nuffnang

Rabu, 23 Disember 2015

Dah Dapat CF..

Assalamualaikum...

Berita gembira ni sebenarnya saya dapat dah  seminggu lepas tak silap.. Saya rasa pernah juga saya cerita kat sini.. Eh, dah ke belum ekk.. Lupa..hehe... Ada rasanya saya sebut, tapi tak cerita detail kan?

Sebenarnya, ruimah dah siap lama dah. dari bulan 8 ke macam tu. tapi sebab kan pemaju nak dapatkan CF serentak untuk unit semi D yang sama fasa dengan kitorang ni, jadi kami kena tunggu rumah semi D siap dulu lah, baru boleh proceed untuk CF. Ntah macam mana, minggu lepas hubby bagi tahu yang rumah dah dapat CF.. Alhamdulillah! Seronok sangat rasanya. dah tak sabar nak pindah rumah, dah tak sabar nak shopping barang rumah..hehe. tinggal dapat kunci aje ni..

Rumah saya dah siap renovate kat bahagian dalam. Bilik tengah kena pecah untuk jadikan ruang tamu lebih besar, dah siap buat table top untuk dapur. Dah pasang mozek yang kitorang nak.. Sekarang cuma tinggal nak tambah bilik aje lagi. Cuma sebab bilik yang nak tambah ni nak tambah kat luar dari rumah, kena tangguh dulu lah sampai dapat kunci. Mana boleh nak buat dulu, kang marah orang lain tengok. Rumah diorang tak boleh buat, apasal rumah kitorang boleh! kang kecoh .. Sebelah rumah saya, rumah boss hubby. Lagi macam-macam dia dah buat, tapi tu rumah boss besar, siapa boleh pertikai.. iye tak? haha

Ni keadaan rumah masa renovate hari tu. Gambar dah siap saya tak ambil lagi. Sebab masa nak datang melawat hari tu kebetulan ada boss besar. Tak dapat lah masuk. Takut dia nampak, kang tak pasal hubby kena panggil kang.  Iye la, kawasan pembinaan mana boleh masuk sebenarnya. Dah dapat kunci baru boleh masuk. So, tak adalah gambar baru..




Yang ni pulak gambar mozek asal. Tapi sebenarnya tak pasang pun kat rumah saya. Kitorang terus pasang yang kitorang beli. Sebabnya tak nak membazir..



Asalnya mozek ni la.. Ni mozek standart yang  1x1 tu.. yang kitorang punya, 2x2 tak silap saya. tak tahu la ni gambar mozek rumah sape, saya ambik dari phone hubby hahaha...

Yang korang nampak ada dinding kena pecah tu la nak buat ruang tamu tu. Asalnya bilik kedua. Sekarang dah cantik la kawasan tu. Bilik tu nanti akan dialih ke belakang rumah. Kiranya tetap ada 3 bilik la rumah ni. ok la kan.. Insya Allah ada rezeki lain, kita tambah tingkat atas pulak..haha..Verangan je.. Padahal hubby dah bagi tahu, bukan nak duduk pun rumah ni. Sementara aje ni.. Akan datang mungkin jual balik or sewakan aje.. Tengok mana yang lebih berbaloi..

Dah siap ni, rasanya dah mungkin tercapai la cita-cita saya nak berpantang kat rumah sendiri. Tapi kalau tak dapat juga masuk sebelum bersalin, terpaksalah saya cari tempat lain. hurmm.. Tak apalah, masuk lepas pantang pun ok kan.. Mana-mana aje la.. Janji nanti dapat berpantang dengan selesa. Tu pun dah ok..

Lepas ni kena fikir pulak nak beli perabot, nak susun perabot. Pening juga rasanya sebab agak payah nak shopping barang. Kat Muadzam ada, tapi mahal melampau sangatlah. Kena beli kat luar. Kos penghantaran pulak nak kena fikir. Jadi, kena potonglah mana-mana yang agak tak penting tu. Cari yang betul penting dulu..

Ahad, 20 Disember 2015

Dah nak bedah..Esok..!

Assalamualaikum..


Maafkan saya ye korang, masih belum ada kesempatan nak blogwalking ke blog korang. Insya Allah, ada kesempatan, saya akan buat kunjungan balas ye.. Semoga korang memahami..

Ok, esok dah isnin, hubby dah kerja, saya pulak nak bawa adik-adik semua ke hospital sebab adik saya Asyraf tu nak bedah dah. Tarikh dah dapat sejak dari minggu lepas sebenarnya, tapi saya tak berani nak beritahu sesiapa sebab doktor sendiri tak confirm lagi tarikh tu. Alhamdulillah, baru adik saya bagi tau,esok akan bedah. Syukur! Tak terkata rasa happy sebab saya tahu yang adik saya dah tak sanggup duduk wad lagi dah. 

Tapi ada pulak benda yang memeningkan saya sekarang ni. Adik saya minta izin nak pindah kelas wad. Nak masuk wad kelas dua. Sebabnya, ada nurse yang suka berkasar yang buat dia dah tak tahan. Bukan aje dengan dia, tapi dengan orang lain pun sama. Lagi tambah stress, baru-baru ni handphone dia kena curi. Iyela, wad tu kan dah macam tempat public, dalam ramai-ramai manusia yang datang tu, ada  pulak yang sempat buat hal. kebetulan masa hari tu, adik saya tak ada pelawat, dia pun tidur. Umy saya tunggu kat luar, orang ni ambil kesempatan duduk kat katil adik saya. Orang katil sebelah sangkakan, dia ni kawan adik, sebab duduk kat situ. Rupanya nak mencuri. hurm,.. ujian sungguh!

Tak apalah, dah bukan rezeki. Tapi itulah antara punca kenapa adik nak tukar kelas wad tu.  Pada fikiran kitorang, kalau naik kelas tu nanti, layanan akan baik la sikit.Maaf la ye, ni bukan saya yang kata, memang di akui nurse sendiri. Sepupu hubby saya, sister, dia pun bagi tahu macam tu. Nak buat macam mana, ada orang memang layan kita berdasarkan duit aje. Pelik saya, bukan pesakit bayar cash pada nurse pun sampai nak lain-lain cara layanan. Satu lagi sebab nak pindah ialah, kalau kelas dua tu, dah tentu bukan semua orang dapat masuk kan? Orang yang kan family mestilah tak berani nak masuk. Lain la wad yang terbuka macam kelas 3. Jadi, kemungkinan kes-kes kecurian ni akan kurang la. kita pun akan rasa lebih tenang.

Tapi lepas saya rujuk pada yang berkenaan, rasanya macam berat rasa hati saya nak bagi adik saya pindah tu. Banyak benda yang nak kena fikir. Antaranya, nanti segala kos hospital yang adik saya nak tuntut dari pihak insurans cuma akan dibayar 1/3 je. So, rugi la. Alasan biasa yang insurans akan bagi adalah sebab tu kehendak sendiri, bukan keperluan. Jadi, tak perlulah insurans tanggung. Korang bayangkan lah, kalau kos tu nanti makan ribu-ribu, siapa nak bayar yang baki yang insurans tak nak tanggung tu? Kan dah rugi. So,mungkin tak jadi lah la nak pindah kelas. 

Apapun yang penting, harapannya esok pembedahan akan berjalan lancar. Ikut pada kata doktor, mungkin masa pembedahan tu sangat lama. Berjam-jam la masanya. Dan paling takut sebab berisiko. Kes adik saya ni kes besar, doktor dah standby 1 katil untuk dia dalam wad ICU. Bimbang apa-apa berlaku semasa bedah tu nanti. Allah, risau sangat saya. Tolong ye kawan-kawan, minta doakan pembedahan ni berjalan lancar tanpa ada komplikasi pun. 

ok la, next time saya story lagi ye. dari masa ke semasa, saya akan update cerita adik saya ni. Insya Allah, kalau ada rezeki, saya akan attach sekali gambar x-ray adik and terangkan apa masalah yang tengah adik saya hadapi skarang ni. Manalah tau, ada sesiapa yang terkena sama macam adik saya, and sangat perlukan rujukan..

Saje la nak hiburkan hati, nah! tengoklah gambar anak soleh saya ni cuba buat senaman kuatkan paru-paru..😃😃😃


selesai kemaskini BR1M 2016

Assalamualaikum...

Siapa yang ada mohon BR1M? Dah kemaskini permohonan ke belum? Bagi yang belum cepat-cepat buat ye.. Yang mana yang layak tapi belum pernah buat permohonan, kena buat sekarang. Masa dah tak lama dah ni.  Tarikh tutup sampai hujung tahun ni je. 31 disember 2015. Kalau terlambat kang, rugi..

Saya pun baru je buat kemaskini permohonan. Alhamdulillah, selesai sekali dengan mak mertua punya. Siapa yang tak tahu mana web site untuk permohonan atau nak kemaskini BR1M, sila lah klik sini ye.. BR1M 2016.. Nanti keluar macam ni..


Kat situ ada pilihan untuk permohonan baru, ataupun untuk kemaskini.. Mudah kan? Jangan lupa ye kawan-kawan. Rugi sangat kalau tak ambil.

Bagi yang dah pernah dapat, sangat penting untuk kemaskini semula tau. Sebabnya, kalau tak kemaskini, diorang tak akan bayar sebab beranggapan kita tak berminat nak terima BR1M.. 

ok korang... Tu aje nak pesan.. Saya masih kat kampung + sangat busy menguruskan hal adik yang sakit. Kesana-kemari menguruskan hal dia. so, blog pun tak sempat sangat nak update. Tak apalah, walaupun susah, tapi hati saya senang. Lagi susah hati saya, kalau urusan dia terbiar macam tu aje. Mak ayah saya bukan nya larat sangat dah, Adik-adik lain bekerja, as a housewife, saya la yang ada bayak masa free sikit. So, saya korbankan lah sikit masa demi untuk kesihatan & kesenangan family. Alhamdulillah, saya bersyukur, dapat suami yang sangat memahami. Faham bila saya keluar berhari-hari, stay kat hospital selesaikan urusan adik.  Syukur sangat-sangat..

Thank You so Much sayang...  💖💖💖💖💖

Khamis, 17 Disember 2015

Promo Pendaftaran Ahli Catalyst

Assalamualaikum..

Hari ni baru khamis, tapi saya terasa macam dah hari jumaat. Mungkin sebab hari ni nak melawat adik saya kat hospital. Biasanya saya suka pergi waktu jumaat. Tak ada sebab kenapa pun,  saje suka-suka..

Oh~ ~ tak tahu nak kata apa, hari ni rasa happy sangat, ada berita gembira baru dapat petang semalam. Alhamdulillah, syukur, rumah kitorang dah dapat CF!! Yeay!! Happy tak terkata. Tapi saya bukan nak story pasal rumah pun sekarang ni. Entry ni nak story pasal Catalyst Nutraceutical aje.. Tak apa ye korang... hahahaaha



Bukan apa, sayang kalau tak cerita, saje la nak kongsi sebab ada perkara bagus ni. Group di bawah DC saya iaitu kak Hanita ada buat "PROMO PENDAFTARAN AHLI CATALYST" sampai hujung tahun 2015 ni. Bagi korang mana -mana yang dah lama pendam rasa nak daftar ahli sebab nak murah, ni la masanya. Dari pada sebelum ni kena bayar Rm150, sekrang just RM100 tau.. 

Jom la daftar sekarang. Senang aje caranya, buat pembelian rm100 dalam 1 resit, dah boleh jadi ahli. Barang dapat, jadi ahli pun dapat, lepas tu bdah boleh beli barang murah dari pasaran. Yahoo..best.. murah bukan murah sikit, banyak tu, satu item je contoh macam vco tu dah boleh jimat sebanyak Rm9.90 tau. Banyak penjimatan kat situ. Rugi kalau lepaskan peluang ni. Kalau yang suka berbisnes tu, lagi lah seronok, terus dapat mula untuk menjual.

Bagi yang nak daftar jadi ahli, korang boleh tanya je pada kak Hanita, Nak  senarai stokis terdekat korang. Ni FB kak Hani   . Korang boleh pilih la nak duduk bawah stokis mana. Adalah terbaik untuk ambil stokis yang terdekat dengan kita. Tapi kalau dah memang kenal dengan stokis lain, tak salah pun nak join group dia. Lagi bagus sebab mudah nak berurusan kan..Sebab dah kenal.

Cepat tau korang. Jangan lepaskan peluang ni. Ni dah murah tau nak daftar ahli. Masa saya dulu, nak daftar kena beli Rm300 dalam 1 resit. Tapi saya grab promo untuk hali masa tu Rm150 je. Ingat dah murah sangat dah, rupanya sekarang lagi murah. Seronok la kan..

ok.. Tak nak cakap banyak lagi, siapa yang berminat sila grab promo  ni ye.  Sampai hujung bulan 12 2015 ni je. Next time tak sure dapat lagi ke tak promo macam ni. Sebab bukan selalu diorang buat. Last time yang saya tau, masa 2 tahun lepas tak silap saya.

Lupa 1 lagi nak highlight, Promo ni hanya berlangsung di bawah group SFH Resources sahaja ye. SFH ni dibawah penjagaan DC Kak Hanita ni.. #TeamSFHCatalyst


produk terlaris dari Catalyst.. Pure vco softgel... memang terbaik la... 👍👍👍

Rabu, 16 Disember 2015

Baru Jumpa Laptop..

Assalamualaikum..

Fuhh.. Banyak hari tak update blog.. Bersawang lagi lah blog ni nampaknya. Apa la tuan rumah ni, teruk sangat!

Ni ha puncanya, minggu lepas dok mengemas bilik, simpan la laptop ni kat satu tempat yang agak-agak tak kena  usik dek tangan anak-anak. Lastnya, dengan mummy nya sekali tak jumpa mana letak. Tapi idak la rasa apa sangat sebab yakin laptop ni masih dalam rumah, and masih ada dalam bilik.

Biasalah benda kan, bila cari tak jumpa. Tak cari muncul pulak.  Ntah macam mana, rasa nak tengok dalam laci almari baju hubby, ee ehh.... ada la laptop kita kat situ. Nyorok dekat atas luggage. Dalam hati dok sumpah-sumpah diri sendiri. Macam mana boleh tak nampak sebelum ni. Aiseh.. Tapiiii.............. Biasalah kan... Bukan tak pernah kena. Kekadang benda tu depan mata je, tapi tak nampak-nampak pun. Dah malas nak cari, barulah nampak pulaknya..

maybe nak kena pakai kanta besar macam ni baru nampak kot ek..kikiki

Sabtu, 12 Disember 2015

Pembedahan Ditangguh..

Assalamualikum..

Semalam satu hari suntuk saya di hospital, tunggu adik saya Asyraf yang menunggu turn untuk masuk ke dewan bedah. Dia dah start  puasa dari tengah malam, sampai ke petang tapi dewan masih belum panggil sebab mulanya doktor pakar belum sampai. Ada 2 orang doktor, seorang dari Kuantan, seorang lagi dari Seremban. Jadi, sementara menunggu, dah ada pesakit yang dah masuk.

Ahkirnya lebih kurang pukul 2 petang, nurse datang, tukarkan pakaian dan terus ke wad bedah. Fuhh..penat saya kejar-kejar time ni. Dengan dukung anak soleh ,Aniq,sambil jalan laju-laju nak kejar nurse. Laju betul diorang jalan.. 😊.. Semuanya kena cepat kan..Biasalah tu.. Saya memahami..

masa persediaan nak ke dewan bedah


Tapi lebih kurang setengah jam, adik saya kat dalam, dah kena keluar. Rupanya salah panggil. Orang yang masuk mula-mula tu, belum keluar lagi.. Allahu Akbar.. Sedihnya rasa hati saya.  Nak buat macam mana, kenalah ikut. Kata nurse, mungkin kena tunggu 2 atau 3 jam lagi. 



