![]() |
| dah nampak perut sikit kan? tak nak tayang muka..malu... 😄 |
nuffnang
Khamis, 10 Disember 2015
Bila Ibu Mengandung Berselfie..
Khamis, 16 April 2015
cermin mata baru..
![]() |
| Ni kotak nya.. lawa.. saya suka.. |
![]() |
| Ni la cermin mata baru saya.. |
Isnin, 5 Januari 2015
Anugerah Terindah
Saya faham, tak semua orang di rezeki kan dengan cahaya mata.. Harap pada yang berkenaan tak terasa hati dengan entry saya ni ye.. Bukanlah saya nak menunjuk - nunjuk atau berlagak. Saya cuma menulis untuk tatapan anak² saya pada masa akan datang. Luahan betapa bersyukur nya saya bila Allah kurniakan saya anak.
Buat masa ni, ini lah satu² nya permata hati saya & hubby. Tiap kali pandang wajah anak soleh kami ni, rasa sayu hati. Selalu saya cakap pada dia, mummy minta maaf atas kekurangan mummy dalam masa jaga Aniq. Mummy doakan Aniq supaya jadi orang yang soleh, dapat memberi manfaat pada manusia lain.
Anak kecil kami ni dah masuk 1tahun 7 bulan bila 24/1 ni. Sedar tak sedar sekejap je masa berlalu. Masa sebelum dia umur 3 tahun ni adalah masa kritikal dalam hidup dia. Waktu ni lah dia belajar segalanya. Yang akan tersemat dalam fikiran bawah sedar dia & apa yang dia dapat waktu ni lah yang akan dibawa sampai dewasa. Tapi saya selalu rasa, saya gagal nak bagi yang terbaik. Saya patut buat lebih lagi. Jadi, maafkan mummy ye sayang.. Mummy akan usaha lagi.
Aniq anak soleh, anak yang baik. Jarang meragam. Sangat berdikari. Hati ibu mana yang tak bangga dengan sifat baik anak. Semoga Allah terus jaga Aniq, kekalkan sikap baik Aniq sampai bila²..
Mummy love you so much Muhammad Danial Aniq.. :)
Sabtu, 3 Januari 2015
Aniq Tumbuh gigi
Mulanya saya rasa sebab dia selesema. Malam tu hujan tak berhenti, saya dah off kipas pun masih sejuk lagi. Sampai ke tulang sejuk. Aniq pulak jenis yang tak suka berselimut. Lagi lah senang nak dapat selesema.
Esoknya saya bagi dia makan & ubat. Alhamdulillah, surut panas dia sepanjang hari. Tapi malam dia start demam balik. Siang pun demam tapi dah makan ubat dia ok.
![]() |
| Ini ha budak demam |
![]() |
| Nampak tak yang putih tu.. Itulah geraham pertama Aniq |
Jumaat, 2 Januari 2015
Batu karang
Bila sakit tu tak ok juga, saya pergi klinik sekali lagi. Cek air kencing lagi. Surprise! Doktor kata kuman dalam tu dah tak ada. Cuma mungkin sakit tu sebab ada batu karang! Aduhai.. Masa dengar tu macam nak nangis pun ada. Tak sangat masa tu. Fikir macam² dah. Sekali doktor kata mungkin baru nak jadi. Bila doktor kata gitu, lega lah sikit.
Saya dapat ubat untuk hancurkan batu tu dengan natural kan air kencing. Tapi baru je makan berapa biji, ubat tu hilang. Saya agak adik saya terbuang. Aiseh.. Mujur lah saya dah tak sakit. Kalau X, kena ambil balik ubat. Dah la teruk rasanya. Dah lama makan pun boleh rasa lagi ubat tu. Padahal softgel. Patutnya tak rasa apa².. Yang tinggal ural ni aje lah..
Apa pun saya bersyukur sebab di beri kesembuhan. Saya tak tahu lah nak kata kalau sakit saya berlarutan. Apa nak jadi kat Aniq.. Kesian sangat dia. Hubby pun tak terjaga.
