nuffnang

Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan

Isnin, 6 Oktober 2014

D. I. Y skrub badan & muka yg mudah!

Nak share satu petua yang saya baru ke dapat. Saya dah cuba &  terbukti sangat bagus.  Terutamanya untuk orang2 yang kulit macam saya, kulit kering. (Kulit saya ni bukan kering tapi very dry skin) . Saya tak suka buat banyak2 step,  contohnya lepas mandi kena pakai lotion sampai meresap dalam kulit, baru pakai baju. Semua ni kalau masa tengah semangat ok la. Dah lama2 memang saya tak buat. Saya tak serajin itu.. Hehe  ( jujur )..

Jadi, saya mencari petua2 yang boleh jaga kulit saya supaya sentiasa lembab, tapi dalam masa yang sama tak peningkan kepala saya nak buat itu ini. Saya pernah try guna satu jenama kat pasaran ni, 'benda' tu pakai masa mandi, bilas lepas tu terus boleh pakai baju dah. Saya suka, saya buat, tapi dia macam ada wax kat kulit. Bila garu, keluar wax tu lekat kat kuku. Geli saya. Lagipun terfikir, ambil wuduk lepas tak ni? Mula saat tu saya tak pakai dah. Sayang je beli tapi tak guna.

Sekarang, saya guna yang ni. Skrub badan &  muka, (all in one, mudahkan?). Sambil skrub2 badan, skrub ni bantu melembab & melembutkan kulit. Korang boleh try, memang best sangat.!

Bahan yang kita nak guna  cuma..

2 sudu makan  Brown sugar.  Kalau tak de, gula biasa pun boleh. 

1 sudu makan  vco  (virgin coconut oil)

Vco +gula yg dah sebati.  :) 


Senang je nak buat, campur je dua bahan ni dalam bekas, sebatikan gula dengan vco tu.  Lepas tu dah boleh guna. Skrub, skrub, skrub badan, muka. Nak bilas terus boleh, nak tunggu sekejap pun boleh. Kalau dah bilas tu ada rasa minyak2 lagi, sapu2 sikit lagi biar serap dalam kulit. Lepas tu dah siap. Korang boleh rasa kulit licin lembut, tapi tak berminyak.

Cubalah tau.. Tak rugi cuba.. Memang terbaik lah!

Nak order vco  boleh BELI KAT SINI

Hilangkan jerawat cara saya!

Masa bulan puasa hari tu, muka saya nak banyak sangat jerawat. Mula2 saya biarkan je sebab normal lah kan jerawat naik sesekali.  Tapi makin dibiar, makin menjadi -  jadi pulak. Dari  2 biji ke kat pipi belah kanan, nak pula belah kiri. Bukan kecil besar pulak tu. Sakit sangat.

Tak cukup naik 4 biji,  kiri kanan, naik pulak kat dahi, atas bibir. Besar, banyak  &  sangat sakit. Yang kat dahi tu kalau sujud memang macam nak menangis. Saya memang blur nak buat apa masa tu. 1st time dalam hidup saya, kena jerawat teruk sampai macam tu sekali. Sampai saya takut nak tengok cermin, gambar2 pun saya delete. Thats why, saya tak de gambar  masa tu.

Saya tanya pada sepupu kenapa jadi macam tu, katanya mungkin saya tak jaga makan. Masa tu baru ingat, bulan puasa tu makan macam2 sangat, air masak  tak nak minum, vco pun dah ditinggalkan.  Vco dengan air masak tu paling lama saya tak amal. Air tu memang dari saya kecil lagi memang payah nak minum. Bukan kata air masak je air manis pun saya kurang minum . Sebab tu dulu umy saya sumbat saya dengan vco liquid. Supaya ada vitamin tambahan untuk manusia yang tak reti nak jaga badan ni. Kalau tak, mudah sangat kena sakit. Lagi pula masa baby, saya tak menyusu badan. Anti bodi pun lemah.

