nuffnang

Memaparkan catatan dengan label natural. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label natural. Papar semua catatan

Isnin, 3 November 2014

Bestnya Charme Skincare Catalyst



Charme ~ 6 IN 1 pack (trial pack) mengandungi:

1) Cleansing balm (make up remover)
2) Facial scrub
3) Brightening facial foam
4) Brightening Vitalizing Essence (toner & moisturizer)
5) Brightening Face Cream (spf 35++ & PA)
6) CC Cream (Color Control)
Keistimewaan Set Charme yang saya suka part:

1) Celansing Balm ~ mencuci bersih kesan2 make up (bedak, foundation, lipstick etc). Sesuai utk dibawa kemana2 utk cuci muka sebelum solat sbb tidak mengeringkan muka, tetapi membersihkan kulit.

2) Facial Scrub ~ Beads nye berkesan untuk tanggalkan white heads dan blackheads pada muka terutama pada kawasan2 tepi hidung dan bawah dagu

3) Brightening Facial Facial Foam ~ hanya guna sedikit sahaja untuk mencuci muka...Jimattt. Muka pun tak rasa kering. Gunakan sekali sehari atau 2 kali sahaja sehari.

4) Brightenign Vitalizing Essence ~ pun best sebab sejenis 'face essence' untuk menutup pori2 dan melembap muka tapi takde rasa melekit2.

5) Brightening Face Cream ~ krim muka jenis 'losyen' yang mengandungi PA dan kadar SPF 35++ untuk perlindungan kulit daripada kesan UVA (penuaan) & UVB (sunburn) pada kulit.

6) CC Cream ~cc cream adalah krim kulit yang termaju sekarang. Diasaskan di Korea untuk kulit cantik sekata tanpa make up sebab tekstur
 lebih ringan daripada BB Cream, sesuai untuk semua warna kulit kerana CC Cream adalah Color Control. tak kira apa warna kulit, CC Cream akan mengikut kesesuaian tona kulit kita, takde masalah 'kepoh' dah.

Set charms skincare ni pun sesuai kalau di buat hantaran. Sebabnya, packaging dia nampak mahal tau.. Memang cantik,is I dalam dia pun, sangat TERBAIK..



Contact Sya 013-9855875 untuk dapatkan skincare charme ni ok.

Entry copy & paste dari Ida hana my cousin.

Sabtu, 1 November 2014

Charme Skincare Catalyst

Hari ni Sya nak cerita tentang skincare Charme dari Catalyst.  Charme skincare ni salah satu produk dibawah anak syarikat Catalyst Nutraceutical, iaitu Catalyst Essential. Dari bawah Catalyst Essential,ada skincare,ada cosmetik,ada minyak wangi,mask,foam pembakar lemak (cooling& hot shaping boom). Nak tahu lebih lagi,jom baca..Untuk maklumat semua, entry ni copy paste dari my cousin, ida hana.. :) 



OK ,nak cerita apa yang best pasal Charme skincare ni..keunikan set Skincare Charme adalah ianya adalah diilhamkan daripada rahsia kecantikan kulit orang timur. Charme diasaskan dari Korea. Korea memang terkenal dengan set penjagaan kulit yang berasaskan semulajadi (natural base). Bahan-bahan daripada buah-buahan ini digunakan dalam perubatan orang timur purba bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan mereka kerana mereka ini memang utamakan penggunaan bahan-bahan alami dalam kehidupan harian mereka baik dari segi makanan mahupun kesihatan diri seterusnya juga penjagaan kulit.


Apa itu Oriental Beauty Fruits NewFlex?



Ilham ini menggabungkan kebaikan Delima, Fig, Mulberry dan Gingko Nut dalam penghasilan skincare Charme yang hebat ni.





Delima : Kaya dengan Vitamin Aa, C dan E. Juga sumber asid folik yang baik. Berfungsi sebagai anti penuaan, anti jerawat, berkesan sebagai agen penyembuhan dalaman.





Buah Fig: Berfungsi sebagai anti penuaan, memberi lembapan kepada kulit




Buah Mulberry: Berfungsi sebagai anti penuaan, agen pemutih semulajadi, memelihara kulit daripada pigmentasi dan jeragat




Ginkgo Nut: Berfungsi sebagai sumber anti oksida, melambatkan proses penuaan dan anti radang kulit.

Gabungan bahan-bahan ini menjadikan Charme sebagai antara skincare yang berasaskan bahan2 natural terbaik setanding jenama antarabangsa dipasaran semasa. Satu lagi alternatif kesihatan yang Catalyst bawakan kepada pengguna.


Akhir sekali, dah baca tu boleh dah nak order. ;) Whatsapp/_wechat/pm je Sya 013-9855875..

*semua gambar adalah dari Google..

Isnin, 6 Oktober 2014

D. I. Y skrub badan & muka yg mudah!

Nak share satu petua yang saya baru ke dapat. Saya dah cuba &  terbukti sangat bagus.  Terutamanya untuk orang2 yang kulit macam saya, kulit kering. (Kulit saya ni bukan kering tapi very dry skin) . Saya tak suka buat banyak2 step,  contohnya lepas mandi kena pakai lotion sampai meresap dalam kulit, baru pakai baju. Semua ni kalau masa tengah semangat ok la. Dah lama2 memang saya tak buat. Saya tak serajin itu.. Hehe  ( jujur )..

Jadi, saya mencari petua2 yang boleh jaga kulit saya supaya sentiasa lembab, tapi dalam masa yang sama tak peningkan kepala saya nak buat itu ini. Saya pernah try guna satu jenama kat pasaran ni, 'benda' tu pakai masa mandi, bilas lepas tu terus boleh pakai baju dah. Saya suka, saya buat, tapi dia macam ada wax kat kulit. Bila garu, keluar wax tu lekat kat kuku. Geli saya. Lagipun terfikir, ambil wuduk lepas tak ni? Mula saat tu saya tak pakai dah. Sayang je beli tapi tak guna.

Sekarang, saya guna yang ni. Skrub badan &  muka, (all in one, mudahkan?). Sambil skrub2 badan, skrub ni bantu melembab & melembutkan kulit. Korang boleh try, memang best sangat.!

Bahan yang kita nak guna  cuma..

2 sudu makan  Brown sugar.  Kalau tak de, gula biasa pun boleh. 

1 sudu makan  vco  (virgin coconut oil)

Vco +gula yg dah sebati.  :) 


Senang je nak buat, campur je dua bahan ni dalam bekas, sebatikan gula dengan vco tu.  Lepas tu dah boleh guna. Skrub, skrub, skrub badan, muka. Nak bilas terus boleh, nak tunggu sekejap pun boleh. Kalau dah bilas tu ada rasa minyak2 lagi, sapu2 sikit lagi biar serap dalam kulit. Lepas tu dah siap. Korang boleh rasa kulit licin lembut, tapi tak berminyak.

Cubalah tau.. Tak rugi cuba.. Memang terbaik lah!

Nak order vco  boleh BELI KAT SINI