nuffnang

Khamis, 16 April 2015

cermin mata baru..

Salam.. hi..


Saya ni rabun yang teruk. Sebelah kanan dah 400 lebih. Belah kiri 350 macam tu. Silau ada, tapi lupa dah berapa. Tapi saya ni bukan jenis yang suka pakai cermin mata. Cerewet yang amat. Paling lama saya pakai adalah berbulan juga. Tapi tak pernah ada sampai setahun. Paling sekejap,seminggu.. patah dah..haha.. mengamuk abah saya.

Lepas saya kerja,saya dah tekad tak nak pakai cermin mata. Saya nak pakai contact lens je. Boleh tukar macam² warna yang saya nak. Boleh ada corak macam². Hehe.best².. akhirnya dapat juga. Mula² pakai memang teruja la. Tapi dah lama² jemu. Sebab nak kena sentiasa peka dah berapa lama pakai. 8 jam paling maksimum. Tapi saya ni jenis mata kering. 4,5 kan je dah kering. Jadi kena buka. Leceh kan?



So, kebetulan baru² ni my hubby buat cermin mata baru akibat cerMin mata lama dia anak soleh kitorang dah patahkan. Dah dia buat,saya pun nak buat juga. Puas round kedai, saya dapat lah 1. Nak kata ok sangat pun tak adalah. Tapi kalau tak beli, next time saya tak kan masuk kedai cermin mata lagi sebab cerewet sangat. Masuk pun sebab nak beli lens je. So,dah ada tu,saya redha aje.tak ok sangat pun kena pakai juga. Bukan 24jam pun kena pakai. Lagi pun masih boleh pakai contact lens juga.

Masa saya dengan hubby try bingkai mana nak,Aniq pun nak try juga. Senyap ² dia tarik dari dalam laci, dia pakai. Haha.. meniru meniru betul si soleh ni.. saya tangkap gambar dia. Tapi balik rumah,dah kena delete pulak dengan anak soleh saya ni . Haih..

Ni kotak nya.. lawa.. saya suka..

Ni  la cermin mata baru saya..

Saya pilih cermin yang jenis mesra computer tu. Mahal la sikit tapi harap nya ok la. Hubby pulak ambil yang boleh tukar warna bila dalam cahaya berlainan. Bila ada matahari  dia jadi gelap. Banyak jenis rupanya. Makin nipis cermin,makin mahal lah.kalau tambah dengan tahan calar lagi mahal. Yang saya punya memang sedia datang dengan yang tahan  calar . 


Tapi dah dapat malam tadi, rasa lain macam pulak.berpinar - pinar rasa. Biasa je kalau mula- mula pakai. Tapi ni dah Berjam- kan pakai masih pening. Nampaknya esok nak kena hantar Kat kedai balik. Tengok apa yang nak kena buat. Jangan kena tambah duit sudah la. Ish.. harap² sangat tak kena tambah duit. 

4 ulasan :

Puan Kutu berkata...

cermin mata Sekarang memang mahal..yg biasa pun mahal,inikan pulak yg banyak pesen.bahaya gak tu pening..

azizah green line berkata...

cantiknya kotak dia..hehe mata ni kena jaga2 kan.

Aisy Nasiha berkata...

Payah juga kalau ada kesan sampingan ya.. abis bawa ke kedai tu apa penyelesaian? Moga cepat jumpa penyelesaian ya.. payah kalau tak berapa nampak kan.. kawan sebelah akak di sek tu, jenis malas pakai spek gak, ada masa kalau tegur dr jauh dia senyum je dh dekat baru bcakap..sebabnya dia tak cam dari jauh..

iryanty ahamad berkata...

anak soleh jangan nakal2 ye... :-))