Sekarang ni saya usahakan minum banyak air. Sebanyak yang saya mampu. Masih tak dapat lah nak 2 liter sehari tu, tapi saya usaha seboleh yang mampu. Vco pun dah start makan semula walau ada juga yang miss sebab malas & lupa.. Ada lagi nak malas eh sya? Adoi.. Tak faham.. :(
Khamis, 1 Januari 2015
Tahun baru 2015!
Dah tengah malam sekarang ni.. Tepat pukul 12.01 at masa saya menulis ni. Jadi dah secara rasminya dah masuk tahun baru.. Alhamdulillah..
1/1 ni tarikh special every year.. Bukan sebab sambut tahun baru, tapi sambut ulang tahun kelahiran my MIL. Every year biasanya adik beradik belah hubby akan balik & berkumpul. Tapi tahun ni ramai yang tak ada termasuklah kita orang. Apa nak buat, tak ada rezeki. Cek yang patut clear hari ni, tak clear lagi.. Tundalah nak balik, lusa pun hubby kerja.
Setiap kali tahun baru, mesti teringat kenangan masa bujang dulu. Masa tu saya kat rumah mak sedara kat Bangi. Dengar je bunyi bunga api, saya dengan cousin perempuan melompat-lompat dalam bilik. Bukan sebab happy, tapi sebab sedih. Makin tua dah kita! Hahaha. Masa tu saya baru umur 23 tahun. Tak sangka langsung yang tahun tu juga saya kawen. Padahal sembang dengan cousin macam lambat lagi nak kawen. Partner pun tak ada masa tu.. Haha.. Cerita bujang² dulu memang seronok.
Btw, kesihatan saya dah makin ok. Lepas ni *tak pasti bila* saya akan tukar nama blog. Saya akan guna nama sendiri. Lepas pada tu saya akan buat giveaway.. Insya Allah.. Saya tak bagi hadiah ghost cili tu.. Jangan risau.. Hehe.. Hari tu saya gurau je.. Tapi kalau betul ada yg nak, saya tengoklah kalau ada lagi buahnya yang dah masak. Boleh share bijinya tu untuk tanam.
Akhir kata, selamat maju jaya semua untuk tahun 2015..insya Allah tahun ni akan jadi tahun yang paling sibuk dalam hidup saya. Harap masih ada masa lah nak update blog. Banyak sangat lagi nak cerita, saya akan slow² berjalan.. Amiinn..
Ahad, 21 Disember 2014
Novel, blog & me..
Saya memang suka berangan. So, menulis mereka - reka cerita ni sesuai sangat dengan saya. Banyak sangat idea sampai ada orang nak bagi saya laptop sebab tengok semangat saya menulis guna pen je masa tu. Bukan sehelai dua sekali tulis., berhelai-helai.. Idea banyak kononnya.. Hehe.. Tapi nak dapat laptop kena menulis ikut isi yang dia bagi. Mana nak jadi idea macam tu. Akhirnya tak dapatlah laptop.. Kesian saya.. Sob.. Sob..
Sampai sekarang saya dah tak tahu mana pergi buku² yang saya tulis tu. Kawan² minta nak buat kenangan katanya. Saya tak tahu lah cerita saya merapu tu betul sedap ke apa. Tapi memang ada peminat setia.. Hahaha.. Mula² tak tahu pun, sekali ada seorang kakak bagi tahu saya kenapa saya tak sambung cerita yang tergantung tu? Cerita tu best katanya.. Aduhai, malu betul. Ni kes menulis banyak², lepas tu tertidur dengan buku yang terbuka. Orang pun baca. Malu sebenarnya sebab saya tak suka orang baca apa saya tulis. Hehe
Sekarang semua tu dah tinggal kenangan je. Saya berhenti menulis dah terlalu lama. Rasanya dah 10 tahun kot. Skill mengarang pun dah tumpul. Sekarang merapu kat blog je.. Dulu ada blog, tapi baru tulis 2 entry saya lupa password.. Agak sedih la masa tu sebab saya dah semangat nak menulis semula.. . Lepas jumpa blog kak ina, barulah ada keberanian nak menulis semula.. Tapi dah nak kena asah balik.
