Isnin, 17 Februari 2014

Cerita tentang VCO...

Baru-baru ni, ramai betul yang nak tahu pasal vco yang baru ni. Lebih - lebih lagi vco delima tu.  Kebanyakan yang datang pada saya ni ibu-ibu hamil yang nak tahu sangat apa kelebihan vco delima ni. Walaupun saya tak dapat nak whatsapp  sekarang ni, rajin juga dorang sms saya. Alhamdulillah..terima kasih semua..




Ada juga yang mencari kat blog. Bila saya tengok keyword, banyak betul pasal vco. melebihi yang lain.  Seronok saya tengok perkembangan ni. Mungkin sebab sekarang ramai yang dah tahu kelebihan vco. Apatah lagi bila dah ditambah lagi dengan minyak berkualiti lain macam delima , argan and aprikot.

Ada yang sorang tu sebelum ni makan vco dengan minum pati delima. Bila dah tahu ada vco delima, terus nak tukar vco delima pulak. Memudahkan dia agaknya. Bagus la macam tu kan.. Semua orang pun tahu delima memang baik untuk ibu mengandung and menyusukan. Harga pun tak mahal mana. Cuma Rm70 sebotol termasuk kos pos. memang berbaloi sangat. tak payah dah nak makan 2, 3 jenis supplement sekali gus. 




Tapi lain pula dengan duta catalyst, Nad zainal. Dia makan banyak sekali. Ada colla c, vco argan, vc plus. Semua tu dia makan. mak ayah dia pun makan juga. Ok la kan.. dia banyak duit..haha.. Kita ni ikut bajet la.. Kalau ada lebih boleh la nak ambik lebih. tapi macam mana pun, saya tetap dengan vco. Bukan setakat saya suka, nurse kat klinik pun memang sarankan saya makan vco, kat Aniq pun dia suruh bagi.* dia tak suruh pun , saya bagi juga..hehe*. Kalau ada lebih bajet barulah saya tambah makan femme vita pulak..

Vco juga adalah satu2nya produk kecantikan saya. Saya mana ada sapu apa-apa kat muka kecuali vco. Vco juga adalah base pada make up saya. *saya make up kat rumah, untuk suami..hehe* Sebelum pakai foundation tu, sapu dulu dengan vco, Walaupun kita dok pakai make up hari-hari, lama pun muka still ok je. Tak adalah jadi naik jerawat ke apa. Malah yang berjerawat tu lagi boleh surut, bintik hitam pun hilang terus..

Pada saya kalau makan vco ni dah cukup lengkap untuk penjagaan kesihatan luaran and dalaman. Tapi apa-apa pun kena lah ikut disiplinnya. Kena konsisten. Kalau tak mana nak dapat hasil yang kebabom tu kan. Jangan pula baru makan sebulan, dah nak merungut tak nampak kesan. Saya nak pesan kat sayang-sayang saya semua ye..vco bukanlah ubat. Dia tak berhentikan masalah kita time tu, dia rawat dalam dulu. Jadi, kalau belum nampak kesannya, teruskan makan, teruskan ambil untuk beberapa bulan lagi. Jangan berhenti. Kalau sebelum ni xde masalah, tapi makan vco ada masalah, rujuk je kat stokis atau agen yang korang beli tu. Dorang akan rujuk balik pada Doktor Liyana, doktor consultan catalyst.

 Biasanya ni masalah yang normal berlaku sebab itu petanda badan bertindak balas membuang toksin-toksin dalam badan. Saya tak cakap kat orang je, saya cakap kat diri sendiri juga la. Sebabnya saya pun selalu juga miss. tapi mugkin sebab saya ni dah lama amalkan, tertinggal 2, 3 hari tu xde hal la.

Seeloknya vco ni dijadikan supplement sepanjang hayat. Bukan makan 2, 3 bulan stop makan yang lain pula. Saya masih ingat saya tengok Dr Muhaya kat tv 9 baru-baru ni. Dia cakap pasal ada sorang mak cik yang dah tua sangat, tapi masih sihat. Bila ditanya apa rahsianya, rupanya dia amalkan makan supplemnt dari muda. Jadi bila dah tua tak mudah sakit-sakit. Badan masih cergas, sihat. Jom..mulakan makan supplemen hari ni. kalau rasa sayang nak keluar duit banyak sampai rm70 sebulan, ambil vco yang biasa punya. baru Rm46 termasuk kos pos. Kalau beli lebih dari 2 botol dengan saya, akan saya bagi diskaun kat korang yang beli.. Berapa?? Adalah..RAHSIA...hehe.. Kalau nak tahu,  Pm je saya. Nanti kita sembang-sembang ye..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan