nuffnang

Memaparkan catatan dengan label perkembangan baby. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perkembangan baby. Papar semua catatan

Isnin, 21 April 2014

Perkembangan Aniq ~ 10 bulan..

Bila nak cerita pasal anak, terus jadi blurr.. Bukan sebab tak tau nak cerita apa, tapi sebab terlalu banyak cerita sampai tak tahu nak mula macam mana. Terutamanya anak yang macam Danial Aniq saya ni. Lasaknya bkan main. Hari2 ada saje benda2 baru yang dia buat. Tapi yang sedihnya, selalu tak sempat nak ambik gambar, dia dah lari buat kerja lain pulak.

Macam baru2 ni, baru siap mandi, dah pakai pampers, saya tinggal Aniq masuk kebilik sekejap. Bila keluar, tengok dia dah tak ada. Rupanya anak soleh saya ni dah kedapur, buka semua alamari kat dapur. Kalau setakat buka tu saya tak kisah, tapi ni di bongkar semua barang yang saya dah susun dalam tu. Habis dipunggah keluar. Masa ni saya sempat lagi la nak ambik gambar.

Ada sekali tu, my hubby balik tengah hari, waktu rehat masa tu. Aniq ni kalau nampak abah dia kat rumah, memang seronok lah. Nak bermanja dengan abah pula. Saya dengan hubby bersembang, dia duduk ditepi dengar je. Sambil2 cerita, saya buat bunyi, Aniq pun tiru. Bunyi dia buat hampir sama macam bunyi yang saya buat. Tergelak-gelak la saya dengan hubby tengok gelagat dia tu. Aniq pulak malu2, menyorok bawah kaki my hubby. Makin kita nak tengok dia, makin dia menunduk. malu sangat la tu agaknya..hehehe..

Sekarang, perkembangan paling terbaru dia, dah mula nak berjalan. Aniq dah boleh nak berjalan sendiri dalam 10  langkah macam tu, lepas tu jatuh. Memang belum pandai berjalan sepenuhnya, tapi kami tetap bangga sebab Aniq belum pun cukp umur 10 bulan. So, maybe dia akan pandai berjalan sepenuhnya masa umur 10 bulan!! Kalau betullah 10 bulan  dah boleh berjalan, maknanya Aniq sama la macam mummy dia. Saya dulu pun berjalan masa umur 10 bulan. Maybe sebab badan kecik, ringan. Jadi cepatlah berjalan tu.

Satu lagi hobby Aniq selain dari mengemas ialah buat bunyi motor & memanjat. Kalau buat bunyi tu sampai terkeluar semua air luir. Bukan sikit2 keluar, kadang sampai basah baju dia. Saya nak stopkan pun tak tahu macam mana. Last2, biarkan sja, asalkan dia okey. Yang bab memanjat pula, selagi dia tak sampai keatas target dia, selagi tu la nak cuba panjat. Selalu buat saya dengan hubby risau. Tapi kalau sekat2 sangat, takut dia rasa terkongkong, kang jadi lagi nakal. Jadi, saya biarkan dia bebas, tapi masih dalam pengawasan kami suami isteri.

Perkembangan anak2 sangat laju, kadang kita tak sempat nak enjoy kebolehan dia yang semalam, hari ni dah ada kebolehan lain pula. Bila tengok Aniq macam ni, Insya Allah nampak dia anak yang cerdik. Setiap kali pandang dia terutama waktu dia tidur, saya mendoakan semoga anak sulung saya ni, akan jadi manusia bertaqwa yang mampu menjaga keluarga dan masyarakat bila dah besar nanti...

p/s: Aniq pandai dah makin kerap hisap jari kaki, kata orang nak dapat adik..betul ke?? heheee

Sabtu, 18 Januari 2014

Hadiah dari Pak Long

Balik kampung hari tu  Aniq dapat hadiah dari Pak Long. Tapi kami tak sempat jumpa pun sebab dia balik sekejap masa banjir teruk hari tu. Kat sini ada tanah runtuh, tak dapatlah kitorang balik. Sebab kami tak dapat nak  jumpa, mainan ni ditinggalkan kat rumah MIL saya.

