Selasa, 16 September 2014

Akhirnya Cik ‘P’ Muncul..

                       بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ



Saya jarang terlewat dijengah cik P setiap bulan. Sepanjang hidup saya 25 tahun ni, Cuma ada beberapa kali je yang cik P ni lambat. Selalunya tepat pada masa ataupun sedikit awal. Tapi kali ni, cik P ni macam malu2 pulak nak muncul. Seingat saya, ini kali kedua berlaku selepas saya kawen, kecuali masa saya preggy dulu lah. Hihi

Kali ni lewat tu tidaklah lama pun. Hampir seminggu je. Tapi cukup buat saya resah menunggu. Bukan apa, manalah tau ada yang melekat. Bukan saya tak nak, Cuma saya rasa sekarang belum masanya lagi. Tapi andai kata ada rezeki, saya tetap terima dengan rasa syukur. Hubby pun dah excited. J. Kami memang nak family yang besar.

Dan.. akhirnya di pagi 10/9/2014 ni nampaknya dah bawa berita baru. Cik P dah datang dari malam, tapi masa nak solat subuh tadi baru perasan. Tapi semua ni bukan penamat cerita lagi. Sebabnya, masa saya menandungkan Aniq dulu pun, Cik P ni setia je datang. Jadi, saya tak jangka yang saya preggy. Cuma lainnya masa tu ialah, kedatangan Cik P ni sekejap je. Tak salah saya, tak cukup 2 hari penuh. Bulan seterusnya tu yang lambat, barulah saya tau saya preggy.

So, walaupun Cik P ni dah muncul lepas dah lewat beberapa hari, saya tetap kena tunggu. Kita tengok esok lusa. Ada lagi ke dah taka da. Kalau Cuma datang sekejap, haruslah kita cek, manalah tau ada yang ‘menumpang’ nak tinggal kat bumi Allah ni kan.. J  semasa menaip ni pun saya dah rasa happy membayangkan kalaulah betul ada, betapa seronoknya kami. Aniq memang nak berkawan, saya dengan hubby pun nak baby baru. Cuma kadang2 terselit rasa resah, sebab saya dah target nak preggy lagi lepas Aniq umur 3 tahun. Mungkin sekarang rasa ok, tapi bila dah preggy nanti, barulah rasa begitu begini sakitnya. Apapun, kalau ada, kami terima dengan rasa syukur, gembira. Kalau tak ada pun, tetap gembira. Sebabnya saya tahu, perancangan Allah lebih hebat dari perancangan saya. Dia maha tahu baik buruk untuk saya.


p/s: nampaknya cik 'P' ni dah berkurang dengan banyaknya lepas hari kedua.. macam dah nak stop. risau pulak saya.. manalah tau, kisah tahun lepas berulang semula.. apapun doakan saya ye..

Isnin, 15 September 2014

Resepi Salad Mudah,Jimat & Sedap

Hai. Korang makan apa hari ni? Saya makan simple je. Ada pedal & hati goreng kari, sayur campur & salad. Nampak simple, tapi makan dengan nasi panas yang lembik sikit, fuhh~ memang sedap lah. Hubby pun tambah banyak.





Saya nak share resepi salad yang saya buat tadi. Simple sangat tapi sedap. Untuk orang yang kekadang malas nak masak2 sangat, salad ni boleh ratah2 je. Sebenarnya saya simpan resepi ni dah lama. Resepi dari mak mertua tersayang. Tapi selalu tak ada masa nak taip.  So, hari ni ada masa, meh saya share ye. Nanti dah cuba boleh bagi tau saya, sedap tak..



Bahan-bahannya
 2 pokok daun salad ( saya guna kobis yang dicelur sekejap)
1mangkuk kecil  daging yang dah rebus ( ganti dengan udang / sotong pun boleh)
3 biji cili padi
1 ulas bawang merah/bawang besar (terpulang)
1 biji limau nipis
Secubit garam
Gula

Cara membuatnya:
1.    Potong kecil2 daun salad. Kalau guna kobis, celurkan dalam satu minit.
2.    Potong daging, bawang, cili. Campurkan semua dalam kobis /salad tadi.
3.    Perahkan limau dalam salad, masukkan garam & gula.
4.    Gaulkan & rasa. Biar seimbang semua rasa.



Sangat senang kan?? Saya  selalu buat ni kat rumah. Memang kegemaran semua. Sama kalau kat rumah MIL. Salad ni mesti ada atas meja. Setakat ni tak pernah jemu. Korang pun cubalah ye.. J

Ahad, 14 September 2014

Nak Tukar Template

                      بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ



Bosan dah saya dengan  template blog sekarang. Rasa nak tukar aje. Tapi, saya ni tak pandai nak edit sendiri. Yang hari tu dok edit-edit, last-last jadi makin  teruk pulak. Saya ni dah jadi macam tikus baiki labu. Bukan makin elok, makin hancuss adelah.


Saya fikir-fikir gak la, berbaloi ke tak saya upah orang edit blog saya ni agaknya. Berapa  kos untuk upah? Kalau ikutkan, banyak benda nak kena buat balik blog ni. Memula yang saya nak ubah, dah tentulah tulisan. Sebenarnya tulisan dalam blog ni ada masalah. Bila saya nak besarkan, dia dok biasa je, kalau buat kecik pun jadi biasa gak. Aih.. tak faham kenapalah. Tu yang sekarang dok menaip pakai word.



tak mau dah yang ni.. dah jemu.. L



Yang lain saya nak ubah, dah tentulah reka bentuknya. Saya dah ada idea lama dah macam mana saya nak. Tapi langsung tak faham nak buat macam mana tu. Nak buat ala-ala dairi gitew..hehehe. Yelah, dah nama pun diari a.k.a catatan harian mummy sya kan.. kena la buat macam diari. Barulah best, sebab saya suka tulis dairi. Psst.. rahsia tau.. saya suka tulis dairi sejak kecik lagi. Berangan konon-konon ada banyak cerita, padahal sekolah rendah, nak cerita apa je. Dulu-dulu mana lah tau ada blog-blog ni..Kalau tau, agaknya merapu-rapulah cerita agaknya..hihi


Lepas tu, ada lagi nak ubah. Rasanya nama blog ni pun nak tukar. Tukar jadi “CATATAN MUMMY SYA”. Agak – agak ok ke tak? Haha. Kalau ikut saya, macam ok. Tapi rasa sesekali macam ok lagi nama yang sekarang. Rilek aje kan nak tukar-tukar.. nanti pening orang. Tapi orang tak fofuler macam saya ni tak apalah kot ek..ekkekeke


Kalaulah ada yang pandai edit blog ke, ataupun tahu sesape pandai edit blog. Bagitau saya ok. Nak  try tengok, boleh ke tak saya nak buat macam saya cerita tadi tu. Kalaulah boleh, gumbiranya saya!! J

Sabtu, 13 September 2014

Ubat Tambah Susu dari Klinik

Bismillahirrahmanirrahim…

Masa bulan 6 yang lepas, Aniq dah cukup umur 1 tahun. Jadi saya dan hubby cadang nak tukar susu dia untuk yang setahun. Dari umur 4 bulan (tak salah saya) Aniq dah mula minum susu enfalac A+. Susu ni sesuai sangat dengan Aniq sampailah kami nak tukar susu ni.

Cerita susu ni saya ada cerita. Memandangkan banyak dah susu saya dah cuba, saya tak nak seksa anak saya lagi. Kali ni saya tekad nak mula semula susu badan macam dulu. Mungkin masa awal dulu tu tak berapa yakin, tak cukup ilmu & macam2 lagi, kali ni saya nak cuba sampai berjaya. Langkah pertama, bincang dengan hubby dulu. Alhamdulillah dapat green light dari hubby.

Langkah kedua pulak saya nak minta ubat tambah susu dari klinik. Kebetulan hujung bulan tu saya ada perjumpaan dengan doctor untuk cek berat Aniq tiap2 bulan. Diaorang bekalkan saya sepapan ubat untuk tambah susu. Apapun saya tetap kena usaha sendiri yang selebihnya macam kena minum susu, minum banyak air & lain2. Bab makan saya tak ada masalah sangat, tapi bab minum memang masalah besar. Saya tak suka minum air. Tak kisahlah air masak ataupun air manis.

ubat klinik..untk tambah susu sekali dgn tahan muntah

Walaupun tak suka minum air, saya usahakan juga nak minum banyak air setiap hari. Memang Nampak kesan yang bagus. Air susu mula keluar agak banyak. Tapi sayangnya, Aniq yang  dah biasa dengan puting botol tu tak suka menyusu dengan saya. Puncanya adalah dari puting, susu dia keluar banyak. Masalah bila menyusu dengan saya, susu memang lebih banyak dari sebelum ni, tapi tak cukup banyak macam menyusu dari botol. Lebih kurang 2,3  minit menyusu, dia pun berhenti. Tak nak dah. Kecewanya saya. Dah tu, macam mana nak makin banyak kalau dia tak nak hisap? Saya ni tak pandai nak perah susu. Tak pernah menjadi. Sedih sangat.


Jadi sekarang, saya tetaplah bergantung dengan susu formula.  Saya kecewa jadi macam ni, tapi saya tak salahkan sesiapa. Cuma geram dengan nurse kat hospital lah. Saya minta ajarkan saya cara perah susu, dia marahkan saya pulak. Sakit hati saya.  Apapun saya tetap tak putus asa. Saya nak terus usahakan supaya anak saya dapat menyusu dari saya selama yang boleh. Dah la tak lama lagi dah nak kena stop menyusu..

Jumaat, 12 September 2014

Tukar Susu Lagi..

Bismillahirrahmanirrahim…

Aniq dah masuk setahun. Kami dah merancang nak beli rumah. Memandangkan hubby dapat tawaran harga yang murah dari bos dia, kitorang haruslah cepatkan urusan pembelian rumah. Risau pula nanti dah habis jual. Bila dah mula bab kewangan yang besar macam ni, wajiblah susun semula perbelanjaan rumah. Susu Aniq dah patut kena tukar. Lagi pun dulu nak pakai susu ni sebab kata boleh bantu naikkan berat badan baby. Tapi setakat ni berat badan  tak ada perubahan. Graf dia masih kuning macam masa dulu.




Pada mulanya saya cadang nak tukar pada susu jenama lain. Pilihan pertama ialah, s-26. Susu ni agak murah. Seingat saya, murah sikit dari anmum. Kurang 2, 3 ringgit macam tu. Ambil yang setengah kilo je dulu. Cuba2 dulu. Sayangnya susu ni tak serasi dengan Aniq. Dia jadi cirit birit. Kesian sangat tengok dia. Baru habis menyusu, dia dah poo poo. Masa mula2 saya fikir sebab susu baru tukar. Saya tunggu sampai habis sekotak susu. Langsung tak ada perubahan. Nampaknya kami nak kena tukar susu lagi.



Pilihan kali ni, anmum pula.  Sebenarnya dari awal nak cuba yang ni, tapi tak pasti kenapa masa beli tu tertarik dengan S-26. Harganya masih dalam kemampuan kami. Sebab jauh sangat murah dari enfalac. Tapi sayang, yang anmum ni pun tak ok.. cirit birit juga. Rupanya bkan Aniq je, sepupu dia pun sama tak ok dengan anmum ni. Macam biasa, saya tunggu sampai habis sekotak. Tak ada perubahan, saya tukar susu lain.



Pilihan seterusnya, saya pilih dugro yang fruit & veg. Yang ni nampak menarik. Dalam tu ada khasiat buah & sayur. Saya fikir, ni memang bagus. Dah anak kesayangan saya menderita cirit birit memanjang, saya rasa yang ni ok. Bagus untuk gantikan apa yang hilang dari badan dia sebelum  ni. Tapi yang ni pun tak ok… aduhai… kali ni dia sembelit pulak. Agak teruk dia sembelit tau. Tiap kali nak poo poo, memang dia akan merengek. Bila tengok muka meneran tu, sedih sungguh saya. Nak pegang badan dia pun , dia tak bagi.



Sudahnya, saya tukar balik susu enfalac dia. Tapi naik step 3 plak sebab dia dah  setahun. Susu ni saya tak tahu ok ke tak sebab Aniq tak nak susu ni. Langsung tak nak habiskan. Minum Cuma 1 oz lepas tu buang je botol. Geram sangat, habis saya buang susu tu.. haha..



Lepas tu tukar susu lagi, kali ni dutch lady coklat. Alhamdulillah, Aniq nak minum. Poo poo dia ok. Barulah saya perasan, maybe Aniq dah tak nak minum susu plain. Dia nak coklat pulak. Kenapalah saya tak beli je enfalac coklat hari tu. Kan dah membazir.. aduhai… Susu ni ok pada Aniq, tapi doctor nak juga dia minum susu yang lebih banyak kandungan vitamin & nutrient nya. Jadi, minggu lepas, saya beli susu halib’s dari sepupu saya. Harga rm28 untuk setengah kilo. Yang ni susu coklat sama macam dutch lady. Barang tak sampai lagi. Mungkin lusa.


Ikut kata ramai sepupu yang pernah guna, susu  halib’s ni bagus untuk tambah berat badan baby. Anak2 diorang yang tak cukup berat badan, makin elok timbangan berat lepas minum. Yang sorang tu sampai sekarang dia teruskan.  Dapat testimony bagus dari sepupu, kenapa saya tak cuba kan? Aniq tak pernah cun berat badan dia. Kuning aje graf. Jadi saya  nak cuba yang ni. Lagi pun susu ni buatan orang melayu dari kedah. Saya usaha saja, yang lebih tu, Allah yang tentukan. Sesuai ke tak dengan Aniq anak soleh kesayangan saya.. Harap2 ok la kan..

Renungan pagi ni..

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Salam Jumaat kawan2.. 




Khamis, 11 September 2014

Catatan Terbaru Saya..

Bismillahirrahmanirrahim..


