nuffnang

Sabtu, 7 Mei 2016

Kisah Bersalin Saya..


Lama saya tak bercerita kat sini, rasa rindu yang teramat sangat. Tapi kemalasan tu yang tersangatlah lebih, maka tak dapatlah saya nak buat apa-apa kat blog yang semakin berhabuk ni. Sebenarnya waktu saya menulis ni, saya masih dalam tempoh berpantang. Alhamdulillah, hari ni dah hari yang ke 16.. Wahh.. sendiri rasa tak percaya dah sampai ke minggu kedua berpantang. Dah tak sabar nak habiskan masa bertapa ni, lepas ni nak rajin keluar jalan-jalan pulak..kekeke…
Macam waktu kali pertama berpantang dulu, kali ni pun sama saya berpantang kat rumah mother in law. Sebabnya abah saya & adik saya kan sakit. Umy saya hanya boleh tumpu pada mereka berdua je. Mana cukup masa nak jaga saya. Lagi pulak saya ada anak sorang lagi nak di jaga. Aniq ni kadang datang manja dia,payah juga nak handle. So, saya berpantang kat rumah MIL. Kebetulan juga sebab saya nak try bersalin kat Hospital Temerloh ni. Alhamdulillah, tercapai la hasrat. Ada part best & tak bestnya.Ni saya cerita, apa best & tak best tu.. Untuk jadikan kenangan.. 

Masa saya daftar masuk kat hospital ni, sebenarnya saya dah overdue.oh..  Banyak hari dah, lebih dari seminggu. Nak masuk 2 minggu  dah.. Tapi tak ada tanda pun. So, doctor plan nak induce. Sangatlah berdebar masa nak masuk wad. Sampaikan darah saya naik tinggi!! 1st malam kat wad saya rasa tersangat kelakar. Sebabnya rasa macam baru masuk asrama. Angkut barang, masuk dalam locker. Kawan-kawan kiri kanan katil semua mengilang pergi katil kawan lain, sembang –sembang. Saya pulak macam budak baru kat situ. Senyum saya sorang-sorang kat katil. teringat ceita masa dulu-dulu..hehe

2 bag saya bawa,  1 barang saya,  1 barang baby


Malam tu kena la buat ctg, doctor cek jalan + tolong bukakan sikit jalan. Mungkin sebab dah memang sampai masa pun, masa doctor bukakan jalan tu, tak rasa sakit pun macam masa saya kena time Aniq dulu. Rasa ok je. mungkin juga sebab doktor yang buat tu tak paksa, sangat lembut.. ( bagus doktor ni) Malam tu dah start la rasa sakit sikit-sikit. Tapi saya masih bole handle. Malam tu dalam dok tahan sakit, elok je tidur lena. Pagi tu nurse cakap doctor nak cek lagi dalam pukul  5. Jadi, pukul 5 lebih tu saya bangun la kot-kot doctor nak cek. Masa tu saya dah start makin sakit. Boleh jalan-jalan lagi, boleh p toilet semua. Sambil menunggu tu,  saya but senaman sikit² kat katil.  Tunggu punya tunggu, tak ada pun doctor datang. Sampailah dah pukul 7 macam tu barulah nurse panggil saya. Kebetulan saya kat dalam toilet, dok tahan sakit perut. Rupanya nurse menunggu depan pintu. Dia tengok saya tak keluar, dia suruh saya keluar. Katanya, kang bukan nak buang air pun, lain pulak yang keluar. Nak tak nak, saya keluar jugalah. Masa tu saya memang tengah tahan sakit, mana boleh nak jalan sangat. Tapi nurse tak nak tunggu. Suruh juga saya pergi bilik untuk cek. Nurse tak adalah paksa pun, cara cakap apa semua pun tak kasar, Cuma dia tergesa-gesa sangat. Bukan saya nak lari pun. Saya nak relek sikit je bagi reda sikit rasa sakit. Lepas dah cek, rupanya bukaan dah 5cm. masa tu pukul 7 lebih. Terus nurse nak tolak masuk labour room. Doctor tak bagi, saya pun tak nak. Tapi nurse cakap saya dah Nampak sakit sangat. Hantar aje lah.

