nuffnang

Rabu, 12 Februari 2014

Kenapa Pilih Susu Mahal?

Sebelum ni saya ada buat entry pasal harga susu Aniq. Korang boleh tengok harganya kat sini.  Sebab harganya agak mengejutkan ramai jugalah yang tanya kenapa minum susu mahal sangat tu. Cubalah susu yang lagi murah. Contohnya Anmum. harganya lebih murah.

Sayangnya bukan saya tak nak. Saya nak sangat, lagi-lagi kalau boleh berjimat. tapi ni bukanlah keputusan saya. Ini cadangan doktor sebab masalah berat badan Aniq yang tak naik-naik. Masa tu graf berat badan dia dah sampai kat merah. Sedih saya masa tu, orang fikir saya saje tak bagi anak makan secukupnya. Mujur doktor faham saya, sebab tu doktor suruh saya tukar susu.

Asalnya doktor suggest saya tukar susu yang tinggi kandungan nutrientnya. Mungkin dengan tu dapat membantu menaikkan berat badan Aniq si anak soleh saya  ni. Puas la memikirkan susu apa yang nak dibagi, tapi dalam masa yang sama susu badan akan tetap diteruskan. Berselang seli dengan susu formula yang nak diberi nanti.


Lastnya kawan saya suggest Enfalac. Katanya anak dia pun minum susu enfalac ni dari baby sampai la sekarang dah umur 1 tahun lebih. Tak ada masalah, berat badan naik ok, sihat. Mula pada tu la Aniq mula minum susu enfalac. Terfikir juga nak tukar sebab mahal sangat pada kami, tapi risau pula pasal Aniq. Jadi, tahan je la dulu. Bila dah besar sikit, susu akan jadi semakin murah.

Susu ni kalau beli dekat tunas manja, harganya lebih murah. Jimat dalam 7 ringgit macam tu. Harga asal Rm147.90. Kat tempat lain saya tak pasti. Rasanya lebih mahal.

8 ulasan :

Rai Ourkizuna berkata...

aniq da boleh makan kan.. try bagi nutrition dense food.. susu mmg penting.. lepas tu since bagi susu badan lagi, sya boleh juga makan makanan yg kaya dengan omega 3 (or ambik supplement)..

bagi virgin coconut oil pun bagus gak.. aisy saya bagi vco..satu sudu sehari..tapi pakai syringe la..hehehe

Sya Nadia berkata...

sy bg juga vco kak.. naik juga berat dia, tp xbyk la..nurse pun suruh bg vco juga spya pmkanan dia lengkap..

Puan Kutu berkata...

aduh buat sy risau pulak afia org tegur makin kurus..so far graf mash lg ok..da makan lalu..fully bf lagi buat masa skang..

mmg mahal kan susu skang ni..sy dulu bg aiman anmum pun dh rasa mahal sgt..tukar pakai dutch lady je..skang ni dh berapa taun msti lagi mahal anmum pun

Sya Nadia berkata...

seronoknya dapat fully bf anak kak muni..saya ni smngat nak mnyusukan tu dah kelaut agaknya..asyik kena gigit aje..skrg dah mkin jrg susu badan..

Pha Is berkata...

waa.. saya yg x kahwin lagi ni pun dah risau..

Sya Nadia berkata...

sy yg dah kawin ni pun masih risau pha is..

QasehnyaRania berkata...

tunas manja kuantan ke?hihi
xpa la janji itu yg terbaik buat aniq kan

ruz sensei berkata...

Mhlnye tunas manje.sy kat tawau br rm144.20.patut hrge kat sabah lg mhl dr semenanjung.blk ry ni kene bwk bekalla dr sini nmpknye.huhuhu