nuffnang

Rabu, 6 Ogos 2014

S-26, susu baru Aniq

Baru 2 hari lepas, saya tukarkan susu Aniq. Sebelum ni kan Aniq minum enfalac A+. Tapi sebab faktor kewangan, saya dengan hubby dah bincang, kitorang nak cuba tukar susu Aniq kepada susu yang lebih murah. Susu S-26 ni memang betul-betul murah berbanding dengan enfalac. Jauh sungguh bezant. Yang ni 1.2kg lebih kurang Rm70. Kalau enfalac 1.2kg dah RM 140. So kitorang ambik yang S-26 untuk percubaan.





Awalnya kitorang nak cuba annum. Tapi tak tahu kenapa, bila dah sampai kat rak susu, rasa nak try yang ni. Dalam berbelah bagi antara nak try ke tak, akhirnya bayar juga untuk susu S-26 ni. Kitorang sampai kat tunas manja tu dah lambat. Diorang dah nak tutup dah. So, tak boleh nak berdiri lama-lama depan rak nak buat pilihan lain. So masa balik tu adalah juga menyesal kenapa tak pilih annum. Padahal kat rumah dah nak beli annum pun! Tak apalah, fikir positif ajelah. Mungkin susu ni yang memang elok untuk Aniq.

Esoknya last susu enfalac Aniq. Berat hati saya nak tukar. Yela.. Semua tahu kan, enfalac ni bagus. Kandungan dalam dia lebih banyak nutrisi berbanding susu lain. itu yang orang bagitahu saya lah. Kalau salah tolong betulkan ye. Dalam hati dah tekad, nanti nak juga teruskan dengan enfalac. Anak soleh saya ni tak dapat susu badan dari umur 3 bulan macam tu. So, saya rasa tanggungjawab saya untuk ganti kan sesuatu yang terbaik untuk dia. Walaupun hakikatnya tak akan pernah sama susu ibu dengan susu lembu. Itu fakta yang tak ada siapa boleh sangkal.. Ye kan??

Masa memula buka plastik susu, saya nampak scoop untuk susu ni besar tak macam enfalac atau lactogen yang pernah Aniq minum dulu. Enfa dengan lactogen dulu sudu dia kecik je. Sukatan dia pun memang tak sama langsunglah. dah tentu lah kan sebab lain jenama susu..hee. Sukatan untuk yang ni 175ml air, 5 scoop susu. Kira2 35ml untuk satu scoop. Saya ikut sukatan yang diorang bagi. Nampak pekat sungguh susu dia. Sebab kalau macam susu lain yang pernah Aniq minum, banyak 5 scoop besar tu bersamaan dengan 10 scoop kecik. Air sama je.





Nampak buih dia banyak sebab susu ni pekat.

Masa bagi Aniq tu, risau dia tolak. Tapi alhamdulillah dia ok je. Telan aje. Dia memang bukan jenis yang memilih. Mujurlah macam tu. Tapi saya perasan yang dia susah nak menyusu sebab pekat sangat. Lama baru dapat habis sebotol 6 oz tu. Setakat dah 2 hari bagi dia susu ni baru sekali yang habis dia minum. Selalunya dapat separuh ataupun suku je. Ikut apa yang saya tengok tu, dah tolak markah dah untuk susu ni. Kesian kat Aniq payah nak minum.

Lagi satu, sepanjang 2 hari ni dia belum poo poo lagi. Selalunya memang tiap-tiap hari dia poo poo. Saya tak adalah risau sangat sebab dia nampak ok je. Tapi haruslah pantau selalu kan. Bukan apa, takut juga jadi macam baby yang kat hospital tu. Tak boleh poo poo sampai muntah-muntah teruk. Perut kembung apa semua. Kesian tengoknya.

Satu lagi, kalau dah minum susu, Aniq susah nak disuap makan. Walaupun dah lama menyusu. Maybe dia sakit mulut sebab kena hisap kuat2 kot..haha.. Tak tau lah kan.. Kalau susu yang sebelum2 ni tak ada masalah. Walaupun dah habis sebotol, dia ok je kalau disuap makan. Asalkan mood dia ok..

So far, banyak dah markah ditolak untuk susu ni. Tapi apa pun kena habis kan juga sekotak ni. Manalah tau nanti ok pulak kan.. Tapiiii...haahaa ada tapi lagi tu Rasa hati dah tak nak susu ni. Nak juga enfalac. apasal mummy dia yang excited eh? Bukan sebab nak eksyen susu mahal ye. Tak niat langsung. Semua semata sebab anak je. Nak bagi yang terbaik untuk dia. Mungkin nak tukar enfalac biasa pulak lah. Dulu enfa A+. Kita cuba.. Harap ok pada baby, ok pada hati mummy & ok juga untuk poket abah..hahaha..

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan :