nuffnang

Sabtu, 1 Mac 2014

Ini blog Saya!

Aik..macam kenal aje nama blog kat tajuk atas tu kan.... haha..Saya bukan cerita pasal blog orang sebenarnya. Saya nak cerita pasal blog saya lah.. Kak +Zarina Tazari  nak buat review pasal blogger-blogger baru macam saya ni. So, dia minta buatkan entry pengenalan tentang saya dan blog saya yang comey ni.. *saya je comey, blog huduh..hehe..boleh gitu??haha*

Permulaannya kenapa saya berblog adalah sebab saya suka menulis. Dah berdozen-dozen buku sekolah yang saya tulis jadi novel.*uiihh..saya memang suka menulis sangat2* Tapi korang janganlah tanya mana buku-buku tu, sebab semua saya dah buang. Malu nak baca balik,ada juga yang kawan-kawan ambik buat koleksi dorang. Cuma sebelum saya mulakan projek blog saya ni, saya selalu baca blog orang, terutama blog Kak Ina. Saya suka betul baca pasal si comel Alisha tu. Sehari tak tahu berapa banyak entry saya baca. sampai pening dibuatnya. Tapi tak serik, esok buat lagi.

Kebetulan masa tu saya mengandungkan Aniq. Teringin nak tulis cerita tentang dia dan adik-adik dia *Insya Allah*. Lain pada tu saya boleh selit-selit pasal kisah kami abah and mummy Aniq juga. Semua kenangan tu berharga kan,, saya harap bila Aniq dah besar, dapatlah dia imbas balik kenangan waktu dia kecik-kecik, semua saya catit dalam ni. Ada yang saya save dalam draff just untuk dia baca dikemudian hari.

Lepas dah selalu baca blog Kak Ina, saya melangkah setapak lagi. Saya nak mulakan blog sendiri pulak. Puas dah edit-edit, atas bantuan Kak Ina juga, saya berjaya mulakan blog sampai la ke hari ni..
Terima Kasih banyak-banyak Kak Ina..

So, inilah dia pengenalan serba sedikit pasal saya dan blog. Kisah macam mana boleh nak berblog.. :)


11 ulasan :

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum. hehee saya pun suka menulis since zaman sekolah. sebab tu buat blog. konon2 nak curahkan apa yang ada dalam kepala otak. hiewhiew ~~~

Sya Nadia berkata...

@Sheila Salim sama la kita... :)

Pha Is berkata...

setiap org ada sebab tersendiri kenapa berbloging.. hehehe
smoga lebih terus suksess dalam dunia blog..

Puan Kutu berkata...

hebat ina smp jadi inspirasi buat syaz buat blog sendiri

Puan Kutu berkata...

hebat ina smp jadi inspirasi buat syaz buat blog sendiri

Aisy Nasiha berkata...

Wah.. ramai peminat setia blog intanberlian ya.. akak pun..masa mula2 tu tulis ikut suka je. Ada satu masa tu terpengaruh juga, banyak tulis oasal anak je... sebab kagum dgn kisah alisya... lama2 sikit baru dapat genre sdiri..

Sya Nadia berkata...

@Pha Is insya Allah..tq ye.. :)

Sya Nadia berkata...

@Puan Kutu itula..hebat kak ina..hehe

Sya Nadia berkata...

@Aisy Nasiha owh yeke?? sama la kita... :)

msredcheesecake berkata...

akk pun mula buat blog sbbsuka menulis... dulu menulus ok lah, skang ni byk merapu je...hhee

Pha Is berkata...

@Sya Nadia u're welcome..:)