Masuk semula ke wad, adik saya ni dah mengadu kelaparan sangat. Puncanya, semalam tu dia tak ada selera makan, Dia tak makan, kiranya dah lebih 24 jam dia tak makan. Si abang yang tak tahu tak boleh makan, suapkan adik saya ni buah anggur dgn delima. Tak banyak, tapi kan dah memang tak boleh. Dia makan 3 biji tak silap saya. Delima pun makan 3,4 butir aje gitu.

Tapi rupanya itulah punca tangguh pembedahan. Allah... Benda dah jadi, tak boleh nak buat apa. Sedih sangat saya. Masa tu barulah saya tahu, rupanya sebab makanan tu, bius yang nak dimasukkan tu tak lepas. Dah banyak kali cuba pun, tak lepas. Last doktor tanya ada makan ke?  Bila dah tau punca, terpaksalah tangguh bedah ke satu tarikh yang belum pasti lagi. 

Masalahnya, doktor yang nak buat bedah ni sangatlah busy. Nak dapat tarikh yang kosong bukanlah senang. Allah...Besar sungguh ujian. Tak apalah, kami redha + belajar dari kesilapan.  

Harapan saya, dapatlah adik saya ni bedah sebelum habis tahun ni. Tak sanggup tengok dia terbaring tak boleh buat apa-apa tu. Besi yang terpasang tu pun dah start menanah. Nurse terlampau sibuk, nurse pelatih dah bercuti, kadang-kadang diorang terlupa nak cuci. Jadi, sebagai nak memudahkan, saya cadangkan pada umy saya untuk belajar cara cuci dari nurse. Lepas ni, kami dah boleh buat sendiri. Bila dalam keadaan macam ni, pentingnya family untuk belajar buat sesuatu, jangan harapkan nurse. Hospital besar macam Kuantan ni, ramai pesakit. Kadang tak terlayan.

Sebelum balik, saya cuma pesan pada adik yang dia kena banyak sabar, istighfar banyak-banyak, selawat banyak-banyak. Doa tu penting, supaya Allah permudahkan segala urusan. Tak ada apa boleh buat pun sekarang ni, selain dari menunggu.. Semoga Allah kurniakan setinggi-tinggi kesabaran buat family saya dalam menghadapi ujian ni.. Amiinn..

Jumaat, 11 Disember 2015

Pengkritik Setia..

Assalamualaikum..

Saya ni buat blog suka-suka je. Cerita pun kekadang tu merapu tah apa-apa  je.hehe.. tapi encik suami yang tersayang ni setia aje jadi tukang kritik saya termasuk bila masa yang tak diperlukan.. Ciss.. 

Macam dalam entry ni, boleh dia komen kat situ cakap saya buncit? Aih.. Nak kena #Pang agaknya dia ni..wahahaha... Memula tak perasan pun dia komen tu, cuma dia ada la menghadap handphone sambil gelak-gelak sorang-sorang. Saya biarkan aje la. Bukan tak biasa pun..kikiki..Bila hubby dah masuk kerja, saya on je blog , tengok ada komen. Wahhh...berdarah hatiku baca komen dia.... tak salah saya, ada 3 entry yang hubby komen. Saya publish aje la semuanya..Sesekali seronok juga kan, bila ada pengacau ni.. Ni ha, saya screen shot komen dia.. Tapi tak nampak pulak nama, siap 2 kali tu komen..



Actually hubby kesayangan saya ni, suka baca blog, ada juga keinginan nak menulis blog. I know, dia ada banyak cerita yang dia nak share. Tapi sebab kan super duper busy, angan-angan tu masih tinggal angan-angan je la. Mana tak nya, Pagi dah masuk kerja sampai lah petang. Lepas maghrib dah keluar lagi ke kedai burger. Mana la ada masa nak mengarang story kalau dah gitu.

Yang hubby ada masa cumalah,waktu rehat tengah hari, waktu  lepas kerja waktu petang. So, masa ni dia buka blog saya, baca-baca, komen. Kalau komen kat blog aje ok. Tapi komen depan muka I ni, malu lah... Waaa... Mana nak sorok muka ni..Segan oii suami tegur.

Buat cik abang sayang yang baca entry ni, ayang hargai abang komen-komen, kritik  kritik manja blog ayang. Siapa lagi nak support wife kalau bukan suami..ye dak?

Dah dapat tarikh bedah...

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, Terima Kasih Allah.. Atas kasih & rahmat-Nya yang tak pernah putus buat hamba-Nya. Sebelum ni kan saya pernah bcerita pasal adik bongsu saya yang accident kena langgar dengan kereta tu kan. Dah 3 minggu lebih dia kat hospital. Syukur, dalam minggu ni kitorang dah dapat tarikh untuk pembedahan adik saya. Bedah kali ni untuk masukkan 4 keping besi ke pinggul dia yang patah tu. Kos semua besi ni lebih kurang 10k. Tak termasuk kos untuk pembedahan.

Ikut pada kata doktor, pembedahan ni agak susah, hanya sesetengah pakar aje kat Kuantan yang sanggup nak buat. Ada seorang pakar aje yang sanggup buat untuk adik saya, tapi dia sangatlah sibuk. Alhamdulillah, walaupun sangat sibuk, dapatlah juga tarikh untuk adik saya menyelit. kami dapat tarikh 10/12/2015. Syukur juga duit dah dibayar dari pihak peguam yang menguruskan kes adik saya ni.

So, sepatutnya bedah tu semalam la kan,. hari ni kan dah 11 hari bulan, rupanya dah ditukar tarikh nya. Lewatkan 1 hari je. Makanya, hari ni lah adik saya akan dibedah. Pembedahan ni agak besar, jadi kami semua amatlah risau. Doa memang tak putus untuk adik semoga dapat kembali macam sebelum dia accident. Mungkin dia dah tak ada kemampuan sama macam dari sebelum accident, tapi kami harapkan sekurang-kurangnya dia boleh berjalan sendiri & mampu mengurus segalanya sendiri. 

Minta doa dari kawan-kawan sama ye.. Besar sangat harapan saya agar dapatlah kawan-kawan semua hadiahkan 1 kali Al-Fatehah untuk adik bongsu saya ni, Muhammad Al- Asyraf agar diberi kekuatan untuk melawan sakit & terus sihat.. 

Khamis, 10 Disember 2015

Panuba Inn Resort, Tioman, Pahang

Assalamualaikum..

hari ni dah khamis. Asal dah nak dekat hujung minggu, mak buyung ni dah tak sabar nak berjalan, walaupun sedar diri yang dah tak kuat sangat nak berjalan. Jemu rasanya dok terperap kat rumah. Padahal sebelum-sebelum ni, tak pernah heran nak keluar. Lagi diajak, lagi tak nak. Best lagi dapat tidur kat rumah.

Dok mencari-cari idea nak berjalan mana, ternampaklah orang ramai sangat share pasal tempat yang cantik ni kat FB. Mak oii, cantiknya.. Mentang-mentang kita dah bertahun tak datang Tioman, tak sangka dah ada tempat yang cantik  macam ni. Terus rasa nak pergi. Tapi tak boleh la.. Dalam dok tak daya bawa perut ni, mana boleh nak naik bot ke feri yang jauh macam ni. Takut mabuk teruk je. Naya sampai sana, tak boleh buat apa. Melepek je,. Lagi pun sekarang musim tengkujuh. Perjalanan ke sana agak berbahaya la sikit. Biasanya perjalanan ke sana akan ditutup bermula bulan 11 hingga bulan 2 tahun depan. Kadang ada juga bot besar, feri ataupun bot laju yang masih ambil penumpang masa musim ni, tapi untuk berhati-hati, elakkan lah ye perjalanan waktu ni. Takut ombak besar je.  Cuma kalau ikutkan tahun ni, nampak laut macam ok je. rasanya tak ada masalah kalau nak berjalan ke sana.

Meh nak tunjuk kat korang gambar-gambar tempat ni. Insya Allah saya pun  nak pergi nanti bila ada kelapangan rezeki.  Tunggu anak besar sikitlah, baru boleh.bagi yang ada plan nak bercuti, tapi tak tahu nak kemana, cuba ushar tempat ni, mana tau berkenan.. Cantik tau!













Bila Ibu Mengandung Berselfie..

Assalamualikum...

