nuffnang

Selasa, 31 Disember 2013

Pemalu ke??

Aduhai..kenapa lah tiba2 je datang sakit ni. Tak terdaya nak menanggungnya. Kalau dah dapat sakit macam ni, rasa nak guling2, atas tilam, berangan, lepas tu tidur. Memang best punyalah..

Penyakit ni tak lain tak bukan dah tentulah penyakit MALAS. Aduii..bila ingat pasal kerja rumah, terus rasa nak pitam. Nak update blog pun rasa macam nak demam. Apetah lagi kalau fikir kena blogwalking. Pengsan terus..hahaha..Apalah jenis manusia macam ni. Tapi bila dah buka komputer, laju je tengok sape ade entry baru. Laju je klik nak pi baca.

Mula2 sebelum buka, niatnya nak tengok2 je. Dalam hati dah cakap, paling lama pun 20 minit je. Tapi bila dah mula, ambik tu..... 1 jam belum tentu selesai. habis semua nak tawaf.

Kadang terfikir juga, ada orang yang sokmo la kita pegi blog dia, komen2, jenguk2 tapi dia tak pernah sekali pun jenguk datang tempat kita. Kadang rasa buang masa je. Malu pun ada, dah la tak kenal, bila nak kenal orang buat tak tau pulak.. Saya ni udah la pemalu walaupun tak berdepan betul2.  Nampak macam saya ni selamba je kn?? Tapi sebenarnya tak sangat pun. Kecuali la dengan orang yang betul2 kenal.

Lagi pun tak de terasa malu sangat sebab ada juga blogger yang peramah. Kalau jenis yang tu jadi kurang la malu saya. Boleh la nak buat2 selamba juga. hehe. Tapi yang tak datang balik tu, saya anggap dia tak perasan je.Tak ade lah nak marah. Lagi pun saya kan baru, normal je kalau orang tak kenal atau tak nampak kewujudan saya..

okeyh...sudah2 la luahan hati waktu petang2 ni. Aniq dah tidur, nak siap2 nak balik kampung pulak. Btw, blogger2 sekelian, akak, adik, mahupun yang pangkat apa2 pun, silalah tinggalkan nama penggilan anda diruangan komen. kalau lagi baik ,bgtau la umur sekali,boleh la nak panggil adik ke, akak ke, abang ke..*ehh,ada ke lelaki datang sini??* Ntah la..Kadang saya segan nak komen2 sebab saya rasa nama panggilan orang tu pun saya tak tau. Selalu saya komen sambil tutup mata, supaya kurang rasa malu tu..hehe *percayalah,saya tak tipu tau*

Doakan perjalanan kami semua selamat ye.. :)
lupa nk tulis.. Sy lahir 15/8/1989..

Ahad, 29 Disember 2013

Hujung Minggu & Tahun ~

Tinggal beberapa hari je lagi tahun 2013 nak bertukar ke tahun 2014. Di waktu2 macam ni orang paling sibuk dah tentulah mak ayah yang nak cari barang sekolah anak.
Budak2 pulak bersedih sebab cuti dah nak habis. :(

Bagi mak ayah yang dah bersiap awal atau pun yang tak ada anak nak sekolah,waktu ni la nak habiskan masa dengan anak. Bawa pergi jalan ke apa. Confirm sesakla semua jalan2 utama. Nasib baik saya ni duduk dalam hutan, tak ada la nak kena bersesak2 macam kat  bandar. Untung betul..hehe

Tapi kami tetap tak dapat nak kemana, my hubby kena kerja hari ni..uhukk..uhuk...sedih juga lah. Lagi pun nak kemana kan? Muadzam bukan ada tempat best nak pergi pun. Ni yang tak untung duduk dekat2 hutan. *Banyak sangat merungutnya*. Hehe,bukan merungut..nak cerita je..

Pape pun,pada yang keluar dari rumah tu pastikan semua suis dah off. Kepala tong gas tu cabut. Rumah dah kunci,jangan tinggal kunci dalam rumah. Kang kena pecah pintu pulak..hehe

Selamat berhujung minggu~~

Cara2 pegang botol. ~

Aniq baru belajar cara2 nak pegang botol dengan betul. Insya Allah, tak lama lagi pandai la dia. Lepas tu boleh belajar pegang pen & pensel pulak. :)

Hari Blogwalking

Sebenarnya sebelum ni saya dah tetapkan yang hari ahad adalah hari untuk blogwalking saja. Tapi memandangkan saya memang sentiasa buat mcm tu walau hari biasa, tak jadi lah nak buat ahad je.

Payahnya kalau nak bw hari ahad ni ialah, my hubby cuti ahad je. Takkan nak biar dia tercongok sorang2 pulak kan?? Kang ada pulak yang ingat dia bujang ,lagi...hahaha.. Lagi pun inilah masa untuk kitorang balik kampung. Malam sabtu dah gerak, ofcourse la ahad dah kat kampung. Rumah mak mertua memang ada internet, tapi tak best la kat kampung pun menghadap laptop pula. Kang ada yang kena sound..hehe

Memandangkan ahad minggu ni my hubby keja,kami pun tak kemana, hurm..saya decide nak merapu je..Haha..merapu la sangat.. Padahal kerja rumah berlambak lagi nak buat. Nak basuh baju,mop rumah. Lepas tu nak keluar hantar produk2 CATALYST kat customer. Area Muadzam Shah ni saya COD je. Senang. Dapat kenal2 dengan customer.

Hurmm..lagi 2 hari kawan baik saya dah nak fly ke sarawak. Ikut suami dia kat sana. Tapi tak adelah bosan pun , kan dunia dihujung jari. Boleh chit chat kat fb ke, whatsapp ke. Apa pun saya doakan yang terbaik utk kawan saya tu. Dia tengah bersedih sebab berjauh dengan family. Dulu dia ikut suami, lepas tu dia balik sini,dah setahun. Sekarang turn suami dia la pulak kan??..


Blogwalking Time :)



Sabtu, 28 Disember 2013

Aniq & Roti

Tengok Aniq tu. Tak sempat2 nak berbaju, laju je dia terkam roti. Selalu memang sampai penyek la dikerjakannya.

Agaknya Aniq ni mengikut perangai saya. Saya ni memang peminat roti. Masa mengandung Aniq dulu, itu aje la yang paling selera sekali.

Disebabkan dia suka sangat kat roti tu, saya hulur la secebis bagi dia pegang. Senang la sikit nak pakai baju. Tengah leka2 buat kerja, baru saya teringat roti tadi.

Aikk.. Roti dah lesap. Ingat dia buang, rupanya habis dah Aniq makan. Selalu dia buang. Ni 1st time nampak dia makan sndiri. Risau tercekik je,tapi alhamdulillah,ok je dia.

6 produk kebaboom~

Seperti yang dijanjikan, saya nak cerita sikit tentang 6 produk baru Catalyst yang tengah hangat sekarang ni. Alhamdulillah, semua stokis bagi tau yang produk ni sangat2 HOT. Baru je buka jualan, dah kena restok. feed back pun sangat bagus.. Alhamdulillah..syukur2.. Terima kasih pada semua pembeli ye..


Pada yang belum tahu, inilah dia 6 produk baru tu. Ada Colla c, Vc Plus, Enzyline, C-zyme, C pressi, C Flexia. Saya terangkan satu persatu semua produk ni ye.

Yang 1st sekali,ni produk paling HOT dalam yang 6 ni. Colla c adalah produk yang khusus pada korang2 yang nak fokus pada kulit cantik. Colla c juga untuk menguatkan tulang dan gigi. Colla c juga sesuai untuk LELAKI juga ye..Bukan perempuan je kena jaga kesihatan dan tubuh badan.Lelaki pun sama. Bila badan sihat,mudah kita nak beribadah, betul tak??Sebab tu Prof Dr Muhaya cakap zaman sekarang, makanan dah banyak tercemar.So, supplement jadi penting.


