Rabu, 5 Mac 2014

Jatuh Depan Mata

Ni cerita jumaat lepas. Petang jumaat tu saya dengan hubby bawa ANiq pi jalan2 kat taman. Balik tu kitorang lepak la depan rumah sambil siram2 pokok semua. tengah sibuk2 melayan Aniq, saya ternampak la ada sorang budak perempuan ni bawak adik2 dia naik motor. Saya rasa biasa dah nampak budak tu dok belajar bawak motor depan rumah saya. Tapi tak kenal la anak siapa.

Tapi ntah macam mana motor tak boleh kawal,terlanggar deviver, jatuh.  Mujur tak laju sangat, kalau tak mungkin dah jatuh ke bawah bukit.. Saya masa tu menjerit minta hubby tolong angkatkan motor. Saya tak risau kakak dia tapi risaukan adik kecik yg duduk dalam raga motor tu. Kakaknya dengan adik yang membonceng tu tak ada apa. Tapi yang kecik tu habis pecah bibir. Darah menitik-nitik. Budak2 dah ramai yang berkumpul nak tengok kenapa.

Si adik tu saya dukung bawak masuk, cuci darah dengan air lepas tu sapukan vco. Alhamdulillah, darah pun berhenti. Masa tu saya sedar yangadik dia badan besar and berat. Selalunya memang saya tak kan mampu nak dukung. Tapi mungkin sebab risau yang tersangat, taksedar pun berat budak tu.

Masa saya tengah dok cuci darah si adik ni, yang kakak selamba je pi kat motor nak start motor pulak. Buat tak tau je kat adik. Ikutkan hati saya nak aje marah budak tu. Tapi mungkin dia panik ke apa, dah tak tau nak buat apa lagi. dah settle semua, saya suruh dorang balik. Sepatah apa pun yang kakak dia tu tak cakap, walaupun cakap terima kasih ke apa.

Tak apalah, saya ikhlas nak tolong. Cuma sepatutnya dia kena belajar untuk berterima kasih pada orang yang membantu, bukan nak cabut macam tu je. baju and tudung saya dah penuh darah budak kecik tu. ingat lambat lagi nak masuk, dah macam tu kena la mandi awal sikit.

darah yang terkena pada tudung


saya ni dah la takut naik motor, tengok benda macam ni lagi la jadi takut Apa lagi nak bawak. Sampai bila2 la saya tak pandai bawak motor nampaknya..   

6 ulasan :

  1. Assalamualaikum kak, alahaiii kesiannya si adik tu habis luka-luka. takpelah maybe si kakak tu dalam keadaan terkejut kot. tapi harus la dia ada tertib nak ucap terima kasih sebab akak dah bantu dia kan Y__________Y

    BalasPadam
  2. kadang kadang saya pun tak paham apa dalam kepala otak budak2 zaman sekarang.. kalau saya bawak adik naik motor..lepas tu jatuh pulak.. sahih2 kena marah teruk dgn mak.. masa jatuh tu pun dah cuak gila.. hati kering betul kakak dia tu kan..

    BalasPadam
  3. @Sheila Salimmmg pun, sy xhrp la dibalas, tp tu adapnya pd org yg dah tolong..

    BalasPadam
  4. Boleh pulak jadi depan mata ya.. mestilah nak tolong ya.. sian diorang. Vco boleh guna utk ubatkan luka ya? Bagus ni..

    BalasPadam
  5. benda jadi depan mata mestilah kita tolong.budak kecik lak tu.tak melalak ke adiknya darah byk keluar?msti sakit...kakaknya panik sgt kot..terima kasih pun lupa nk ucap.hehe

    BalasPadam
  6. @Aisy Nasiha boleh kak AN..sya mmg simpan vco liquid tu utk mcm2..untuk luka2 kena ir pns ke, jatuh ke,kena pisau ke, semua sapu vco..Inysa Allah cepat baik..

    BalasPadam