nuffnang

Sabtu, 2 Mei 2015

cuti² Bangkok baru ke 3 dah 4..

Salam.. hi semua..

Apa khabar semua? Sihat tak? Saya 1 family tak sihat. Saya dengan Aniq kena selsema. Teruk jugalah. Hubby pulak Sakit kepala. Kesian dia. Dah la pening pasal majlis pecah tanah Kat site esok. Tak boleh nak cuti pun.

Kitorang dalam skytrain. Sama je mcm lrt kita..
Sambung story bercuti lagi. Untuk baru ke tiga and ke 4 terus.  Masa baru ke 3 tu, hari ahad. Biasanya akan ada orang berniaga macam pasar Kat chatuchak. Diorang panggil chatuchak market. Kalau Kat Malaysia saya tak tau panggil apa, tp Kat Rompin kita ada pasar ahad. Sama macam Kat chatuchak market ni la. Macam² barang ada. Masa nak p sini, kitorang naik skytrain sekali lg. Kitorang ni tak pernah p,abang Abot dengan Peter pun tak pernah p naik train. So, tersesat jap. Tapi bagus pegawai yang bertugas  tu, dia nampak je kita dok tercari - cari, terus dia bagi bantuan. Sangat² bagus diorang ni. Kalau Kat Malaysia macam ni kan bagus. Ni tak, selalu pandang sebelah mata je. Hmm.. bukan nak bangga kan negara orang.cuma kagum dengan sikap & cara kerja diorang. Kata abang Abot , best Kat Thailand sebab orang² nya peramah, suka tolong orang. Macam tu la bagus kan. 

Ok, masa sampai Kat chatuchak market ni, baru pukul 10 ke 11 macam tu la. Tapi dah panas giler kau. Sebab orang terlampau ramai. Keadaan tak selesa sungguh. Baru masuk 1/2 jam semua dah pakat nak.keluar. tak tahan. Hubby I dah macam mandi. Habis baju dia basah. Lencun kau.. sekejap Kat situ dah berbotol air kitorang minum. Panas tak tahan. Tapi masa masuk tu, sempat juga saya beli keluar jeans Aniq. 2 helai.  Murah dah tu, tapi Peter kata tawar menawar lagi boleh dapat lagi murah. Tapi masa tu saya sorang je berurusan. Pulak bahasa inggeris diorang mmg boleh kata tak faham. Pening saya nak tawar menawar. Lantak lah. Harga asal pun dah cukup murah. Ok la kan.. sepasang jeans tu harga rm35. Dapat harga rm27. Mana nak dapat Kat Malaysia harga tu. Kualiti pun cun tu.. 

Dah dapat seluar, kitorang keluar. Nak p semula Kat MBK. Sana tu mall, ada air cond, tak de lah hubby saya lencun dengan peluh. Hubby nak naik tuk tuk macam malam sebelum tu. Tapi abang suruh naik teksi juga. Untuk keselesaan.  Naik tuk tuk siang hari,bawa anak adalah sangat tak sesuai ye.. panas and berhabuk nanti.

Lastnya, shopping katMBK aje la. Dapatlah cari souvenirs sikit².  Cari handbag untuk umy saya jugak. Saya try tawar harga handbag tu, drpd harga 1200 baht, saya dapat 800baht je. Kira ok la untuk saya yang 1 st time ni kan.. saya sempat buat Thai massage juga. Boleh tahan Sakit oii.. tak nak dah saya.hahaha..

Sampai petang Kat sana, lepas tu balik. Sebelum tu kitorang makan dulu la. Masih Kat tempat makan Kat MBK tu, tapi bukan Kat Yana. Saje try yang lain. Sedap juga. Boleh tahan. Puas hati makan Kat sana.balik tu, rehat & solat. Pukul 6 kitorang turun p swimming pool pulak.  Barulah masa tu nampak ada sauna. Kalau tahu dr awal, mau saya dah buat dari 1st day sampai. Ish².  Terlepas peluang best.