Vc Plus pula mengandungi omega 3 dan Lutein yang sangat baik untuk penjagaan mata. Lutein ni di ekstrak dari bunga magnolia yang terbukti berkesan dalam menangani masalah mata. Malah banyak digunakan dalam produk2 panjagaan mata seluruh dunia. Bagi yang banyak mengadap laptop, komputer, handphone,membaca ke apa2 yang menggunakan mata, inilah produk terbaik untuk penjagaan kesihatan mata. Ingat ye, mata kita ni salah satu deria yang penting. Jadi jagalah elok2. Dah rosak nanti, bukan senang2 nak tukar ganti. Melabur sikit tak pe, asalkan kesihatan mata yang berharga ni terjaga.

Enzyline pula diformulasikan khas untuk korang2 yang fokus nak kurus, ramping. Ia membantu meningkatkan metabolisma dan mempercepatkan pembakaran lemak. Haa..ni kalau ambik dengan Cur :V , hasilya memang kebaboom...Tak percaya???..meh cuba dulu..

C-Zyme ni memang sangat bagus bagi sape2 yang menghadapi masalah jantung. Ia membantu mengawal rentak jantung, agar jantung tak mengepam darah dengan terlalu laju atau terlampau perlahan. Jadi, C- Zyme bukan je supplement untuk orang yang bermasalah jantung, tapi juga untuk orang yang menghadapi masalah darah tinggi. darah tinggi pun bahaya oo...

C Pressi. Ini adalah untuk korang2 yang  selalu merasa tertekan. Kadang2 dengan masalah anak, masalah rumahtangga, jiran,family, tempat kerja. Semua ni menyumbang pada tekanan, lama2 boleh mereng dibuatnya. Tu yang koje nak marah je. Pantang anak salah, asyik kena marah.Kesian kat anak. Kalau korang ada rasa macam tu, try makan C pressi ni. Duduk diam2 hisap c pressi macam makan gula2. Sedap tau ni. Orang2 yang kemurungan pun boleh makan ni. Insya Allah boleh membantu meredakan tekanan atau stress melampau.



Last sekali adalah C Flexia. Yang ini dirumus khas untuk yang menghadapi masalah sendi, atau gout. Ia merangsang penghasilan collagen dan proteoglycon yang membantu dalam menjaga kesihatan tulang dan sendi. So, kalau korang tengok mak abah korang ada masalah sakit2 sendi ke gout ke, boleh try bagi C Flexia ni. Kesian kat dorang nak bangun , nak solat pun payah. Kalau korang bagi C flexia ni, dan dorang sembuh dari masalah, mudah nak solat, insya Allah, ada pahala untuk korang dan saya. Kita sama2 sebarkan kebaikan, mungkin kat dunia ni kita tak nampak, tapi kat akhirat esok ada saham untuk kita.

Kesemua produk kat atas ni eloklah diambil bersama dengan vco. Ada yang tanya KENAPA?? 

  Ok, sebabnya, vco ni membantu dalam pembaikan sel2 kita. Asid laurik yang terkandung dalam vco ni akan larut dalam air liur, diserap oleh kapilari darah bawah lidah dan terus dibawa kehati untuk digunakan. Ia tak perlu dah nak proses kat dalam perut sebab proses tu lambat. Jadi tak perlu dah nak menanggung masalah atau sakit tu lama2.

 Lagi pun kesemua supplement ni dihisap, so, kapilari darah bawah lidah dah serap khasiat2nya. Tak perlu dah nak makan pil, minum supplement.Semua tu berkesan, tapi agak lambat sebab masuk dalam perut, lepas tu kena tunggu perut proses dulu. Kalau dah masuk dalam darah, kan lebih CEPAT?? Itulah sebab kenapa produk Catalyst kebanyakannya semua jenis serbuk yang just letak bawah lidah, hisap atau gigit je. Nak mudahkan penyerapan. Jadi kuranglah pembaziran sebab bila masuk dalam perut,mungkin ada sebahagian yang terbuang bersama pembuangan kita nanti.Rugilah dah bayar mahal2 kan??

Ada juga yang bagus diambil bersama dengan produk catalyst yang lain.. KENAPA??? Sebenarnya tak perlu pun tak apa, tapi kalau nak lebih kebabooom lagi hasilnya, gabungkanlah kedua-duanya. Insya Allah, korang akan dapat hasil yang terbaik. 

Last sekali, semua produk2 Catalyst dah diuji yang mengikut pakar2 ia membantu dalam penyembuhan macam yang saya terangkan kat atas tadi tu. Ia bukanlah ubat, ia adalah pemakanan yang membantu menyumbang pada kesihatan badan.Badan sihat, mudah nak beribadah. Itu yang penting. Bukan semata nak cantik je. Cantik tak salah, Islam pun galakkan kita bercantik2.

Yang penting, kita semua berusaha jaga kesihatan. Mencegah lebih baik dari merawat kan??  Lepas usaha,sandarkanlah usaha itu pada Yang Maha Esa, Dialah yang menyakitkan , Dia lah yang menyembuhkan. Usaha kita tu tanda kita tak sewenang-wenangnya melepaskan segala masalah kepada takdir semata. Wallahualam...


Jumaat, 27 Disember 2013

Harian Metro

Yeay....Alhamdulillah.... Berita gembira di hari jumaat.. Catalyst keluar dalam paper lagi. Sebelum ni dah keluar dalam berita harian. Syukur2, semakin orang buka mata tentang produk hebat yang dah diiktiraf ni.
Tak tergambar perasaannya masa buka facebook pagi tadi. Happy sangat2. Terus minta hubby belikan paper. Kali ni keluar pasal 6 produk baru tu.
Saya akan buat satu entry lain tentang 6 produk baru ni. Kegunaan untuk apa, berapa harga dan sebagainya. Sekarang update blog guna handphone tak se'best' guna pc.
Tunggu masa lapang sikit, boleh la nk blogwalking sekali..

Selasa, 24 Disember 2013

Blog Huduh!!!

Adoii..hubby cakap background yang sekarang tak cantik la pulak. Haiihh..penat2 saya buat, dia cakap tak cun. Hurmmmm kena tukar lagi la ni.  Kalau korang pun rasa tak cun, sabor2 la ye. Tahan je dulu mata tu. Nanti ada masa lebih saya cuba edit lagi.

Bukan tak mau upah orang, tapi saya tak tau setakat mana hobi menulis blog ni bertahan. Kang 2, 3 bulan dah menghilang, rugi aje upah2 orang tolong edit. Saya memang suka menulis, tapi kalau dah merundum jatuh semangat saya, memang berkubur la nampaknya.

No, no, no... Tak mo blog ni terbiar sebenarnya. Saya dah janji dengan hubby nak teruskan menulis blog sampai ke akhirnya. Nak jadikan blog ni tatapan buat anak2 kami nanti. Perjalanan kehidupan kami sekeluarga. Catatan tentang dorang, 1st bercakap, 1st makan, 1st berjalan. Semua tu akan dicatitkan kat blog ni.. So, harap2 kawan2 blogger saya sanggup bersabar dengan blog huduh ni ye... peace~ ~ ~

Makanan Pejal Pertama Aniq

Alhamdulillah...Aniq dah masuk umur 6 bulan. Rasa terharu pun ada, hubby cakap rasa macam baru je dia lahir. rasa macam baru je tengok dia belajar guling2kan badan. Sekarang dah nak berdiri pula. Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Anak kecik ni semakin membesar.

Timbang kat klinik tadi tengok2 dia naik 400gm aje. Alahai...masih lagi kuning graf dia.  Tak boleh nak kata apa lah, memang lahir kecik. Just 2.6 kg masa lahir. Cuma dah besar ni nurse harapkan dapat la naik lebih lagi. Mujur juga naik, kalau tak naik langsung, lagi lah haru. Mesti merah dah.

Memandangkan Aniq dah 6 bulan, maknanya Aniq dah boleh mulakan makanan pejal. Nak bagi apa? Ada orang bagi nestum baby je. Ada juga yg hampeh sikit, bagi bubur nasi, tapi yg instant tu. *saya pernah jumpa ibu macam ni, malas nak masak katanya*. Masalahnya, dalam bubur nasi instant tu ada MSG. Hurmm..nak jadi ibu kena la rajin. So, dari awal2 saya dah rendam beras nak buat bubur. *terpaksa rendam dulu sebab blander rosak*

Malam ni jadi sejarah. Aniq 1st time dapat makanan yang tak pernah dia makan. Masa suap tu, terkebil2 dia. Haha..nak tergelak saya tengok. Macam susah je dia nak telan. Selama ni memang Aniq tak berapa berminat dengan makanan pun. Kalau bagi, dia buang je, tak pernah masuk mulut. So, bila kena telan, tu agak pelik bagi dia agaknya.

Tapi bila masuk suapan ketiga, Aniq dah rasa selesa sikit. Boleh dah nak suap banyak sikit.Alhamdulillah,habis satu mangkuk Aniq makan. Saya ambik 2 sudu makan je. Try tengok dia ok ke tak.lepas ni boleh la cuba bagi dia makan benda2 lain pulak macam puree kentang ke apa2 la yg dirasakan logik.Saya kecik2 dulu tak suka makan, pening ummy saya sampaikan kacang hijau pun dibaginya..hahaha harap Aniq tak jadi memilih macam saya la ye..


macam tak nak buka mulut je dia


 saya buat sikit je, nak tengok dia makan ke tak


 Alhamdulillah..habis pun makan :)

Ahad, 22 Disember 2013

Malunya Saya~

Waaaaaaaaa

adooii...malunya...salah blogwalking kat blog orang, salah komen pulak tu...

adoii..malunya....mana nak sorok muka ni aiiihh...

 nak padam balik komen tu..tapi tak boleh..

harap2 dia xmasuk sini la pulak.. kalau tak , segan sampai bila2 la nanti...

Ini la akibat excited + tergesa-gesa...

Nasib kau la Sya.... :(



Sabtu, 21 Disember 2013

Salam sayang semua ~

Internet slow sangat2.. Geram rasa, nak buka gmail pun payah. nape tah celcom ni, selama ni tak pernah la macam ni. Selalu unlimited, sekarang dah kena sekat pulak.. Sabo ajela.

btw, sebenarnya nak blogwalking ni. Geram je tengok orang post entry, tajuk2 macam menarik je semua. nak la baca. Tapi tak dapat nak buka. Internet TERLAMPAU slow.. nak mengadap pc lama2 kang, aniq pulak merajuk tak peduli kat dia.

Nak  subscribe  yang baru, yang ni belum tamat lagi. Rugi lah nanti. Hurmmm... tak pe, nanti dah ok saya nak serang semua.. tunggu ye......

Jumaat, 20 Disember 2013

Bumbo Seat dari UK

Yaumul Jumu'ah, Yaumul Barokah, Sayyidul ayyam, Eiddul Muslimin..

Salam Jumaat semua~

Hari ni tak ada lah apa2 yang istimewa sangat pun, cuma rasa seronok sikit sebab my hubby boleh balik awal sikit and rehat lama sikit kat rumah.. Dah tentu2 bukan saya je suka my hubby kat rumah, Aniq pun suka.

 Aniq kalau nampak abah dia memang dia seronok.. Mulalah nak memanjat abah dia. Tapi selalu tak boleh sebab mummy tak bagi. So, dia nak try menda lain untuk panjat, kitorang jadi risau pulak. bukan apa, dah banyak kali jatuh. Kadang2 tak perasan pun dia dah panjat, tau2 dah jatuh. Malam tadi pun jatuh lagi,di panjatnya meja Tv. Tak sempat sambut, kepala dah kat lantai pun. Menangis sampai merah muka. Mummy pun mula la nak nangis jugak.

Mujur masa Aniq 2 bulan dulu, dapat parcel dari adik ipar yang duduk kat Uk. Dah agak ada barang baby sebab katanya untuk Aniq. Punyalah besar parcel, ingatkan baju banyak sangat,sekali bukan daa...semua jadi tercengang. Apa benda ni?? Macam potty train je..hahaha Tapi nampak lain. tengok balik gambar kat kotak..Owhhh..kerusi rupanya.. Bumbo seat namanya..hehehe.. kitorang tak pernah tengok menda tu, gelakkan diri sendiri ajela..Try search kat internet harga kerusi ni, makk oiii...mahalnya.. paling murah harga Rm100, itupun 2nd hand dah...Fuh..nasib baik dapat free..

Memandangkan masa tu Aniq baru umur 2 bulan macam tu, masih belum sesuai untuk dia. Memang kerusi tu support belakang, tapi badan Aniq kecik, bila letak dalam tu, terus senget ke tepi.. Masa umur 3 bulan pun try lagi. Sama jugak, belum boleh guna. Dah 4 bulan baru dia dapat duduk, tapi dia masih belum pandai duduk sangat, jadi kena sentiasa tengok dia.

Sekarang dah 5 bulan lebih, dah boleh duduk dalam tu. Hahaha.. Seronok tak ingat mak bapak dia. Suka tengok dia duduk dalam tu, tapi Aniq TAK SUKA... Mula2 dia ok lah, lama2 dia mulalah nak merengek. Bosan duduk je, bukan boleh buat apa.  Last2 biarkan aje dia duduk kat bawah,cuma kalau saya nak masak ke buat kerja ke, tak ada sapa nak tengok dia, barulah dudukkan dalam bumbo seat tu.

Aniq sebenarnya suka sangat ada bumbo seat ni, tapi bukan untuk duduklah. Bumbo seat ni dia guna untuk praktis memanjat. geram aje tengoknya.




tengok...dah macam nak buat iklan je dia tu.. Aniq.. Aniq..nak tolong makcu jual jumbo seat pulak ke syg??? hahaha.. Ini sebenarnya ada tray, tapi tak pasang, Aniq tak suka. Tak pe, time makan nanti boleh pasang.. :)

Khamis, 19 Disember 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2013.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Giveaway by Eyda


haa...dah join GA pulakk...

sape2 nk join jgk..silakan...Dah nak tamat ni..

Rabu, 18 Disember 2013

Produk & Sistem Baru Catalyst..


Produk baru yang akan keluar dalam 2014.. Saya masih tak tau apa ni, sebab masih R&D. Tapi yang pastinya ia satu geng dengan vc plus,colla c semua tu. Sebab ni chewable jugak. Huhu...Tak sabar nak makan...

Tahun depan dah sistem baru. Yang ni pun tak tau lagi macam mana sistemnya. Tapi yang pasti catalyst akan mula diiklan kan dengan lebih meluas. Yela, sebelum ni tak berapa meluas. Sebab tu dah nak masuk tahun keenam pun masih ramai yang tak tau pasal catalyst. Cuma yang pasti,Catalyst sekarang dah makin maju.

Dengan pengiktirafan yang catalyst dapat, bermakna catalyst bukanlah satu produk yang boleh dipandang enteng. Ia sebenarnya jenama yang akan terus maju membawa bersama nama Malaysia dan kita orang melayu. Catalyst 100% bumiputra.