Mainan ni sebenarnya jenis yang gantung lepas tu keluar muzik tu. Tapi sayangnya Aniq dah besar. Bila baringkan dia, meronta-ronta nak bangun. Hehe. Sudahnya saya buka lah tali tu. Yang holder tu saya simpan, bagi dia yang binatang-binatang tu je. Seronoklah Aniq, dapat pegang baru puas hati. Boleh juga nak gigit-gigit.




Tapi dalam banyak-banyak mainan depan Aniq tu, dia lebih suka yang teether tu. Suka sangat menggigit.  Mungkin nak tumbuh gigi agaknya.


Tarzan Dalam Rumah

Aniq sekarang kalau dalam rumah, Ya  Rabbi aktif semacam. Kalau jumpa kerusi mulalah nak tolak kesana-sini. Hobi baru dia sembur air liur, tarik rambut orang and menjerit. Adoiii..geram je rasa. kuat betul menjeritnya. Dah macam tarzan la pulak.

Budak baik ni kalau kat luar tak adalah macam gitunya. Kalau bawa keluar jarang sangat dia meragam. berbunyi pun tak. Tu seronok bawa dia keluar. Kawan-kawan saya mana yang tak tau, sangkakan Aniq ni sama je macam tu kat rumah. Hakikat sebenarnya dorang tak tau saya penat nak kejar budak baik ni. Hehehe

Aniq kalau dia dapat berdiri lagi dia suka. Menjerit dia....macam tarzan tu.. Kuat betul. lagi-lagi kalau berdiri sebelah kita, lepas tu dia menjerit, aih...hilang pendengaran sekejap. Nak marah pun tak boleh, dia bukan faham pun. Saya pujuk dia duduk and bagitau dia supaya slow kan suara. Tak tau lah dia faham ke tak, tapi respon dia bagus. Dalam 5 minit tu slow lah suara dia. *Alahamdulillah* Lepas tu jerit lagi.

Satu lagi yang Aniq suka, tak nak pakai baju. Ini selalunya kalau dia nak tidur. memang kena buka baju, kalau tak, dia susah nak tidur, guling sana guling sini. Tidurnya tak pun. Mata tutup mulut berbunyi. Bila dah buka baju, gosok belakang dia, selalunya mudah nak tidur. Tapi kadang-kadang tak jalan pun cara tu. hurmm...

suka sangat Aniq tak pakai baju, nasib baik boy.. 

Kalau dia dah dapat berdiri macam ni, memang seronok sangat. Menjerit-jerit, melompat-lompatlah Aniq. Lepas tu sembur air liur. Saya dengan hubby senyum je tengok gelagat dia. Orang selalu pesan, sabar dengan kerenah anak. Walaupun ada yang kita  tak selesa. Satu hari nanti, kita mesti rindu waktu-waktu dorang tengah aktif macam ni. Sedar-sedar anak kita dah besar, dah tak dapat nak diriba, didukung lagi.

Selasa, 17 Disember 2013

Aniq panjat Laptop


Aniq sekarang dah laju sangat. Nak pakaikan pampers pun payah. Kadang2 sampai kena pegang kaki supaya tak bergerak. Disebabkan dia pun dah pandai nak memanjat, saya sekarang buat kerja kat bawah je. Kalau saya duduk kat atas, dia mulalah menghulur tangan nak memanjat. Ni dah tak tau bape kali dia jatuh. Tapi tak pernah seriknya.

Baru2 ni saya nak pakaikan dia baju, masa tu la laju je dia melarikan diri. Saya pergi ke dapur kejap, tengok2 dia da meniarap atas lappy. AArrghhh...Aniq nak panjat lappy saya..!! sampainya hati Aniq..waa..Nasib baik dia belum sempat panjat. Klau tak dua2 hancur. Dia tergolek, jatuh, lappy pun patah dua.

Aniq memang teruja je kalau nampak saya bukak laptop. Dia mesti nak tolong ketuk keyboard,tak pun nak berebut mouse..Haihh,sabor ajela anak oii..  Bila dia dah dapat mouse tu, di hempas pulak atas lantai. Memang tak dapat buat apa kalau dia bangun. Bila dia tidur, barulah tenang sikit buat kerja.Tapi kalu Aniq tidur, mummy pulak kacau. Nak cium lah, nak usap kepala lah. Terjaga anak tu..hahaha