nuffnang

Memaparkan catatan dengan label blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogger. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Disember 2014

Komen pukal

Saya ni agak payah nak blog walking dengan handphone.. Faham² aje lah kan.. Nak pergi satu blog ke satu blog. Nak baca &  komen sekali entry tu. Belum sempat komen dah anak soleh saya datang menerpa. Jari² comel dia pun laju nak tekan handphone kita. Ish³..

Bila ada masa free dari Aniq &  segala yang lain, bolehlah nak blog walking. Jenguk jiran², kak kutu, jijah, kak ina.. Ada lagi blog² lain yang saya suka pergi. Mana tak nya, setiap satu blog ni ada istimewa nya sendiri. Best je baca. Kisah² ibu seharian. Ada juga cerita anak²  dara, &  macam² lah..

Sambil baca tu, mestilah tinggalkan jejak.. Komen seadanya. Tapi kalau betul² ada masa &  sempat, saya suka baca &  komen dari Last entry yang saya baca. Dari situ saya akan komen sampai entry yang paling baru. Contohnya 3 blog tadi. Tapi rekod paling banyak saya komen adalah dari blog jijah. Saya pun tak sedar sebanyak  52 komen saya sehari tu..  Saya komen aje sampai habis semua entry blog Jijah.

Blog² lain pun ada juga buat, tapi tak sebanyak yang inilah. Iyela, kekangan masa kan.. Btw,ty jijah dah buat entry pasal sya. Segan tau..

Jom kita blog walking.. 

Jumaat, 17 Oktober 2014

Bila tangan ku gatal!!

Bagi orang yang banyak guna handphone macam saya ni nak kena ada banyak apps yang berbagai tujuan. Kena install apps watermark, apps instagram, instagram squere &  macam lagi. Tu belum masuk bab game. Kalau game, macam2 game nak masukkan. Penuh memory.

Handphone saya ni bukan banyak apps pun. Banyak gambar je sebenarnya. Gambar Aniq, Aniq, Aniq. Penuh gambar dia. Banyak juga gambar2 dari wassap. Penuh handphone dengan gambar2 dari wassap video dari wassap. Dari banyak, memory handphone saya tinggal 1gb je.

So, nak clearkan semua apa yang dirasakan tak begitu perlu dalam handphone ni. Satu2 saya belek. Gambar yang ada duplicate sampai 2,3 keping tu saya padam je. Memenuhkan memory je ni. Lepas tu padam tu padam ni, rasa puas hati dah. Rupanya tengok balik banyak benda hilang. Sampai kan SwiftKey untuk taip ni pun lesap. Aduhai, apa lah. Lepas tu bookmark yg saya buat pada blog kawan2 pun hilang. Dah nak kena cari satu2 semula. Kan leceh tu. Tapi nak buat macam mana, dah nasib badan. Hehe. Memandai aje tangan tu kan..


Baru ada 5 ni je dalam senarai bookmark yang terbaru saya. Ramai lagi yang nak kena jejak kasih. Hehe.. Menambah keje betullah Sya.. Haihh... Blog dah start malas2 nak update sekarang, jadi pulak macam ni. Nampaknya kalau hilang lagi saya ni faham dah kenapa yek.. Penyakit M la tu.. 

Ahad, 14 September 2014

Nak Tukar Template

                      بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ



Bosan dah saya dengan  template blog sekarang. Rasa nak tukar aje. Tapi, saya ni tak pandai nak edit sendiri. Yang hari tu dok edit-edit, last-last jadi makin  teruk pulak. Saya ni dah jadi macam tikus baiki labu. Bukan makin elok, makin hancuss adelah.


Saya fikir-fikir gak la, berbaloi ke tak saya upah orang edit blog saya ni agaknya. Berapa  kos untuk upah? Kalau ikutkan, banyak benda nak kena buat balik blog ni. Memula yang saya nak ubah, dah tentulah tulisan. Sebenarnya tulisan dalam blog ni ada masalah. Bila saya nak besarkan, dia dok biasa je, kalau buat kecik pun jadi biasa gak. Aih.. tak faham kenapalah. Tu yang sekarang dok menaip pakai word.



tak mau dah yang ni.. dah jemu.. L



Yang lain saya nak ubah, dah tentulah reka bentuknya. Saya dah ada idea lama dah macam mana saya nak. Tapi langsung tak faham nak buat macam mana tu. Nak buat ala-ala dairi gitew..hehehe. Yelah, dah nama pun diari a.k.a catatan harian mummy sya kan.. kena la buat macam diari. Barulah best, sebab saya suka tulis dairi. Psst.. rahsia tau.. saya suka tulis dairi sejak kecik lagi. Berangan konon-konon ada banyak cerita, padahal sekolah rendah, nak cerita apa je. Dulu-dulu mana lah tau ada blog-blog ni..Kalau tau, agaknya merapu-rapulah cerita agaknya..hihi


Lepas tu, ada lagi nak ubah. Rasanya nama blog ni pun nak tukar. Tukar jadi “CATATAN MUMMY SYA”. Agak – agak ok ke tak? Haha. Kalau ikut saya, macam ok. Tapi rasa sesekali macam ok lagi nama yang sekarang. Rilek aje kan nak tukar-tukar.. nanti pening orang. Tapi orang tak fofuler macam saya ni tak apalah kot ek..ekkekeke


Kalaulah ada yang pandai edit blog ke, ataupun tahu sesape pandai edit blog. Bagitau saya ok. Nak  try tengok, boleh ke tak saya nak buat macam saya cerita tadi tu. Kalaulah boleh, gumbiranya saya!! J

Jumaat, 8 Ogos 2014

Apps untuk blogger..

