nuffnang

Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

Ahad, 18 Januari 2015

kenangan yang hilang...

Hari ni nak cerita pasal handphone lagi.. tapi ni nak cerita pasal handphone yang rosak hari tu. Geram sangat pasal gambar dalam handphone tu semua tak dapat balik.

Saya pakai handphone tu tak sampai 6 bulan lagi . Tapi dah banyak gambar² kat dalam tu. Tersangat banyak tau. Ada beribu- ribu. Tapi masalahnya handphone tu,  semua benda dia tak save dalam memory card kita. Dia save dalam handphone je. Jadi, segala gambar, segala lagu,video yang saya download semua.hilang.. punyalah sedihnya saya.

Lagu², dengan video yang di download tu, tak kisah la hilang. Tapi semua gambar family, especially gambar Aniq hilang, tu buat saya sedih campur geram.. yela, masa tu saya tak tau sangat pasal handphone, bila tengok price tu dalam sasaran saya, terus je cakap dengan hubby ok.. sekarang dah menyesal.. huhu.. sedih sangat.. :(

Sebelum ni memang tak pernah kisah nak back up gambar. Sebab tak pernah jadi macam ni. Haa.. sekarang memang nasi dah jadi bubur. Dah tak boleh buat apa. So, bila start je saya guna handphone ni,terus saya back up siap²  kat google drive.

Simpan je dalam google drive..

Masa mula²  saya nak save dalam drop box. Nampak macam ok. Ramai kawan &family pakai. Tapi malasnya nak buat, sudahnya save je dalam google drive ni ha senang. Satu akaun je dengan email apa semua. Tapi next time kalau tak cukup space, boleh try drop box pulak kan.. :)

Dalam handphone saya dulu tu bukan ada apa sangat pun, selain gambar Aniq,penuh juga dengan gambar dari whatsapp, gambar dari FB, ada gambar catalyst punya flash card apa semua. Semua tu saya tak kisah sangat hilang kecuali gambar Aniq. Bukan boleh balik semula moment tu kan.. aiseh.. sorry baby.. :( tak apa lah, jadikan pengajaran la.. kenalah rajin buat back up.. kalau Kat google drive ni automatic je dia save. Kalau nak save kat laptop ke PC ke kena rajin la.. mcm saya yang kurang rajin nak.menghadap lappy ni saya pilih google je la dulu..

Btw, nah.. saya belanja belanja gambar Aniq masa baby.. :) mujur gambar² ni saya dah transfer awal² dalam lappy.. hehe



Isnin, 6 Oktober 2014

D. I. Y skrub badan & muka yg mudah!

Nak share satu petua yang saya baru ke dapat. Saya dah cuba &  terbukti sangat bagus.  Terutamanya untuk orang2 yang kulit macam saya, kulit kering. (Kulit saya ni bukan kering tapi very dry skin) . Saya tak suka buat banyak2 step,  contohnya lepas mandi kena pakai lotion sampai meresap dalam kulit, baru pakai baju. Semua ni kalau masa tengah semangat ok la. Dah lama2 memang saya tak buat. Saya tak serajin itu.. Hehe  ( jujur )..

Jadi, saya mencari petua2 yang boleh jaga kulit saya supaya sentiasa lembab, tapi dalam masa yang sama tak peningkan kepala saya nak buat itu ini. Saya pernah try guna satu jenama kat pasaran ni, 'benda' tu pakai masa mandi, bilas lepas tu terus boleh pakai baju dah. Saya suka, saya buat, tapi dia macam ada wax kat kulit. Bila garu, keluar wax tu lekat kat kuku. Geli saya. Lagipun terfikir, ambil wuduk lepas tak ni? Mula saat tu saya tak pakai dah. Sayang je beli tapi tak guna.

Sekarang, saya guna yang ni. Skrub badan &  muka, (all in one, mudahkan?). Sambil skrub2 badan, skrub ni bantu melembab & melembutkan kulit. Korang boleh try, memang best sangat.!

Bahan yang kita nak guna  cuma..

2 sudu makan  Brown sugar.  Kalau tak de, gula biasa pun boleh. 