Yeay.!!!! Tahun depan catalyst dah mula dipasarkan keluar negara.. Good Job Catalyst.. !!!


Selasa, 17 Disember 2013

Femme bantu masalah wanita



Sukanya...Femme Vita dah berwajah baru..Kali ni warna macam gegurl gitu.. Khasiatnya dah tentulah untuk orang perempuan Sebelum ni saya ada buat entry pasal Femme.Yang tu testimoni dari saya sendiri. Nak baca klik Sini.

Banyak sebenarnya masalah orang perempuan yang boleh diselesaikan dengan Femme Vita ni. Antara masalah tu ialah:

  • keputihan
  • Miss V berbau
  • gatal di miss v
  •  sengugut
  • kesuburan
  • kurang pelincir ketika bersama
  • kulit kusam
  • rahim lemah
  • Badan berbau
Ramai yang bermasalah, tapi  malu & biarkan masalah berlarutan. Jangan biarkan, cubalah cari jalan penyelesaiannya. Insya Allah ada jalannya. Lepas usaha barulah bertawakal..

Disebabkan saya dah buat entry tentang testimoni saya sendiri, kali ni saya letak testimoni orang lain pulak.. Kawan saya semangat dengar sepupu saya dah mengandung lepas cuba Femme Vita ni. Dia pun nak juga cuba.. Saya memang sentiasa makan Femme ni, sebab sedap & sebab kulit kering saya dah  tak ade. hehehe..



Update
Kawan saya dah pun preggy...Baru tadi dia bagitau dah 6 minggu... :)
Nampaknya dia cuma boleh makan vco je sekarang..

Aniq panjat Laptop


Aniq sekarang dah laju sangat. Nak pakaikan pampers pun payah. Kadang2 sampai kena pegang kaki supaya tak bergerak. Disebabkan dia pun dah pandai nak memanjat, saya sekarang buat kerja kat bawah je. Kalau saya duduk kat atas, dia mulalah menghulur tangan nak memanjat. Ni dah tak tau bape kali dia jatuh. Tapi tak pernah seriknya.

Baru2 ni saya nak pakaikan dia baju, masa tu la laju je dia melarikan diri. Saya pergi ke dapur kejap, tengok2 dia da meniarap atas lappy. AArrghhh...Aniq nak panjat lappy saya..!! sampainya hati Aniq..waa..Nasib baik dia belum sempat panjat. Klau tak dua2 hancur. Dia tergolek, jatuh, lappy pun patah dua.

Aniq memang teruja je kalau nampak saya bukak laptop. Dia mesti nak tolong ketuk keyboard,tak pun nak berebut mouse..Haihh,sabor ajela anak oii..  Bila dia dah dapat mouse tu, di hempas pulak atas lantai. Memang tak dapat buat apa kalau dia bangun. Bila dia tidur, barulah tenang sikit buat kerja.Tapi kalu Aniq tidur, mummy pulak kacau. Nak cium lah, nak usap kepala lah. Terjaga anak tu..hahaha


Isnin, 16 Disember 2013

Mana saya????




Tengok saya punya keja.. Tiap kali blogwalking saya mesti nak perhati kat mana kedudukan gambar saya dalam tu..hahaha..

Selalunya saya buat ni lepas baca entry and komen. Tak sah kalau tak membelek.  Mungkin sebab saya baru, so excited tengok dah follow blog orang... Dalam hati sempat lg rasa macam tak percaya..hehe.. Tak sangka ada jugak orang macam saya ni kan ???

Jumaat, 13 Disember 2013

VCO untuk Aniq



Vco ni saya beli untuk saya sebenarnya. tapi sebab saya dah makan yang gel punya, saya tak makan dah yang ni. Saya buat sapu-sapu je. Kat muka, tangan, rambut. Sekarang dah jadi Aniq punya. Dia je banyak pakai.Actually, ni barang yang sangat penting pada saya. Vco ni saya guna untuk segala-galanya. Inilah ubat Aniq,inilah supplement Aniq, inilah perapi rambut Aniq, losyen Aniq, segala-galanya. 

Dulu masa baru lahir, Aniq alergik dengan sabun. Puas dah pakai krim klinik,tukar sabun tapi tak ok sangat pun. Rasa dah menyampah dah nak sapu krim tu sebab ada nurse bagitau krim klinik kalau selalu sangat pakai boleh nipiskan kulit.So, saya mula sapu vco kat bintik2 kat muka dia tu. Alhamdulillah sekarang dah ok. 

Sekarang, selalu Aniq siap je mandi, saya sapu satu badan termasuk kat kawasan pampers dia. Vco ni antikulat, anti radang, anti protozoa  so memang elok sangat kalau nak elak baby dari kena ruam lampin dsbnya. Aniq kalau terkena pun, sekejap je dah elok. Saya ni nak pakai krim2 klinik semua memang nak elak sangat, kecuali kalau dah terpaksa.

Aniq masa lahir macam tak ada rambut pun. Saya ni nak juga dia ada rambut.Padahal tak kisah sangat pun, dia boy. Masa rajin, dok sapulah kat rambut dia. Hasilnya, nampak dah rambut dia sekarang. Tapi tetap tak banyak. Mummy Aniq malas nak sapu lagi dah. Saya suka sapu vco je sebab dah tak risau kalau dia pegang rambut lepas tu masuk tangan dalam mulut. Tapi bau tak wangi lah..hahaha

Lagi satu kalau Aniq demam.Sebelum ubat doktor masuk dalam perut, saya pastikan vco masuk dulu. Rehat dalam sejam dua, baru makan ubat doktor. Aniq sangat-sangat jarang demam. And kalau demam pun cepat je sihat.setakat ni dah nak masuk 6 bulan, Aniq pernah demam sekali je.

Aniq pernah terjatuh katil dulu. Luka sikit dahi dia,saya sapu vco je. Sambil bunuh kuman dari luka tu, vco tu boleh bantu sembuhkan luka. Saya sapu 3 kali sehari je, tak lama pun, dalam 3-4 hari baik dah luka tu. Saya kalau luka ke, kena minyak panas ke, semua dok sapu, telan vco ni ajelah. Masa my hubby jatuh motor dulu saya sapu minyak gamat,dia cakap tempat luka tu jadi gatal pulak. Saya buang minyak tu, ganti dengan vco je. haa,senyap terus.maknanya ok la tu..

Setakat ni, inilah satu-satunya yang saya bagi pada keluarga untuk pastikan kesihatan kami pada tahap optimum. Produk lain bukan cakap tak bagus, tapi saya dah serasi, dah jatuh cinta sangat-sangat dengan semua produk catalyst. Kualitinya bukan sekadar cakap-cakap kosong. Dah terbukti berkesan. Hampir semua produknya saya dah try. Semua best, semua bagus.



Segmen bloglist by Sha Purple


Segmen bloglist by Sha Purple

Hehehehe...sukanya.... Ni 1st time saya join segmen.. Selama ni tak tau pun apa tu segmen. Hhahaha.. Harapnya betullah saya buat ni. 

Kalau korang nak join pun boleh ye. Klik je banner kat atas ni. Alaa...blogger otai semua memang dah tau caranya kan??? Saya je baru tau..hehehe.

Rabu, 11 Disember 2013

Nak Diet tapi NAK Makan Banyak????


Ok puan - puan.. Gambar kat atas ni ada banyak jenis sayur ye. Ada yang saya suka, ada yang tak suka. Kobis purple tu saya tak suka. Keras, tak sedap sangat.  Green onion tu pun tak berapa suka. Sebenarnya bukan nak cerita suka sayur tak suka sayur, tapi entry ringkas TIPS nak diet, TAPI nak makan banyak..haha..macam menarik tak???

