nuffnang

Jumaat, 1 Mei 2015

Cuti² Bangkok, hari kedua..

Salam
. Hi semua.. selamat pagi kawan²..

Wahh.. mood ceria nampak kan.. Hehe.. biasalah.. kalau tak ceria tak best lah hidup kan.. Eh.. korang cuti ke kerja? Pada yang cuti syok la.. selamat bercuti ye. Hubby I kena kerja. Sebab nak buat preparation untuk majlis pecah tanah Kat site dia ahad ni. Aih, kacau je orang nak cuti kan..

Actually, saya nak sambung story pasal cuti² kitorang baru ni. Nak cerita 2nd day pulak. Ok, Kat sana, masuk waktu awal tau. Pukul 5.30 dah masuk subuh. Iye la, kalau ikut jam Malaysia dah pukul 6.30 la waktu tu. 5.30 tu terang dah macam dah nak siang. So, dari lepas solat  nak tunggu pukul 8 untuk keluar sarapan, lambat sangat je rasa.so, makan dulu sikit² apa ada Kat rumah. Pukul 8 dah nak keluar. Masa ni nak p floating market ataupun pasar terapung yang femes tu. Kena p awal sana. Kalau x, dah tak ada apa sangat.

Jualan bunga Kat floating market


Bunga cantik²

Sampai² je nampak banyak sangat bunga. Cantik². Tapi tak boleh beli sebab tak dapat bawa balik pun nanti. Jadi, berposing saman aje la kat bunga² tu. Tapi ni bukan atas air. Atas jalan raya je. Rasa sama macam pasar tani kita Kat sinilah. Dah puas jalan, abang Abot ajak naik bot pulak. Susur sepanjang sungai tu. Tapi dah nak tengah hari,kenalah makan dulu. Tak banyak makanan halal Kat sini. Last nya jumpa juga. Boleh tahan la bihun sup dia. Tapi masa saya makan, bot dah sampai. Tak sempat habis makan lagi.



Masa susur sungai tu, dia masuk terusan² yang ada Kat situ. Lalu depan rumah orang apa semua. Terusan² ni semua ada nama. Mula² memang seronok. Ada berhenti Kat ladang orked,Kat tample. Tapi dah lepas tu,bosan dah. Sya siap tidur lagi. Aniq pun tidur. 

Lama kitorang Kat floating market ni. Sampai tengah hari. Naik bot tu pun dah 2 jam. Tu yg bosan tu. Balik dari sana,terus masuk condo,tidur.  Petang lepas asar baru keluar. Kali ni nak p MBK Centre pulak. Ni tempat borong favorite orang Malaysia. Ramai kitorang jumpa. Kat sini hubby banyak borong baju untuk dia. Katanya corak & design cantik².  Murah kalau ambil byk. Apa lagi , memborong la dia. Baguslah, sebab saya kan selalu bebel Kat dia suruh beli baju.. Kali ni tak payah suruh, laju je dia beli.


Dinner kitorang makan Kat MBK ni juga. Best, banyak makanan halal Kat sini. Makanan pun sedap. Kitorang makan Kat Yana Restaurant.  Waiter dia pandai cakap melayu. Layanan bagus, makanan sedap. Boleh bagi 4 bintang tau.. sape datang MBK ni mesti kena try makan Kat Yana ni.

Lepas makan dinner. Dah kenyang, dah penat. Apa lagi, masa untuk balik lah. Solar and rehat. Esok nak jalan lagi...

So, cerita ni kita sambung esok pulak ye..  Bye² semua.. selamat hari pekerja.. 

6 ulasan :

Aisy Nasiha berkata...

Waaaa.. seronoknya tengok bunga2 segar ni. Duduk lama kat kawasan bunga ni pun tak pe tu..

Maria Firdz berkata...

Wah.. seronoknya jenjalan...

iryanty ahamad berkata...

2 jam atas bot..kalau akak pun tido..:-))

ada ole2 lebih tak...:-P

Puan Kutu berkata...

Wah bab makanan ni yang akk suka..dpt pulak pelayan pandai cakap melayu..best la! Bunga2 tu cantiknya..sakan ur hubby belanja baju ye..:)

azizah green line berkata...

seronoknya jenjalan..heheh

Ahmad Affendi berkata...

Solar dan rehat?. Solar tu apa ye