Sabtu, 19 April 2014

Pengalaman Berpantang Dengan Catalyst

Saya dah lama nak cerita tentang pengalaman saya berpantang dengan set berpantang catalyst. Tapi memandangkan usia yang makin meningkat, ingatan pun dah kurang.. Jadi selalu terlupa. *iyela tu kan. :D * Tapi kebelakangan ni ramai pula yang bertanya pengalaman saya berpantang, makan jamu apa sepanjang berpantang dan sebagainya. Saya ni anak baru seorang, malu lah nak cerita banayak pasal pengalaman. Orang yang bertanya tu pun dah ada 2, 3 orang anak. Kira lagi banyak pengalaman dari saya ni, tapi dah orang nak tahu juga, saya cerita sahajalah.

Saya bersalin pada minggu yang ke 38 kehamilan. Masa tu tak ada apa sakit pun, tapi kerana anak saya yang kecil, doktor menjangkakan baby ada masalah jantung, sebab dia tak besar sejak dari minggu ke 34 kehamilan. Jadi, bila sampai dihospital, saya dipaksa bersalin, tapi sampai petang perkembangan terlalu lambat, mereka sarankan untuk pembedahan. Dan.. Alhamdulillah tepat pukul 6.49 petang, lahirlah Aniq.

Saya tak jangka langsung yang saya akan dipaksa bersalin lebih awal, jadi saya tak buat apa2 pun persediaan untuk berpantang. Langsung tak ada apa2 jamu atau sebarang set berpantang pada saya. Yang ada waktu tu cumalah vco. Itu pun terlupa nak makan. Setelah seminggu berpantang di rumah sendiri, saya berpantang di rumah mak mertua. Masa inilah saya baru mula makan set  berpantang catalyst.

Set ini terdiri dari mexorea, vco dan femme vita. Set2 ni sebenarnya bukanlah set berpantang yang secara rasminya di keluarkan untuk ibu berpantang oleh catalyst. Tapi sebab set ni mengandungi bahan2 yang sesuai untuk ibu2 berpantang, maka di cantumkan sekali menjadi set berpantang. Yang saya makan 3 produk ni, cumalah yang basic sahaja. Harga 1 set basic ni cuma rm170 je. Cukup untuk 45 hari berpantang. 

Saya ni jenis badan tak begitu kuat, saya mudah sakit, lemah dan sebagainya. Memang dari kecil lagi memang selalu sakit, sebabnya saya tak pernah menyusu susu ummy saya. Jadi antibodi agak lemah. Jadi, sepanjang berpantang di rumah mertua, saya risau kalau saya sakit. Bila dah ada anak, banyak tenaga yang diperlukan. Kadang anak berjaga malam dan sebagainya. Tapi alhamdulillah, sepanjang berpantang, saya langsung tak sakit apa2. Baby pun tak ada demam kuning atau sakit2 lain.

Saya memang ada terfikir macam mana saya boleh rasa sihat je, boleh siapkan anak sendiri, mandikan baby, siapkan air mandi baby sendiri sedangkan saya bersalin secara pembedahan. Lagi pula saya memang tahu yang badan saya ni agak lemah. Bila saya cerita yang saya ok je sepanjang berpantang, orang macam tak percaya. Saya sendiri pun macam tak percaya.

Sepanjang berpantang cuma 3 item ni aje yang saya makan. Jadi, saya tahu apa yang membantu saya menjaga badan dalam waktu berpantang tu. Mula2 jujur saya cakap, saya tak begitu yakin dengan set ni sampai saya malas nak fikir lagi dah. Tapi bila ramai pula kawan2 yang tanya apa saya makan sewaktu berpantang, cuma inilah jawapan saya, 3 item ni. Memang tak ada benda lain. Lastnya saya sedar yang set berpantang yang 3 ni memang banyak membantu saya.

Masa lepas habis berpantang, saya balik semula kerumah sendiri. Masa ni, ada sikit masalah yang membuatkan saya rasa tak mampu nak menyusukan Aniq. Jadi, semakin lama susu semakin kurang. Akhirnya ANiq terpaksa minum susu tepung sahaja. Kesian tengok Aniq, saya berazam nak kembali menyusukan dia sepenuhnya dengan susu badan. Saya pun mula makan vco banyak2 supaya susu kembali meriah. Dan... Memang terbukti, Susu dah kembali banyak, Aniq dah boleh berhenti menyusu botol. Tapi masa ni dia dah 6 bulan. Dah mula nak menggigit saya. Apa lagi, saya pun stopkan balik. Saya memang tak tahan kena gigit.

Sekarang memang amat menyesal bila Aniq dah kurang menyusu badan. Saya tahu, kalau saya nak susu banyak semula saya boleh. Jadi, saya masih amalkan makan vco agar saya boleh meneruskan penyusuan susu badan untuk Aniq. Mungkin dah tak sekerap dulu, tapi masih ada walaupun sekali sehari.

5 ulasan :

  1. saya pun baru start amalkan vco.. tapi beli yg cecair dlm botol tu je.. bagi bebudak ni makan jugak..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah dipermudahkan proses dalampantang dengan catalyst

    rugi tak teruskan bf pada aniq..klu tak jimat dah duit susu.hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam puan.. saya cume nk bertanya kalau lps bersalin kite terus amik vco softgel dengan femme vita boleh ke?? tak de effect kat bby ke??

      Padam
    2. wsalam.. lepas bersalin boleh terus makan vco.. tapi femme vita tunggu dulu.. makan mexorea dulu untk buang darah kotor (nifas). semua ni xde effect kat baby.. selamat nak makan walau mnyusukan baby. makan vco boleh elak baby kena kuning..

      Padam
  3. @Puan Kutu Aah..fikir macam tu juga kak muni..tp sya rasa mcm tak cukup kuat aje nak teruskan menyusu..semangat tu dah terbang dibawa angin lalu, tak kuat nak cari balik..:(

    BalasPadam