nuffnang

Selasa, 28 April 2015

dah balik!!

Salam.. hi semua...

Hari ni sya bersiaran dari rumah abang ipar kat Sepang. Petang semalam baru sampai dari Bangkok. Stay sini dulu, kejap lagi dah nak balik muadzam.

Rindu gilos la nak update blog. Kat Bangkok memang boleh nak update sebab ada internet. Tapi masalahnya kekangan masa tu. Asyik keluar je. Balik untuk sembahyang and tidur je. Kitorang pulak tak sempat nak beli simkad sana. Jadinya memang tak ada internet la bila keluar tu. Kalau tak boleh la update sikit². Ha, ni tips yang bagus untuk yang tak tahu. Kalau ke luar negara yang agak lama, pastikan beli simkad kat airport waktu sampai tu. Kalau beli kat luar mungkin tak ada ye. Atau pun sistem ke apa tah saya lupa dah yang agak susah and lain. So,sampai je, beli simkad siap². Sangat mudah. Kitorang ari tu nak beli,tapi abang Abot bagi tau nanti boleh beli kat 7eleven je. Sekali tak ada pun. Masa tu Peter bagi tau sebaiknya beli kat airport. Oo.. ok.. macam tu rupanya. Peter ni memang keje nya merantau ke merata negara, so nasihat dia tu memang boleh pakai. 

Ok la..sampai sini dulu.. nanti² saya cerita lagi ye.. nak kemas barang nak balik muadzam.. kesian Aniq dia letih sangat. Kat sana asyik menangis je. Dalam flight lagilah meragamnya. Macam² hal. Tengah tahun ni MIL saya nak ke UK. Rasa nak ikut, tapi tak sure la macam mana. Lepas tu hujung tahun nak ke korea pulak. Hurm.. rasanya tak dapat ikut sebab hubby susah nak cuti. Ish².. rajin pulak diorang bercuti tahun ni.. insya Allah kalau ada rezeki, dapatlah kitorang pergi juga. Tapi kalau ikutkan saya, nak tunggu Aniq besar sikitlah. Payah nak bawa anak soleh ni dalam keadaan dia belum faham bahaya tempat orang. Kat Bangkok baru ni sesuka hati berlari sana sini macam rumah dia. Baring, merangkak sesuka hati. Geram je saya menengoknya..huhu.. 

Nah, belanja gambar MIL dengan Peter dulu..Mr Tall tu...hehe

Nanti dah betul free, saya jenguk blog korang pulak ye.. love u all... ;)

3 ulasan :

Sally Samsaiman berkata...

welcome home! hihihi :D

iryanty ahamad berkata...

alhamdulilah...selamat sampaii....alolo cian anak soleh...demam lagi tak anak soleh.....:-))

azizah green line berkata...

serius..susah nk bawa budak2 kecik baya hakimi n aniq ni..pening makk