Saya rasa style saya bercerita ni agak boring sebenarnya. Saya baca pun boring, tapi nak juga bebel panjang² sebab saya dah terbiasa dari dulu. Cikgu saya pernah baca novel yang saya tulis. Tak tidur malam dia baca. Punya lah panjang membebel kan.. Karangan saya pun pernah dapat best karangan masa exam. Tapi tu dulu. Sekarang hampeh..
Hubby saya pun minat nak menulis blog. Sebab tu bila saya bagi tau dia saya nak buat blog dia setuju je. Saya masih menunggu bila lah dia nak buat. Saya nak dia ada blog sendiri. Tak nak share. Nanti orang pening. Setakat ni dia masih happy dengan mini garden dia. So, rasanya lambat lagilah dia nak menulis no.. Ish³.. Tunggu kucing berjanggut kot.. Haha.. Jangan marah sayang.. :)
Sabtu, 20 Disember 2014
Awet muda~
Korang mesti tertanya - tanya kan, apa yang dok puji² dari tadi ni.. Ni ha ceritanya, saya & hubby singgah Petronas nak cari barang sikit. Kitorang memang nak cepat, langsung tak kisah sekeliling. Terus cari apa yang perlu & bayar.
Balik kat rumah, kawan hubby call.. Ajak jumpa. Ok lah, saya pun dah tak ada apa² ni bolehlah hubby nak keluar. Lebih kurang sejam lepas tu hubby balik. Masa sembang², hubby saya tanya "masa kat Petronas tadi ada nampak kawan abang?" saya cakap tak nampak pun. Kebetulan saya tak pakai contact lens. Mana nak nampak jauh. Hubby cerita kawan dia ada dalam Petronas masa kitorang kat sana.. Tapi malas nak tegur sebab nampak tergesa-gesa. So, apa yang pujian nya? Hehe.. Kawan hubby kata, kitorang berdua ni berjalan tak nampak macam husband & wife pun. Nampak macam abang & adik.. Hahaha..
Hubby bengang la.. Apahal gitu.. Nak kata saya ni awet muda lah tu.. Hehe.. Jeles sudah itu orang.. Saya ni dulu ² sebelum ada Aniq ada juga yang cakap macam tu. Tapi sejak ada Aniq ni dah tak dengar lagi. So, bila ada yang cakap, owh my, happy giler.. Awet muda kau... My hubby jeles..
Tapi, tak nak lah tepek gambar kitorang kat sini. Malu I.. Hehe.. Lagi pun rasanya tak ada dah gambar berdua dalam handphone. Semua dah kena transfer dalam lappy.. Ala, Korang bayangkan ajela.. Ketinggian saya cuma 145cm..ketinggian hubby 180cm..jauh beza tu. Mana tak orang cakap macam adik abang je.
Kira ok la tu, dulu orang mengorat saya depan hubby sebab ingatkan saya ni budak lagi. Budak² pun nak mengorat saya. Punya lah saya geram.. Kalau budak tu dah melebih sangat lah. Saya sound terus je budak tu.. Hehe.. Garang I ni.. Kecik² pun garang..