Siapa kat sini suka berselfie? Sila jawab 'I' dalam hati kuat-kuat..hehe...  Saya tak ada lah kaki selfie pun. Sesekali tu adalah. Biasalah kan, nak tengok muka je, make up ok ke, tudung ok tak. Setakat tu aje, nak post kat Fb ke apa memang tak la. MALU AHHH....hahaaha

Kali ni ntah kenapa rajin pulak berselfie. tak terlampau lah, cuma ada sikit rajin..ngeh ngeh ngeh... Bukan apa, excited sikit sebab sekarang kalau bergambar dah boleh nampak perut. Dulu-dulu cuma nampak macam buncit sikit je. Menyampah la.  Mengandung kali ni dah masuk 6 bulan, ramai yang tegur, bila pregnant? Dah berapa bulan? Kalau masa anak soleh Danial Aniq dulu, dah 9 bulan pun orang tak tahu yang kita ni dok bawa baby.. So, happy la sikit. Barulah terasa macam ibu mengandung..Tetibe sendiri rasa pelik bila cakap macam ni..kekeke...

dah nampak perut sikit kan? tak nak tayang muka..malu... 😄

Walaupun malu, tapi saje nak simpan sini gambar ni. Sebagai kenangan perjalanan seorang ibu mengandung. Harap anak-anak suka la bila dapat tengok gambar-gambar masa diorang dari dalam perut lagi. Ada kisah-kisah tentang diorang..

Selasa, 8 Disember 2015

Teruja Bila Makan~

Assalamualikum..

Dalam entry lama dulu, saya pernah cerita pasal dah stop susu Aniq sebab Aniq sangat payah nak makan. Tak nak makan tu sampai membawa ke tahap jumpa pakar and kena pergi klinik setiap bulan akibat masalah berat badan. Korang ingat lagi tak?

Dan... Alhamdulillah, cara tu sangat berkesan. Dah masuk 2 bulan tak salah saya Aniq stop susu. Dia pun dah makan macam-macam. Pipi pun dah mula naik. Anak soleh saya ni memang sama la macam mummy dia. Asal naik berat je, pipi nampak dulu.. Stress je mak!

Anak soleh Danial Aniq ni tak adalah automatik terus boleh nak makan. Masa awal-awal tu, susah juga saya, sampai tak boleh tidur malam. Melayan kerenah dia merengek kelaparan. Makan tak nak, minta susu. Tapi saya ingat, nak dapat hasil kena sabar. Alhamdulillah, tak sampai seminggu pun rajuknya, dia makan juga. Sebenarnya sampai sekarang dia masih sebut susu. tapi bila saya buat tak faham, dia diam je..

Sampailah sekrang ni, saya masih teruja bila tengok dia makan. Bukan apa, perangai memilih makan tu masih tebal lagi. Nak makan benda-benda tertentu je. Yang buah-buahan pun tolak tepi. Yang lagi geram bila hari-hari minta aiskrim. Tapi saya tak layan pun. Nak nangis pun lantak lah. Dah puas nangis kang cari mummy jugak.hehe..Jadi, sesekali bila tengok dia makan benda yang dia tak suka tu buat saya betul-betul teruja. Teruja sangat saya sampai sambil makan, sambil senyum sampai ke telinga..kikiki

Anak soleh saya ni dah start suka makan nasi. Suka makan roti,biskut, sup. kalau dulu, benda inilah yang paling tak pandang. nak pandang buat apa kan? Dia dah kenyang dengan susu botol! Now, apa kita makan, dia makan. paling favret, dia suka ayam goreng. Saya masih dalam proses nak ajar dia makan sayur. tak apa slow-slow kan. Lumrah la budak payah makan sayur.

Aniq makan cucur jagung manis tu! tak sangka dia nak makan.. mummy senyum sampai telinga tengok..Banyak pulak tu makan.. Alhamdulillah... :)

Isnin, 7 Disember 2015

Segmen 12 jam Bloglist #18 Mialiana.com

Assalamualaikum..



Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Disember 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #18 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Giveaway Disember 2015 Cash RM500 by Emas Putih

Assalamualaikum..



Hadiah :
RM100 Top Referral
RM50 x 8

Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat


BEST vs TAK BEST Gold Coast Morib International Resort

Assalamualaikum..

Saya baru je balik bercuti dari Gold Coast Morib International Resort (GCMIR).  Kami stay 3 hari 2 malam kat sana sebab hubby ada anjurkan reunion untuk kawan-kawan sekolah dia. kalau saya nak cerita dari 1 hari ke 1 hari, jadi ter sangatlah panjang story nya.macam -macam masalah. Senang saya senaraikan aje sambil terangkan sikit-sikit. Antara benda yang tak best kat GCMIR ni ialah



KAD KUNCI DAPAT 1 SAHAJA



Ini memang masalah, ada ke bagi 1 je kad. tak pernah saya jumpa hotel bagi 1 je kad. Paling biasa, dapat 2. Iyela, bukan semua orang nak merayap kan. Ada je sorang nak kena keluar, yang lain nak stay je dalam bilik. Kalau saya dah sakit badan, malas la nak keluar. tak kan hubby nak bawa kad keluar pulak? Power supply macam mana pulak? Kan kena guna kad tu. dah tu macam mana. Ok, kita ambik kad baru. Tapi kad ni boleh guna kejap aje. Dalam 1 or 2 kali penggunaan aje. Kita ni tak tau, turun pi makan, bawa kad pendua. Kad asal, tertinggal dalam bilik. Sekali tak boleh masuk bilik. Kena turun minta kunci lain pulak. Adoii... terus kena deposit  pulak. rm20 ye. 1st time jumpa hotel bagi kunci kena bayar deposit tau! Masa saya duduk Hotel Maluri minggu lepas, sampai 3 kad dia bagi, mana ada deposit pun bila minta kad lagi. Mujur juga deposit aje. Kalau kena bayar lagi sakit hati.



TELEFON TAK BERFUNGSI



Ni pun menyakitkan hati. Bila nak call house keeping ke reception ke, terpaksalah guna telefon sendiri yang line pun tak berapa nak ok tuh! Diorang ni sediakan WIFI asing-asing,setiap bilik ada router dia sendiri, tapi kalau telefon pun tak boleh guna, macam mana nak connect internet.

Call minta repair pun sampai ke sudah tak siap-siap repair. ntah apa masalah nya. Padahal dok nampak pekerja yang repair tu dok turun naik lif. Bukan sorang tau, ramai! Banyak sangat yang rosak agaknya.


JAKUZI TAK BERSIH


dalam semua bilik yang hubby ambil, semua ada jakuzi. Bunyi macam best aje kan? Tak payah nak happy sangatlah. Saya buka aje blower dia, terkeluar air dari situ. Agaknya air lama yang kat dalam tu ke apa, sebab air dia lagi busuk dari longkang kot. Adoii... Spoil mood oii.. Lepas dah cuci-cuci sikit, saya masuk jugalah. Sebab nak merasa jakuzi ni, best sangat ke kan? 1st time guna, excited la sikit. Hurmm.. Biasa aje la.. Tapi ok juga.

SPA TAK ADA

Saya biasanya kalau duduk hotel, mesti nak cari SPA. Kebetulan, mak buyung dah sakit badan sangat ni. Nak mengurut. Nampak pulak dekat dengan kaunter daftar tu,iklan SPA. Excited oii nak mengurut. Terus capai telefon bilik, nak tempah slot. Aiseh!! lupa pulak telefon tu kan tak berfungsi. terpaksalah call guna nombor sendiri, report pasal telefon & tanyakan pasal SPA. 

ehhh...rupanya SPA tu dah tak adalah awak.! Dah tutup dah lama dah. Dulu ada la.. Abeh tu, kenapa kamu tak turunkan je iklan tu? Kan kita dah mengharap ni. Sabar je la weii..


AIRCOND TAK SEJUK

  Saya duduk 2 bilik. Bilik yang 1st tu aircond dia tak sejuk pun walau dah letak suhu paling rendah.Mujur juga ada kipas. Dua-dua pasang. bayangkan ye, punyalah tak sejuk pun sampai Aniq boleh tidur semalaman tak pakai baju, tak pakai selimut apa pun.  