Pengalaman saya masa bersalinkan Aniq dulu pun lebih kurang macam ni. Pagi-pagi dah kena masuk labour room. Tak sempat makan pun. Tapi fikirkan nurse bagi tau yang dalam labour room nanti boleh makan, saya ok jela. Punyalah lurusnya saya. Padahal, saya kan ada kes sebelum ni. Dulu perna czer, tak kan mungkin senang-senang diorang nak bagi saya makan. Confirm kena puasa. Sebelum kena tolak masuk labour room, saya call hubby saya dulu, bagi tau nak masuk LR dah, siap2 suruh bawak bekal. Masa ni tak tau lagi kena puasa. Yakin je dengan nurse cakap boleh makan.

Sampai kat LR, masuk bilik, terus je diorang nak pecahkan ketuban. Aiseh!! Mana boleh.. baru je malam tadi nurse bagi tau diorang tak kan buat pecahkan ketuban, tak masuk air, boleh makan, boleh jalan. Alih-alih, saya masuk, dah nak kena pecahkan ketuban. Geram dah saya ni. Kena tipu ke apa. bila saya tanya tu, nurse marah saya. Katanya, kat sini dah turun LR kita pecahkan ketuban. Kalau tak nak tak payah masuk!!  Senang je dia jawab macam tu. Padahal bukan saya tanya cara kasar, saya tanya elok-elok. Hati saya dah rasa marah dah. Rasa macam nak nangis dah time tu. Rasa kecewa yang teramat sangat. Saya cakap dengan nurse tu balik, saya Tanya aje kan? Dia diam je. Sengal punya nurse! Kita sikit pun tak berkasar. Tanya punyalah elok walau rasa bengang.

Dah kena pecahkan ketuban, kena pakai branula pulak. Ni pun satu problem. Diorang juga yang bagi tau, tak kan ada semua branula bagai-bagai ni untuk ibu yang boleh bersalin normal.  Kita nak semua nya cara semula jadi..katanya… katanyalah..sekali, sampai kat LR, semua yang di kata tu dah dibakul sampahkan oleh orang-orang yang kat dalam LR tu. 1 apa pun tak bagi tau kita ni. Tau-tau je dah nak pasang branula. Sakit nya lahai hati menengoknya. Dah tangan saya ni kecik, biasa pakai yang size baby punya je. Sekali tak sempat nak kata apa, dia bagi yang dewasa punya. Bengkak urat. Bertambah la sakit nya hati. Dalam geram tu, saya tunggu my hubby tak sampai-sampai. Makin la sedih nya rasa. Ingatkan dia tak sampai lagi, rupanya kena tahan kat luar tak di baginya masuk. Dah pukul 8 lebih tu baru bagi masuk. Bila Nampak hubby masa tu, rasa nak nangis sangat. Rasa nak cakap je kena buli dalam LR. Tapi nurse ada dalam tu, malas nak cakap banyak. Diam aje la. Sembang yang best-best je dengan hubby sambil tahan sakit.

huhuhu.. Sakitnya lahai.. 


Oh, asalnya kan saya kena induce. Tapi sebab saya masuk LR tu pun dah 5cm, so diorg tak induce. Biar bersalin biasa je. Alhamdulillah, lega rasa hati. Tali masih rasa takut.  Yela,  apa² pun boleh jadi kan?  Apa pun saya kena sentiasa bertenang. 

