nuffnang

Memaparkan catatan dengan label google. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label google. Papar semua catatan

Ahad, 18 Januari 2015

kenangan yang hilang...

Hari ni nak cerita pasal handphone lagi.. tapi ni nak cerita pasal handphone yang rosak hari tu. Geram sangat pasal gambar dalam handphone tu semua tak dapat balik.

Saya pakai handphone tu tak sampai 6 bulan lagi . Tapi dah banyak gambar² kat dalam tu. Tersangat banyak tau. Ada beribu- ribu. Tapi masalahnya handphone tu,  semua benda dia tak save dalam memory card kita. Dia save dalam handphone je. Jadi, segala gambar, segala lagu,video yang saya download semua.hilang.. punyalah sedihnya saya.

Lagu², dengan video yang di download tu, tak kisah la hilang. Tapi semua gambar family, especially gambar Aniq hilang, tu buat saya sedih campur geram.. yela, masa tu saya tak tau sangat pasal handphone, bila tengok price tu dalam sasaran saya, terus je cakap dengan hubby ok.. sekarang dah menyesal.. huhu.. sedih sangat.. :(

Sebelum ni memang tak pernah kisah nak back up gambar. Sebab tak pernah jadi macam ni. Haa.. sekarang memang nasi dah jadi bubur. Dah tak boleh buat apa. So, bila start je saya guna handphone ni,terus saya back up siap²  kat google drive.

Simpan je dalam google drive..

Masa mula²  saya nak save dalam drop box. Nampak macam ok. Ramai kawan &family pakai. Tapi malasnya nak buat, sudahnya save je dalam google drive ni ha senang. Satu akaun je dengan email apa semua. Tapi next time kalau tak cukup space, boleh try drop box pulak kan.. :)

Dalam handphone saya dulu tu bukan ada apa sangat pun, selain gambar Aniq,penuh juga dengan gambar dari whatsapp, gambar dari FB, ada gambar catalyst punya flash card apa semua. Semua tu saya tak kisah sangat hilang kecuali gambar Aniq. Bukan boleh balik semula moment tu kan.. aiseh.. sorry baby.. :( tak apa lah, jadikan pengajaran la.. kenalah rajin buat back up.. kalau Kat google drive ni automatic je dia save. Kalau nak save kat laptop ke PC ke kena rajin la.. mcm saya yang kurang rajin nak.menghadap lappy ni saya pilih google je la dulu..

Btw, nah.. saya belanja belanja gambar Aniq masa baby.. :) mujur gambar² ni saya dah transfer awal² dalam lappy.. hehe



Jumaat, 17 Oktober 2014

Bila tangan ku gatal!!

Bagi orang yang banyak guna handphone macam saya ni nak kena ada banyak apps yang berbagai tujuan. Kena install apps watermark, apps instagram, instagram squere &  macam lagi. Tu belum masuk bab game. Kalau game, macam2 game nak masukkan. Penuh memory.

Handphone saya ni bukan banyak apps pun. Banyak gambar je sebenarnya. Gambar Aniq, Aniq, Aniq. Penuh gambar dia. Banyak juga gambar2 dari wassap. Penuh handphone dengan gambar2 dari wassap video dari wassap. Dari banyak, memory handphone saya tinggal 1gb je.

So, nak clearkan semua apa yang dirasakan tak begitu perlu dalam handphone ni. Satu2 saya belek. Gambar yang ada duplicate sampai 2,3 keping tu saya padam je. Memenuhkan memory je ni. Lepas tu padam tu padam ni, rasa puas hati dah. Rupanya tengok balik banyak benda hilang. Sampai kan SwiftKey untuk taip ni pun lesap. Aduhai, apa lah. Lepas tu bookmark yg saya buat pada blog kawan2 pun hilang. Dah nak kena cari satu2 semula. Kan leceh tu. Tapi nak buat macam mana, dah nasib badan. Hehe. Memandai aje tangan tu kan..


Baru ada 5 ni je dalam senarai bookmark yang terbaru saya. Ramai lagi yang nak kena jejak kasih. Hehe.. Menambah keje betullah Sya.. Haihh... Blog dah start malas2 nak update sekarang, jadi pulak macam ni. Nampaknya kalau hilang lagi saya ni faham dah kenapa yek.. Penyakit M la tu..