Selasa, 31 Disember 2013

Pemalu ke??

Aduhai..kenapa lah tiba2 je datang sakit ni. Tak terdaya nak menanggungnya. Kalau dah dapat sakit macam ni, rasa nak guling2, atas tilam, berangan, lepas tu tidur. Memang best punyalah..

Penyakit ni tak lain tak bukan dah tentulah penyakit MALAS. Aduii..bila ingat pasal kerja rumah, terus rasa nak pitam. Nak update blog pun rasa macam nak demam. Apetah lagi kalau fikir kena blogwalking. Pengsan terus..hahaha..Apalah jenis manusia macam ni. Tapi bila dah buka komputer, laju je tengok sape ade entry baru. Laju je klik nak pi baca.

Mula2 sebelum buka, niatnya nak tengok2 je. Dalam hati dah cakap, paling lama pun 20 minit je. Tapi bila dah mula, ambik tu..... 1 jam belum tentu selesai. habis semua nak tawaf.

Kadang terfikir juga, ada orang yang sokmo la kita pegi blog dia, komen2, jenguk2 tapi dia tak pernah sekali pun jenguk datang tempat kita. Kadang rasa buang masa je. Malu pun ada, dah la tak kenal, bila nak kenal orang buat tak tau pulak.. Saya ni udah la pemalu walaupun tak berdepan betul2.  Nampak macam saya ni selamba je kn?? Tapi sebenarnya tak sangat pun. Kecuali la dengan orang yang betul2 kenal.

Lagi pun tak de terasa malu sangat sebab ada juga blogger yang peramah. Kalau jenis yang tu jadi kurang la malu saya. Boleh la nak buat2 selamba juga. hehe. Tapi yang tak datang balik tu, saya anggap dia tak perasan je.Tak ade lah nak marah. Lagi pun saya kan baru, normal je kalau orang tak kenal atau tak nampak kewujudan saya..

okeyh...sudah2 la luahan hati waktu petang2 ni. Aniq dah tidur, nak siap2 nak balik kampung pulak. Btw, blogger2 sekelian, akak, adik, mahupun yang pangkat apa2 pun, silalah tinggalkan nama penggilan anda diruangan komen. kalau lagi baik ,bgtau la umur sekali,boleh la nak panggil adik ke, akak ke, abang ke..*ehh,ada ke lelaki datang sini??* Ntah la..Kadang saya segan nak komen2 sebab saya rasa nama panggilan orang tu pun saya tak tau. Selalu saya komen sambil tutup mata, supaya kurang rasa malu tu..hehe *percayalah,saya tak tipu tau*

Doakan perjalanan kami semua selamat ye.. :)
lupa nk tulis.. Sy lahir 15/8/1989..

11 ulasan :

  1. Haha... macam2 ya.. kalau saya, kwan yang selalu komen, saya juga pasti akan balas komen. Tapi kalau blog yang bagus infonya, saya pasti baca n akan bg komen juga kalau sesuai, tak kisahla dia tak datang komen blog saya. Lagipun saya menulis blog ni suka2 je.. ada masa lapang buatla entry.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe..mgkin sbb sy ni baru,pulaj pemalu tah pape..tu yg jd segan kalau org tak balas. Sy takut org xsuka..

      Padam
  2. sama lah, kalau blogger tak balas jejak balik tu selalu fikir mungkin dia sebab dia sibuk dgn komitmen lain. kdg2 diri sendiri pun ada jugak tak terbalas balik singgahan rakan2 blogger. hehe..

    dan sama jugaklah, kadang2 tak tau nak panggil kakak atau adik atau nk panggil mcm mana.. takut jugak kdg2 org cakap tak reti nak hormat org lagi tua. hehe (oh btw, sy thun 89.. :D)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahun 89 !! Same la kita.. Sy lahir bln 8.. :)

      Padam
  3. boleh pangil sy akk la.kak muni ke kak kutu sy no hal.hehe

    biasalah klu org tak balas jejak fikir positif je.agak dh bosan gt takyah komen lagi.haha..

    BalasPadam
  4. panggil ciksu pon boleh, tapi ciksu suka bahasakan panggilan ciksu ni dgn anak anak jiran atau member.hihi

    adat le tu. sy msa mla mla brblog dlu. doploh kali pikit nk tinggal komen.
    dlm hti dia kenal aku ke?
    nak ke dia kwn dgn aku?
    sampai bila?
    kenapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kn..kn..kn..tertanya2 jgk..tp sy niatkan kalau dia sudi kawan gn sy,bagus juga..

      Padam
  5. HAi.. Selamat tahun baru :)
    oh muda setahun la ni.. Ros 88... Ala, jangan malu-malu k.. mula-mula memang malu, nanti dah lama-lama ok kan:)
    betul ke komen sambil tutup mata.. hihihi..

    BalasPadam
  6. hahaha.. mana tahu beliau tgh sibuok ke.. hehehe..
    salam kenal dan salam tahun baru..

    BalasPadam
  7. assalamualaikum syaz....selamat tahun baru...:)

    BalasPadam