Tips ni satu aje pun, tapi nak jugak tulis panjang2..haha.. 

Senang je sebenarnya. Tips ni saya dapat masa tengok rancangan apa tah kat tv. Pakar tu bagitahu boleh nak makan banyak, TAPI..... jangan makan banyak karbohidrat. Contohnya nasi.. Korang boleh makan nasi, tapi banyakkan benda lain. Makanlah lauk-pauk, terutamanya sayur. Penuhkan pinggan korang dengan sayur.TAPI.....jangan melampau pulak, janganlah makan sampai 2-3 pinggan pulak. Nanti berat makin naik,salahkan saya pulak.

Satu lagi yang penting, kunyah makanan sampai 40 kali. *maksud 40 kali ni sampai lumat/ hancurlah*. Kenapa? sebab bila makanan dah lumat ia akan buat kita cepat kenyang tau. Tak caya try lah.. Ambiklah makanan sikit daripada biasa, makan dengan tenang, kunyah makanan elok2. Confirm sikit tu dah cukup. Saya dah try banyak kali memang berkesan..Ini juga cara nabi jaga kesihatan perut.Bila perut sihat, kita akan jarang jatuh sakit..Percayalah....

Lagi satu..Ada lagi??hahaha.ok2 , ni yang last.. Makan buah sebelum makan berat. Sunnah nabi juga ni. Serat dalam buah akan buat kita cepat kenyang and dapat membantu penghadaman. *tolong betulkan kalau ni salah*. Tapi kalau korang yang memang tak boleh makan buah sebelum makan, jangan makan buah dulu, kang dah kembung ke sakit perut ke marah kat saya pulak..Tak mo..tak mo ye..hehehe

Ok, sekian entry tak seberapa..Jumpa lagi dalam entry yang lain...tata..titi..tutu....

Selasa, 10 Disember 2013

BERJAYA!!!!! Rajin2lah komen yer..

Yeah....   akhirnya berjaya jugak. Selama ni sape2 yang komen kat blog saya mesti kena guna google+ aje kan? hahaha.. Sekarang semua dah boleh komen. Yang tak ade google + pun boleh.

 Selama ni saya tertanya- tanya kenapalah dengan blog saya ni. Kat blog orang lain boleh je komen guna apa- apa pun, blog saya aje lain pada lain. Menyusahkan orang aje kan?? Sorry ye korang.

Sekarang korang dah boleh komen dengan mudah kat sini.  Sebelum ni susah sangat ke eh? Tak apalah,saya dah tukar pun. Saya tengok semua pakai ni, mestilah yang ni lebih mudah ye tak??

dulu macam ni tempat komennya





sekarang dah jadi macam ni..




Hahahaha...betapa seronoknyalah saya..lalalalalaalala..Bolehla tidur lena lepas ni.. Selamat malam semua...







Anak manja abah~






Asal abah dia balik keje, time itula dia nak tido. Payah sangat nak tidur sendiri, tidur atas badan abah, terus je lelap. Tapi bila abah dgn mummy nak bersembang, cepat2 dia bangun nak dengar..hehehe..Aniq...Aniq...


Isnin, 9 Disember 2013

10 Tanda anda Hamil

Okeyh, ni entry copy paste, khusus untuk kawan saya, wani. Selalu tanya saya tanda-tanda orang mengandung. Tanda-tanda kat bawah ni tak semua orang dapat. Ada yang tak merasa pun. Ada juga yang ada tanda-tanda, tapi tak mengandung pun. Macam yang no 1 tu, yang tak mengandung macam saya ni pun rasa.. Laporr je memanjang..Lagi2 time hujan ni..hahaha

Selalunya orang yang sangat perihatin pasal badan dia akan dapat kesan perubahan pada badan dia, kalau ada something tak kena. Tapi kebanyakan perempuan tak perasan pun dorang mengandung sehinggalah janin yang terbentuk melekat kat dinding rahim. Walaupun janin dah melekat kat dinding rahim, masih juga ada yang tak perasan sampailah dah lewat tarikh period baru dapat tau.

Kat bawah ni ada 10 tanda yang korang dah mengandung. Tapi kalau ada tanda tapi tak mengandung jugak, saya tak pastilah pulaknye yerr..

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Selalunya orang tak mengandung pun rasa lapar jugak tapi kalau korang mengandung, rasa lapar tu akan lebih kerap. Tapi janganlah bergantung sepenuhnya pada tanda ni ye.  so, korang kena perhatikan jugalah tanda2 lain.

2. Perubahan warna pada sekeliling payudara.

Sekiranya areola menjadi kehitaman, kemungkinan korang dah pun mengandung. Mungkin dah beberapa minggu. Tapi mungkin jugak terjadi disebabkan oleh hormon yang tak berkaitan pun dengan kehamilan. mungkin juga disebabkan kehamilan yang lepas.

3. Kerap buang air kecil

Tanda ni biasanya terjadi kalau kandungan korang dah besarla. Biasanya dah beberapa bulan. Tapi ada juga yang dapat rasa awal. Macam saya dulu dah masuk trimester akhir barulah rasa. Tapi kalau korang memang rajin minum air, tu tak pelikla,memang korang asyik buang air walau tak mengandung ye..

4. Rasa letih & tak bermaya

Masa mengandung, hormon yang dikeluarkan buat kita cepat rasa letih. And kadang2 buat kita rasa malas. Lagi2 kalau masa awal2 mengandung, rasa nak bermalas-malas je. Tapi ada juag yang rajin terlebih,macam acu saya. Tiap kali mengandung,rajinnya memang lebih. Macam2 nak buat.

5. Sakit & tegang pada buah dada

Sakit pada payudara memang akan berlaku kalau korang mengandung, sebab masa ni la badan tengah prepare nak sediakan susu untuk anak kita nanti. Sakit ni agak serupa dengan sakit kalau kita nak period.

6. Pendarahan implantasi & senak pada ari-ari

lebih kurang seminggu selepasa ovulasi, korang mungkin akan alami sikit pendarahan dari faraj dan rasa senak pada ari-ari akibat implantasi. Tak salah, rasa sakit ni lebih kurang macam hari2 yang awal kita nak period.

7. Loya & muntah

Ada orang yang langsung tak ada morning sickness sepanjang masa mengandung. Ada juga yang berlarutan sampai sembilan bulan. Ada yang baru beberapa hari mengandung pun dah rasa. Tapi selalunya, morning sickness menyerang lepas 6-8 minggu korang hamil.

8. Suhu badan panas berpanjangan

Kalau korang rajin ambil suhu badan setiap pagi, korang akan perasan paras suhu badan secara konsisten melebihi paras suhu badan yang biasa.

9.tak datang bulan.

Ni bukan encik bulan macam shinchan cakap tu ye. Ni datang bulan orang perempuan..hehehe..Kalu selalunya haid korang teratur je, tetibe sekarang dah lewat beberapa hari, nilah masa untuk korang buat ujian kehamilan..

10. pregnant test yang positif

Kalau korang dah beberapa hari lambat datang bulan, and terdapat dua jalur pada pregnant test korang, cepat2 lah jumpa doktor untuk kepastian. kemungkinan besar korang dah pun mengandung.


Kesemua kat atas ni adalah tanda-tanda biasa yang terjadi pada orang2 yang mengandung. tapi kalau korang ada banyak gejala yang macam kat atas ni, tapi korang tak mengandung pun, eloklah korang jumpa doktor untuk pastikan apa sebenarnya. Sebab kadang2 ada masalah rahim seperti fibroid dan sebagainya yang simptomnya sama dengan orang yang mengandung.



