nuffnang

Khamis, 6 Mac 2014

Bunga Maembong vs Emma keembung

Kat kampung, MIL saya banyak sangat tanam bunga. Salah satunya ada pokok bunga keembung. Bunga yang MIL saya tanam ni bukan yang ambik kat Malaysia. Benih yang ni BIL saya bawa balik dari UK. Tapisaya tengok tak ada pun beza. Sama aje dengan bunga yang ada kat sini.

Hubby saya dok belek2,tengok cantik pula bunganya. Terus berkenan nak tanam kat rumah. Dah dapat benih tu, seronok la dia nak semai. Esoknya dia mencari biji benih tu. Hubby tanya saya, "ayang, mana benih bunga maembong tu?" Saya dengar dia tanya tu dah macam lain. Saja lagi nak usik, saya cakap tak tau pun ada bunga maembong.. Lepas tu dia pun start la cerita ambik kat rumah mak la  bla bla bla...hehe.. *panjang story dia*

Saya bagi tau dia, bukan bunga maembong, maembong tu nama orang. Yang bunga tu bunga keembong. Haha..Bukan dia tak tau, tapi kadang2 tertukar jugak. penat la saya dok betul kan. Dah jadi macam P.Ramlee dalam cerita Ahmad Albab. Petola jadi felatok..hehehe.. tapi benih bunga tu sampai sudah tak jumpanya.

Minggu depannya hubby bagi tau saya dia dah jumpa pokok keembong tu kat mana.. rupanya dia dah termasuk sekali dalam tanah nak  tanam bunga lain. Pokok tu dah tumbuh pun, tu yang dia tau. kihkihkih..Sian dia.. Beria -ia mencari, rupanya dah tanam pun. Mujur jugalah dah boleh ingat apa nama bunga tu, kalau sebuat maembong lagi, saya cabut pokok2 tu semua, boleh macam tu???hehehe

Keembong dari UK, belum berbunga lagi....

2 ulasan :

Rai Ourkizuna berkata...

wahhh..dari jauh ni bunga maembong.. hahaha...

ps..sya..sori..kimchi baru pos arini..

Sya Nadia berkata...

@Rai Ourkizuna itula..mgkin sbb tu nama dia lain sikit kut..hehe...

dah pos? yeay!! tq kak rai... :)