Esoknya tukar bilik lain, ha...yang ni ok sikit. Walaupun tak sejuk sangat juga pun, tapi kira ok la dari bilik yang mula-mula.

TAK CUKUP PENCAHAYAAN

Yang  ni pun masalah. Iyela, saya faham, duduk hotel ni kekadang nak romantik. Tak nak la pasang banyak lampu pun.  Tapi masalahnya kan, katruang paling besar la tak ada lampu. Harap pada lampu dinding yang warna oren tu je. Payah la nak cari barang ke apa. Kalau hari siang ok la, boleh buka langsir luas-luas. Memang terang sesangat. Tapi malam, payah la.  Mujur juga bilik air dia ada tingkap besar, so, kita share aje la lampu bilik air tu dengan kat katil. tapi sama jugalah lampu oren tu. Bukan nampak jelas sangat pun. Nak ambik gambar lagi payah. tak cukup cahaya. dah la kita pakai handphone cap hayam je. gambar tak cantik langsung.

PARKING 

Parking pun agak bermasalah. Tapi tak selalulah. Sebabnya, siang aje yang sesak pasal orang luar datang bawa family main water park juga. So, menjadikan parking tak cukup. Terpaksa ada yang double parking. Kita yang menginap hotel ni terpaksalah jalan jauh nak ke hotel. Penatlah, udah la bawa anak, bawa perut. Sakit tau. Orang pulak bukan kira kita ni pregnant ke tak. rempuh semacam aje. tak bagi laluan pun.Masa nak check out, selamba aje ada mamat ni duduk kat kerusi, saya berdiri. dah la dia potong turn saya. geram nya rasa. bukan dia sorang aje tau, ramai lagi macam tu. Sedihnya lahai..Tak pastilah kalau diorg tak nampak perut saya ni. Sebab kecik, tapi rasanya, sekarang dah nampak besar sikit. Dah lebih nampak pada buncit sikit. 

TEMPAT MAKAN 

Ni masalah lain.  Bukan masalah hotel. Kat sekitar kawasan Banting ni, tak banyak kedai makan pun. Ada restoran, tapi mamak & cina je. Nak makan melayu, kena jalan ke pantai morib yang lebih dari 3km tu. letih berganda-ganda bila kat pantai ada event yang buat betul-betul atas tempat parking yang menyebabkan parking tak cukup. Terpaksalah menapak jauh nak ke tempat makan. Uwaa... penderaan fizikal betullah. 7eleven ke apa pun tak ada. Yang ada speed mart je. Tu pun tutup dah pukul 10. Kalau agak lapar,tapi nak makan jajan aje, sila lupakan niat anda..tunggu esok pagi je baru makan..hehehe

kalau dalam hotel pulak, memang ada tempat makan, cafe. tapi saya tak suka makan kat hotel. Tapi breakfast saya makan jugalah. Hari cuti sekolah kan, ramai sangat orang sampai kena sekat depan pintu, kena beratur sampai orang dalam ada keluar,baru boleh masuk. nasib la yang lambat. Kena beratur panjang la. Saya dengan hubby, 2 hari makan tu, 2 hari tu jugalah kena beratur walau tak ade la lambat mana pun. Pukul 8 pun dah penuh orang. Orang bangun  awal sebab nak main air kan.

tapi kat GCMIR ni tak teruk sangat walaupun ramai yang merungut. masa saya duduk hotel kat Kuantan lagi la teruk. Dah la kena beratur lama, masuk dalam masih tak ada meja. Orang pulak berebut-rebut. kat sini masih aman,tenang.

TAK ADA IRON DALAM BILIK


Memang ada hotel yang tak sediakan iron. Tapi bukan hotel besar. Biasanya hotel bajet je yang tak sediakan ni. Ada, tapi kena pergi kat bilik iron diaorang lah. Tapi pelik saya, GCMIR ni tak ada sediakan ion kat bilik pun. Bila minta, dia hantar juga ke bilik. Tapi boleh guna SETENGAH JAM aje. WHAT??? ish..ish..ish.. Kesian la kalau yang ramai tu kan. Saya mujurlah tak banyak benda nak iron. Setengah jam lepas tu dia suruh tinggal aje depan pintu. Nanti diorang ambik. Tapinya, lepas 3 jam saya letak kat luar, masih juga benda alah tu ada kat depan pintu, tak ada orang ambik. ISH....GERAM betul..punyalah tergesa-gesanya saya iron baju tadi. Sekali jadi tukun pulak iron board tu depan pintu bilik...Sabar aje la weyh!!


Ha... nampak tak panjang lebar benda tak best kat GCMIR ni. Tapi tak adalah semua tak best. Ada juga yang best macam 

TAK ADA BAU

ok, banyak review yang saya baca pasal ada bau busuk kat hotel especially waktu malam. tapi alhamdulillah, 2 malam stay GCMIR ni tak ada pun bau busuk yang katanya dari bau kandang PIG yang berdekatan.  Mujur sangat.

WATERPARK MENARIK

saya tak beria main air pun. Iyela, mak buyung, bawa anak lagi. Tak kan la nak main air macam orang bujang kan? tapi kalau tengok pada permainan yang ada, memang nampak best-best semuanya.  Anak soleh Danial Aniq pun boleh main. Seronok tengok dia. main sampai letih, tapi tak nak balik bilik. Dah sampai bilik, main jakuzi pulak. Betul-betul main air  nih! dahsyat Aniq.


PEKERJA YANG SOPAN

Saya suka yang ni. Walaupun  ramai sangat manusia, tapi diorang ni tetap layan kita bagus walau kita cari diorang dah lewat malam atas masalah-masalah tertentu. Bagus sangat kan. Kekadang datang dengan rasa nak marah ni, sekali cara layanan bagus, tak jadi nak marah..hahahaah... KEKALKAN YE STAFF GCMIR!!

So far, pada saya lah kan. GCMIR ni best, ok. Tapi bukan untuk mereka yang nak duduk lama macam saya. nak stay 2 hari 1 malam ok. Masuk 2 malam, hang rasa nak cabut aje dari situ..keh keh keh... Kalau sihat, bertenaga,ok sangat. Kalau tak cukup tenaga macam mak buyung, tak payah la kot.  buat penat aje. Tapi kalau saje juga nak layan anak main air, sini memang best. Macam-macam permainan ada. Syok oo..

Ok..tu saje review dari mak buyung yang dah 6 bulan ni. Sekian terima kasih..  :)

Ahad, 6 Disember 2015

Masih disini!

Assalamualaikum....

 Hai !  Kami.masih disini..  Masih di Gold Coast Morib. Sayangnya tak dapat nak update blog macam biasa sebab masalah line yang sangat sopan santun, lemah gemalai  mengalahkan angin sepoi -sepoi  bahasa dari pantai Morib..ahahaha..

Nanti kita balik, boleh la nak story pasal percutian Kali ni. Best ke idok? Ha..tunggu tau korang!

Dalam happy, ada berita duka.Baru tadi terbaca berita tentang perginya seorang berdarah diraja yang sangat dekat dihati rakyat Johor iaitu Tunku Jalil ibni  Sultan Ibrahim.

Masih muda orangnya. Tapi umum dah tahu yang Tunku Jalil memang dah sakit selama ni.  Allah lebih sayangkan dia & kini telah dipanggil semula Oleg Allah.  Jom kawan² hadiahkan Al-Fatehah. Sesungguhnya MATI ITU PASTI...


Jumaat, 4 Disember 2015

Salam Jumaat, Jom Bercuti!

Assalamualaikum...

Jumaat datang lagi :).. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan hidup sampai ke hari ni.  Baru hari ni jugalah boleh buka laptop, nak merapu-rapu kat blog. Dah banyak hari laptop buat hal. Geram, rasa nak pulang balik je kat kedai hari tu.  Baru sebulan pakai dah macam-macam hal. Padahal bukan selalu guna pun.