Sukses Aktif dengan Mindstar


Taraaaa...ini pulak mindstar. Ok, mesti korang tertanya-tanya kan apa menda la mindstar ni. Meh2 saya nak terangkan. Minsdstar ni salah satu produk catalyst yang dah lama gak la dalam pasaran.  Ia popular dikalangan ibu2 yang selalu ada masalah dalam pelajaran anak2.

Selalunya masalah budak2 ni payah nak fokuslah. itu masalah utama. Bila susah nak fokus, dorang akan jadi letih, malas and cepat bosan bila belajar. Kalau ajak bermain, fokus terus..hahaha..Biasalah budak2.. Jangan marah kat dorang. kita pun cam tu gak dulu. Ibu2 yang mempunyai masalah ni mesti nak cari penyelesaian kan?? so, dorang try mindstar. Alhamdulillah kami dapat feedback yang sangat positif.

Walaupun popular dikalangan mak2 je, tapi sebenarnya mindstar bukan je untuk budak aje. Orang dewasa pun boleh minum. Saya masa mengandung dulu pun minum ni. Tapi masa tu kojap aje, sebab saya mual dengan rasa coklat suma2 tu. Last2 bagi ummy saya minum. Ummy saya pun suka dengan rasa mindstar ni. Lagi pulak ummy saya ni ada masalah lupa2 sikit. Alhmdulillah, dah semakin baik ingatan dia.

Nak tambah lagi, student2 U pun minum ni tau. Sangat membantu untuk fokus dalam kelas. Dah tak mengantuk lagi dah dalam kelas.menguatkan daya fikir, membaiki daya tumpuan, menghapus letih lesu,serabut fikiran and kelesuan otak. Mindstar ni sejenis makanan yang memberikan nutriet untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat membantu merawat masalah saraf mental, takut, cemas, runsing memberi keyakinan dan membangkitkan semangat.

Apa Pulak Kebaikan Dalam Mindstar?? Ini dia..

- 4 faedah & kebaikan dalam Mindstar
1. MINDA- menguatkan daya ingatan serta meninglkatkan daya kretiviti. (otak kanan dan kiri)
2. KESIHATAN - Menambah kecergasan fizikal dan mental serta mengimbangi keharmonian tubuh & emosi.
3. MORAL - membentuk sikap positif, matang, konfiden dan tak mudah putus asa.
4. OKSIGEN - membantu otak berfungsi secara maksima.


Ada banyak bakan berkualiti dalam Mindstar ni, anataranya Soy bean flavor, ginkgo extract, bacopa ectract, pegaga extract. Dan sekarang diperkaya dengan AHA, DHA,OMEGA dan CHOLINE.

Korang2 yang dah jadi mak2 ni janganlah risau ye. Mindstar bukanlah dadah, so ia tak menjadikan ketagihan dan tak ada kesan sampingan yang buruk. Gabungan bahan2 utama seperti ginkgo, bacopa and pegaga tu membantu merangsang sel putih dan kelabu dalam otak untuk mengaktif dan mengoptimumkan penggunaan otak.

Bila otak dan kesihatan bertambah baik, ia akan membantu sikap yang POSITIF dan BERFIKIRAN MATANG.

Cara nak ambil Mindstar ni senang je. Bancuh satu sachet dalam air suam, lepas tu minum... senag kan??? Kalau nak lagi jimat, boleh beli satu kotak yang ada 15 sachet tu, campur dengan 1kg milo. Bagi budak 2 tahun keatas, 3 kali sehari. Kalau titiskan VCO cecair lagi bagus.

Harga sekotak yang ada 15 sachet ni cuma RM 66 untuk Semenanjung. Sabah & Sarawak pulak Rm 78.Sebabkan sepanjang disembar 2013 ni ada promo 10%, daptla harga lagi murah nanti..weeee..bestnyaaa...

Mindstar~ Natural Drink for Brain Booster..

Vc Plus baik untuk Kesihatan Mata






Ok ladies..... meh kita cuci2 mata dengan produk baru catalyst.. Haaaa nak kenalkan...ni namanya Vc  plus. vc plus ni supplement untuk mata. Boleh baca kat kotak tu ada tulis. Untuk menjaga kesihatan mata kita..

Dengan kandungan omega 3 dan lutein, ia sangat membantu untuk dapatkan mata yang sihat. Bagi korang2 yang selalu mengahadap laptop, pc, handphone dsbnya. Vc plus ni memang pilihan terbaik.

Jangan sampai mata kita dah rosak, dah nak kena buat lasik baru nak menyesal. Lasik bukan murah ye. harga paling murah pun 8ribu.. Mata ni kalau dah rosak, bukan boleh nak baiki2 lagi dah. Baiklah kita mencegah sebelum terlambat. Tak salah keluarkan sikit duit untuk sihat. Saya tak rasa tu dalam ketegori membazir pun kan????

harga cuma Rm 70 untuk sekotak ni. kegunaan untuk sebulan. Cara makan pun macam colla c jugak, just hisap macam makan gula2 je.. Boleh ambil vc plus sj, atau nak lebih baik ambil dengan vco..

Jangan lepas peluang.!!!! .Promo 10% sepanjang disember 2013 ni masih berlangsung..Cepat2 place order korang. Ramai yg dah mula amalkan Vc plus ni. Stok sebelum ni pun dah clear,sekarang kena restock yang baru pulak.. Best makan vc plus..SEDAPPP....

err...harap eja lasik tu betul lah ye..kalau salah tolong bagitau...hahahaha


Sabtu, 7 Disember 2013

Collagen Premium + Colla C Bergabung


Colla C


Collagen Premium


COLLAGEN PREMIUN & COLLA-C COLLA-C sangat sesuai diambil bersama-sama. Kesannya sangat KEBABOOM tau.. Acerolla cherry yang terdapat dalam Colla C mempunyai kandungan vitamin C yang paling tinggi. Sebab tu bila digabung dengan Collagen hasilnya lagi masyukk...

Macam dalam entry sebelum ni , saya ada sebutkan tentang acerolla cherry. Boleh baca kat Sini. Bukan saja baik untuk kulit, kedua-dua produk Catalyst ni juga boleh membantu kita dapatkan badan yang sihat. Colla C sangat bagus untuk korang yang fokus nak CANTIKKAN KULIT.  
ACEROLA CHERRY JUGA BOLEH MENGURANGKAN BERAT BADAN SELAIN DARI ANTI PENUAAN

KELEBIHAN dan KESAN Pengambilan Collagen Catalyst  + Colla C.

* Mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan 
* Memastikan keanjalan dan kesegaran kulit 
* Mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit 
* Mengatasi masalah kulit kusam,berminyak, kering dan berkedut 
* Membantu melicinkan tumit merekah dan kuku malap & mudah patah 
* Menyubur dan menyihatkan rambut agar kelihatan hebat dan berkilau 
* Membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ke tahap maksima 
* Menghilangkan parut-parut lama dan kesan jerawat 
* Mengurangkan selulit dan memastikan kulit sentiasa cantik 
* Minda lebih cergas dan pergerakan tubuh menjadi lebih lancar 
* Badan akan rasa lebih cergas dan bertenaga 
* kulit tidak akan berminyak tetapi tidak terlalu kering 
* dapat mengurangkan masalah JERAWAT (akan hilang) 
* dapat mengurangkan PARUT-PARUT yang ada di kulit 
* kuku tidak patah, rambut akan jadi lebih cantik


So, kalau korang yang nak sangat kulit cantik berseri, try dulu Collagen + Colla C ni. Sure tak menyesal. Harganya yang sangat mampu milik tak setanding dengan kualiti bahan dalam kedua-dua produk ni.  Pulak sekarang dengan YEAR END SALE CATALYST, korang akan dapat potongan harga sebanyak 10%. Rugi kalau tak grab sekarang. Berbaloi-baloi..