Masa ni diorang siap pesan saya dah kena start puasa. Eh?? Kata boleh makan?? Habis, buat penat aje la my hubby angkut makanan ni, tak boleh nak makan pun. Mujur saya tak lapar sangat masa tu. Hurm.. diorang ni.. memang jenis cakap belit-belit. Patut la nurse malam tu cakap, kita dah try buat bagi semua kemudahan & kesenangan pada ibu yang kurang risiko. Boleh jalan,  boleh makan, tapi ada je orang yang komplen tak puas hati. Masa tu saya tak tahu lagi kan, rasa kesian sangat nya asyik kena komplen. Tapi bila sendiri dah kena, memang patut pun korang kena komplen. Orang rasa tertipu, memang sakit la hati. Hmm.. 

Masa saya tanya kenapa kena puasa, barulah nurse jawab. (ni nurse lain) katanya saya pernah ada kes sebelum ni, maksud dia bedah la kan. So, sebagai nak hati-hati, kena la puasa. Mana tau kena czer lagi. Walaupun jawapan tu buat saya rasa takut, tapi sekurang- kurangnya nurse tu jawab soalan saya yang nak tahu sangat ni. Kan senang dia jawab. Tak perlu pun nak marah-marah.  Saya nak tahu je.

Lebih kurang setengah jam nurse keluar tinggalkan saya dengan hubby dalam bilik, saya rasa makin sakit. Tapi layan kan je sebab tak nak stress. Tahan sakit sambil bersembang dengan hubby. Tapi tak lama lepas tu sakit makin kerap, makin kuat. Waktu ni dah tak boleh nak sembang dah. Dah tak tahan sangat rasa nak teran baby. Hubby buat lawak pun saya tak rasa kelakar pun. Tapi sebab saya rasa takut sangat, saya bagi tau hubby je. Takut nak cakap dengan nurse, kang tak pasal kena marah lagi. Sebab masa sebelum nurse keluar, dia bagi tau yang akan ambik masa lama juga. Saya tengok jam baru 2 jam dalam labour room, tak kan nak bersalin dah. Kang nurse tak percaya.

Dalam pada tahan sakit tu, nurse datang nak tengok ctg & ambik barang. Dia nampak saya dah sakit tu dia tanya, sakit ke? Saya angguk je. So, dia saja la nak tengok dah buka berapa cm. sekali dia  cakap, eh, dah boleh teran ni.. cepat-cepat dia panggil nurse lain & siapkan barang semua. Masa ni saya takut sangat, saya pejam je mata. Hubby pulak saya tak tau dia buat apa, yang pastinya dia pun panic sama macam saya..hahaha. Bila nurse dah suruh teran, saya buka mata, makk oii..ramainya orang.. nurse suruh hubby ampu belakang saya, angkatkan kepala. Saya dah kena teran baby. Saya tak tau cara betul ke tak, yang pasti saya dengar midwife cakap, pandai..pandai..tu je..Lepas tu saya dengar midwife cakap, kita gunting sikit nak bagi mudah ye”.. aduhai…ni part yang saya tak nak. Tapi saya tau, time dia cakap tu, mungkin dia dah ready nak potong pun. Kalau saya tolak, mau kena marah lagi.. so, saya diamkan aje la. Malas lah nak gaduh dengan diorang ni. Bukan kita boleh menang pun!

Alhamdulillah, dalam 4x teran, baby pun elok je keluar. Saya nampak badan baby masa dah keluar tu. Ada darah sikit-sikit je, bersih je dia. Tapi sebab baby dah buang air besar masa tu, diorang terus bawa lari baby. Tak sempat la skin to skin. Tapi saya ok. Saya faham la dalam keadaan macam tu. Eleh..ingat saya ni jenis yang pentingkan diri ke? Takk.. saya boleh je memahami asalkan apa yang saya nak tau tu diterangkan elok-elok..

bukan gambar fresh dari oven.. 


Part jahitan tu satu masalah pulak.


Tapi saya tak nak cerita lagi. Yang ni pun dah panjang betul karangan.. esok2 saya sambung lagi ye..

Tiada ulasan :