nuffnang

Sabtu, 22 Februari 2014

Cara saya~ Naikkan Semangat Berblog

Dalam bulan lepas saya update entry dalam berapa ketoi je. Awal bulan feb ni lagi lah teruk, ponteng aje memanjang. Rasa malas betul nak update entry. Nak buka blog pun malas. Tak tahulah kenapa. Saya dah mulalah berangan nak cuti update entry lama sikit. Tapi rasa semacam pulak, tak ada update pun masih ada yang view blog huduh saya ni.

Jadi, saya pun mulalah nak menaip balik. Cerita banyak, tapi bila dah mula menaip satu story, belum habis lagi saya dah bosan. saya padam, saya off pc. Lepas tu tidur. Itula kerja saya tiap-tiap hari. Tapi satu hari tu saya kuatkan semangat nak menulis juga. Saya dah rangka satu entry dalam otak, lepas tu nak tulis lah. Puas lah tulis padam, tulis padam. Akhirnya siap juga. Pada saya entry tu memang teruklah, tapi saya publish juga.

Lepas tu dah rasa lega sikit, kalau tak , ntah tak  tau kenapa, rasa bosan aje. Mungkin sebab saya tak ada kawan nak bercerita, jadi ni tempat saya meluahkan perasaan, sedih gembira semuanya. Bila dah lega dapatlah saya blogwalking ke 'rumah' kawan-kawan. Rasa seronok sangat blogwalking masa tu,. lepas-lepas pada tu rajin pulak saya update blog. Rasa mudah dan lancar je, sebelum ni ada benda, tapi tersekat-sekat. Sekarang baru saya sedar, pilihan saya untuk berblog ni memang tepat. Dapatlah saya kawan-kawan baru, berkongsi cerita *walaupun kadang2 saya perasan sensorang aje..hehe* tapi saya suka.

Apa-apa pun saya dah tahu cara saya nak naikkan semula semangat malas berblog ni. Mungkin cara ni berguna pada saya. Tak tahulah pada orang lain kan.. Seseorang ada tanya pada saya, kenapa saya nampak happy je memanjang, dia pula selalu sedih. Saya cakap selain solat, doa, jom kita buat blog.. Cari kawan-kawan baru. cerita kegembiraan kita. Bila kita happy, ada pula kawan-kawan yang sama mendoakan supaya kegembiraan kita tu kekal, kita akan rasa lebih seronok. *walau hakikatnya kawan tu kita tak kenal dalam dunia sebenar*.

6 ulasan :

Puan Kutu berkata...

dulu akk memula buat blog saja suka2 bebel pastu tak sgka dpt ramai kawan.sejak kawen mmg dh takde kawan..kawan semua jauh2..kawan dengan kawan blog je la..macam sya kata.apa kita buat,berita gembira semua share dengan sahabat blog..dpt kongsi pendapat, mmg happy bila ada kawan tolong doakan

Sya Nadia berkata...

betul tu kak muni..bila dah kawen ni kwn2 lain pun dah kawen, dorang pun bz dgn khdupan dorang..

fieda berkata...

kawan2 blog semua best2 belaka..

ezzyra berkata...

saya pon dtg penyakit M..xtau la mood hilang tiba2 je..xde bnda nk share

Sya Nadia berkata...

@fieda betul3..saya sokong..:)

Sya Nadia berkata...

@ezzyra kalau dah dtg si M tu, mmg buntu dibuatnya..