nuffnang

Isnin, 20 April 2015

cuti² family..

Salam.. hi semua..

2 hari saya tak update blog. Rindu rasanya.. hehe. Bukan apa, seroNok sangat bercuti sampai tak cukup masa nak menghadap handphone lama². Ni dah balik rumah pun rasa penat belum hilang lagi.

Alkisahnya, 2 hari kitorang bercuti 1 family besar hubby A Famosa Resort. Sebab abang ipar saya yang kerja Kat UK tu balik, dia nak  bawa semua bercuti. Awal² lagi dah booking 2 villa Kat sana. Kononnya petang jumaat semua dah sampai, malam tu buat bbq. Tapi tak pun, family abang ipar yang berdua tu pun pukul 10 malam baru sampai. Macam² Hal sekolah anak,jem semua memang tak ada dapat sampai awal. Saya and hubby lagi best, pukul  4 pagi baru gerak dari rumah. Sampai resort tepat pukul 8 pagi. Penatnya,dengan tak cukup tidur sebab tunggu hubby siap kan bayar gaji pekerja.

Kat depan setiap villa ni ada kolam renang, walaupun penat berjalan, saya dengan Aniq tak.lepas peluang berendam juga. Best la sebab ramai kan.. Aniq yang tak suka air sejuk pun akhirnya seronok juga.

Besar kolam dia.dalam 3 kaki lebih..


Tengah hari pulak semua nak pergi water world. Dari villa tu dekat je sebab dalam kawasan tu juga.  Saya dengan hubby ingat nak p safari, kitorang tak adalah bawa baju. Rupanya nak.main air. Aiseh kenalah beli baju. Habis rm300 dalam tu beli pakaian. Mahal giler.. air mineral pun rm3.50 sebotol kecil yang 500ml tu. Ticket masuk water world tu katanya semua sekali rm800, saya tak tahu siapa yang bayar. Sama ada keluar duit sikit sorang ke abang abot belanja atau pun kawan dia si mat saleh, Peter tu. Peter ni dengan family memang dah rapat, macam family sendiri. Sebab tu kalau apa² dia tak lokek keluar duit. Lagi pun duit diorang kan lagi Mahal cari duit kita. Kita rm800 , diorang baru dalam 170 pound je. Hehe tapi ntah, lupa nak Tanya hubby sape yang bayar.

Yang kiri tu abang Abot yang sebelah tu Peter.

Anak² dah ready dengan pelampung 


Budak² ni pulak, seronok la dapat main air. Dari tengah hari sampai petang tak naik² lagi. Makan pun lupa. Masa bebudak main air,nak ayah pun nak juga. Sempatlah kitorang main permainan yang extreme Kat situ. Mula² naik yang giant ice cream. Takutnya ya Allah, rasa nak tercabut jantung. Taubat dah, tak nak naik. Yang kedua naik yang family ride tu. Yang ni tak takut. Ok je. Tapi tak seronok sangat pun,biasa  je. 

Petang pukul 6.30 baru balik. Marah betul MIL saya. Sebab lambat solat. Saya awal² lagi dah siap tukar baju kononnya nak.balik,tapi dah semua budak tak nak naik lagi.lambat jugalah. Mujur Aniq tak meragam sangat sebab dia baru bangun tidur. Penat main air punya pasal.

Baby boy saya tertidur lepas penat main air..


Malam tu buat bbq. Budak² semua dah pengsan dah. Tak sempat makan pun. 30 ekor udang galah yang kitorang bawa tu rupanya tak cukup..haha... tak sangka. Mungkin sebab baru lepas keluar air,lapar lapar lah jadinya .

Ni baru cerita hari sabtu. Penatnya yang amat. Sakit kaki tangan badan semua. Nanti lah sambung cerita k..Tata..

6 ulasan :

iryanty ahamad berkata...

sesekali kumpul macam nie best kan sya....

alolo kesian anak soleh keletihan :-)) syang sikit kat pipi anak soleh..tenang je tidurnya..

Azi Azidah berkata...

mahal bju smpi rm300. pernah pi sini masa family day tp xmndi pn sbb pi sorg jer ank2 xikut. main air bebudak mmg suka

Syahida Yep berkata...

Wahh..puas hati gather2 mcm ni..lengkap pakej main air, bbq, tido villa...terbaekk!

akhirnya, pgi ke tak, safari tuu?

lia ummiirfan berkata...

syoknya buat bbq.. tapi betul tu, balik bercuti, penat nak hilang amik masa 2-3 hari gak.. huhu,,

nur anis berkata...

seronoknyaa...

azizah green line berkata...

tu dia..bestnya sesekali2 family gathering camni