Dah banyak bulan blog saya dok jadi macam lampu kelip2. Sekejap on sekejap off. Salah satu sebab utama adalah malas. Malas sebab asal pegang je keyboard, ada hero datang mengacau. Asal nak mula menaip je, idea yang berlagu dalam otak tadi semua dah hilang. Tulis padam tulis padam. Ada je yang tak kena. Time malam bila anak soleh dah tidur, saya pun nak juga rehatkan diri lepas seharian bergusti dengan dia. Lama2 blog pun jadi bersawang. Kata hubby tak tau ada apa dah dalam tu..hehe

Kat rumah ni ada sebiji PC. Yang ini my hubby beli untuk dia. Laptop untuk saya. Tapi yang jadi adalah sebaliknya. Dia pakai laptop, saya kena pakai PC. Ok la tu. Lagi best pakai PC kan. Tapi tiap kali anak soleh ni nampak mummy dia duduk je, dia pun datang nak memanjat. Tak dapat panjat, dia merengek. Lama2 saya tutup je PC. Tak jadi nak update blog. Hari2 dok macam tu ajelah..

Dah selalu my hubby tanya pasal update blog, saya rasa saya kena ada apps yang boleh memudahkan saya untuk update blog. Masa mula2 tak tau nak guna apa, so saya cuba guna blogger apps dari Google.




Best guna. Simple aje. Tapi yang tak bestnya gambar kita tak tau dia campak kat mana. Ntah kat atas ke kat bawah ke. Kadang2 kita nak letak kat tempat2 tertentu kan.. Banyak entry jugalah apps ni berjasa pada saya. Tapi sebab rasa tak berapa ok, saya uninstall apps ni.

Lepas pada tu saya dok Google lagi cari apps apa yang kebanyakan blogger suka. Tapi tak dapat pun jawapan pasti. Yela, tiap2 orang ada kesukaan sendiri kan. So dok puas dah fikir, saya cuba pulak blogger-droid.




Yang ni ok jugalah. Tapi saya pakai dok jadi hang pulak. Tension betol.. Kita dah tulis panjang2 semua hilang. Eee.. Sakit hati betol. Dah selalu gitu, saya uninstall blogger-droid. Puas hati koi!

Lepas pada guna blogger-droid tu, saya tak install apa2 apps lagi dah. Malas rasanya dah. Rasa takkan jumpa pun apps yang ok. Baca komen2 orang yang pernah guna pun macam tak berapa ok je. Lagi saya tak nak.

Bila dah lama tak update blog. Rasa kesian kat blog. Jadi apalah agaknya. So, kena update blog. Tak boleh dibiarkan. Kena cari apps untuk update blog. Cari punya cari dapatlah bloggerdroid ni.

Nak kata ok pun saya tak pasti. Saya dah cuba banyak kali. Tapi saya tak pernah tengok hasilnya. Ok ke x. Saya tak buka blog kat lappy pun. Tak cek pun apa jadi kat blog saya. Ok ke x guna apps ni. Jadi tak macam yang saya nak. Tapi apa pun , pada saya apps ni ok. Senang jugalah nak guna.

Sebenarnya saya tak tahu apa beza app yg blogger-droid dgn bloggerdroid yg satu lagi tu. Company lain2 kah? Tak pasti pulak saya. Lupa nak tengok..hehe.. Tapi dari icon dia tu memang lain2 lah. Apa pun yang mana lebih baik tu saya tak tau. Apa saya tulis ni pendapat saya yang cetek ilmu pasal benda2 ni semua. Kalau korang rasa ada lagi yang lagi ok,bagitau saya ye.. Nak try yang lain pulak..

posted from Bloggeroid

Selasa, 24 Disember 2013

Blog Huduh!!!

Adoii..hubby cakap background yang sekarang tak cantik la pulak. Haiihh..penat2 saya buat, dia cakap tak cun. Hurmmmm kena tukar lagi la ni.  Kalau korang pun rasa tak cun, sabor2 la ye. Tahan je dulu mata tu. Nanti ada masa lebih saya cuba edit lagi.

Bukan tak mau upah orang, tapi saya tak tau setakat mana hobi menulis blog ni bertahan. Kang 2, 3 bulan dah menghilang, rugi aje upah2 orang tolong edit. Saya memang suka menulis, tapi kalau dah merundum jatuh semangat saya, memang berkubur la nampaknya.

No, no, no... Tak mo blog ni terbiar sebenarnya. Saya dah janji dengan hubby nak teruskan menulis blog sampai ke akhirnya. Nak jadikan blog ni tatapan buat anak2 kami nanti. Perjalanan kehidupan kami sekeluarga. Catatan tentang dorang, 1st bercakap, 1st makan, 1st berjalan. Semua tu akan dicatitkan kat blog ni.. So, harap2 kawan2 blogger saya sanggup bersabar dengan blog huduh ni ye... peace~ ~ ~

Selasa, 12 November 2013

Owner Blog Intan Berlian dah Follow saya.. :)

Kak Ina.....  TERIMA KASIH  ya.. Saya budak baru nak belajar pasal blog. kalau ada salah sudi2lah tolong ajarkan. :)

Masa mula2 dulu, sebelum saya ada blog saya dah baca blog Kak Ina ni. Jadi suka pulak tengok Alisha, hampir tiap2 harilah saya habiskan masa dok membelek blog Intan Berlian ni. Tapi bila saya dah busy dengan pindah rumah dll, jadi dah lupa.

Sekarang bila saya dah ada blog sendiri, saya cari balik blog favourite saya tu and follow. Yang bestnya Kak Ina tak sombong. 

Saya harap saya dapat jadi macam blogger yang hebat macam Kak Ina. *sehari dapat post banyak entry tuu...(kagum) *