Hari ni tak ada apa nak story sangat. Just nak ambik mood berblog semula je. Busy yang amat sangat hari ni sebab nya dah start nak bercuti. Yeay!  Kita nak pergi Gold Coast!!!  Bukan gold Coast ,Australia ye.. Kat Sepang aje..kikiki..  ok la kan, daripada tak berjalan langsung. Nampak sangat menipunya kan? Padahal minggu lepas baru je lepas lepak kat Hotel Maluri,Cheras 3 hari..heheehe... (tak ada gambar sebab malas nak bergambar.. boleh gitu pulak kan?) iyela, kalau dah malas tu, tak dapat nak buat apa lah.. Sendiri rugi tak ada gambar kenangan.

by the way, apa aktiviti hujung minggu korang? Bercuti? Kerja? Ke ada yang nak kahwin? Apa-apa pun semoga apa yang dirancangkan berjalan lancar lah ye. Saya ni banyak aje benda nak story dengan korang, tapi bukan sekarang. Ada hal nak kena urus sebelum bercuti ni..Hubby pun busy kat office, so terpaksalah ibu mengandung ni ambik alih segala tugas dia contohnya servis kereta,cuci kereta,hantar segala baju nak cuci ke dobi.

ok semua.. Nanti dah free kita sambung lagi.   Orang-orang dari negeri yang dah bercuti ni selamat bercuti ye!! Jaga diri,jaga kesihatan. Jangan lupa, kalau nak keluar dari rumah lama, pesan pada jiran minta tengokkan rumah. kat kawasan rumah saya ni, baru je 2 hari lepas kena rompak! Serius menakutkan.  

Jumaat, 27 November 2015

Adik Accident!

Assalamualaikum..

Hari  ni jumaat, kiranya hampir seminggu dah saya tak update blog, dan seminggu jugalah adik saya dah terlantar kat hospital akibat eksiden. Susah nak cerita apa perasaan sekarang ni. Rasa masih macam tak percaya, rasa macam terdengar aje lagi bunyi motor dia balik dari kerja  setiap hari.


Kisahnya jumaat lepas, adik saya nak balik dari kerja masa tu tengah hari orang nak pergi sembahyang jumaat. Dari cerita adik, pemandu kereta tu keluar dari simpang tiba-tiba. Tak sempat nak elak, terus aje motor adik saya langgar kereta orang tu, berpusing lah motor tu. Jahanam belakang nya. Adik masa tu dah tak boleh bangun langsung pun, tapi  dia masih sedar. Dia tanya pada mak cik tu kenapa keluar tiba-tiba? Dia kata tak nampak adik saya. Dalam keadaan tak boleh bangun tu, adik saya dah agak yang mesti ada tulang yang patah. Lepas tu dia pengsan.

Saya kat rumah , dah rasa tak sedap hati sebab dah petang tapi adik tak muncul-muncul. Time tu umy saya call bagi tahu yang adik dah kat hospital. Allah... rasa nak tercabut jantung saya! Allah...Berat sungguh rasa. Kat hospital, doktor bagi tahu yang tulang pinggul dah patah. kena ke Kuantan segera, buat pembedahan segera. Petang tu juga dia ke Kuantan, malam tu juga bedah. Settle semua pukul 5 pagi. Saya dengan adik & anak-anak semua termasuk abah & umy saya, cari bilik hotel. Rehat dulu. Hubby , adik ipar & adik saya yang lelaki tunggu sampai adik keluar bilik bedah, sampai masuk wad.

Pagi tu bergilir. umy & abah pergi dulu jenguk adik. Yang dah berjaga malam tadi dah boleh rehat, tidur. Saya dalam pukul 8 lebih macam tu dah tak boleh tunggu. Ajak adik perempuan saya, ajak ke hospital. Anak-anak semua tinggal. Alhamdulillah, dapat juga masuk walau awal pagi. Adik saya dah sedar time ni. Tapi bila doktor terangkan tentang dia, kami tak boleh nak tahan sedih. tapi itulah ujian yang Allah berikan pada kitorang. Nak tak nak kena hadapi juga. Alhamdulillah doktor & nurse semuanya sangat baik. Nak tanya apa pun, diorang layan je. jawab je. Syukur...


Hari ketiga adik kat wad, jantung pulak makin lemah. Paru-paru dia pun bermasalah. Terus kena masuk icu. Saya agak pelik mula-mula kenapa tiba-tiba. Rupanya doktor agak dia dah memang bermasalah dari dulu lagi. Kes nya sebab adik saya ni dulu lahir tak cukup bulan, paru-paru dia ada masalah. Tapi mungkin sebab masalah tu tak besar, so nampak dia sihat aje. Tapi bila dah sakit macam ni barulah nampak kesan sebenar dia. Masa ni kitorang rasa down sangat dah. 

Mujurlah adik saya cuma 3 hari dalam icu, hari khamis semalam dia dah boleh pindah semula ke wad yang dia duduk mula-mula tu. Masa ni dia dah dibenarkan makan & minum. Minum yang manis-manis tu pun dah boleh. Saya dah tanya doktor, dia suggest bagi minum air madu & jus kurma. Bagi juga makan vco. Kata doktor, vco bagus untuk bunuh bakteria, kuman-kuman yang ada dalam badan. Sebab vco ada anti bakteria,anti fungus semua tu. Bagus lah kan, kebetulan saya ni penjual vco. Mudah la nak dapat stok. Tapi hampehnya kakak dia ni, pi hospital, terlupa nak bawa vco tu. Kesian adik saya, sampai hari ni masih tak dapat lagi vco dia.

Adik saya ni mungkin lama lagi dalam wad. tak tahu berapa lama. Dia agak down sebenarnya. Bila orang cakap, jangan sedih, kalau ko dah dapat duit insuran nanti, seronok la dapat duit banyak. Tapi dia  rasa lain, walau berapa banyak duit dia dapat, tak kan sama dengan nikmat kesihatan yang selama ni dia rasa.  Apalah guna duit, kalau dia tak cukup sempurna sama macam sebelum ni. Dia kata, biarlah dia susah bekerja cari duit dari duduk diam ada duit. Tak kan sama rasa nya. Yup....Saya sedih dengar kata-kata tu dari dia. tapi saya tahu, adik saya ni seorang yang tabah, kuat semangat, tak mudah mengalah. Saya sentiasa doakan dia supaya sembuh sama  macam dia yang sebelum eksiden ni.

Kawan-kawan yang tersayang semua, tolonglah doakan untuk kesembuhan adik saya. Juga untuk menguatkan lagi semangat dia yang kadang-kadang hilang ditelan kesedihan. Saya risaukan dia. Takit bila stress tu nanti buatkan dia lambat sembuh..


adik saya masa 1st day kat wad. 


Sabtu, 21 November 2015

Vco untuk anak yang demam.

Assalamualaikum..

Rasanya ramai yang tahu saya ni pengguna setia VCO a.k.a minyak kelapa dara kan? Saya mula amalkan vco ni dari umur belasan tahun lagi. Dari vco ni dalam bentuk liquid yang susahnya nak telan tu. Errkk... Rasa makan minyak!

vco liquid


Dulu masa umy saya suruh makan, saya memang nak elak saje. Iyela, masa tu mana terdedah lagi pada 1001 khasiat vco ni. Sekarang dah tau, jadi berhantu pulak. Dok pi mana pun usung la botol vco tu. Sekarang pun dah tak takut nak makan yang liquid. haaaa... Panjang bebenor mukaddimah nya yek?hehe. 

ok.. Saje la kan hari ni saya nak share apa la kita boleh buat dengan vco tu bila anak demam. Haa... Serius ramai tak tahu. Saya pun dulu tak tahu, tapi doktor yang bagi tau saya baru-baru ni. Tak sangka doktor pun ambil tahu tentang khasiat vco. Sampaikan doktor & nurse kat klinik pun sokong untuk amalkan vco.