1 sudu makan  vco  (virgin coconut oil)

Vco +gula yg dah sebati.  :) 


Senang je nak buat, campur je dua bahan ni dalam bekas, sebatikan gula dengan vco tu.  Lepas tu dah boleh guna. Skrub, skrub, skrub badan, muka. Nak bilas terus boleh, nak tunggu sekejap pun boleh. Kalau dah bilas tu ada rasa minyak2 lagi, sapu2 sikit lagi biar serap dalam kulit. Lepas tu dah siap. Korang boleh rasa kulit licin lembut, tapi tak berminyak.

Cubalah tau.. Tak rugi cuba.. Memang terbaik lah!

Nak order vco  boleh BELI KAT SINI

Hilangkan jerawat cara saya!

Masa bulan puasa hari tu, muka saya nak banyak sangat jerawat. Mula2 saya biarkan je sebab normal lah kan jerawat naik sesekali.  Tapi makin dibiar, makin menjadi -  jadi pulak. Dari  2 biji ke kat pipi belah kanan, nak pula belah kiri. Bukan kecil besar pulak tu. Sakit sangat.

Tak cukup naik 4 biji,  kiri kanan, naik pulak kat dahi, atas bibir. Besar, banyak  &  sangat sakit. Yang kat dahi tu kalau sujud memang macam nak menangis. Saya memang blur nak buat apa masa tu. 1st time dalam hidup saya, kena jerawat teruk sampai macam tu sekali. Sampai saya takut nak tengok cermin, gambar2 pun saya delete. Thats why, saya tak de gambar  masa tu.

Saya tanya pada sepupu kenapa jadi macam tu, katanya mungkin saya tak jaga makan. Masa tu baru ingat, bulan puasa tu makan macam2 sangat, air masak  tak nak minum, vco pun dah ditinggalkan.  Vco dengan air masak tu paling lama saya tak amal. Air tu memang dari saya kecil lagi memang payah nak minum. Bukan kata air masak je air manis pun saya kurang minum . Sebab tu dulu umy saya sumbat saya dengan vco liquid. Supaya ada vitamin tambahan untuk manusia yang tak reti nak jaga badan ni. Kalau tak, mudah sangat kena sakit. Lagi pula masa baby, saya tak menyusu badan. Anti bodi pun lemah.

Bila dah tau macam tu, saya mula balik makan vco. Sapu vco hari2. Air masak saya minum banyak2. Alhamdulillah, tak sampai seminggu pun, muka dah ok balik. Jerawat dah tak de naik yang baru. Yang lama pun kecut. Masa tu rasa syukur sangat. Saya sembang dengan hubby, saya kata sekarang saya faham perasaan perempuan kenapa tak suka jerawat. Bukan setakat kulit tak cantik, tapi sakit juga. Huh.  Serik!!

Kesan parut jerawat yang tinggal. Saya edit sikit ni bagi clear. Dalam gambar tak jelas sangat. 


Sekarang ni, jerawat dah xde, tinggal parut je sikit2 lagi nak hilang. saya dah start leka balik. Air masak langsung tak nak minum. Haih.. Payah macam ni  kan. Padahal air tu penting. Bukan tak tau, tapi penyakit 'M' tu nak juga duduk kat saya.

Kulit yang sekarang ni naik juga jerawat kekadang,  sebab makan masih tak jaga sangat, air jarang minum. Tapi tidaklah macam hari tu sangat. Saya dah serik, kalau nampak agak nak jadi macam dulu, cepat2 saya telan 2- 4 biji vco. Lepas tu minum air masak bebanyak.. Memang berkesan. Syukur alhamdulillah.. 

Sabtu, 13 September 2014

Ubat Tambah Susu dari Klinik

Bismillahirrahmanirrahim…

Masa bulan 6 yang lepas, Aniq dah cukup umur 1 tahun. Jadi saya dan hubby cadang nak tukar susu dia untuk yang setahun. Dari umur 4 bulan (tak salah saya) Aniq dah mula minum susu enfalac A+. Susu ni sesuai sangat dengan Aniq sampailah kami nak tukar susu ni.

Cerita susu ni saya ada cerita. Memandangkan banyak dah susu saya dah cuba, saya tak nak seksa anak saya lagi. Kali ni saya tekad nak mula semula susu badan macam dulu. Mungkin masa awal dulu tu tak berapa yakin, tak cukup ilmu & macam2 lagi, kali ni saya nak cuba sampai berjaya. Langkah pertama, bincang dengan hubby dulu. Alhamdulillah dapat green light dari hubby.

