nuffnang

Memaparkan catatan dengan label minyak kelapa dara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label minyak kelapa dara. Papar semua catatan

Sabtu, 21 November 2015

Vco untuk anak yang demam.

Assalamualaikum..

Rasanya ramai yang tahu saya ni pengguna setia VCO a.k.a minyak kelapa dara kan? Saya mula amalkan vco ni dari umur belasan tahun lagi. Dari vco ni dalam bentuk liquid yang susahnya nak telan tu. Errkk... Rasa makan minyak!

vco liquid


Dulu masa umy saya suruh makan, saya memang nak elak saje. Iyela, masa tu mana terdedah lagi pada 1001 khasiat vco ni. Sekarang dah tau, jadi berhantu pulak. Dok pi mana pun usung la botol vco tu. Sekarang pun dah tak takut nak makan yang liquid. haaaa... Panjang bebenor mukaddimah nya yek?hehe. 

ok.. Saje la kan hari ni saya nak share apa la kita boleh buat dengan vco tu bila anak demam. Haa... Serius ramai tak tahu. Saya pun dulu tak tahu, tapi doktor yang bagi tau saya baru-baru ni. Tak sangka doktor pun ambil tahu tentang khasiat vco. Sampaikan doktor & nurse kat klinik pun sokong untuk amalkan vco.

Masa Aniq demam, dah jadi kebiasaan saya untuk pantau dulu suhu badan dia, lap badan dengan air tapi tak bagi ubat. Bukan sebab saje ke apa, tapi doktor bagi tau yang demam bukanlah penyakit tapi petanda kepada akan sakit. So, tak perlu tergesa-gesa bagi ubat kecuali bila kita dah nampak anak sakit apa. Atau bila suhu anak dah terlalu tinggi.  Masa Aniq demam baru ni, doktor nasihatkan supaya sapu minyak zaitun pada sendi badan anak. Tapi kat rumah dah kehabisan minyak zaitun, so saya gantikan dengan vco. Rupanya, dengan vco pun boleh bantu turunkan suhu demam anak! Wah... bagus la kan? 

Jadi, saya dengan cepatnya sapu vco pada sendi anak soleh saya ni, sambil tu juga lap badan dia dengan air yang dah dicampur dengan beberapa titik vco. Alhamdulillah, sangat mujarab. Malam tu juga demam anak soleh saya ni dah ok. Syukur! Panas sikit je, bawah pada 37.5.. Esoknya baik terus dari demam.

Betullah vco ni 1001 khasiat. Saya tak rasa rugi langsung keluar sikit duit demi kesihatan family. Yup, satu family boleh guna. Dari anak kecik sampai lah ke orang tua. Macam saya, nak jaga hb masa mengandung pun makan vco. Berat terlebih naik pun telan vco jugak. Bagi rawatan untuk rambut,kulit semua pun dengan vco. Nak hilangkan parut pun sapu vco jugak. Ya Allah, banyak sungguh manfaat vco ni. Saya ni memang suggest pada setiap family guna lah vco ni, jadikan supplement tetap sekeluarga. Insya Allah, rasa berbaloi-baloi sangat.


iklan:
Sesiapa yang nak dapatkan vco, boleh try contact saya di 013- 985 5875. Atau, boleh terus ke page saya https://www.facebook.com/SyazHealthAndBeautyShop/ . Saya agen sah Catalyst Nutraceutical.

Facebook page: Syaz Health and Beauty

Khamis, 5 November 2015

20 minggu yang indah..

Assalamualaikum...

pagi tadi saya angkut semua orang, abah Aniq and Aniq sekali ikut saya check up  kat klinik. patutnya ni bukanlah check up bulanan pun, tapi doktor nak jumpa sebab katanya tarikh scan dengan tarikh due saya jauh sangat larinya. eh? jauh sangat ke? ntah.. saya tengok tarikh beza seminggu aje. idak la jauh mana pun. tapi dah doktor nak jumpa, kena la munculkan diri.

Alhamdulillah tadi tak ramai orang. cuma yang ramai nya dah terlebih due. tak tunggu-tunggu dah, kena hantar kuantan.  bulan lepas jiran saya pun over due. kena p kuantan jugak. doa-doa la supaya saya tak jadi macam tu. risau betul saya.

bulan  lepas, berat saya naik banyak. 2 kg tu..hahaha.... terkejut nurse.. siap tanya , ko makan banyak ye..saya pun pelik, masa bila pulak saya makan banyak. tapi fikirkan masa tu saya memang kurang aktif, banyak baring , duduk je, saya rasa tau la sebab apa jadi naik banyak tu. al hasilnya, berat jadi 45kg. tapi tadi cek, turun pulak 500gm. jadi 44.5 kg je..  turun naik gitu aje la..

lepas dah scan tadi, doktor decide nak kekalkan aje tarikh yang asal. 22/ mac/ 2016. ok la kan. saya takut je dia awalkan pulak.  so far, mengandung kali ni agak lain dari masa Aniq. Tak ada morning sickness. cuma bab makan tu yang dahsyat sikit. Sampai sekarang masih tak berapa boleh makan berempah & pedas macam dulu.  Hb pun cun.. setakat ni paling tinggi tu 12. masa Aniq dulu boleh lebih dari 13.. syukur.. berkat amalkan vco rasanya.

ni yang masa mula-mula..


ni yang bulan lepas..


