Jumaat, 3 Januari 2014

1 hari bulan 1...

Amboi... Syok saya cutikan blog 2 hari ye. Konon nak sentiasa update blog. Ni baru beberapa hari masuk tahun baru, dah bercuti pulak. Hangat2 ____ ____ ( isi la sendiri tempat kosong tu,malas saya nak tulis. Geli la pulak..haha

Apa la, ni bukan nak cerita pasal azam ke apa. Sebenarnya nak cerita pasal tarikh 1 hb 1 hari tu. Tarikh tu sebenarnya ulang tahun kelahiran mak mertua saya. Alhamdulillah, tahun 2014 ni, dah 63 tahun dah.

Walaupun dah 63 tahun tapi masih sihat lagi,macam baru umur 50 lebih je. Mak ni rajin makan supplement tau. So,badan sihat. Saya pun nak jadi macam mak. * hehe,berangan tak sudah minah ni*

Masa kat kampung semua ada. Kecuali abang ipar yang sulung dan adik ipar bongsu dgn wife dia. Abang ipar kat Uk, adik ipar kat scotland. Dorang jauh,tak apalah. Janji kami yang dekat ni ada kan??

Hari tu saya terlupa nak wish happy birthday kat MIL saya. Dah perjalanan balik baru teringat. Nak call dah segan pulak. Haha. So,saya wish kat sini jela ye. Harap mak baca nanti. Hehe.

Saya nak ucap selamat ulang tahun kelahiran yg ke 63 pada bonda mertua saya, Hajjah Nurul Niah. Semoga Allah memberi kesihatan yg baik pada mak. Kami sayang mak.

2 ulasan :

  1. cuti dua hari tak update blog.. bw pun tidak..hahaha..

    BalasPadam
  2. jauh jauh semuanya.
    selamat hari lahir buat pn hajjah nurul niah. semoga diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.aamiin

    BalasPadam