Ni bukan entry nak puji diri sendiri.. Tapi nampak macam puji diri sendiri je kan? Haha.. Sorry lah, sesekali dapat pujian macam ni, siapa tak happy.. Wajiblah tulis dalam blog. Nanti Aniq dah besar, barulah dia tau, dari mana dia dapat kecomelan tu. Hahaha.. *sabar semua ye, jangan ada yang muntah pulak... Kikiki*
P/s: saya makan femme vita catalyst, dah tentulah awet muda. Penjagaan dalaman wanita tu penting, bila dalaman cun, keserian pun terserlah lah.. :)
Selasa, 9 Disember 2014
Taman Bunga Encik Suami
My hubby punya minat nak berkebun bunga ni datang dari MIL saya. Kat rumah MIL banyak jenis bunga. Jenis² cili pun banyak. Dari mula sikit² je minat, sekarang minat hubby dah makin dalam. Kat rumah saya ni penuh bunga. Asal shopping mesti nak beli pasu. Keluar tempat yang ada jual juga, dia nak singgah cari bunga, cari tanah. Saya ni tukang ikut & tukang komen. Haha
Ramai yang sangka bunga² ni saya yang punya. Tapi bila dah tahu hubby yang punya, masing² cakap untunglah saya. Alhamdulillah, kalau dia tak suka bunga pun saya masih beruntung ada dia dengan saya sekarang ni..
Baru² siap ada orang datang rumah, katanya nak beli bunga. My hubby bagi aje kat orang tu. Dapatlah 3,4 pokok bagi kat dia. Lepas pada tu, lagi lah semangat hubby nak besarkan mini garden dia ni.. Saya tumpang happy je. Dapat juga petang² keluar temankan Aniq main sambil kacau pokok kesayangan abah dia.. Haha
Inilah antara hasil tangan my hubby. Yang bunga dekat luar rumah tu sebab landskap ni nak berubah lagi. Nak tambah baik lagi mini garden ni.
Lepas siap nanti saya tayang lagi mini garden ni ye.. Tapi tak tahulah bila nak siapnya. Semua ni my hubby buat seorang dia je.
Isnin, 8 Disember 2014
Teringin Lamb Chop
Saya dah lama teringin nak makan lamb chop, last saya makan masa saya duduk di Serdang dulu. Dah pindah duduk Muadzam ni lama tak makan, jadi teringat-ingat.. Kebetulan tiba² ada kedai baru buat masakan western. Ya ampun, seronok tak terkata saya. Bila makan kat situ, rasa heaven giler.. Ambil kau.. Bukan senang saya nak suka makanan kat kedai tau. Selalunya ada je problem. Tapi yang ni. Alhamdulillah, saya ok. Cuma ada sekali dua tukar chef, coleslaw dia rasa lain sikit. Tak kena sangat pada tekak saya. Tapi bolehlah..
Sempatlah 4,5 kali makan kat sini. Yela, nak makan selalu tak boleh lah. Nak makan luar je memanjang. Lagi pun kena pergi bandar, my hubby cukup malas. Dengan nanti Aniq nak berlari dalam kedai, tak kuasa nak keluar selalu. Lama tak makan, kali ni teringin lagi. Tapi kedai dah tak buka.! Nak nangis saya.. Kenapa? Kenapa? Sampai hati bagi saya mengidam.. Hukhuk
Rasanya hampir sebulan dah kedai tu tutup. Saya agak dia tak ada pekerja sebab nampak dia ada iklankan nak cari pekerja baru. Ikutkan hati, nak je saya kerja kat situ. Tapi hubby tak benarkan saya kerja. My hubby tau, saya suka duduk rumah main dengan anak je. Karang kerja baru sekejap, dah bosan. Hehe.. Bagus la encik suami ni.. Sayang betul kat kita.. Haha
Disebabkan saya dah terlampau teringin, saya tekad nak masak sendiri. Tapi memandangkan kat Muadzam tak cukup bahan nak cari kenalah tunggu nanti² bila ketempat lain. Beli bahan siap² termasuk lamb tu. Pastu perap sendiri je. Buat banyak², bekukan. Nak masak nanti senang.. Tengoklah bila² tapi yang pasti bukan dalam masa terdekat ni. Harapnya sementara tu kedai tu dapat buka semula lah.. Kesian kat saya.. Tak boleh tidur malam kalau datang teringin sangat tu..
