Isnin, 3 Mac 2014

Aktiviti Petang

Saya suka sangat bila dapat jadi suri rumahtangga. Seronok tak terkata. Sebabnya saya tak suka keluar rumah.. Kalau boleh, nak berkurung 24jam. Tak mo keluar-keluar, kecuali dah bosan sangat. Tapi kalau hubby saya balik, ehh...rajin pula nak keluar. Kadang tak sempat-sempat orang tu masuk rumah, kita dah tunggu kat luar.

Alaa..bukan nak berjalan kemana pun. Dapat duduk kat luar satu family pun saya dah seronok. Memandangkan saya dah lama tak berjalan, saya ajak hubby keluar bawa Aniq pergi taman, jalan kaki je. Punyalah seronoknya walaupun kejap. Lepas tu balik rumah, berselfie pulak.hehe.. Sengal jap...

kesian betul si Aniq tu ye..mak dia pulak lebih2..hahaha..ampunnnn...


Dekat maghrib tu barulah masuk rumah. Masa tu baru rasa sakitnya pinggang.. rasa macam sengal-sengal je pinggang. Mula nak mengelat tak nak masak. Terfikirlah kenapa tetiba sakit pinggang? Bukan ada buat apa pun, jalan-jalan aje tadi.

Bila ingat balik, patot la. jenis orang suka duduk dalam rumah je. Tak bergerak sangat. Bila berjalan lebih sikit, mulalah sakit tu sakit ni. So, saya rasa nak kena mula balik jalan kaki keliling taman perumahan macam masa baru kawen dulu. Dulu masa mengandung, rasa nak berjalan, tengah malam pun pergi juga keliling taman.  Pastu nak rajin makan vco. Dah lama tinggal. Padahal tau dah badan tu tak berapa nak kuat.Cuma yang tak tau, sampai bila bertahan. Kang datang malas, tak mo dah keluar rumah..

Fuhh~ datanglah semangat rajin.. Buanglah penyakit malas oii, kalau nak sihat....

28 ulasan :

  1. tabah je muka si aniq tu.. hehehe

    BalasPadam
  2. kadang2 mls jugak nak keluar. tp petang2 tu bwk la bdk2 ni main. depan rumah je pun.

    BalasPadam
  3. Akak sejak ada nak dua ni, suka keluar. Dua2 hero ni mana leh duk diam, jadi kalau terperap je kat rumah, mulalah diorng buat hal.. jadi kalu hujung minggu pasti kena keluar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah..betul juag tu..hero mna reti ddk diam kat rumah je..

      Padam
  4. samalah, kak ina pun jenis yg suka duk dlm umah.. mls lah nak kuar2..hihii tp kalau hujung mggu tu ajak gak hubby g tesco ke mana2 ke.. janji dpt bawak ank ni g jejalan.. g teso main game yg letak duit rm1 tu je pun. hahhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. janji dapt keluar..tak adalah terperuk aje..

      Padam
  5. bestnya kalau jadi surirumah kan.. walau pun bukan tak penah jadi surirumah..tapi sangat enjoy..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betoi3 tu kak rai..sbb tu sya dok fikir lg ni nak kerja..best lg ddk rumah..hehe

      Padam
  6. sukalah Aniq dapat main kat taman.. lepas ni, ibu kena bawa selalu lah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg kena bwk selalu pun lepas ni..dia pun hepi je dpt keluar..

      Padam
  7. Iyelah kalau dah duduk dlm rumah .. sesekali nak jugak amik angin petang .. kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah...sesekali mesti bg kena matahari juga..kang pucat tak kena matahari kang jd vampire pulak..hehehe

      Padam
  8. Bestnya dpt jadi SAHM. Bilalah saya blh dapat title ni.

    BalasPadam
  9. Akk kadang2 suka memerap kt rumah..kadang2 suka jalan..tp sbb en suami busy keje dok umah je la..

    aniq comel..mama pun.hehe

    BalasPadam
  10. akk pon malas nak keluar rumah apatah lagi bersenam...hheee

    BalasPadam
  11. hhuuhh..sama laa...suka duk umah je..urus apa yang patut...tu pon ari minggu jelaa dapat wat cm tu...
    kekadg suka suami keje ari mggu sebb suami suka jejalan...so kena ikut..

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum bestnya jenis suka duk rumah. tapi sy pun happy gak kalau duk rumah, berulit dengan anak ke. hehee skrg anak belum keluar, kita kasi jalan2 dulu ~~~

    BalasPadam
  13. assalamualaikum syaz....comelnya die...;)

    BalasPadam
  14. Huhuhu..maknye punye psl ank yg kne..

    BalasPadam
  15. wah memang best dpt kuar petang tp kite geng la sebab hana pown malas nak keluar rumah...hihihihi...

    BalasPadam
  16. KALAULAH ADA PELUANG LAGI NAK JADI FULLTIME HOUSE WIFE...
    SY PN SAMA LEBIH SUKA DUDUK RUMAH TAPI KALAU ADA HUBBY SUKA PULAK KAKI NI NAK MELANGKAH KELUAR

    BalasPadam
  17. kita serupa... kalau boleh nak duduk di rumah 24 jam... tp bila dah bosan.. nak keluar.... :D

    BalasPadam