nuffnang

Jumaat, 8 Ogos 2014

Apps untuk blogger..

Dah banyak bulan blog saya dok jadi macam lampu kelip2. Sekejap on sekejap off. Salah satu sebab utama adalah malas. Malas sebab asal pegang je keyboard, ada hero datang mengacau. Asal nak mula menaip je, idea yang berlagu dalam otak tadi semua dah hilang. Tulis padam tulis padam. Ada je yang tak kena. Time malam bila anak soleh dah tidur, saya pun nak juga rehatkan diri lepas seharian bergusti dengan dia. Lama2 blog pun jadi bersawang. Kata hubby tak tau ada apa dah dalam tu..hehe

Kat rumah ni ada sebiji PC. Yang ini my hubby beli untuk dia. Laptop untuk saya. Tapi yang jadi adalah sebaliknya. Dia pakai laptop, saya kena pakai PC. Ok la tu. Lagi best pakai PC kan. Tapi tiap kali anak soleh ni nampak mummy dia duduk je, dia pun datang nak memanjat. Tak dapat panjat, dia merengek. Lama2 saya tutup je PC. Tak jadi nak update blog. Hari2 dok macam tu ajelah..

Dah selalu my hubby tanya pasal update blog, saya rasa saya kena ada apps yang boleh memudahkan saya untuk update blog. Masa mula2 tak tau nak guna apa, so saya cuba guna blogger apps dari Google.




Best guna. Simple aje. Tapi yang tak bestnya gambar kita tak tau dia campak kat mana. Ntah kat atas ke kat bawah ke. Kadang2 kita nak letak kat tempat2 tertentu kan.. Banyak entry jugalah apps ni berjasa pada saya. Tapi sebab rasa tak berapa ok, saya uninstall apps ni.

Lepas pada tu saya dok Google lagi cari apps apa yang kebanyakan blogger suka. Tapi tak dapat pun jawapan pasti. Yela, tiap2 orang ada kesukaan sendiri kan. So dok puas dah fikir, saya cuba pulak blogger-droid.




Yang ni ok jugalah. Tapi saya pakai dok jadi hang pulak. Tension betol.. Kita dah tulis panjang2 semua hilang. Eee.. Sakit hati betol. Dah selalu gitu, saya uninstall blogger-droid. Puas hati koi!

Lepas pada guna blogger-droid tu, saya tak install apa2 apps lagi dah. Malas rasanya dah. Rasa takkan jumpa pun apps yang ok. Baca komen2 orang yang pernah guna pun macam tak berapa ok je. Lagi saya tak nak.

Bila dah lama tak update blog. Rasa kesian kat blog. Jadi apalah agaknya. So, kena update blog. Tak boleh dibiarkan. Kena cari apps untuk update blog. Cari punya cari dapatlah bloggerdroid ni.

Nak kata ok pun saya tak pasti. Saya dah cuba banyak kali. Tapi saya tak pernah tengok hasilnya. Ok ke x. Saya tak buka blog kat lappy pun. Tak cek pun apa jadi kat blog saya. Ok ke x guna apps ni. Jadi tak macam yang saya nak. Tapi apa pun , pada saya apps ni ok. Senang jugalah nak guna.

Sebenarnya saya tak tahu apa beza app yg blogger-droid dgn bloggerdroid yg satu lagi tu. Company lain2 kah? Tak pasti pulak saya. Lupa nak tengok..hehe.. Tapi dari icon dia tu memang lain2 lah. Apa pun yang mana lebih baik tu saya tak tau. Apa saya tulis ni pendapat saya yang cetek ilmu pasal benda2 ni semua. Kalau korang rasa ada lagi yang lagi ok,bagitau saya ye.. Nak try yang lain pulak..

posted from Bloggeroid

2 ulasan :

Rai Ourkizuna berkata...

yang bawah sekali tu namanya bloggeroid.. saya pun guna yg tu.. lagi senang berbanding yg lain.. ringan dan tak mudah hang.. tapi leceh sikit bab nak buat link ke apa..

Sya Nadia berkata...

hahaha...yela..namanya BLOGGEROID!! adoi...mcam mana boleh salah baca ni? hehe.. part nk buat link tu mmg payah..sya xmasukkan pun..