Yang duduk area MUADZAM SHAH, korang boleh minta saya COD. Sambil tu kita boleh sembang-sembang kalau korang nak tau apa kelebihan produk catalyst yang lain. Boleh klik SINI untuk order dan pertanyaan. Insya Allah saya akan cuba balas dengan secepatnya ye.. Pada yang dah pernah order, saya ucapkan terima kasih banyak2 sebab dah membeli dengan saya. Sudi2 lah bagi testimoni lepas ni ya.. Selamat 'berSUPPLEMENT'..*suka 2 buat perkataan sendiri..hahaha*



Saya dan Celcom



Saya adalah pengguna setia celcom. dari awal2 saya pakai handphone, ummy saya cuma benarkan kami semua guna celcom. Bila dah lama sikit, adik2 saya dah malas, dorang tukar pada mxis dsbnya. Tapi saya masih jugalah setia dengan celcom. Sampailah saya dah kawen, my hubby suruh tukar Mxis pulak, tapi ntah, hati tak mahu..Dah selesa dengan celcom

Tapi baru2 ni start pada saya dalam pantang, celcom dah buat masalah. Sebenarnya dari sebelum2 tu lagi, cuma masa tu belum teruk sangat. So, masih boleh sabar. Cuma masa saya berpantang Aniq, saya duduk kat kampung dengan mak mertua. Cuma kami bertiga. Hubby balik 2 minggu sekali..itu pun dapat cuti sehari je.. Sedih.. :(

Bila dah berjauh macam tu dengan my hubby, mestilah rindukan?? Nak call selalu, my hubby sibuk sangat dengan kerja, so boleh mesej ajela. Tapi ntah kenapa,saya langsung tak boleh nak hantar mesej. Haihh, aneh sungguh. Bila call customer servis, dorang cakap tak tau la, tak pasti la, salah sayalah. Mula2 suruh tunggu 3 hari, nnti dorang call saya bgtahu perkembangan siasatan, tapi langsung tak call. Saya call lg, tunggu lagi. Dah banyak kali call sampai saya dah nak abes pantang pun tak settle lagi masalah saya. Last2 meletusla gunung berapi..HAaa..tau kau takut..Geram giler masa tu.. Tapi tetap tak settle jugak..Sabor lagi...

Ntah bila saya tak ingat, tetibe boleh pulak hantar mesej. Lega betul.. Tak jadi nak tukar maxis, bengang my hubby..hahaha.. tapi masalah lain pulak datang. kali ni tak boleh nak guna internet. Puas la saya call centre tanya kenapa, dia cakap tak tau lagi. Saya mula lah nak marah, tapi sabor sebab padan muka saya, dah tau celcom teruk, nak pakai jugak. Huh.!!  Tapi masalah ni tak lama, tak sampai la sebulan and dah ok balik.

Lepas tu datang lagi masalah. Dorang hantar mesej suruh reply ape tah saya dah lupa. Alih2 kena tolak kredit 3 ringgit. Dorang cakap salah saya. Apa salah saya? Dorang yg tulis free.. Malas nak berbalah, saya ok kan aje. Lepas tu lebih kurang sebulan dapat lagi mesej.Kali ni tak tulis free tapi tak juga cakap berbayar. So, saya dengan baik hati and lurus, p reply..Adoii..lagi banyak kena telann..!! rm7 tuu.. Hangin satu badan la..Tak pernah hidup saya p marah2 kat orang. Hari tu kurang la pahala saya. Marah bukan main. Apa operator tu boleh buat,dengar ajela.Lepas tu tolong saya buat report. Terubat hati kejap sebab layanan bagus.

Sekarang saya masih guna perkhidmatan celcom. Susah nak buang celcom dalam hidup saya..*cewahh..cam gedikss pulak kn??*. Maxis memang awal2 saya reject,dari awal saya memang bernasib buruk dengan maxis..hahaha..yg lain tak boleh pakai sebab saya duduk dalam hutan ,susah dapat line..kihkihkih..

apapun saya masih mengharap celcom akan perbaiki  sistem dorang agar lebih baik. Saya sayanggg celcom..huhu..Tapi tak mo percaya sangat da.. Takut kena telan kredit lagi nanti.. Penat da nak mengadu kat celcom. Asyik2 nama saya je yg call.. Malu lerr...


Khamis, 5 Disember 2013

Kemaman Banjir

Keadaan banjir kat pantai timur makin teruk sekarang. Di Kemaman, rumah adik saya dah naik air sampai paras lutut (setakat malam tadi). Kesian kat dia. Katanya air dah mula naik dah dua hari, tapi langsung tak ada bantuan dari mana2 atau sape2 datang menjenguk. Kami risaukan anak2 dia. Anak dia masih kecik, sorang baru umur 3 tahun, sorang lagi baby umur 11 bulan.

Malam tadi last dia hubungi ummy saya, dia cakap dah pindah rumah adik ipar dia. Tapi orang dalam rumah tu ramai. Ada adik beradik biras dia, mak biras dia. Penuh rumah, elektrik and bekalan air pun dah terputus. hari ni saya cuba hubungi adik saya tapi dah tak dapat. Semua nombor dah tak dapat berhubung. Kami semua risau sangat2.

Banjir kali ni antara yang teruk juga. Bandar Kuantan terus lumpuh. Kami nak balik kampung Temerloh pun mungkin terpaksa ditangguhkan.Tak dapat la jumpa abang ipar saya yang duduk di UK tu, kebetulan balik sekejap ni.

Dalam kami semua kerisauan tentang keselamatan keluarga, ada pulak yang saja menaikkan api kemarahan. Ayat2 perli, caci maki sengaja dilemparkan. Tak faham kenapa jadi macam tu. Sedih and marah betul saya. Betapa tak ada hati perasaan la manusia2 ni semua.

Marah sangat, tapi tak mampu nak buat apa2. Apalah manusia aneh tu fikir sebenarnya pun tak tau. Harap cepat2 sedarlah dorang2 yang sengal tu. Jangan sampai kena kat diri sendiri, kena kat family baru nak mintak ampun. Ramai orang yang sakit hati dengan dia, macam mana nak mintak maaf? Itulah buat sesuatu tak fikir baik buruk.

Pada mangsa banjir yang lain, harapnya korang pun bersabar ye. Biarkan je apa orang nak cakap. Anggaplah ini semua ujian Allah. Kami sentiasa mendoakan keselamatan korang semua. Semoga semua ini akan berakhir dengan cepat. Amin...


Rambut Sihat dengan Hair Series

Satu lagi produk Catalyst yang dah lama ada kat pasaran ialah Hair Series. hair series ni tak berapa popular berbanding produk catalyst yang lain dikalangan pengguna biasa. Tapi sangat popular di spa2 yang menawarkan perkhidmatan treatment rambut atau salon2.

hair series ni ada 2 jenis iaitu
  • Hair Treatment ( untuk rawatan rambut)
  • Hair revitalizer (untuk penyegar & pewangi rambut)


Dalam gambar kat atas ni adalah bahan2 yang ada dalam produk hair series ni.

gambar credit to ida hana

Yang ni pulak gambar kedua-dua botol hair series. comel & cute sangat kan???

Hair Treatment digunakan untuk merawat segala masalah rambut and kulit kepala tau. Kalau korang ada masalah kulit kepala sensitif, kelemumur,rambut luruh( gugur) tak payah da pergi tempat mahal2. Just sapu hair treatment catalyst kat rambut, biarkan 20-30minit. Lepas tu bolehlah nak cuci. Pastikan syampu rambut bersih2 tau. takut nanti ada sisa2 tertinggal kat rambut.

