nuffnang

Rabu, 26 Februari 2014

Cubaan nak menipu....!!

Wow!!!!!!!

Ada orang nak bagi saya duit..yoohhoooo.... bestnya.. Banyak pula tu nak bagi.. Tak sangka ada orang yang 'sangat2' pemurah macam ni yek.. Padahal saya tak kenal pun orang tu..

Sebenarnya tak payah la korang percaya apa saya tulis tu. Tipu aje,siapa yang nak bagi duit kat orang yang tak dikenali kan??  Kalau tiba-tiba ada orang yang tak dikenali nak bagi duit,banyak pula tu, lebih baik korang selidik dulu.. Nampak sangat ada unsur2 bahaya kat situ.

Ni saya baru dapat email. Katanya nak bagi saya duit..  £ 2,000,000.00 *Dua Juta Pounds* tu..Banyaknyalah dia nak bagi.. Eleh, iyela tu..tak percaya langsung.. Ni emailnya..cuba korang baca..



Geram aje saya baca ni.. Rasa nak lempang je orang atau 'hantu' yang hantar ni. Nak menipulah sangat tu.. Ada lagi satu email dalam bahasa inggeris dihantar beberapa hari lepas email yang kat atas ni. Ayat lebih kurang je. Ikutkan sakit hati, nak aje saya balas, tapi ntahlah, rasa takutlah pulak tetiba..hehe.. * tadi macam berani sangat yekk..hihi.*

Saya terfikirlah,  andai kata ada orang yang dapat email ni and percaya. kesian kat orang tu kan.. jahat la dorang ni.. Memang tak ada hati perut langsung.. Sesedap rasa je nak menipu orang. Nanti tuhan balas balik, baru dorang rasa..Ish...geramlah!!! 

p/s : sorry, ada kata-kata kasar dalam entry ni.. Saya betul-betul geram. dah banyak sangat cubaan nak menipu macam ni kat saya. 

9 ulasan :

Rai Ourkizuna berkata...

baru boleh komen.. yay~~

Sya Nadia berkata...

@Rai Ourkizuna alhmdulillah.. :)

Aisy Nasiha berkata...

Memang jahatla orang mcm ni. Menipu je kerjanya..

Sya Nadia berkata...

@Aisy Nasiha itulah yg sy geram sgt tu..sampai hati betul dorang yek.. :(

Pha Is berkata...

nasib baik tak mudah terperdaya..

aswadz berkata...

scam sumer nih. ntah2 org nigeria yg tulis kot. nmpk cam terabur je sesetengah word dia.

Puan Kutu berkata...

dah sampai ratus kali apa dpt email camni..dh tu ada plak yg kol konon dr maxis,ckp pun dh tau pelat org asing..bila kata takmau terima hadiah tu terus letak..nmpk sgt pembohong..dh takde cara lain ke nak menipu?huhu

Sya Nadia berkata...

@Puan Kutu ee..geramnya rasa..jahat la dorng ni kan..

msredcheesecake berkata...

selalu dpt email camni... dah kaya billion2 dah akk ni...hhee