Sabtu, 1 Mac 2014

Minyak Selusuh Kelapa

Baru-baru ni ada sorang customer mesej saya. Katanya nak tau pasal vco pormegranate catalyst..
ini  vco delima/pormegranate
Dia ni dah mengandung 2 bulan lebih kurang macam tu.. Sebelum ni dia makan vco dengan jus delima. Tapi sebab yang tak diketahui dia nak vco delima ni pulak.

Tapi kesiannya, mak dia tak bagi makan vco sebab takut jadi selusuh. Tak pasal-pasal kang bersalin cepat *kata mak dia la*. So, masa tu saya sibuk dengan adik nak bertunang, saya tak sempat nak jelaskan kat dia kenapa vco delima ni sesuai sangat untuk orang mengandung dan kenapa makan vco tak kan menyebabkan terjadinya baby keluar sebelum waktu.


Memandangkan ramai juga yang search kat sini pasal ni, so meh saya terangkan sikit ye. Apa yang saya tau pasal vco delima yang sangat-sangat bagus untuk ibu mengandung. Alaaa..orang tak mengandung pun elok juga makan, bukan khusus untuk ibu mengandung je..

Semua orang tau khasiat delima pada ibu hamil, kan?? Sebab tu, kalau preggy atau nak preggy, silalah amalkan makan atau minum jus delima. Kalau korang rasa malas, korang telan aje vco delima ni. Habis cerita, nak mudah kan??  Kat bawah ni saya dah siap copy kelebihan buah delima untuk ibu mengandung. Kalau rajin , korang baca.. Kalau malas, I tak boleh buat apa la..hehe.. Lagipun, delima kan makanan sunnah, disebut beberapa kali dalam Al-Quran. Insya Allah, banyak khasiatnya..

  • Buah delima  membantu melindungi otak bayi semasa kelahiran. Dalam sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
  • Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Bagi ibu yang mengandung, buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
  • Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
  • bagi wanita yang mahu mengandung, boleh amalkan buah delima juga sebagai ikhtiar.


Ok, sekarang saya nak cerita pulak, kenapa vco delima ni tak akan menyebabkan ibu-ibu hamil keguguran atau terbesalin awal. satu je jawapannya *yang saya tahu*. Vco delima ni BUKANLAH minyak selusuh. Ia memang minyak tapi tak digunakan sebagai selusuh sebab tak dibacakan apa-apa ayat untuk dibuat selusuh pun.

Tapi kalau nak guna sebagai selusuh pun boleh juga. Caranya amat mudah, meh baca kat bawah ni ye.. Saya dah copy siap-siap untuk korang yang nak buat sendiri minyak selusuh. Kalau malas, minta suami atau mak korang. Kalau dorang pun malas atau tak reti, boleh minta bidan tolong buatkan.

Para ulama menghasilkan selusuh berpandukan pelbagai ayat Al-quran. Berikut ialah langkah membuat air selusuh. Minyak selusuh ni hukumnya adalah harus. 

Cara 1

  • Surah Al-Fatihah.
  • Surah al-Hasyr ayat 21.
  • Selawat syifa (Ya Allah berikan rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad S.A.W yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya).
  • Bacakan doa "Ya Allah dengan hak Maryam dan dengan mereka yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan nama ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian tiup pada air atau minyak, perlu minum 7hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.
  • Sapukan air tau minyak diperut ibu dari atas ke bawah dengan selawat 7 kali.
  • Minyak selusuh perlu diminum sebanayak satu sudu apabila sakit hendak bersalin.


Cara 2

  • Beristighfar 3 kali
  • Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad S.A.W,para sahabt dan para pengikutnya.
  • AL- Fatihah 1 kali.
  • Selawat 11 kali.
  • Alam Nasyrah 7 kali.
  • Al-Ikhlas 3 kali.
  • Al-Falaq 3 kali.
  • An Nas 3 kali.
  • Al-Fatihah 1 kali. Kemudian doa apa yang dihajati.


Cara 3

  • Al-Fatihah. Apabila sampai di ayat 5, lintaskan di dalam hati memohon memudahkan bersalin sebanyak 3 kali.
  • Selawat Syifa 7 kali.
  • Surah al Hasyr ayat 21, 3 kali.
  • Surah al-A'raf ayat 54
  • Hembus pada air, minyak atau kurma.


 Dah selesai buat salah satu daripada apa yang saya bagitau ni, barulah boleh dikatakan minyak tu minyak selusuh. Kalau tak, ia minyak yang biasa je.. 

Harapnya jelas la ye apa yang saya terangkan ni. Setakat ni, ini je yang saya tau. Kalau ada yang lain-lain boleh la nak tambah-tambah ye. Nak tanya apa-apa silakan isi je kat kotak komen tu tau korang.........

10 ulasan :

  1. Assalamualaikum awak.. awak jual ek? berapa sekotak ni? saya dah masuk 7 bulan, masih tercari vco delima ni. tak jumpa-jumpa, maybe sebab jarang masuk kedai jamu kot. hehe. saya baru amalkan minum jus delima gulsan dalam sebulan lepas. ni minum sehari satu sudu ek? nanti email saya harga boleh? nak beli...
    sheilashahfiekry@gmail.com. tq ~~~

    BalasPadam
  2. usaha utk memudahkan bersalin,Insyaallah

    BalasPadam
  3. blurr kejap bila terbaca pasal selusuh ni.. selusuh tu, nk bagi cepat bersalin ke? macam tu...?

    BalasPadam
  4. Bagus perkongsian ni. Semoga lebih ramai yang memanfaatkan minyak ni ya.

    BalasPadam
  5. Nice info... Sy pun guna vco dh 7 thun tpi jnma lain la.. Mmg bgus amalkan natural remedy ni...

    BalasPadam
  6. @Pha Is aah, mmg nak bg mudah bersalin pun...xde la sakit lama sangat..

    BalasPadam
  7. @Maria Firdz betul3..xkisah jenama apa pun, asalkan vco..mmg bgus sgt2..

    BalasPadam