Jumaat, 21 Februari 2014

ustaz Sharhan penipu?

Pagi ni saya tengok MHI kat Tv3.. hari ni ada perbincangan pasal Saka dengan Ustaz Sharhan Syafie dari Pusat Perubatan Sinar Zamdurrani. Banyak info-info yang dapat tadi walau cuma sekejap aje bersiaran. Bila tengok aje ni saya teringat satu masa dulu,. Ummy saya pernah diajak untuk belajar perubatan Islam ni.. tapi ummy tak minat. keluarga saya dari dua-dua belah abah dan ummy memang ada yang boleh mengubat orang, katanya tu antara keistimewaan kenapa ummy terpilih.


So, tetiba rsa nak google pasal Ustaz ni. nak tahu lebih lanjut sebab saya memang berminat dalam hal-hal sebegini. Dalam mencari-cari tu terjumpa ada yang menceritakan pasal ustaz ni penipu. Betul ke??  Jujur saya katakan saya tak pandai bab-bab ni, tapi setakat apa yang pernah saya tengok dia buat kat tv dan dari kata-kata orang yang boleh mengubat orang,dorang yang pandai dah scan  Ustaz ni BUKANLAH penipu. Dia tak ada pakai jin2 atau khadam2 macam bomoh tu.


Dah tu kenapa ada yang kata dia penipu?? Saya sebenarnya tak tahu juga apa niat orang tu. Mungkin juga dia dah berubat, tapi bila suruh amal sekian-sekian, begini- begini tapi tak mau ikut. Masalah tak selesai lah. Saya ada pengalaman semacam ni. Dah banyak kali saya kena jaga orang sakit akibat jin. Kalau perawat cakap jangan buat, tolong jangan buat. Saya ada kisahnya,pengalaman saya sendiri. Tapi terlalu pnjang untuk diceritakan. Tapi sebab benda-benda yang macam ni lah saya makin yakin dengan perubatan Islam.


Apa-apa pun jangan kita cepat menuduh orang tu sesat, orang ni jahat, orang ni menipu. Kita selidik dulu. Pada siapa yang rasa tertipu baiklah buat report ke apa.  Kita juga tak boleh menyangkal yang jin dan alam ghaib tu wujud. Tak semua yang wujud tu wajib kita nampak. Allah wujud tapi kita tak nampak, malaikat wujud tapi kita pun tak nampak. Pasal jin ni pun ada dalam Al-Quran.


And last sekali saya nak kongsi doa yang ustaz baca dalam MHI tadi. Ini ayat dari Al-Quran yang elok dibaca pada anak-anak agar terhindar dari perbuatan khianat jin dan sekutunya. Elok juga dibaca ibu mengandung agar anak yang lahir akan sempurna sifatnya.. INSYA ALLAH..




update :  ini cumalah pendapat saya sahaja pada ketika saya menulis, pada saat ini..mungkin semua ni akan berubah kalau ada perubahan.. 



4 ulasan :

  1. biasanya saya tak rasa yg ustaz2 ni menipu.. cuma kadang2 saya rasa ramai yg macam nak ambik kesempatan pun ada jugak..ye lah..orang tengah sakit.. cas utk mengubatnya tu boleh tahan.. mmg lah orang akan buat apa saja nak bagi sembuh dari sakit..tapi ustaz2 yg pandai mengubat ni patut juga simpati dgn diorang.. mungkin bukan tempat pertama diorang pergi utk berubat..tempat lain cuba tapi tak menjadi.. so banyak duit dah dilaburkan..apa salahnya bagi cas yang berpatutan..sekadar pandangan saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul juga tu kak rai..mmg ada yg dorang dah tentukan berapa kena byr..tp sebenrnya mcm yg saya tahu, dorang tetapkan harga sbb nak cover duit sewa and bayar pada pembantu dorang..tp kbnyakannya kalau kita ckp tak mampu dorang akan murah hati suruh bg ikut kemampuan..setiap satu ilmu adalah berharga..itu juga cara utk mngajar kita supaya mghargai ilmu dorang2 ni bukan dorang belajar tepi2 jln..ini apa yg saya faham..

      Padam
  2. Balasan
    1. ni cuma pndapat sy..and apa yg saya tau msred..lain org lain pndapatnya..

      Padam