Masa Aniq demam, dah jadi kebiasaan saya untuk pantau dulu suhu badan dia, lap badan dengan air tapi tak bagi ubat. Bukan sebab saje ke apa, tapi doktor bagi tau yang demam bukanlah penyakit tapi petanda kepada akan sakit. So, tak perlu tergesa-gesa bagi ubat kecuali bila kita dah nampak anak sakit apa. Atau bila suhu anak dah terlalu tinggi.  Masa Aniq demam baru ni, doktor nasihatkan supaya sapu minyak zaitun pada sendi badan anak. Tapi kat rumah dah kehabisan minyak zaitun, so saya gantikan dengan vco. Rupanya, dengan vco pun boleh bantu turunkan suhu demam anak! Wah... bagus la kan? 

Jadi, saya dengan cepatnya sapu vco pada sendi anak soleh saya ni, sambil tu juga lap badan dia dengan air yang dah dicampur dengan beberapa titik vco. Alhamdulillah, sangat mujarab. Malam tu juga demam anak soleh saya ni dah ok. Syukur! Panas sikit je, bawah pada 37.5.. Esoknya baik terus dari demam.

Betullah vco ni 1001 khasiat. Saya tak rasa rugi langsung keluar sikit duit demi kesihatan family. Yup, satu family boleh guna. Dari anak kecik sampai lah ke orang tua. Macam saya, nak jaga hb masa mengandung pun makan vco. Berat terlebih naik pun telan vco jugak. Bagi rawatan untuk rambut,kulit semua pun dengan vco. Nak hilangkan parut pun sapu vco jugak. Ya Allah, banyak sungguh manfaat vco ni. Saya ni memang suggest pada setiap family guna lah vco ni, jadikan supplement tetap sekeluarga. Insya Allah, rasa berbaloi-baloi sangat.


iklan:
Sesiapa yang nak dapatkan vco, boleh try contact saya di 013- 985 5875. Atau, boleh terus ke page saya https://www.facebook.com/SyazHealthAndBeautyShop/ . Saya agen sah Catalyst Nutraceutical.

Facebook page: Syaz Health and Beauty

Jumaat, 20 November 2015

Kopi la pulak.

Assalamualaikum...

Normal sangat bagi mak buyung a.k.a ibu mengandung yang nak makan bukan-bukan. Kalau benda yang mudah nak dapat, ok la. Yang di luar musim tu kena banyak sabar lah. Setakat ni yang paling teruk la saya nak makan, just durian musang king yang payah sangat nak dapat kat muadzam ni. Setakat ni masih belum berjaya dapat, tapi tak adalah meragam nak juga minta hubby carikan sampai dapat. Alhamdulillah... Untung hubby dapat wife macam saya ni..kikiki... 

Tapi 2 hari lepas, saya tukar selera. Kali ni nak minum kopi pulak. Saya bukan penggemar kopi sebab tiap kali minum kopi ia akan tinggalkan rasa yang tak best dalam mulut lepas minum. Tak tahulah kalau orang lain, tapi saya memang rasa macam tu. Sekarang perasaan nak kopi tu betl-betul tak tahan. Lagi pulak dok tengok orang dok post gambar kopi je time hujan -hujan ni.. Aih,.. menggoda betul..

Akhirnya saya cari sendiri. Kebetulan beli barang dapur, ternampak kopi 3 in 1. tak tunggu lagi, grab la 1 paket besar. Dalam hati dok bersembang-sembang. 

"nak ambik ke tak? kan sekarang kena elakkan kaffein, ni lagi nak minum  kopi. Nanti susah nak serap  vitamin"

tapi kejap fikir lain pulak.

"tak apa, kita jarak la 3 ke 4 jam baru makan vitamin. "

puas la fikir nak ambik ke tak, last nya ambik jugak . Rasanya tak apa kalau minum sikit. Selang la 2 hari sekali. jangan minum selalu.  Lepas puas memilih, saya rasa nak try Kopiko L.A Coffee. Harap sedap la kan..



Sampai rumah terus buat secawan. Hurm...not bad la.. tak kena sangat dengan rasa mengidam mak buyung ni.. lepas minum  rasa tingtong pulak kepala. kan dah menyesal..

Tapi tiap kali terpandang paket kopi tu, rasa nak minum pulak. Teruk betul la. taubat sambal belacan. kikiki...

Setakat hari ni saje dah 3 paket saya kerjakan..Adoiiii.....!!!!

Khamis, 19 November 2015

Mengandung ke Buncit?

Assalamualaikum..

Baru-baru  ni saya keluar sorang ke tunas manja nak beli barang. Jarang saya keluar tak bawa Aniq or hubby. Rasa kekok jalan sorang. Tapi sebab hujan, tinggalllah kejap anak soleh kesayangan saya tu.

Masa sibuk cari barang, baby excited main guling-guling dalam perut. Terpaksalah saya jalan slow-slow sambil pegang perut. Masa nak bayar tu, cashier tu tiba -tiba tanya,

 "pregnant ke?" 

Saya sambil tersenyum manis pun jawab, "ye".

Dia tanya lagi, "dah berapa bulan?"

 Saya jawab.. " dah 5 bulan"

Budak-budak cashier tu masing-masing terkejut.  Eh? Dah 5 bulan? keciknya perut..  Semua mata dok pandang perut saya. Saya gelak aje la, dah biasa orang terkejut gitu..Saje la saya tanya diorang, kenapa? ingat kan buncit ke?

Masing-masing angguk kepala..  yang sorang tu siap cakap, "ingatkan buncit je, sebab perut kecik. "

ceh... kata saya dalam hati. Ada dia kata aku buncit...Grr...sabar...

balik tu, saya cerita kat hubby yang orang ingat saya buncit. Gelak sakan dia. 

sabar aje la weii...Tak apalah, buncit pun buncitlah, asalkan anak mummy ni sihat.. Kan..kan..kan...

Nak tempek gambar pun tak boleh sebabnya, sepanjang mengandung ni tak ada pun gambar penuh yang nampak perut. Semua gambar sampai bahu aje..kekekeke

Rabu, 18 November 2015

Kenapa dengan Nuffnang?

Assalamualaikum..

Saya jarang jenguk akaun nuffnang saya sebab saya tau, blogger kurang aktif macam saya ni tak adalah iklan apa pun.  Tapi sesekali saje suka nak ambil tau juga apa yang ada dalam tu. Kekadang nak search keyword je. Tapi kenapa ye tak boleh buka? Banyak kali dah try ni. Masih juga tak boleh buka. Dia keluar macam ni..





Ada sesiapa boleh bantu saya tak? Nak tahu jugak la, saya sorang aje ke yang kena atau semua orang pun sama. Setakat ni tak nampak pula ada orang cakap pasal masalah ni.

Aniq dah berhenti susu.

Assalamualaikum..

Dulu saya pernah bagi tau yang anak soleh saya iaitu Aniq ni minum susu Enfalac A+ kan ? Tapi lepas tu saya dah tak cerita apa- apa lagi dah pasal susu.  Sebenarnya lepas beberapa bulan dengan susu Enfalac,saya tukar lagi susu dia. Kali ni susu pediasure. Pediasure ni up lagi dari enfa. Mahal. Susu Aniq 2 tin besar 1 bulan, kos nya lebih kurang rm300++. Itu harga yang paling murah saya dapat Kat tunas manja. Rm150 1.2kg. Kat the store tak salah saya rm160 macam tu.

sumber


Aniq ni masalah dia tak nak makan. Puas saya pujuk, tetap tak nak makan. So, doktor suruh kekal dengan pediasure sampailah Aniq boleh dapat berat yang cun. Tapi, kalau bergantung dengan susu semata, manalah boleh naik berat. Anak soleh saya ni dah 2 tahun lebih, berat masih tak sampai 10kg.  Saya rasa saya kena usahakan sesuatu.

Start pada bulan 10 hari tu, saya dah niat nak stop kan susu Aniq. Saya nak dia lupakan susu and makan macam orang lain makan. Lama saya fikir nak buat atau tak. Akhirnya, minggu lepas saya mula.

Alhamdulillah, hari pertama berjalan lancar. Saya sorok botol susu and bagi tau botol hilang. Saya minta dia cari sendiri. Bila tak jumpa, dia terpaksa redha la tak dapat susu. Tapi malam tu dia tak boleh tidur. Menangis minta susu. Dengan saya sekali menangis. Siapa tak sedih tengok anak macam tu. Saya pujuk bagi air masak, mula- mula je nak, lepas tu dia tak nak. Dah nak pagi baru dia tidur. Sedih! Serious sedih saya tengok dia. Rasa kejam nya lahai. Tapi fikirkan niat asal, saya kuatkan semangat.

