nuffnang

Rabu, 15 April 2015

pesta songkran dalam site office

Salam.. hi..

Semalam kan  Orang hari tahun baru orang Thai. Pada tahun baru ni, orang sana akan buat pesta  songkran. Biasanya kalau dah nama tahun baru diorang, mesti orang dia la yang sambut kan. And mestilah Kat Negara dia aje kan? Huhu... salah!! Wekkk...  memanglah orang dia yang sambut,tapi tak kisah duduk mana,diorang sambut juga. Macam cerita saya semalam.

Ok,kisahnya hubby bagi tau yang semalam nak kena buka kedai burger Kat office main con. Katanya ada majlis. Hurm,saya ok je. Bila hubby bagi tau saya,maknanya saya lah yang nak kena handle kedai. Semua orang kerja kecuali saya. So, saya jaga. Ok je.

Petang semalam, dalam pukul 4 saya sampai office. Apa pun tak ada lagi. Orang pun tak ada. Saya dok fikir,apa yang diorang nak buat. Kata ada majlis. Tak apa lah, saya settle kan kedai dulu. Sambil mengemas tu mula dah orang datang. Tak lama lepas tu muncul bos ² besar. Macam Mr Chan, Mr Vasi. Lepas tu ramai budak Myanmar berkumpul Kat situ. Lelaki,perempuan semua ada lah.

Tengah kitorang mula masak, diorang dah start pasang lagu. Kawan hubby yang sama² buat burger ni, saiful  ni Tanya saya. "Biasakan dengan diorang ni?" Saya kata tak biasa. Saiful tambah lagi. " kejap lagi mabuk la semua ni" huhu... takut oo,saya dengar. Wei, rasa nak lari je. Dah la laki I kerja lagi.......



Tapi saya buat relax . Konon² tak ada apa². Sekali dengar orang jerit. Rupanya dah kena simbah air.. Hahaha.... happy songkran katanya.. hampeh.. sambut songkran,patutlah dok pasang lagu ² Myanmar,Thai semua. Habis semua yang Kat situ kena simbah air termasuk Mr vasi..huahuahua.. boss hubby saya pun kena,asalnya dia datang nak ambil gambar je.

Kemudian hubby saya datang. Waahh.. rasa selamat lah sikit. Saiful yang tolong hantar makanan tadi Kat boss dah lencun juga kena simbah. Saya dengan hubby handle kedai. Memang jangka tak kena lah. Tapi tetiba muncul boss dari belakang,simbah 1 bekas air Kat hubby. Menjerit saya..hampeh,basah sekali.. lepas tu muncul sorang lagi dari belakang saya,simbah air Kat saya!! Grrr... ni  saja nak buat saya marah. Tapi boleh tahan lagi. Hurm.. tak nak la basah².. orang nak buat kerja.diorang ni pun..tak agak².

 Ingat dah settle, sekali datang lagi orang yang sama,simbah lagi air Kat saya. Kali ni saya marah!! Saya jerit kuat² kata tak nak. Ee.. mmg tak beragak la diorang ni.. geram saya! Hubby cakap cool je..sesekali je kena. Ok,saya cool. Tapi tak cool mana pun,masih mengomel geram juga.

Saya cakap pada hubby,abang abot dah ada Kat Bangkok. Hari tu dia ajak kitorang ke sana. Saya tak setuju sebab tak nak kena simbah air masa diorang sambut songkran. Sekali tak payah tunggu p sana,Kat muadzam pun dah kena simbah.  Hurm,tak dapat lari juga.. sabar aje la.

Basah meja,sebab kena simbah.air kena juga Kat burger.


Budak² ni Kebanyakannya dah mabuk. Seriously, saya risau tengok keadaan diorang tu. Jalan pun dah tak betul. Saya tak dapat la nak ambil gambar banyak² sebab tengah buat kerja kan.. tapi tak nak la ambil gambar diorang..buat apa..hahaha

6 ulasan :

azizah green line berkata...

takut gak camtu..nasib la hubby sya ada kan..

Bunda a.k.a KN berkata...

Owh yea ke sampai mabuk2 camtu...meriah lah tu...budaya dorang yang dibawa kemana2 saja...kita tumpang tengok dan silap2 tumpag lencun satu badan samakan ...haha

Salam dari BUNDA..

Sya Nadia berkata...

@azizah green line aah..jijah.. mujur dia ada..kalau x, sya lari dah..dah mabuk tu, siap egang kita nak simbah air..geram je saya

Sya Nadia berkata...

@Bunda a.k.a KN orang lain lencun dah bonda.. haha..kami basah sikit2 je..

Puan Kutu berkata...

adoila budaya orang..kita hanya mampu tengok je la..tak pasal2 banjir sekali..sabaq ya sya.hehe

iryanty ahamad berkata...

sian adik sya..kna simbah air ye...

bahaya kalau orang mabuk...mujur sya ada hubby teman :-))