nuffnang

Isnin, 3 Mac 2014

mati dah pokok kobis..



Sedihnya..Pokok kobis yang saya tanam sebelum ni dah nak mati.. Makin hari makin layu je tengok. Daun dia dah tinggal 2 ni je.

Punca kenapa pokok ni mati, masa tahun baru cina baru ni la.. Kitorang balik kampung 5 hari. Terlupa nak letak pokok ni kat tempat teduh. Pula tak ada siapa pun tolong siram. Balik tu tengok dah kuning daun dia. 2, 3 hari tu saya siramkan juga tapi tak ada perubahan. Lepas tu pindah tempat teduh. Alhamdulillah, muncul pucuk baru.

Tapi lepas tu naik macam kulat pulak. Lepas pada tu terus tak ok dah. Sekarang akar dia kuat lagi, mungkin ada harapan lah. Tapi saya dah tak tau nak buat apa pun. Kulat tu tak mo hilang. redha aje la saya. Nampaknya, kemungkinan tak dapatla nak merasa kobis tanam sendiri.

Hubby saya nak tanam kacang panjang pulak. Benih dah beli, tapi tanamnya entah bila. Batas tak buat-buat lagi. Saya tak berapa suka kacang panjang. lambat-lambat tanam pun tak apa..hehehe

6 ulasan :

Pha Is berkata...

rajin betol menanam pokok.. hehe

sal ya berkata...

teringin jugak nak tanam lada bagai akt rumah. tapi entah la. tunggu dulu la. pokok sekarang ni pun dilanyak dek azfar je.

QasehnyaRania berkata...

ala.tak da rezeki.nti tanam yg lain pulak k

IntaNBerliaN berkata...

bagyusnya.. rajin bertanam :)

Puan Kutu berkata...

takpelah dah nak mati nak wat cmna..tanam je kobis baru..bagus tanam sayur sendiri takde bahan beracun

Mimi Azirah berkata...

Sedihnye...xpela leh tanam yg lain