Bangun dari tidur, anak soleh saya ni lapar. Cepat- cepat saya mandikan, bagi dia nasi. Ya Allah! Dia makan tak banyak kerenah. Menangis dalam hati saya tengok. 1st time saya tengok Aniq makan banyak and berselera. Gembira tak terkata saya.  Tak sia-sia usaha. Tapi saya tak leka,tu baru hari pertama.

Sepanjang hari Anakanda soleh saya ni lupa pada susu sebab dia kenyang makan . Malam dia minta susu lagi and Kali ni saya bagi tau,abah dah tak beli susu. Dia nampak pasrah aje. Tapi ok, dia tidur awal la juga.

Setakat sampai hari ni, Aniq masih cari susu. Kebetulan semalam masa kemas barang, anak soleh ni jumpa botol susu dia. Cepat- cepat saya sorok semula. Ok.. dia lupa balik. Masa kitorang balik kampung hubby, dia makin kerap sebut nak susu. Saya gantikan dia dengan Milo sementara saya nak usahakan susu lembu segar. Susah dia nak terima,saya pun sama. Tapi demi kebaikan dia, saya kena kuat semangat. 

Aniq dah 2 tahun lebih, dah tak sepatutnya bergantung dengan susu. Dia boleh dapat zat dari makanan lain.  Harapnya lepas ni anak soleh saya ni boleh terus lupa kan susu tepung sampai bila- bila. Susu pun tinggi kandungan gula, so saya tak kesal stop susu tepung untuk Aniq.


Lepas ni nak usahakan dia free diapers pulak. Saya nampak dia pun dah tak selesa, tapi saya pulak lah yang tak larat dah sekarang ni. Slow-slow saya akan buat juga.insya Allah.. 

Doakan Kami ye semua.. 😊

Catatan: hari ni dah seminggu (tak salah saya) anak soleh saya ni stop susu. Dia masih mencari. Tapi bila ingatkan dia yang dia dah tak boleh minum susu, Alhamdulillah dia sangat ok.  Harap tak lama lagi boleh lupa terus..

Selasa, 17 November 2015

jom blogwalking.

Assalamualaikum..

2 hari tak menulis ni, rindu benor rasanya. Teringat kat blog ni. Cuma masa nak membuka tu ada je masalahnya. masalah besar dah tentulah dengan anak soleh saya ni. Habis ditekan - tekan keypad, mula la keluar benda-benda yang saya sendiri tak reti nak betulkan balik.

Sekarang ni umpan kejap dengan handphone. Dia dah leka, mummy boleh la blogwalking banyak-banyak.. Now, dia dah tidur..Yeay!

ok... tu je nak bebel petang ni...  nak sambung blogwalking banyak-banyak lagi...

daaa....

JOM BLOGWALKING....

sumber

Sabtu, 14 November 2015

Sakan Aniq main pasir.

Assalamualaikum..

Cuti Deepavali baru ni, kitorang satu family pergi jalan-jalan kat Pantai Lanun, Mersing. Alhamdulillah cuaca sangat ok. Dapat lah mandi pantai. Hoho... Bukan anak je excited, mak nya pun excited..kikiki.
Sampai je terus lari masuk air.

Yang si Aniq anak soleh saya ni, dia lagi excited bila dapat main pasir, dapat guling-guling atas pasir. Main air bukan la keutamaan dia. See.. dahsyat punya main pasir.. Pasir tu penuh atas kepala. Nak bilas buang pasir tu yang paling payah nak buat.


Tak tahu mana yang nak tanam dulu, kanan ke kiri...hahaha

Percubaan nak tanam kaki sendiri...hehe

Siap ada pasir masuk dalam mulut tu...
Bagus juga Aniq nak main pasir sebab sebelum tu abah dia dah kena sengat obor-obor. Naik la kesan bengkak kat tangan. Jadi, tak berani la saya nak bagi  anak soleh ni main air sangat.

Balik tu, semua pakat pengsan la. Abah Aniq siap mengadu badan dia sakit macam kena tumbuk aje..kesian dia..

Jumaat, 13 November 2015

sekali dia buat hal~

Assalamualaikum..

Berdebar sungguh rasa tadi. nak buka blog sekali tak boleh -boleh. Tengok pada sambungan internet ok aje. Tapi berkali-kali refresh pun still x boleh buka. Dia keluar gini.

Not available dia tulis situ.. Ingat lesap dah blog ni..



Tunggu sekejap, lepas tu ok balik. Sebelum  ni tak rajin pulak jadi gini. Kat notebook pulak nak jadi.Sabar aje la. Sayang blog ni oii... Takut la jadi apa-apa..
Notebook ni, jangan dia buat hal sudah. Dah la baru je beli. Ada juga kang kena pulang balik kat kedai sombong hari tu.
Ni dah start ada keypad yang payah nak tekan ni. Saje buat kita rasa berangin je kan.  Grrrr...

Khamis, 12 November 2015

Baby Nenas yang Manis melekit..

Assalamualaikum...

tada... baby nenas in da house!!!
Siapa peminat baby nenas ni? Angkat tangan... heee

Sekarang viral pasal baby nenas kan? Tapi saya yang suka sangat nenas ni tak terliur sangat pun. Maybe dah puas makan nenas masa awal pregnant hari tu.. tapi nenas biasa la, bukan baby nenas ni.

Masa jalan kat pasar malam, ada kawan adik jual nenas ni. Saya minta dia beli, saje la nak rasa. Adik saya ambik la sikit nak buat jual letak kat kedai dia. Balik tu, sampai je rumah  terus menghadap. Makk oiii... Manisnya!! Melekat kat tekak. Sebiji kecik tu pun puas nak habiskan. Selalu suka makan manis, tapi nenas ni tak boleh masuk pulak. Yang baki tu, bagi adik-adik aje la habiskan makan. Hubby saya pun kurang suka.

Harga sekilo nenas ni rm25 paling murah. Adik saya jual kat kedai, orang tak nak beli sebab mahal. Orang Muadzam tak pandai makan agaknya Kalau tempat lain, rm35 sekilo pun orang kejar.

Comel aje kan nenas ni? 

Rabu, 11 November 2015

Finally... Dapat tangkap dia..:)

Assalamualaikum...

Dulu masa mengandungkan Aniq, saya tak dapat pun merasa nak tengok video Aniq bergerak - gerak aktif dalam perut. Saya cuma dapat 1 video masa tengah dia bergerak, tapi itupun sekali gerak aje. Lepas pada tu dah tak dapat tengok lagi dah. Aniq anak soleh ni memang sangat soleh dari dalam perut lagi. Dia macam ta-tau je mummy nak buat video bila dia tengah aktif bergerak. On je camera, terus dia senyap. Tak nak gerak dah. Pemalu sungguh. Comel juga macam tu. hehehe

Tapi adik baby yang belum diketahui jantina ni, sangatlah aktifnya. Rasanya hampir sepanjang masa nak bergusti je. Saya yang tengah buat kerja ke, tengah rehat ke jadi tak senang duduk jadinya. Tersentak kuat bila baby sakan bergusti. 

Memandangkan masa anak soleh Aniq dulu sangat anti camera, saya pun dah malas la nak beria bervideo bagai. Depan mata sendiri pun tak pernah nampak baby gerak, just dapat rasa je. Tapi ntah macam mana, kelmarin tu rasa rajin nak rakam. Lantak la dapat ke tak, janji cuba.. Sekali daaa.. dapat juga masa baby sakan menari dalam perut. Lagi kita layan, lagi dia ligat. heheehe.. Excited sungguh rasa. Selama ni dok tengok video orang lain aje. Sekali dapat juga merasa.. TAPI... Sorry la, tak dapat nak sertakan video tu kat sini. Tak kan saya nak tayang perut saya pulak kan...ngjeheheh

Sumber Gambar  Yang ni memang lah sama macam yang saya alami sekarang..
Sumber Gambar  .