nuffnang

Rabu, 29 April 2015

salah nombor..

Salam.. hi..

Saya ni dah banyak hari dapat panggilan dari nombor² tak dikenali mencari orang² yang saya pun tak kenal. Mula² rasa biasa je sebab iye la, mungkin tuan punya nombor ni dulu tak bagi tahu kawan² dia yang dia dah tak pakai nombor ni. Saya pulak, beli nombor ni masa nombor lama saya hilang. Dah 3x buat sim card baru, letih dah saya. Rasanya nombor tu dah tak nak dengan saya kot. So, saya pakai je nombor lain. Tapi tak sangka pulak leceh nya sampai macam ni.



Jangan kata orang biasa je cari. Bank pun ada call. Ada juga dari tah mana² call cari nama yang tak pernah saya dengar pun.  Semalam pun sama, 4x orang call cari orang lain. Dah la sorang tu call banyak kali, tak percaya agaknya saya kata tak kenal siapa yang dicari tu. Hari ni pun ada lagi. Serabut pun ada. Nombor ni dah setahun lebih saya pakai, masih lagi orang yang sana tu call saya cari kawan dia tu . 

Apa lah agaknya saya nak buat supaya orang ni percaya. Hurm.. 

2 ulasan :

iryanty ahamad berkata...

buat macam akak...bila ada no tak kenali dan org yang sama call..jangan layan..ataupun kalau ada hubby suruh hubby je jawab :-))

azizah green line berkata...

kalau org nombor pelik mmg xangkat la.