nuffnang

Khamis, 30 April 2015

cuti-cuti Bangkok. 1St day..

Salam.. hi semua...

Hari ni nak samBung cerita pasal percutian saya and family ke Bangkok last week. Memang seronok sangat sebab ada ramai orang. Kalau saya bertiga dengan hubby and Aniq je mesti kurang meriah . Lainlah kalau Aniq dah besar, tu mungkin best la kot..hehehe

Kitorang bertolak dari KLIA2 masa pagi jumaat dalam pukul 11 macam tu. Tak silap saya lah. Lupa dah. Kitorang lambat sikit sebab menunggu anak sedara hubby, si Sabrina yang masih belum ambil pasport dia. Mujur sempat sampai ,kalau x tinggal lah dia..kesian.. 

KLIA 2..



Masa kat dalam flight tu, Aniq kerjanya meragam aje. Iye la. Sempit dalam tu kan. Rimas lah dia. Lagi² bila kena pakai seat belt, lagi teruk menjerit. Aih.. geram tak terhingga rasa. Tapi, sabar.. sabar.. dia budak kecil yang tak faham apa² lagi kan.. masa dah nak masuk ruang udara udaraThailand angin kencang kuat giler sampai gegar kapal terbang. Saya dah takut dah. Udah la sebelum fly dah kena sakat dengan abang Abot and my hubby . Mentang² lah saya ni 1st time naik kapal terbang. Ditakut- takutkan pulak. Bila bergegar tu, teringat la apa yang diorang dok usik² tu. Takut, tapi buat macam cool je. Selamba je. Padahal dalam hati, rasa nak pecah dada. Teringat pulak pasal kes² kapal terbang terhempas, lagi la ngeri..

Bila dah lepas pada angin tu, dapatlah kapal terbang mendarat elok. Alhamdulillah, selamat sampai. Rasa nak nangis jap masa tu. Tapi tak boleh la kan.. malu lah nanti..Hehe. airport Kat sini tak secanggih airport kita. Tapi cara kerja diorang ni sangat bagus berbanding orang Malaysia buat kerja. Cepat and sangat mudah membantu walau kita tak minta. Kalau Kat Malaysia walau kita minta, belum tentu dibantunya. Huh, geram. Menyampah pun ada.

Urusan untuk cop passport apa semua memang mudah and cepat. Jadi kitorang dapat cepat cari taxi and gerak ke condo yang abang abot dah sewa. Sepanjang perjalanan tu tengok bangunan semua rasa sama je macam Kat KL. Cuma sistem pendawaian diorang je nampak ngeri. Kalau Kat Malaysia kita dah underground, diorang masih sistem lama. Wayar berselirat sana sini, atas pokok la. Menakutkan la juga..Hehe. betullah, jauh perjalnan luas pemandangan. Tapi best Kat sana,pokok cantik². Mudah nak jumpa pokok. Kat mana² ceruk pun walau sempit , tetap ada pokok. Kata mak, Thai memang terkenal dengan agro culture yang canggih.  Teknologi dalam bidang tumbuhan ni banyak datang dari Thailand. So, tak peliklah Negara dia penuh pokok yang cantik and subur. Gambar? Tak ambil pun sebab Aniq masih bad mood.. meragam..

Bukan gambar saya.. Sumber: google

Lebih kurang pukul 1 kitorang sampai condo. Dah set masa siap² sebab waktu Thailand, lambat 1 jam dari masa Malaysia. Dah siap solat zohor semua. Rehat². Petang sikit, kitorang keluar makan. 1St destination kitorang pergi dinner Kat foodloft. Makan x best sangat. Tapi tempat mahal and kira canggih la jugak.  Masuk² je dia bg card. Kita pergi je mana² kedai kita nak makan. Dah order, bg card tu. Dia scan la. Nanti dah keluar baru bagi kat kaunter bayar. Bayar Kat situ. Yang tak best,payah nak dapat makanan halal Kat situ. Makan aje la apa yang ada. Asalkan perut perut berisi. Balik dari makan, kitorang shopping barang dapur.kononnya,a nak masak. Best betul shopping barang dapur. Segala macam jenis sayur ada & segar² macam baru petik. Aih   Rasa nak borong borong bawa balik je. Hehe. Masa tu cari sos cili juga. Langsung tak ada yang macam kita sekalipun yang jenama macam megi ke Kimball ke. Semua tak ada. Bantai he beli yang bukan² janji ada halal. Rasa dia memang tak best lah. Tapi tak ada pilihan.


Malam, semua dah letih. Masa untuk rehat pulak. 1St day tu rasa biasa je la. Sebab tak kemana- mana and tak ada aktiviti sangat selain shopping barang dapur and makan. 

Hurm..Ok la.. panjang lebar dah cerita. Nanti saya cerita lagi ye.. dah tengah malam ni. Aniq pun dah merengek. Good night semua.. Tata.. love u all.. ;)

3 ulasan :

iryanty ahamad berkata...

aniq tak sedap badan kot sya...

gerun pulak akak bila baca catatn sya pasal kapal terbang bergoncang bila angin tiup...alhamdulilah tak apa2..

Puan Kutu berkata...

Kita yg tua ni pun nervous nek belon..inikan pulak aniq..sian dia.hehe

azizah green line berkata...

tu la jauh kan bangkok risau naik kapal terbang dgn cuaca gitu..naik flight ke sabah pon kdg2 gerun..