Rabu, 6 Ogos 2014

Beraya di hospital..

Selamat hari raya kawan2. Maaf zahir batin. Mana lah tau, sepanjang menulis blog ni ada yang terasa. Kot2 rasa macam terperli ke apa kan. Harap sangat maafkan kesalahan & kesilapan tuan empunya blog ni. Yela.. Kadang2 kita tak sedar kata2 kita boleh buat orang terluka. Tahun ni raya dimana? Saya sepatutnya masa raya pertama tu di rumah umy saya di keratong. Tapi dah ditakdirkan kami sekeluarga terpaksa beraya di hospital.

Ceritanya mula dari masa berbuka last puasa hari tu la. Time makan, Aniq langsung tak nak duduk diam. Berjalan sana sini. Bila disuap makan, langsung tak nak. Mula2 ingat biasalah budak. Tapi makin pelik sebab dia langsung tak nak duduk. Kebetulan memang dia poo poo. So saya bagi tau dia "tunggu jap, mummy nak makan".

Lepas siap makan, nak solat dulu. Faham2lah waktu maghrib ni kan singkat. Lepas siap solat,saya bawa anak soleh ni ke bilik air. Masa nak basuh tu bukan main dia jerit. Memang dia ni takut air. Tapi tak jerit sampai begitu sekali. So dah syak ada benda tak kena. Tengok2 'bird' dia tu dah bengkak kat hujung kulit tu.

Cepat2 saya siap kan dia, panggilkan my hubby tanya pendapat dia. Nak bawa ke Klinik ke macam mana. Kami sekeluarga termasuk Umy & abah saya memang tak pernah tengok yang bengkak begitu. So, tak tau nak buat apa. Akhirnya call cousin saya. Di suruh pergi hospital, takut jadi jangkitan.

Kitorang terus ke hospital besar segamat. Rupanya jauh juga dari rumah Umy kat keratong tu. Rasanya kalau ke hospital muadzam lagi dekat. Tapi kitorang sekeluarga memang dah black list hospital Muadzam tu. Tak hingin nak pergi. Servis punyalah teruk. Keluarga saya termasuk sepupu semua dah pernah terkena dengan diorang. Yang paling teruk, masa my hubby sakit dulu tu. Diorang bukan nak cek betul2. Lagi dikata my hubby mengada adalah. Bila diingat pasal hospital ni memang sakit hati. Sebab tu lah kitorang nak try segamat pulak. Harap2 ok.

Masa sampai tu dah cek sekian2 begitu begini, doktor bagi 2 cadangan. Boleh balik,tapi bawa anak semula kalau masih sakit. Yang kedua duduk wad sampai dia stabil. Kitorang memanglah nak balik, esoknya raya. Siapa nak beraya kat hospital kan.. Tapi fikirkan jauh nak ulang alik, kitorang akhirnya setuju nak masuk wad.




Tengok,sempat lagi up status tu.haha.. Tak pe, anak ok je masa tu. Siap boleh berlari lagi.

Yang tak bestnya, kitorang pergi tu tak bawak apa barang pun. Mujur ada 4 keping pampers Aniq dalam beg yang saya bawa. Tapi baju & barang lain termasuk susu semua tertinggal. Malam tu, terpaksalah Aniq minum soya dalam kotak je. Susu badan memang tersangat kurang sebab saya ni susah nak minum air. Tak kisahlah air masak ataupun air manis.

Siang esoknya tu, jiran2 sebelah katil Aniq ni family diorang semuanya datang siap bawa rendang bagai. Yang kitorang dapat bau ajelah.. Tengah hari sikit tak sangka hospital hidang ketupat rendang semua. Semua orang tengah lapar , apa lagi, laju serbu nak makan.. Haha.. Ingat balik, rasa kelakar la pulak.. Bukan lapar sangat sebenarnya, tapi kesedihan sebab dah masuk tengah hari, tapi kitorang ni mandi pun belum sebab tak bawak baju. Mandi sunat hari raya memang terlepas, sembahyang sunat raya pun terlepas.

Masuk tengah hari tu, doktor mula jalankan tugas. Agak lambat katanya sebab hari raya. Nurse cakap, doktor pun nak beraya. Kitorang iye kan ajela.. Padahal tadi rasa geram kat doktor tu..haha.. Time doktor cek Aniq kitorang pujuk supaya bagi je Aniq keluar. Sebab dia dah ok.. Lama dia fikir, panggil pulak doktor bedah doktor ntah apa lagi, akhirnya diorang bagi balik. Ya Allah, tak tau nak cakap rasa happy tu. Punyalah rasa terseksa duduk dalam wad. Akhirnya rasa lepas bebas. Syukur.. Alhamdulillah..

Itulah pengalaman kami beraya dalam wad. Walaupun cuma sehari, tapi akhirnya dapat faham perasaan orang yang kena beraya dalam wad. Kesian sangat. Apatah lagi perasaan sayu ibu yang melihat anak sakit, kena cucuk jarum, masuk air semua. Patutnya waktu hari raya itulah waktu anak paling gembira.

P/s: Kadang2 kita rasa kita dah faham perasaan orang, tapi sebenarnya bila kita dalam keadaan yang sama macam dia, baru lah kita sedar yang sebenarnya penderitaan tu berasa lebih lagi dari yang kita tahu..

posted from Bloggeroid

1 ulasan :

  1. alahai kesiannya beraya dalam wad..apa pun yg penting aniq ok..Alhamdulillah

    BalasPadam