![]() |
| Nah, saya belanja Korang tengok lamb chop ni.. Bukan gambar sya punya pun.. Encik Google punya.. Hehe.. Credit pd tuan punya gambar.. |
Ahad, 7 Disember 2014
hilang dah gula kapas
oh.. lupa nak cerita tadi pasal gula kaps hilang..kisahnya, hubby saya ada beli sebungkus gula kapas. konon nak makan masa kitorang tengok movie. alih2 masa balik tu, hubby dok buat benda lain. so, saya makan dulu dengan Aniq.Aniq ni pun sama juga macam abah dia, suka makan gula kapas.. selalu sebungkus tu diorang kongsi berdua..
lepas makan nasi lemak, saya dah kenyang. Aniq nak makan gula kapas, tak tunggu abah dia dah, saya bukakan sikit untuk dia makan. eh.. dah buka terus bawa lari makan sorang2.. sabo ajelah anak oii..lepas tu saya tak tahulah apa jadi, sebab saya dah bawa Aniq masuk tidur.
dah siap tidurkan Aniq, my hubby tanya mana gula kapas. dia nak makan, saya memang tak perasan kat manalah Aniq letak gula kapas tu. puas cari satu rumah, dari dalam rumah ke luar rumah.
Langsung tak jumpa.
saya risaulah,bukan sebab tak dapat makan., tapi takut tetiba datang banyak je semut sebabkan gula kapas tu.. Nanti sendiri juga yang susah.. Memang sampai ke sudah saya tak jumpa gula kapas tu.. Ntah kat mana Aniq buang. Nak kata dia makan semua, tak mungkin sebab besar gula tu.. Lagi pun, tak kan Aniq makan dengan plastiknya sekali.. Betul tak?
![]() |
| Lebih kurang mcm ni la yg Aniq makan tu. Tp ni gambar dari Google.. Credit pd tuan punya gambar.. |
Jumaat, 10 Oktober 2014
Pengumuman Hari Ini..
Salam pagi jumaat semua.. Hari ni hari cuti bagi negeri2 terengganu, kelantan, johor n kedah kan?? Bestnya. Haha.. Yang suri rumah ni jela tak ada istilah cuti walaupun hari cuti. Kekadang hari cutilah yang paling busy. Betul tak?
Hari ni tak ada nak bebel apa sangat pun sebenarnya. Saja buat mukadimah panjang2 je. Wee.. Apa saya nak bagi tau ni, ramai dah tau sebenarnya, tapi saja saya nak war2 kan lagi.
Saya ada jual produk CATALYST.. Saya guna produk CATALYST. Duta produk CATALYST adalah Nad Zainal.. Bagi sesiapa yang nak kulit cantik cun macam nad zainal & me (perasan jap, jangan marah.. Hehe..) korang dengan segera boleh hubungi saya. Whatsapp, wechat, telegram saya. No tel saya 013-985 5875.
Kalau tak tahu nak pakai produk yang mana & nak minta pendapat saya untuk suggest, pun boleh. Saya akan tolong korang dapatkan item yang sesuai. Yang juga ikut bajet korang. Semua ni percuma je. Kalau dah beli pun jangan risau, korang boleh juga nak tanya2 kalau ada apa2 masalah. Saya akan bantu korang, guide korang sampai dapat macam mana yang sepatutnya.. Percayakan saya dalam membantu korang dapatkan kecantikan & kesihatan luaran & dalaman.
P/s: klik je banner tu. Terus ke page saya kalau nak tengok apa lagi produk catalyst. Ada macam2 item, sesuai dari baby sampai warga emas. Semua ada. Barang make up pun ada. Sudi2kan klik like juga tau.. Semuanya saya dulukan dgn ucapan terima kasih korang.!! Sayang korang.. Mmmuahh...!
Selasa, 16 September 2014
Akhirnya Cik ‘P’ Muncul..
Sabtu, 19 April 2014
Pengalaman Berpantang Dengan Catalyst
Rabu, 9 April 2014
Cerita terbaru
Sudah hampir sebulan saya menyepikan diri, membiarkan blog langsung tak ada entry baru. Bukan kerana tak ada idea nak menulis, cuma sengaja nak memberi ruang untuk diri sendiri agar tak rasa terlampau terikat dengan blog. Walaupun blog ni langsung tak ada entry baru, tapi saya tahu masih ada yang sudi menjenguk dan meninggalkan komen pada entry yang dibaca. Terima kasih banyak- banyak saya ucapkan.