Baby pulak sangatlah aktif. Tak macam abang Aniq dulu yang sangat sopan and pemalu. kita usik pun jarang respon. tapi adik baby ni tak usik pun dia tetap main roller coster dalam perut mummy tak kira masa. hehehe

Setakat dah 20 minggu ni, ramai kawan-kawan saya yang tak tahu pun saya pregnant. sebabnya perut sangatlah kecik. Macam tak mengandung. Cuma mungkin nampak buncit sikit. Tapi selalunya memang tak nampak. Sampaikan saya selalu lupa saya pregnant sampailah adik baby dok busy main roller coster..

Abang Aniq ni pun rajin tegur adik baby dalam perut. Panggil adik. Harapnya, dua-dua ni nanti sentiasalah mesra and berkawan baik-baik..

Sabtu, 2 November 2013

VCO for Healthy Skin

Apa yang vco boleh bantu kita untuk dapatkan kulit yang sihat & cantik? Saya listkan ye..


  • Lambatkan penuaan
  • Atasi jerawat
  • Hilangkan parut jerawat
  • Pudarkan jeragat
  • Atasi kulit kusam
  • Sebagai sun block
  • Lembabkan kulit
Banyak lagi yang vco boleh bantu kita sebab vco sangat membantu untuk perbaiki semula sel-sel kita yang rosak. Nak tahu lebih boleh hubungi fb page saya https://www.facebook.com/SyazHealthAndBeautyShop



Jumaat, 1 November 2013

VCO Untuk Ibu Hamil

VCO @ minyak kelapa dara memang terbukti elok untuk ibu-ibu yang sedang mengandung. Ni dah terbukti masa saya mengandung dulu. Jenis saya memang malas nak makan ubat, ambik pun kadang-kadang je. So, masa dalam trimester pertama tu memang hb (hemoglobin) saya turun memanjang. Haa, time tulah sepupu saya suggest vco catalyst ni.

Mula-mula cam ragu-ragu gak lah, betul ke ok. Cam tak caya je, tapi try jugaklah sebab dulu mak saya pernah suruh amalkan vco ni. Tapi tak cakap pun untuk apa. 

Lepas sebulan makan, hb saya ok. Nurse ingat saya makan vit yang klinik bagi,bila saya cakap tak, dorang tanya makan apa. And alhamdulillah sangat-sangat dorang pun suruh saya teruskan je. Mungkin sebab dia tahu khasiat vco ni.


Banyak lagi sebenarnya khasiat vco untuk mummy yang preggy. Yang penting rajin amalkan, minum air banyak. Insya Allah, cepat nampak hasilnya.

Ni testimoni saya sendiri tau.. :)

Nak tahu lagi, tengok fb page saya https://www.facebook.com/SyazHealthAndBeautyShop .

Thanks sudi membaca.. :)



Selasa, 29 Oktober 2013

Petua Awet Muda

Hari ni saya nak kongsi petua untuk kulit cantik yang sepupu saya amalkan. Kulit dia memang cantik, sihat and bersih tau. Ok, meh2 cepat sape-sape yang nak tahu ni. Lepas ni boleh bagi upah kat saya ye.. hehehe

Ala....sebenarnya caranya senang sangat. Sepupu saya ni cuma sapu  Minyak Kelapa Dara je kat muka tiap-tiap malam sebelum tidur. Lepas sebulan memang nampak hasil. Oklah sebab dia rajin. Saya ni buat jugak, tapi sebab kurang rajin, jadi hasil tu kuranglah...hahaha..

Sebenarnya dapat petua ni dari orang bagi tahu sapu minyak zaiton kat muka, tapi memandangkan minyak zaiton mahai ngat, so, tukar dengan minyak kelapa dara ni.. Dan hasilnya, tetap sama..Lagipun jimatlah sikit. Saya dengan sepupu guna produk Catalyst. Minyak kelapa tu pun dari catalyst. Best pakai, muka rasa lembut je esoknya..memang terbaiklah. Tak rugi cuba ni. Cubalah buat hari-hari, hasilnya memang puas hati, Insya Allah..

inilah minyak kelapa dara catalyst..

ini pun minyak kelapa dara jugak, tapi jenis soft gel.

