nuffnang

Selasa, 7 April 2015

si oren & si hijau

Misi mengumpul si oren & si hijau ni lama dah saya buat. Sejak tahun lepas. Kebetulan keluar Kat news feed saya pasal orang buat pertandingan kumpul si oren & si hijau. Tapi masa tu saya tak join, sebab saya malas nak simpan.. hehe

Tapi dah ada anak ni, semangat nak kumpul duit tu memang meluap - luap.  So, dengan segera segera saya mulakan  misi kumpul 2 benda alah ni. Duit hijau  si rm 5 dengan si oren rm20.

Si hijau


Si oren

Tapi iye lah,kalau simpan kat tangan,ingat kekal lama ke? Nak tunggu sebulan tu,bukan makin banyak. Makin sikit adalah..haha. jadinya, percubaan kali pertama dah gagal. Lepas pada tu saya malas. Huh! Malas saje kan...hehehe

Kiranya kan, yang korang tengok ni adalah percubaan saya yang terbaru. Tapi ni koleksi yang dikumpul 2 bulan lebih. Patutnya, setiap bukan kena masuk bank. Tapi saya malas. MALAS LAGI!! Malaslah nak pi atm machine tu. Rosak aje memanjang. Sakit pulak hati. Grrr

Kalau rajin kang petang sikit saya masuklah dalam bank. Semak pulak dok Sumbat tabung Aniq tu. Disebabkan guna tabung Aniq, saya akan bahagikan cuti ni kepada 2 bahagian. 1 untuk saya, 1 untuk Aniq..hehe..untung Aniq. Bagi sewa tabung je. Tak payah kerja susah²...hahahaha

Dah alang alang² cerita ni,meh saya share sikit cara nak simpan macam ni. Caranya,kalau korang ada si hijau atau si oren dalam dompet,jangan guna. Korang anggap duit ni special. Tak boleh guna. Korang cakap dengan diri sendiri, "aku boleh guna duit lain,banyak lagi yg boleh guna. Tapi yang ni memang tak boleh."Balik rumah, asing siap². Masuk dalam tabung. Tapi jangan mengelat ye..jangan pulak korang guna duit tu lepas tu ganti dengan pecahkan duit rm10 jd rm5. Tak adil n nanti jd x best.

Lepas tu, hubby korang pun ajaklah sekali. Berlumba berdua. Siapa boleh simpan lagi banyak. Tapi janganlah korang berjudi pulak.sape kalah kena belanja. Judi tu tau..jangan buat!

Ada juga duit lain yg terselit.. dah alang ² menyimpan kan..


P/s: jumlah tabungan ni ada rm300.. rm140 si hijau a.k.a  rm 5.. rm160 si oren a.k.a rm20.. ,,,

14 ulasan :

iryanty ahamad berkata...

thumbs up :-)) .. akak selalu simpan si hijau aje....

Sya Nadia berkata...

@iryanty ahamad si hijau ni mudah sikit sbb jumlahnya kecil,kan akk

Siti Rohaida Yusof berkata...

si oren tu payah la kot nak simpan..kekadang si hijau tu pun selalu terguna..hehehe..harap berhasil hendaknya

Sya Nadia berkata...

@Siti Rohaida Yusof Cuba dulu..kot² berhasil berhasil.. makin mudah la nak menabung lepas ni

Puan Kutu berkata...

bagusnya sya buat camni..makin bertambah la duit simpanan..lgpun si hijaunn si Oren ni mmg special sikit kan..tak selalu boleh jumpa. si hijaun tu mungkin kerap sikit jumpa dari si Oren

Rai OurKizuna berkata...

bukan apa.. tak istiqamah.. bila sesakk terguna jugak..huhuhu

Sya Nadia berkata...

@Puan Kutu itulah,bagus betul org yg punya idea ni. Terima kasih byk² Kat dia..hehe

Sya Nadia berkata...

@Rai OurKizuna kak rai..jgn guna dulu, guna segala duit lain dulu..dah betul² tak ada,baru guna..tp jgn putus asa..simpan lagi kemudian..:)

azizah green line berkata...

jijah pun menyimpan si hijau..asal jumpa duit hijau terus masuk tabung.

Sya Nadia berkata...

@azizah green line bagus Jijah.. kekalkan menyimpan mcm tu...

QasehnyaRania berkata...

alhamdulillah
mmg kna istiqamah di zaman gst ni
si hijau mudah dpt.si oren payah sikit nk dpt.
ciksu suka simerah.. hihi
nak nak simerah baru. yg lama lg la sayang..

Bunda a.k.a KN berkata...

Bunda dah lama jugak praktikkan cara menabung/menyimpan dengan kaedah mengumpul note rm5 dan rm29 ni...

Dah cukup setahun baru digunakan (waktu sesak) atau dimasukkan dalam bank..

Sya Nadia berkata...

@QasehnyaRania yg merah tu pun syg juga kan cik sue... selagi boleh, tak nak guna tu..hehe

Sya Nadia berkata...

@Bunda a.k.a KN Owh..yeke bunda.. best kan menyimpan cara ni... rasa mudah la juga..hehe