Bila dah tau macam tu, saya mula balik makan vco. Sapu vco hari2. Air masak saya minum banyak2. Alhamdulillah, tak sampai seminggu pun, muka dah ok balik. Jerawat dah tak de naik yang baru. Yang lama pun kecut. Masa tu rasa syukur sangat. Saya sembang dengan hubby, saya kata sekarang saya faham perasaan perempuan kenapa tak suka jerawat. Bukan setakat kulit tak cantik, tapi sakit juga. Huh.  Serik!!

Kesan parut jerawat yang tinggal. Saya edit sikit ni bagi clear. Dalam gambar tak jelas sangat. 


Sekarang ni, jerawat dah xde, tinggal parut je sikit2 lagi nak hilang. saya dah start leka balik. Air masak langsung tak nak minum. Haih.. Payah macam ni  kan. Padahal air tu penting. Bukan tak tau, tapi penyakit 'M' tu nak juga duduk kat saya.

Kulit yang sekarang ni naik juga jerawat kekadang,  sebab makan masih tak jaga sangat, air jarang minum. Tapi tidaklah macam hari tu sangat. Saya dah serik, kalau nampak agak nak jadi macam dulu, cepat2 saya telan 2- 4 biji vco. Lepas tu minum air masak bebanyak.. Memang berkesan. Syukur alhamdulillah.. 

Khamis, 13 Februari 2014

Petua Anak Sembelit

Setakat ni Aniq tak pernah lagi sembelit teruk. Sesekali sembelit tu adalah. Tapi tak la sampai dia menangis ke apa. Tapi ni saya nak juga share petua yang saya tahu untuk anak-anak yang mengalami sembelit. Harapnya dapat membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah ni.

Kurangkan sukatan
- kalau sukatan biasa 2 susu, 1 air, kurangkan sukatan susu kepada 1 susu, 1 air. Contohnya kalau biasa 120ml air, susu pula 4 sudu, kurangkan 1 atau 2 sudu susu.

Kayuh basikal
- buat senaman kaki seolah sedang mengayuh basikal. Baringkan anak dan mulakan senaman. Biasanya senaman ni berkesan. Buat beberapa minit, lepas tu berhenti, lepas tu mulakan semula.

Limau sunkist
- boleh juga perahkan sesudu limau sunkist dan berikan pada baby. Ada juga yang bagi rebina. Ini pun salah satu cara yang berkesan bagi mengatasi masalah sembelit pada baby.

Kesemua cara ni saya belum pernah cuba pada Aniq. Ni petua yang bidan bagi pada saya dulu. Katanya memang berkesan, dia dah cuba pada anak dia. Tapi kalau sembelit berlanjutan, bawalah anak jumpa doktor.

Rabu, 22 Januari 2014

Mayo untuk lembabkan kulit

Sapa suka makn mayonis? Kalau ada, kita geng. Heehee..Saya suka sangat makn mayonis tak kira lah makan dengan apa pun. Kadang-kadang saya makan macam tu je. Perghh..memang sedap..!!

Selain untk makan , mayonis ni pun boleh guna untuk lain. Antaranya ialah...untuk melembabkan kulit yang kering. Cara nak guna senang sangat. Sediakan :

  •   2 sudu mayonis
  • 1 sudu baby oil
Mix dua bahan ni, lepas tu sapu je kat mana bahagian yang kering. Tunggu dalam 10 - 20 minit macam tu, lepas tu korang cuci.  Insya Allah..Kulit terasa lebih lembab..


Pastikan jugalah sudu yang korang nak guna tu betul-betul bersih. Jangan jadi macam saya, sudu tu dah guna untuk cili, dah basuh rupanya masih terasa lagi pedasnya tu.. Rasa nak terbakar muka..haha. Lagi satu, kalau tak nak bubuh baby oil pun boleh. Saya tak bubuh pun. Lembab juga kulit.


Last sekali, kalau korang rasa sayang sangat nak guna mayo korang, korang beli je  vco ke,voo ke sapu je kat muka sebelum tidur. Madu pun boleh. Sapu je kat  kulit. Hasilnya memang best. Semua ni saya dah cuba, semua best..  Yang vco atau voo tu boleh nak biar kat kulit sepanjang malam, tapi madu jangan lah dibiarkan, kalau kena gigit semut jangan marah saya pulak tau~~

gambar ehsan dari pak cik google :)