بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Saya jarang terlewat dijengah cik P setiap bulan. Sepanjang
hidup saya 25 tahun ni, Cuma ada beberapa kali je yang cik P ni lambat.
Selalunya tepat pada masa ataupun sedikit awal. Tapi kali ni, cik P ni macam
malu2 pulak nak muncul. Seingat saya, ini kali kedua berlaku selepas saya
kawen, kecuali masa saya preggy dulu lah. Hihi
Kali ni lewat tu tidaklah lama pun. Hampir seminggu je. Tapi
cukup buat saya resah menunggu. Bukan apa, manalah tau ada yang melekat. Bukan
saya tak nak, Cuma saya rasa sekarang belum masanya lagi. Tapi andai kata ada
rezeki, saya tetap terima dengan rasa syukur. Hubby pun dah excited. J.
Kami memang nak family yang besar.
Dan.. akhirnya di pagi 10/9/2014 ni nampaknya dah bawa
berita baru. Cik P dah datang dari malam, tapi masa nak solat subuh tadi baru
perasan. Tapi semua ni bukan penamat cerita lagi. Sebabnya, masa saya
menandungkan Aniq dulu pun, Cik P ni setia je datang. Jadi, saya tak jangka
yang saya preggy. Cuma lainnya masa tu ialah, kedatangan Cik P ni sekejap je.
Tak salah saya, tak cukup 2 hari penuh. Bulan seterusnya tu yang lambat,
barulah saya tau saya preggy.
So, walaupun Cik P ni dah muncul lepas dah lewat beberapa
hari, saya tetap kena tunggu. Kita tengok esok lusa. Ada lagi ke dah taka da.
Kalau Cuma datang sekejap, haruslah kita cek, manalah tau ada yang ‘menumpang’
nak tinggal kat bumi Allah ni kan.. J semasa menaip
ni pun saya dah rasa happy membayangkan kalaulah betul ada, betapa seronoknya
kami. Aniq memang nak berkawan, saya dengan hubby pun nak baby baru. Cuma
kadang2 terselit rasa resah, sebab saya dah target nak preggy lagi lepas Aniq
umur 3 tahun. Mungkin sekarang rasa ok, tapi bila dah preggy nanti, barulah
rasa begitu begini sakitnya. Apapun, kalau ada, kami terima dengan rasa syukur,
gembira. Kalau tak ada pun, tetap gembira. Sebabnya saya tahu, perancangan
Allah lebih hebat dari perancangan saya. Dia maha tahu baik buruk untuk saya.
p/s: nampaknya cik 'P' ni dah berkurang dengan banyaknya lepas hari kedua.. macam dah nak stop. risau pulak saya.. manalah tau, kisah tahun lepas berulang semula.. apapun doakan saya ye..