Memandangkan blog ini asalnya saya buat untuk anak saya, so saya rasa rugi bila saya tak update apa perkembangan dia. Dari saat-saat dia pandai tepuk tangan, melambai, memanjat dan melangkah 3,4 tapak. Sekarang masih belum terlambat untuk bercerita. Saya akan kongsikan segala perkembangan buah hati saya dalam diari online ini.
Sepanjang menyepi, ada kalanya terasa rindu nak up beberapa entry tentang kami sekeluarga, terutamanya kisah si kecil kami. Tapi seakan ada yang menghalang. Perasaan berdebar-debar bila saya dah mula nak menaip. Akhirnya entry langsung tak tertaip. Begitulah hampir setiap hari.
Sekarang perasaan sudah semakin tenang, saya dah boleh nak bercerita lagi. Lagipun penting untuk saya update blog sebab selain untuk tatapan anak-anak saya nanti ia juga untuk membuktikan pada hubby saya yang saya betul-betul minat nak menulis blog walaupun tidaklah sekerap dulu. Kiranya bukanlah sekadar hangat-hangat tahi ayam.. (^_^)
Sabtu, 8 Mac 2014
Makanan yang Paling Dirindui..
Khamis, 6 Mac 2014
Taman Dalam Rumah.
Rumah yang kitorang rancang nak beli tu belum pun mula jual. Insya Allah kalau bulan 4 ni tak ada hal, nak la beli rumah. Cari rumah corner lot. Ada tanah, boleh la nak menanam. Saya dengan hubby dah berangan-angan nak taman kat situ. *Doakan kami dapat ye beli rumah tu nanti..*
Dulu masa saya cakap dengan hubby nak buat taman, saya risau dia tak nak. Yela...Orang lelaki,biasanya tak minat la dengan bunga. Rupanya dia lagi excited dari saya. Dia dah rancang dah nak tanam bunga apa. Cisss... Padahal saya bukan lah nak tanam bunga semata-mata. Nak la tanam herba, pokok sayur,pokok buah..*pokok buah tu macam over la pulak kan..* My hubby ni nak tanam bunga aje yang dia fikir. Korang nak tau dia nak tanam apa? Nak tanam pokok lavender. Asyik2 sebut lavender. Sampai pening saya. Boleh ke lavender hidup kat Malaysia ni? Tak pernah jumpa orang tanam pun...
My hubby ni tersangat suka lavender tau, sebabnya masa dia pergi rumah abang ipar saya tu si Abang Abot *sebutan nya Abert*, My hubby nampak kat rumah Abang Abot ada pokok lavender. Apa lagi, dia nak juga lah.. tapi sampai sekarang tak pernah pun sampai pokoknya lagi..hehe.. Mesti Abang Abot lupa la tu.. baguslah lupa, seba saya tak tau nak tanam kat mana.. Kang mati pokok tu pulak..
Saya tak pernah pergi lagi rumah Abang Abot tapi selalu tengok gambar rumah dia. Hampir setiap tahun berubah. Tahun lepas dia renovate rumah bagi besar. Cantik sangat macam kat hotel. kebun2 dia....... jeles saya tengok.. Banyak sangat bunga yang cantik2.. Pokok2 sayur semua tumbuh elok je..Cuba tengok gambar2 kat bawah ni, semua dari tanam kat rumah Abang Abot.. Cantik2 kan bunga dia.
