nuffnang

Selasa, 14 April 2015

passport kami..

Salam.. hi..

Excited sangat rasanya sekarang ni. Iye la , orang 1st time ada passport.. hehehe.. saya dengan Aniq je yang 1st time. Hubby dah passport kedua dia tak salah saya. 

Buat passport ni, kononnya nak melancong ke Bangkok hujung bulan ni. Insya Allah kalau ada rezeki, nak pergi 24-27 hari bulan ni. 

Saya ni bukan excited nak berjalan Kat sana tu. Lebih teruja ada passport sebenarnya..wahaha.. pelik bebenor rasanya. Sekejap² belek passport,kejap lagi tengok lagi. Ntah apa nak tengok tak tau. Habis dah segala tulisan dalam tu saya dah Baca.hehe

Passport kitorang.. :) hubby,saya and Aniq..


Owh,nak cerita jugalah pasal nak buat passport ni. Macam orang yang 1st time buat passport macam saya memang tak tau. Hubby pun tak tau sebab dulu yang uruskan passport dia,abang dia. Dia just ikut je. So, apa yang kita perlukan ialah gambar selain dari dokumen diri iaitu ic. Kalau anak kecil, digalakkan bawa surat beranak sebab walau boleh guna mykid, tapi takut mykid tu tak boleh baca. Nanti problem la kan.. baik nak mudah, bawa surat beranak siap².kita pun,kalau boleh pastikan lah mykad kita tu,boleh dibaca guna mesin. Kalau tak boleh baca,rasanya tak boleh buat la kan.. ke macam mana? Ada pengecualian ke? Bab ni saya tak tau..

 Lepas tu, gambar passport sekarang dah tak dibenarkan pakai yang latar biru macam dulu. Mesti latar putih. Kalau nak jimat,tak payah ambil gambar kat luar. Kat sana, free je. Cuma digalakkan anak kecil ambil gambar kat luar sebab payah nak ambil Kat sana. Takut makan masa lama,sebab budak kan payah sikit nak ambil gambar diorang.  Macam Aniq, susah nak suruh pandang camera. Camera pulak tak cukup rendah, kerusi tak cukup tinggi. Tu belum cerita dia turun naik kerusi , panjat itu ini. Sampai semput rasa kejar dia. Mujur tak ada orang time tu. Kalau tak jenuh la orang nak tunggu turn. Memang macam² Hal. Akhirnya,hubby ribakan Aniq,sambil dia kena tutup dengan kain putih. Aniq kena pakai tudung hitam,buat ala² baju sebab dia pakai baju warna coklat. Saya Kat depan camera,pegang handphone,pasang gambar cat nak bagi Aniq pandang camera. Fuh.. mencabar betul nak ambil gambar budak sorang ni..

Tambahan lagi, pakaian mesti warna hitam. Bagi lelaki,kena berkolar lah. Kalau pakai tudung,kena tudung hitam je. Kalau free hair, tapi rambut colour tu saya tak tau. Ok.. bagi yang pakai contact lens macam saya ni. Yang berwarna tu, kena buka bila bergambar. Bawa solution dengan casing siap². Untuk simpan lens tu. Jangan jadi macam saya, buka, letak Kat tisu basah. Tak basah pun,kering juga jadinya..ish.. kacau betul..

Bila dah siap ambil gambar tu,diorang bagi lah segala apa yang perlu,kertas tu hantar pada kaunter pembayaran pembayaran. Lepas 1 jam, dah boleh ambil passport kita yang dah siap. Mudah aje kan..saya dulu,punyalah takut ingatkan macam² Benda nak kena buat.

Bagi yang ada masalah macam pasport hilang sebelum tamat tempoh,diorang tak denda. Tapi dikenakan masa tahanan la,lebih kurang macam tu. Berapa lama tu,ikut pada budi bicara pegawai lah. Ada yang seminggu ditahan pasport baru. Ada 2 minggu. Bagi yang hilang,tapi  dah tamat tarikh,tak ada masalah. Buat baru je. Tak ada denda ,tak ada kena tahan. Kena jaga passport elok², kalau dah hilang,banyak benda kena buat. Leceh sangat. Saya tau sebab sebelum pergi,saya dah call dulu pejabat imegresen. 

Mujur sekarang dah ada UTC kan. Mudah je nak buat. Dah tak payah nak keluar hari bekerja. Diorang Kat UTC ni buka setiap hari,dari pagi pukul 9- 10 malam. Senang lah, nak pergi sabtu ke ahad ke , tak ada Hal punya. 


7 ulasan :

Puan Kutu berkata...

amboi nak pergi overseas lagi ada passport..akk pun tak pernah buat passport.en suami ada la..tu pun dah lama Tamat tempoh

azizah green line berkata...

sama je proses nk buat pasport yg warna biru tu ke sabah n sarawak..hakimi dulu pon kemain payah nk bgambar pasport..ms tu hakimi 3bulan..

Maria Firdz berkata...

Tak pernah ada passport lagi... Huhu

Sya Nadia berkata...

@Puan Kutu Sya kalau abg ipar x ajak ki.. x de juga passport..x de motif nak buat..hehe

Sya Nadia berkata...

@azizah green line oeh..sama eh..

Sya Nadia berkata...

@Maria Firdz x pe.. ada rezeki nanti adalah tu.. nak pergi umrah ke kan?

iryanty ahamad berkata...

angan2 akak belum tercapai nak buat pasport :-))