nuffnang

Selasa, 14 April 2015

susu pediasure untuk Aniq.

Salam.. hi..


Aniq dengan masalah berat badan ni memang tak boleh dipisahkan. Dari lahir sampai dah nak 2 tahun ni, masih dalam kategori underweight. Kuning je graf dia.

Dah banyak susu saya guna. Orang kata try itu, try ini. Masih gitu juga.. doktor suruh try pediasure ni. Saya Tanya harga siap², katanya mahal jugalah. Saya fikir,Mahal sikt je, tak semahal enfalac. So, kira ok la kan..

Harga rm40. Tahan 2 hari je. Dapat dalam 8 Kali minum.

1.6 kg. Harga rm151.00 termasuk GST


Sekali Kau... lagi Mahal giler dari enfalac adalah. Enfalac A+ 1.2 kg paling Mahal pernah saya jumpa harga rm146 macam tu. Tapi tu harga 2 tahun lepaslah. Pediasure ni pulak harganya, rm151 untuk berat yang sama.! Aduhai.. pening dah. Dah la 1 tin kecil tu tahan dalam 2 hari je. Berat 400gm. Harga rm40 macam tu. Perghh!! Mahal giler.. giler..giler.. astaghfirullah.. ni bukan apa, terkojot aje dengan harga tu.. hehe

Saya dah buat kira², sebulan sekurang - kurangnya nak kena belanja rm600 lebih untuk susu sahaja. Kalau ikutkan lah kan, saya tak mampu nak susukan Aniq dengan susu badan,nak je gantikan dia dengan susu mahal. Tapi ikut jugalah kemampuan poket abah dia. Memang hubby kata, boleh. Tapi saya risau. Saya takut hubby terbeban. Jadi saya fikir nak kena campur lah susu ni. Cari yang murah sikit, selang² kan susu. Kalau boleh saya nak kurangkan separuh dari bajet susu yang sepatutnya Aniq minum ni. Sebab banyak lagi benda nak kena fikir. Duit nak kena masuk tabung juga untuk masa depan.

Puas dah fikir, susu apa nak campur ni. Masih kita tak dapat. Hurm.. tengoklah kan macam mana nanti. Harap dapatlah susu yang bajet dalam target saya tu. Kalau lebih sikit tak apa lah. Jangan lebih banyak sangat sudah..

Mujur jugalah susu ni bukan kena minum selamanya. Dah stabil berat, dah boleh tukar susu lain.. ;) happy je dengar. Insya Allah nak buat yang terbaik untuk Aniq. Tak kan selamanya Aniq nak kena bergantung dengan susu kan.. :)

6 ulasan :

Maria Firdz berkata...

Hmm... Cuba bagi minum air didihan nasi... Ank sedara sy dulu amalkan mcm tu je... Minum susu spr biasa juga la...

Puan Kutu berkata...

dah memang baka kecik,nak buat camna..janji aniq nak makan..susu dengan baik n sihat oklah..
tp klu rasa mampu apa dsalahnya beri yg terbaik untuk anak

Rai OurKizuna berkata...

syaz, dah masuk dua tahun kan umur dia.. macam2 dah boleh makan.. tak perlu harap kat susu je.. make sure dia makan makanan berkhasiat. bagi makan 3 kali sehari.

QasehnyaRania berkata...

blh tahan kn harganya..
in shaa Allah semoga dipermudahkan buat sya aniq dan suami.aamiin

azizah green line berkata...

susu dutch lady gan lactogen xngam gan aniq ke..hakimi minum lactogen tu berat naik2 je..skrg dutch lady maintain tang tu sbb hakimi xnak makan

iryanty ahamad berkata...

mahalnya susu...akak ada terbaca kat metro tentang susu jnama ni..mmg untuk naikan berat badan anak2 sebab didalam nya ada bnyak zat :-))