Jumaat, 27 September 2013

Agent Catalyst, Muadzam shah, Pahang

Tiap kali baca kat mana2 pasal baby or kanak2, hati mesti sentap.. kenapa entah.. mungkin perasaan seorang ibu memang macam ni kot. Tengok budak2 mesti ingat kat anak. Apa2 pun ingat kat anak sambil dalam hati doa semoga Allah menjaga dia dan menyayangi dia seperti mana kami sayangkan dia.


Saya dah tanam azam nak cuba bagi yang terbaik untuk anak saya. Saya rasa saya dah patut mula sekarang dengan cara jaga kesihatan diri dan keluarga. Saya pegang pada kata2, "ibu yang sihat dan bahagia kan membawa kesihatan dan kebahagiaan dalam keluarga". Produk supplement pilihan saya ialah daripada CATALYST. 


Kenapa CATALYST?

Sebab produknya natural, halal, diyakini selamat berkesan dan sedap * sebab saya dah pernah cuba*. Dan yang paling penting, produk2 catalyst ni masih dalam kemampuan kewangan kami. Tidaklah terlampau mahal, ada pun sedikit mahal tu saya rasakan berbaloi kerana kesan positif produk2 ni.



Sekarang saya dah jadi agent untuk catalyst area muadzam shah, pahang. saya nak sebarkan kebaikan vco ni pada seluruh penduduk muadzam, itu cita2 saya..* cewah, sempat lagi berangan..hehe* Sape2 yang berminat nak try, meh contact saya di 013-9855875. ataupun boleh jenguk2 page saya 
 https://www.facebook.com/SyazHealthAndBeautyShop dan boleh nak order dan bertanya pada saya. Akhir kata, selamat ber'supplement' semua..:)





Jumaat, 16 Ogos 2013

VCO (minyak kelapa dara) CATALYST

Sebelum ni saya ada terbaca pasal keguguran rambut selepas bersalin. Ada yang teruk sampai hampir botak. Teringat saya pun pernah macam tu juga, tapi bukan sebab bersalin la.. hehe. Masa tu baru kawen, hubby tegur kenapa banyak sangat rambut gugur. Dah sapu lantai, ada lagi.. Huhu. Rasa malu sangat.
Pernah la try  petua orang² tua, guna inai dan telur ayam kampong. Tapi, yang jadi masalahnya kat sini susah nak dapat telur ayam kampong. Lama² jadi malas nak buat. Rambut gugur makin teruk. Masa tu cousin saya suggest VCO CATALYST.  Dia cakap VCO ni ok, untuk rambut pun boleh.  1st tu memang malas la nak try, tapi fikir² balik tak rugi pun kalau cuba sebab saya memang tahu kebaikan VCO.

Lebih kurang sebulan makan memang rasa rambut dah tak gugur sangat. Tapi, belum puas hati lagi. Lepas  dua bulan baru perasan rambut da makin lebat. Haha. Time tu rasa best giler la. Rambut pun nampak bersinar walaupun tak guna minyak. Hari² dok citer kat orang..hehe.  Kebetulan masa tu saya dah pregnantkan Aniq. Saya teruskan makan VCO untuk tambah tenaga sebab saya tak ada selera nak makan. Walaupun tak makan, vit doctor bagi pun tak ambil ( sebab loya kalau makan ) tapi hemoglobin (hb) saya tak pernah turun. Tetap macam tu sampai la nak bersalin.

Lepas bersalin, saya tak makan sebab masa tu lupa nak bawak ke hospital. Lebih kurang 2 minggu saya stop. Mungkin sebab saya istiqamah makan waktu mengandung, Aniq langsung tak terkena kuning. Kulit dia pun bersih je. Lepas dua minggu tu baru start makan balik. Saya langsung tak ambil apa² jamu Cuma makan vco. Alhamdulillah semuanya ok,walaupun saya bersalin bedah. Nurse yang datang ke rumah ingat saya bersalin normal kerana saya aktif.( pasal tu selalu kena bebel dengan mak mertua,mentang² rasa sihat,bantai buat ikut suka) hahaha.

Banyak lagi la pasal VCO CTALYST ni, nak taip pun letih dah jari. Kalau ada siapa² yang ada masalah tak kira lah dalaman ke luaran ke boleh try VCO ni. Memang tak rugi. Lagipun CATALYST ni selamat dan halal tau. Ada KKM lagi. Tak risau dah. Nak tahu lebih lagi boleh je whatsup atau mesej saya 013-9855875. Sekadar nak bertanya pun boleh, semua dialu- alukan.. Tak pun boleh like fb page saya https://www.facebook.com/SyazHealthAndBeautyShop?ref=hl . kat situ banyak info² pasal VCO dari CATALYST. Lain² produk CATALYST pun boleh tengok kat situ.

JOM SIHAT DENGAN CATALYST..  ^_^