Lepas dah siap cuci rambut tadi, sekarang bolehlah nak sapu hair revitalizer. Penyegar rambut ni tak payah bilas, boleh nak guna hari2 tau. Tak ada masalah langsung. Bila dah pakai tu memang rasa best giler la..rambut rasa lembut je. Wangi pulak tu. Saya masa cuba hari tu memang teruja sangat dengan hasilnya. Siap sapu kat rambut my hubby. Bau dia memang serius wangi, rambut pun lembut. Rasa macam baru buat treatment rambut je.

Ok, nak cerita apa manfaat yang terdapat dalam Hair series dari catalyst ni.Selain daripada menyuburkan rambut, ia juga membantu membina semula folikel rambut kita yang dah rosak. Lagi boleh menebalkan rambut dengan membantu pertumbuhan anak2 rambut, mencegah botak, membersihkan kulit kepala and melindungi kulit kepala dari sinaran UV ( bagi yang free hair)..Haa... ingat muka je tak nak bagi kena UV? Kulit kepala pun tak mo ok.. Hehehehe


Kebaikan dalam hair revitalizer pulak ialah, merawat dan mencegah kebotakan rambut, menghitamkan dan melebatkan rambut, mengatasi masalah kulit kepala,membantu menstabilkan minyak semulajadi kulit kepala, menghapus kelemumur dan menghapus kekeringan pada kulit kepala, mencegah kulat kelemumur dari membiak, membantu pembentukan tisu kulit kepala dan merawatnya,melindungi kulit kepala dari ultraviolet (UV )matahari. And last sekali membantu menyuburkan rambut.

kedua2 produk ni sangat2 sesuai bagi semua orang yang nak rambut sihat ,cantik bersinar. Tak kiralah yang free hair or yang berhijab.Serius rambut lembut and wangi bila dah guna tu. My hubby suka sangat baunya,wangi.....Hehehe

Kalau korang malas nak ke spa or salon2 yang mahal semua tu, korang try la hair series ni. memang berbaloi..Tak rugi cuba. rasa best macam buat kat salon. Serius tak tipu, sebab saya ni rajin p salon, saya tau la..haha..Saya dah try sekali memang nak pakai terus. Kalu korang nak try, meh klik SINI..Boleh pm saya untuk order  ye. nak tanya2 pun xde masalah, boleh sangat2.harga untuk sebotol Hair treatment tu RM 39.90 untuk semenanjung, Rm 43.90 utk sabah & sarawak. harga untuk hair revitalizer tu pun sama ye. Sebotol rm39.90 utk semenanjung, rm43.90 utk sabah & sarawak.


Selasa, 3 Disember 2013

YEAR END SALE CATALYST!!!



Yeay..!!! Korang semua tak salah baca k. Memang betul pun apa saya tulis kat atas tu. Sekarang catalyst tengah bagi diskaun 10% untuk semua produk catalyst tau..hahaha..Best2,memang best.

Promosi ni berlansung sepanjang bulan DISEMBER 2013 ni ye. So, sesape yang nak cuba produk2 Catalyst ni bolehlah cuba sekarang ni. Inilah masa yang paling baik untuk dapatkan penjimatan yang kaw-kaw.

Jom2, order dengan saya, boleh klik SINI untuk order dan pertanyaan korang ye.


Ambiance Untuk Kesihatan & Kecantikan

Dalam entry sebelum ni saya ada sebut tentang Ambiance kan? Tapi saya tak pernah lagi cerita apa tu ambiance. nak baca entry sebelum ni ,klik SINI  ye.Untuk sape2 yang belum tau, ambiance ni dah lama keluar. Saya tak ingat tahun bila, tapi saya sentiasa belum ada masa nak cerita tentang ambiance ni.Sebelum tu nak tunjuk gambar Ambiance ni dulu.. :)

ini la dia ambiance catalyst



Apa kandungan dalam ambiance?

Inilah kandungannya.. Ada collagen, aloe vera,apricot,Acerolla cherry,Astaxanthin dan lain-lain yang macam kita nampak kat atas tu.Lebih kurang ada 14 bahan  yang berkualiti kat dalam ambiance tu. Setiap satunya memiliki khasiatnya yang tersendiri dan sangat hebat.




Keterangan tentang astaxanthin ni. hebat sangat kan? Saya mula2 dulu terkejut sangat, patut lah ramai yang dah cuba ambiance ni terkejut dengan keberkesanannya. Memang berkesan tau. Sepupu saya yang dah cuba ambiance,mengaku kesan dah nampak seawal 10 hari..!!! Tu yang saya pun teruja, tengok muka dia serius cun,sebelum ni putih je, tapi sekarang nampak berseri-seri gitu. sebelum ni dia ada jeragat, sekarang dah tak nampak dah. bestkan hasilnya?? Teruja tak?? Hahahaha...

Bahan2 yang ada dalam semua produk catalyst dah diuji keberkesanannya kat lab.Sebab kilang Catalyst bukan saja berstatus GMP ( GOOD MANUFACTURING PRACTICE ) atau dalam bahasa melayunya amalan pengilangan baik, tapi juga ada R& D atau Research & Development *tak salah sayalah maksud R&D tu..hehe*. 

Ambiance bukan je untuk kecantikan tau, tapi juga untuk kesihatan. Sebab tu ambiance ni taglinenya "SIHAT SEMPURNA DENGAN AMBIANCE'. Ambiance membantu untuk membaiki kesihatan sendi2 kita, kuatkan akar rambut,menguatkan kuku and banyak lagi lah. kalau korang try, confirm korang tau apa kesannya.

Penat nak tulis banyak2 ni, yang ni saya copy dari page saya sendiri. Nak tengok klik SINI
.Astaxanthin- kurangkan kedut dan tanda penuaan L-Glutathione- Mencerahkan kulit Maqui Berry- Menguatkan tulang dan rawan (bagus untuk pesakit artritis/gout) Acaiberry- Bahan anti-kedut dan penuaan Pine Bark- Membantu menganjalkan kulit Acerola Cherry- mengurankan kesan radang pada kulit Grape Seed- Mengurangkan kesan penuaan Collagen(bovine)- Meningkatkan keanjalan kulit dan tulang Apricot- Meratakan warna kulit dan kembali anjal Aloevera- Meningkatkan kelembapan kulit secara semulajadi dan mengurangkan hidrasi pada kulit Agaricus Blazie Murril- Imunisasi badan bertambah dan mengelakan kanser Sea Cucumber- Membantu pembentukan sel-sel baru dan juga menguatkan tulang/rawan.


Ambiance ni sedap tau. Sekotak ambiance ada 25 sachet. Ambiance tak boleh diambil semasa period atau ibu-ibu hamil ye. Dah habis semua tu barulah boleh ambil semula. Harga sekotak cuma RM 259.00 untuk semenanjung dan RM269.00 unrtuk sabah & sarawak.

Cara makan Ambiance : Ambil 1 sachet sebelum heavy breakfast atau sebelum tidur. Letak atas lidah and hisap perlahan-lahan. Kena slow2 makan ye,sebab isi dalam sachet ambiance ni banyak. Kang tersedak pulak..hahaha..Nak minum air pun boleh.Yang paling penting,setiap hari mesti minum 8 gelas air. Air penting untuk melancarkan pembuangan segala toksid dalam badan. Kalau toksid tak buang, tinggalla karat2 dalam badan.Lambatla nak berkesan,ye tak???

Kat sini saya letak sekali testimoni ambiance kat sini. Sudi2lah tengok terujanya diorang ye..hehehe.Kulit dah cantik,memanglah kan??



Kalau tak jelas, klik kat gambar tu ye. Nak baca testimoni klik Sini .. Untuk testimoni ini,credit to EISHA CATALYST. Klik SINI untuk semua order and pertanyaan tentang produk catalyst ye..