memang malas nak makan ubat, ambik pun kadang-kadang je. So, masa dalam trimester pertama tu memang hb (hemoglobin) saya turun memanjang. Haa, time tulah sepupu saya suggest vco catalyst ni.

Mula-mula cam ragu-ragu gak lah, betul ke ok. Cam tak caya je, tapi try jugaklah sebab dulu mak saya pernah suruh amalkan vco ni. Tapi tak cakap pun untuk apa. 

Lepas sebulan makan, hb saya ok. Nurse ingat saya makan vit yang klinik bagi,bila saya cakap tak, dorang tanya makan apa. And alhamdulillah sangat-sangat dorang pun suruh saya teruskan je. Mungkin sebab dia tahu khasiat vco ni.


Banyak lagi sebenarnya khasiat vco untuk mummy yang preggy. Yang penting rajin amalkan, minum air banyak. Insya Allah, cepat nampak hasilnya.

Ni testimoni saya sendiri tau.. :)

Nak tahu lagi, tengok fb page saya https://www.facebook.com/SyazHealthAndBeautyShop .

Thanks sudi membaca.. :)



Aniq Cakap Bahasa German

Aniq sekarang dah pandai membebel dalam bahasa dia sendiri. Walaupun tak faham, tapi saya sebagai ibu, rasa happy sangat-sangat..

Selalu saya biarkan dia main sorang-sorang, diam-diam saya perhatikan dia. 
Kadang-kadang, bila pegang dia, automatik dia lompat-lompat sambil bercakap dalam bahasa german dia..*kata adik ipar saya* hahaha..

Dah pandai cakap-cakap tu, saya tersenyum sorang-sorang. Betapa bangganya hati sorang ibu bila permata hatinya membesar, sihat & cerdik.



Thanks sudi baca yer.. :)


Anak Tidur Lambat, Normal Ke?

Mommies, sebenarnya memang kena risau sebab kalau anak kita tidur lambat, tidur lewat-lewat itu dah tak normal ye.. Walaupun anak kita aktif. Untuk perkembangan minda toddler yang sihat, kena pastikan anak tidur awal. Kalau boleh pukul 9 dah tidur.

Mommies kena set kan masa tidur anak. Ajar dia tidur awal, bangun awal. Insya Allah, lama -lama akan biasa. Biasalah kalau anak tak nak ikut & memberontak masa mula-mula. Tapi kita kena disiplinkan dia. Kalau tak mula sekarang, nanti dah besar lagi payah. Insya Allah nanti dia faham, siang untuk belajar, bermain & buat aktiviti. Malam pulak untuk tidur.

Masa anak nak tidur, sebaiknya temankan sekejap. *kalau tidur sendirian* sampailah anak lelap. Masa tu kita bacakan doa, nasihatkan dia. Guna perkataan yang baik-baik. Masa tu minda bawah sedar dia, akan simpan apa yang kita cakap kat dia. 

Lepas tu kita berserahlah pada Allah. Kita berusaha, Allah lah yang beri kesan.. Saya pun tak de la pandai, ini ilmu yang saya dapat dari sumber pembacaan. Saya kongsi pulak kat sini..

Thanks yer sudi baca :)



Aniq Tukar Susu

Baru- baru ni kami tukarkan susu Aniq. Puncanya graf berat badan dia dah turun sampai kat garisan merah.. kesian anak mummy.. :( 
Yang paling kesian,dia selalu muntah-muntah and sembelit. So, doktor suruh tukar susu. Sebelum ni Aniq minum susu Lactogen.

Doktor suggest susu pedia sure * kalau tak salah eja*. Tapi kawan suruh try Enfalec dulu sebab anak dia dulu pun macam Aniq, dia bagi enfalec terus ok sampailah sekarang.

Lepas bincang-bincang dengan my hubby, kitorang buat keputusan nak try enfalec. Sampai kat kedai, tengok harga dia, makkk oiii... setin kecik rm50... Mahal wooo... Adeehh.. Nak bayo tu pejam mata jelah, demi anak. Harapnya serasilah.

Sekarang dah beberapa hari guna, Aniq masih muntah-muntah. Cuma sembelit tu nampak dah kurang sangat. Alhamdulillah. Tapi kalau masih belum ok jugak masalah pembuangan dia tu, terpaksalah tukar susu lagi. Ingatnya nak try Anmum pulak. Kami berusaha, Allah yang bagi kesannya..

Thanks ye dah baca :)


Blog Saya dah Berwajah Baru...

First nak gelak dulu... hahahahaha.... Seronok sangat dapat tukar template baru nih.. Rasa comey sangatttt... Saya amik dari btemplate.com.. haa... free je..

Cuma masa dah amik tu tengok-tengok sume menda macam home, contact pergi kat blog dia.* tuan punya template nilah* .. err..paham tak maksud saya, maknanya kalau klik home kuar blog dia. contact pun masuk email dia.

Haa... time nilah bergunanya my hubby.. dia ni dulu kaki godam ..hahaha *gurau jek*.. so pandailah sikit-sikit nak fix menda nih...saya langsung tak tahu..hahaha

Anddd....taraaa...hasilnya macam sekarang nilah... tq sayang..

Add caption