Semenjak adapter wifi untuk computer saya rosak tahun lepas, saya dah stop menulis blog.  Berbulan saya tinggalkan, rasa rindu nak menulis tu, setiap hari datang. Sayangnya, lappy pulak hubby bawa pergi kerja. So, tak seronoklah nak berebut dengan dia. Jadi, blog ni saya ketepikan dulu.

Lepas dah berapa lama nak menulis, saya cari apps kat google play untuk bantu saya mula menulis blog. Tapi dah 2, 3 apps saya guna, semuanya tak memuaskan hati. Sudahlah payah nak taip, lepas tu payah nak masukkan link, nak  masuk gambar mungkin tak ada masalah sangat, tapi sebab tak nampak macam mana  rupa bila kat dalam blog tu, saya jadi tak seronok.

Baru2 ni hubby dah tak bawa lappy ke office. Happynya saya J sepanjang hari on ajelah lappy ni walaupun tak guna. Iyelah, macam mana saya nak guna, bila baru je saya nak taip, datang anak soleh saya ni merengek nak duduk juga. Bila dah duduk, tangan pun nak taip juga. Jadi, masa bila dapat update blognya?

So, cara saya ialah sebelum dia bangun pagi, saya tulis dulu siap2. Pastu  kalau siang nanti saya nak menaip lagi, bagi dia main dengan pak cik dia. Tapi cara ni tak berapa nak jalan sebab dia tak suka dikongkong. Dia nak lari2 kat tengah rumah. Habis tu, kalau dia lari2, nanti dia nampak saya. Bila dia nampak, tak dapek la den nak update blog.


Sekarang apa yang saya tulis, saya save dalam lappy dulu. Internet saya dah habis  kuota. Jadi lambat mengalahkan siput. Dah banyak entry saya simpan. Tak tau bila nak publish. Jadi sekarang saya rasa macam saya dah boleh menulis blog  macam dulu2. Rasa happy sangat J Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah..

Isnin, 8 September 2014

Bila Aniq Semakin Besar..

Bismillahirrahmannirrahim….

Hari ni dah dapat buka laptop. Sebelum ni tak tahulah kenapa, tak boleh nak buka. Kebetulan Aniq belum bangun, dapatlah nak membelek-belek album lama kat dalam ni. Buka satu-satu folder, semua ada gambar Aniq dari masa baru lahir sampai sekarang. Rindu sangat masa dulu..

Aniq umur 1 hari



Aniq 2 bulan


Semenjak Aniq dah masuk umur setahun, saya rindu masa mengandungkan dia, menyusukan dia,mandikan dia, bedungkan & tidurkan dia. Walaupun ada sesetengah benda tu masih lagi saya buat sampai sekarang contohnya mandikan & tidurkan dia tapi keadaan tak sama. Dulu dia masih belum pandai apa-apa. Masih dalam dukungan. Terasa rapat sangat. Sekarang dah pandai jalan, semua nak buat sendiri. Jalan pun dah tak nak saya pegang sangat. Huhu.. kecik hati saya.. (-_-)  Saya bagi tahu hubby tentang perasaan saya ni. Tapi iyelah, orang lelaki tak begitu faham perasaan kita sebagai ibu.  But its ok.. saya pun faham dia yang kurang faham tu.. hehe

Aniq dah umur setahun lebih. Sekarang dah banyak cakapnya. Panggil abah tu dah jelas. Tapi panggil mummy langsung tak pandai lagi.. huhu.. tak apa… mummy tak jeles pun.. Aniq pun dah pandai beza nak dengan tak nak & ada la beberapa benda lagi. Dia paling suka mengajuk orang. Bunyi wolf dalam tv pun dia pandai ajuk. Tapi saya ni bukanlah handphone sentiasa ditangan. Kadang-kadang tak ingat pun letak kat mana. Selalulah moment macam tu terlepas begitu je. Bila tengok gambar-gambar ni rasa menyesal tak simpan video dia. Video Aniq memang ada, tapi tak banyak pun. Insya Allah lepas ni nak cuba simpan banyak lagi video untuk tatapan kita semua.


Bila anak dah besar, ramai lah yang Tanya tak nak baby lagi ke?? Haha.. tak mungkin tak nak.. dah tentulah saya nak. Cuma masanya belum lagi. Saya rasa anak yang sorang ni pun belum elok saya jaga. Kalau ada lagi takut tak cukup tangan kaki nak jaga.. hehe..  Biarlah Aniq besar dulu, boleh jaga diri sikit-sikit. Nanti tak lah saya risau sangat kan. Lagi pun saya kena juga jaga diri saya. Lahirkan Aniq dulu secara czer.. Jadi eloklah kalau jarakkan masa supaya badan lebih sihat. Insya Allah, sampai masanya nanti, jadi abanglah anak soleh saya ni.. aaminn….