Langkah kedua pulak saya nak minta ubat tambah susu dari klinik. Kebetulan hujung bulan tu saya ada perjumpaan dengan doctor untuk cek berat Aniq tiap2 bulan. Diaorang bekalkan saya sepapan ubat untuk tambah susu. Apapun saya tetap kena usaha sendiri yang selebihnya macam kena minum susu, minum banyak air & lain2. Bab makan saya tak ada masalah sangat, tapi bab minum memang masalah besar. Saya tak suka minum air. Tak kisahlah air masak ataupun air manis.

ubat klinik..untk tambah susu sekali dgn tahan muntah

Walaupun tak suka minum air, saya usahakan juga nak minum banyak air setiap hari. Memang Nampak kesan yang bagus. Air susu mula keluar agak banyak. Tapi sayangnya, Aniq yang  dah biasa dengan puting botol tu tak suka menyusu dengan saya. Puncanya adalah dari puting, susu dia keluar banyak. Masalah bila menyusu dengan saya, susu memang lebih banyak dari sebelum ni, tapi tak cukup banyak macam menyusu dari botol. Lebih kurang 2,3  minit menyusu, dia pun berhenti. Tak nak dah. Kecewanya saya. Dah tu, macam mana nak makin banyak kalau dia tak nak hisap? Saya ni tak pandai nak perah susu. Tak pernah menjadi. Sedih sangat.


Jadi sekarang, saya tetaplah bergantung dengan susu formula.  Saya kecewa jadi macam ni, tapi saya tak salahkan sesiapa. Cuma geram dengan nurse kat hospital lah. Saya minta ajarkan saya cara perah susu, dia marahkan saya pulak. Sakit hati saya.  Apapun saya tetap tak putus asa. Saya nak terus usahakan supaya anak saya dapat menyusu dari saya selama yang boleh. Dah la tak lama lagi dah nak kena stop menyusu..

Sabtu, 22 Februari 2014

Cara saya~ Naikkan Semangat Berblog

Dalam bulan lepas saya update entry dalam berapa ketoi je. Awal bulan feb ni lagi lah teruk, ponteng aje memanjang. Rasa malas betul nak update entry. Nak buka blog pun malas. Tak tahulah kenapa. Saya dah mulalah berangan nak cuti update entry lama sikit. Tapi rasa semacam pulak, tak ada update pun masih ada yang view blog huduh saya ni.

Jadi, saya pun mulalah nak menaip balik. Cerita banyak, tapi bila dah mula menaip satu story, belum habis lagi saya dah bosan. saya padam, saya off pc. Lepas tu tidur. Itula kerja saya tiap-tiap hari. Tapi satu hari tu saya kuatkan semangat nak menulis juga. Saya dah rangka satu entry dalam otak, lepas tu nak tulis lah. Puas lah tulis padam, tulis padam. Akhirnya siap juga. Pada saya entry tu memang teruklah, tapi saya publish juga.

Lepas tu dah rasa lega sikit, kalau tak , ntah tak  tau kenapa, rasa bosan aje. Mungkin sebab saya tak ada kawan nak bercerita, jadi ni tempat saya meluahkan perasaan, sedih gembira semuanya. Bila dah lega dapatlah saya blogwalking ke 'rumah' kawan-kawan. Rasa seronok sangat blogwalking masa tu,. lepas-lepas pada tu rajin pulak saya update blog. Rasa mudah dan lancar je, sebelum ni ada benda, tapi tersekat-sekat. Sekarang baru saya sedar, pilihan saya untuk berblog ni memang tepat. Dapatlah saya kawan-kawan baru, berkongsi cerita *walaupun kadang2 saya perasan sensorang aje..hehe* tapi saya suka.

Apa-apa pun saya dah tahu cara saya nak naikkan semula semangat malas berblog ni. Mungkin cara ni berguna pada saya. Tak tahulah pada orang lain kan.. Seseorang ada tanya pada saya, kenapa saya nampak happy je memanjang, dia pula selalu sedih. Saya cakap selain solat, doa, jom kita buat blog.. Cari kawan-kawan baru. cerita kegembiraan kita. Bila kita happy, ada pula kawan-kawan yang sama mendoakan supaya kegembiraan kita tu kekal, kita akan rasa lebih seronok. *walau hakikatnya kawan tu kita tak kenal dalam dunia sebenar*.