Rabu, 29 Januari 2014

Resepi Bebola Ayam Mudah & Sedap

Hamboii ang... Tajuk bukan main.. hehe.. Sedap sangat ke? Ehh..mestilah sedap tau. Saya ni seronok tak terkata, sebab 1st time share resepi kat sini. Tapi rasa risau juga. takut orang tak faham pulak nanti. Kalau tak berapa faham boleh komen kat bawah ye. Sebelum tu meh layan dulu gambo yang saya buat..hehe..

Sorry, tak berapa cun..



Bebola ayam ni dah macam jemput pisang pulak..hehe

Saje je saya buat bentuknya tak bulat sangat. Nak makan sendiri aje, lagipun berkejar dengan Aniq yang soleh sangat tu. Asyik nak datang dapur je. Kita dok sibuk menggoreng, dia berdiri kat kaki kita. Bahaya sungguh!

Kat bawah ni bahan-bahan yang nak digunakan ye..

Bahan-bahannya

- isi ayam

- lada sulah / lada hitam

- garam

- serbuk roti

- telur

Cara-caranya


  • Kisar isi ayam dalam blender kering sampai hancur.



  • kemudian, masukkan garam, lada sulah & serbuk roti. Gaulkan sebati.



  • Bila dah sebati, masukkan pula telur. Masuk sikit demi sikit, sekadar untuk jadikan bentuk bulat. 



  • Panaskan minyak, lepas tu goreng..



Mudah kan??  Rasanya pun sedap tau..  Lepas ni kalau anak-anak nak makan, tak payah beli dah. Boleh buat sendiri je. Saya bukan setakat goreng, nak masak sup sayur pun saya letak bebola ni juga. Dah tak payah nak letak isi ayam. Dalam tu semua dah ada.


Semua yang kat atas ni tak ada sukatan. Korang boleh isi seberapa banyak pun yang korang suka. nak masin macam mana, nak pedas macam mana. Itu terpulang.
Lagi satu, kalau korang tak ada serbuk roti tu, korang kisar aje roti yang beli kat kedai tu. Biarkan roti tu kering sikit, kisar je dalam blender kering tu. Buat banyak-banyak boleh simpan.



12 ulasan :

  1. best jugak resepi ni..buat goreng minum petang pun cara gak ni kak :)

    BalasPadam
  2. saya pernah terguna resepi yg letak tepung ubi..melantun keras.. baling dinding boleh crack..hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..cne boleh jadi mcm tu..org tu salah tulis resepi agaknya ye.. :)

      Padam
  3. nampak sedap..nak try la nnt.. :-)

    BalasPadam
  4. wahhh mudahnyaa... boleh try ni..

    BalasPadam
  5. mudahkan. buat masa ni ciksu tak rajin. beli siap je. hihi
    yg penting baik utk anak anak kan

    BalasPadam
  6. Kak nk tnye bape bijik telur nak sbb saya ada masuk prtndingan masak kt sklj

    BalasPadam
  7. Kak nk tnye bape bijik telur nak sbb saya ada masuk prtndingan masak kt sklj

    BalasPadam
  8. Kak nk tnye bape bijik telur nak sbb saya ada masuk prtndingan masak kt sklj

    BalasPadam
  9. Kak nk tnye bape bijik telur nak sbb saya ada masuk prtndingan masak kt sklj

    BalasPadam
    Balasan
    1. telur letak sikit2..sbb bagi nak mudah bentuk aje.. rasanya sebiji pun dah cukup, kalau buat tak banyak la..

      Padam
  10. wahhhh... nak cuba lah mcm gini ...
    sedappp :)

    BalasPadam