Lepas maghrib, kitorang keluar makan. Ingat nak makan tempat biasa je. Sekali Peter bawa Kat halal Indian restaurant la. Fine dining pulak tu. Kan ada cara² kalau nak makan Kat situ. Yang Aniq ni tak nak duduk diam. Mana boleh la. Last² saya bawa dia keluar masa orang makan. Berganti dengan hubby. Saya ni masa.Kat luar tu,rasa memang tak kan makan la sebab Indian food, bukan saya suka pun. Tapi bila dah rasa, sedap rupanya. Tp jenis tempat mahal macam tu bukan kenyang makan. Sikit je makan. Tak best la. 

Balik pada makan, ki
Masa naik tuk tuk . Best..
torang naik tuk tuk jalan² round bandar. Nak tengok palace. Ya Allah, memang cantik giler la. Memang tak rugi datang tengok walau tak boleh masuk.  Memang cantik. Orang Thailand ni sayang Raja diorang sangat². Kalau jalan² Kat sepanjang jalan tu ada gambar princess diorang. Dalam teksi pun ada. Kebanyakan nya memang ada lah simpan. Macam tu punya sayang kan.. kita sayang juga, tapi tak lah macam diorang. Tapi saya tak tahu lah kalau ada sebab² lain kenapa diorang simpan tu.

Malam tu dah penat, nak kemas barang lagi. Sebab flight kitorang hari isnin pukul 11 pagi waktu Thailand. Esok pagi tu,mengemas barang aje la. Tak kemana mana dah. 10.45am dah tercongok Kat airport. Kat sini masih pakai style lama, angkut penumpang naik bas,baru naik kapal terbang. Ok aje la. Pengalaman baru buat saya sebab Kat Malaysia, airport kita dah canggih. Dia sambung terus jalan dari tempat menunggu ke dalam kapal terbang. 

Masa dah gerak tu semuanya ok. Cuaca baik. Cuma cuaca Aniq je tak ok. Meragam lagi. Nangis² pulak dia. Tapi masa dah nak sampai, cuaca tak elok. Ha, masa ni takut. Kapal terbang yang dah nak turun tu, naik balik. Pusing sana sini sebab nak elak angin kencang & awan. Masa tu dah kecut perut saya. Lama kitorang Kat atas tu. Bila dah selamat, baru turun. Mengerikan,menakutkan semua ada. Tapi dah sampai,jejak kaki Kat bumi Malaysia ni, rasa lega.  Cuma jadi Sakit hari pulak dengan pegawai imegresen yang bertugas. Langsung tak bekerja sama nak percepatkan orang nak keluar. Saya dengan Aniq masuk lane lain yg memang untuk baby. Procedure dia lain,langsung dia tak cakap apa nak buat. Biar je kita tercongok depan dia. Bila Tanya dia diam je. Main handphone kata hubby. Melampau sangat lah kan. Sakit hati. Pergi dengan balik ada je.pengalaman buruk dengan pegawai imegresen Malaysia yang sombong ni. Mana lah saya tak kata orang Thai lebih baik & bagus.

3 ulasan :

Aisy Nasiha berkata...

Alahai.. baca bab imegresen malaysia ni sama macam kes kami hari tu.. pun sama.. geram juga tp dah lepas biar kan jelah..

Best juga naik tuk tuk ya. Budak berdua ni suka sangat dpaat naik 2 kali.

Sungguu banyak seluruh tempat gambar raja diorang kan. Semangat patriotik tinggi sebab tu agaknya..

Puan Kutu berkata...

Cuaca panas sampai lenncun baju..sian aniq ye..pengalaman kt tempat org bila jumpa org baik ni best kan..imegresen kita mmg byk acam tu.bawak bersabar je la..kadang2 kerana nila beberapa titik..rosak susu sebelanga..tak pasal2 org malaysia dicop tak beradab kan.hahaha..ops..bukan semua!

Unknown berkata...

tu yg org kata org malaysia ni xde adab..emm berbudi bahasa la sikit..