Dari tengok tu saya dah dapat gambaran sikit2 nak design taman saya kalau dapat rumah sendiri nanti. Kalau betul Lavender boleh hidup kat Malaysia, boleh la minta Abang Abot bawak balik. Saya pun suka juga lavender tapi tak la mcam orang tu..excited terlebih..hehe

Bunga Maembong vs Emma keembung
Hubby saya dok belek2,tengok cantik pula bunganya. Terus berkenan nak tanam kat rumah. Dah dapat benih tu, seronok la dia nak semai. Esoknya dia mencari biji benih tu. Hubby tanya saya, "ayang, mana benih bunga maembong tu?" Saya dengar dia tanya tu dah macam lain. Saja lagi nak usik, saya cakap tak tau pun ada bunga maembong.. Lepas tu dia pun start la cerita ambik kat rumah mak la bla bla bla...hehe.. *panjang story dia*
Saya bagi tau dia, bukan bunga maembong, maembong tu nama orang. Yang bunga tu bunga keembong. Haha..Bukan dia tak tau, tapi kadang2 tertukar jugak. penat la saya dok betul kan. Dah jadi macam P.Ramlee dalam cerita Ahmad Albab. Petola jadi felatok..hehehe.. tapi benih bunga tu sampai sudah tak jumpanya.
Minggu depannya hubby bagi tau saya dia dah jumpa pokok keembong tu kat mana.. rupanya dia dah termasuk sekali dalam tanah nak tanam bunga lain. Pokok tu dah tumbuh pun, tu yang dia tau. kihkihkih..Sian dia.. Beria -ia mencari, rupanya dah tanam pun. Mujur jugalah dah boleh ingat apa nama bunga tu, kalau sebuat maembong lagi, saya cabut pokok2 tu semua, boleh macam tu???hehehe
![]() |
| Keembong dari UK, belum berbunga lagi.... |
Isnin, 3 Mac 2014
Aktiviti Petang
Alaa..bukan nak berjalan kemana pun. Dapat duduk kat luar satu family pun saya dah seronok. Memandangkan saya dah lama tak berjalan, saya ajak hubby keluar bawa Aniq pergi taman, jalan kaki je. Punyalah seronoknya walaupun kejap. Lepas tu balik rumah, berselfie pulak.hehe.. Sengal jap...
![]() |
| kesian betul si Aniq tu ye..mak dia pulak lebih2..hahaha..ampunnnn... |
Bila ingat balik, patot la. jenis orang suka duduk dalam rumah je. Tak bergerak sangat. Bila berjalan lebih sikit, mulalah sakit tu sakit ni. So, saya rasa nak kena mula balik jalan kaki keliling taman perumahan macam masa baru kawen dulu. Dulu masa mengandung, rasa nak berjalan, tengah malam pun pergi juga keliling taman. Pastu nak rajin makan vco. Dah lama tinggal. Padahal tau dah badan tu tak berapa nak kuat.Cuma yang tak tau, sampai bila bertahan. Kang datang malas, tak mo dah keluar rumah..
Fuhh~ datanglah semangat rajin.. Buanglah penyakit malas oii, kalau nak sihat....
mati dah pokok kobis..
Sedihnya..Pokok kobis yang saya tanam sebelum ni dah nak mati.. Makin hari makin layu je tengok. Daun dia dah tinggal 2 ni je.
Punca kenapa pokok ni mati, masa tahun baru cina baru ni la.. Kitorang balik kampung 5 hari. Terlupa nak letak pokok ni kat tempat teduh. Pula tak ada siapa pun tolong siram. Balik tu tengok dah kuning daun dia. 2, 3 hari tu saya siramkan juga tapi tak ada perubahan. Lepas tu pindah tempat teduh. Alhamdulillah, muncul pucuk baru.
Tapi lepas tu naik macam kulat pulak. Lepas pada tu terus tak ok dah. Sekarang akar dia kuat lagi, mungkin ada harapan lah. Tapi saya dah tak tau nak buat apa pun. Kulat tu tak mo hilang. redha aje la saya. Nampaknya, kemungkinan tak dapatla nak merasa kobis tanam sendiri.
Hubby saya nak tanam kacang panjang pulak. Benih dah beli, tapi tanamnya entah bila. Batas tak buat-buat lagi. Saya tak berapa suka kacang panjang. lambat-lambat tanam pun tak apa..hehehe























