Isnin, 10 Februari 2014

Aniq 7 bulan

Aniq dah 7 bulan sekarang. Secara tepatnya dah 7 bulan 3 minggu. Banyak sangat dah perkembangan yang Aniq dah capai sekarang ni, seronok sangat tengok dia dah semakin aktif. Tapi tak nafikan kadang-kadang tu rasa penat sangat-sangat.

Setiap bulan saya akan perhatikan perkembangan dia and catit dalam buku klinik Aniq. Dari perhatian saya, bila masuk  7 bulan inilah paling banyak perkembangan dia serentak. Dia dah boleh berjalan sambil pegang kerusi, meja dll, boleh pegang guna ibu jari dan jari telunjuk, boleh panggil mama, duduk sendiri tanpa disokong. Semua ni dalam masa dia 7 bulan. Cuma yang berdiri sambil pegang tu dah pandai dari 6 bulan lebih kurang macam tu.

Kat sini saya nak senaraikan apa yang biasanya baby umur 7 bulan pandai buat. Antaranya:


- Suka melonjak-lonjak
sekarang baby dah boleh menyokong berat badannya dengan kaki dan dia dah boleh melonjak-lonjak. Malah sebahagian baby dah boleh duduk tanpa diampu dengan tangan. Maknanya dia boleh duduk sambil meneroka sekeliling dengan tangan sendiri.


- Belajar memegang
Waktu ni kemahiran motor halus baby juga dah berkembang dengan lebih baik. Baby biasanya dah  boleh pegang cawan atau botol sendiri, pindahkan barang dari tangan ke tangan yang lain, dia juga dah pandai meriuhkan suasana dengan mengetuk-ngetuk barang supaya berbunyi.


- Tumbuh gigi
Ada sesetangah baby dah mula tumbuh gigi waktu ni. Aniq pun dah boleh nampak 2 batang gigi bawah dia. Tapi ada juga baby yang tumbuh gigi lebih awal atau lebih lambat. Biasanya bila baby nak tumbuh gigi, akan ada lelehan air liur dan baby suka buat bunyi - bunyian bagi menyesuaikan diri dengan benda asing yang terdapat dalam mulutnya.


- menangis bila ditinggalkan
Dalam usia ni, baby dah mengenali ibunya. Bila ditinggalkan walaupun sekejap mesti akan merengek untuk dapatkan perhatian semula. Kalau ternampak ibu, cepat-cepat merangkak menuju kearah ibu. Kadang-kadang kita risau nak dukung takut dikatakan memanjakan anak, tapi tak salah mengikut kehendak anak sekali sekala. Pada saya, anak juga perlu dimanjakan sesekali agar dia rasa disayangi.


-Kemahiran mengenal
Sekarang baby dah boleh kenal suara ibu, ayah atau bunyi-bunyi lain. Kalau Aniq, saya tegur dari jauh pun cepat-cepat dia mencari. Dia boleh mengecam perubahan pada nada suara dan akan menangis kalau rasa seperti dimarahi.

Kalau saya buat macam tu pada Aniq, dia selamba je. Tapi kalau orang lain yang buat, dia akan menangis..hehe


-Permainan yang menyeronokkan
Ada sesetangah baby, dia ada permainan yang dia suka. Selalunya permainan yang lembut . Waktu ni, kalau kita cuba ambil pada tangannya, dia akan pertahankan sekuat-kuatnya.

Salah satu permainan yang Aniq suka ialah, teddy bear yang my hubby hadiahkan  masa lepas saya lahirkan Aniq dulu. Tapi sebab cik teddy tu besar sangat, dia tak mampu nak bawa kemana-mana. Tapi kalau dekat, dia akan bersandar pada bear sambil main apa-apa yang dia suka. :)

Perkembangan setiap baby adalah tak sama. Ada sesetengahnya memang cepat, dan ada sesetengahnya yang sedikit lambat. Tapi macam nurse beritahu saya, tak ada apa yang perlu dirisaukan selagi anak aktif., kecualilah kalau perkembangannya terlalu lambat berbanding usianya.Mungkin saja bukan sekarang tapi tak lama lagi. Mommies jangan risau ye..




5 ulasan :

  1. wahh..banyak perkembangan aniq.. semoga terus maju aniq.. chaiyokkk...

    BalasPadam
  2. seronok dengar aniq dh pandai macam2..sy persan sejak afia 7bulan mmg dia nak perhatian je..klu sebelum ni boleh biar lelama kt bawah.dpt la kita buat kerja..skang ni behave tie dia kenyang,dh mandi n cukup tidur saja..klu tak kelam kabut menjulur cari ibu..satu rumah dia mop..dia tak tunjuk lgsung skilll nk merangkak..gigi pun belum tumbuh..tp sy takdela risau..perkembangan fizikal dia je lmbt sikit..akal dia jenuh org utara kata..mulut bising sebut macam2..nk mkn pun pandai sebut mamam..kena marah je nangis,dan kadang2 dah pandai sahut juga bila kita panggil..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..part mop rumah tu yg paling xsyok sekali tu.. Aniq ni pun walau dah merangkak, letih jugalah saya sbb dia suka juga nak mngemop menyapu semua..hehe

      Padam
  3. alhamdulillah smga terus mmbesar sbgai anak yg soleh, pintar dan cergas.aamiin

    BalasPadam