nuffnang

Rabu, 5 Mac 2014

Ulam Keladi

Tengah hari tadi hubby tak sihat. Sakit perut sangat katanya. Tak tau la kenapa. Saya rasa dia salah makan. Biasa la dia, makan ikut suka je.. Hehe..sian pulak.. Dah sakit tu tak la pergi kerja.

Dah sakit tu nak la manja-manja. Minta masak itu masak ini. Kebetulan saya ada tanam pokok keladi yang mak mertua saya bagi dulu. Hubby minta buatkan keladi goreng. Mulanya saya ingat dia nak makan isi keladi tu, rupanya batang keladi tu. Pulakkkk... Macam mana nak buat? Dengar orang goreng batang keladi pun tak pernah, nak masak lagi tak reti?? Dah google pun tak jumpa-jumpa resepinya. nasib laaa... Tak dapat la makan.. Lagi pun pokok tu kecik lagi. Sayang la dah nak kerat-kerat..Hehh..boleh pulak sayang-sayang,tanam memang untuk makan pun..

Masa kat kampung hari tu pulak, mak mertua suruh saya buat ulam keladi.. Haaah?? Ulam keladi?? pun saya tak tau.. Yang saya tau buat asam pedas,buat masak asam tempoyak ke. Lain pada tu saya tak tau kalau dengan keladi ni. Naya tak makan nanti. Kalau isi keladi tu digoreng ke saya tau la nak buat. Keladi masak lain pada tu saya dengar pun tak pernah, apatah lagi rupa and rasanya, memang langsung tak tau..

So, balik rumah saya minta ummy saya tolong masakkan keladi asam pedas. Saya seumur hidup tak pernah masak keladi sendiri. Tolong-tolong ummy masak je reti. Makan je yang paling reti sekali..hehe..  Sekarang dah ada pokok sendiri boleh la nak belajar masak sendiri pulak. Tiap-tiap hari ada je naik daun baru, geram pula rasa. Mesti sedap kalau masak ni kan... Haaa...tunggu la nanti saya masak, wajib tunjuk kat korang ni..hehe..Bukti dah pandai masak keladi. Ok lah, nak korang layan gambar pokok keladi saya pun tak boleh, ntah hilang mana tah gambarnya..ish3...Sabo aje la..

Bukan pokok sya ni..Pinjam gambor orang je..

6 ulasan :

Rai Ourkizuna berkata...

saya ada beberapa cubaan nak masak asam pedas batang keladi..tapi fail.. habis gatal tekak2.. leceh sikit bab nak bagi hilang gatal tu.. tapi kalau pandai buat mmg sedapp.. lagi kalau makan musim2 panas gini.. masam masam pedas.. pergh..

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum awak.. sheila pun biasa dengor dan nampak orang masak asam pedas guna keladi ni.. buat lauk lain tak pernah lagi. heheee ~~~

msredcheesecake berkata...

akk pun tak pernah masak keladi... family tak suka... goreng je ada lah...hhee

Sya Nadia berkata...

@Rai Ourkizuna seda kan keladi asam pedas..tp xpndai msk jugak..hehe

Aisy Nasiha berkata...

Akak mmg tak suka keladi. Eh..entahla..tak merasa pun walaupun mak akak selalu juga masak... hihi

Puan Kutu berkata...

akk suka sgt asam pedas keladi tp tak pernah juga msk keladi sendiri.nk siangnya pun tk reti kot.hehe