nuffnang

Selasa, 11 Februari 2014

Abah Bercukur, Aniq terkejut

Petang tadi my hubby bercukur.. Senyapsenyap aje dia buat. Saya tak ada la rasa pelik pun. Biasalah lelaki bercukur kan.. TAPI... hahahah..ada tapi tu maknanya ada yang lain sikit la kan.. Kali ni my hubby cukur habis sekali janggut and jambang semua. Speechless kejap saya. Jujurnya saya tak pernah nampak muka hubby bersih macam tu. Nampak cute sangat..hehe * korang jangan muntah ye, saya puji hubby saya.* kihkihkih

Masa tu my hubby masih dalam bilik air lagi, so saya minta dia tolong mandikan Aniq. Time tu Aniq tak perasan lagi muka abah dia dah berubah. Tapi bila dah siap-siap semua, my hubby datang saja nak mengusik Aniq. Aniq terus lari. Terkejut dia tengok ada orang lain nak ambik dia dari mummy dia. My hubby nak cuim pun dia elak-elak.

Ambik masa jugalah baru Aniq rasa ok tengok muka abah dia dah makin hensem.. hehe.. Kesian Aniq tadi, mujur lah dia tak nangis, merengek sikit la  sebab muka my hubby memang nampak lain sangat. Dah tentu Aniq tak kenal. 

Saya pula dah tentu-tentu la seronok. Dari awal kawen dulu lagi minta hubby cukur semua janggut and jambang dia tu. Sekarang dah cukur, suka sangat la saya. Siap lompat-lompat peluk my hubby tadi. Sampai sekarang pun tak hilang lagi penat melompat tadi..hehe

5 ulasan :

IntaNBerliaN berkata...

hihii sweet plak rasa.. hehhe..

kak ina pun suka kalau hubby licin je muka kan.. xda janggut ke apa.. bkn pe, kak ina ni jenis geli bila janggut2 or misai ke apa ke terkene badan.. mulalah tergelak2.. adehhh hahhah

Sya Nadia berkata...

kannn...rasa geli je ada janggut jambang semua tu..bila dah tak ada ni nampak lebih muda..hehe

Puan Kutu berkata...

bila takde janggut n jambang sure makin hensem n nmpk muda..lawak tak bley blah anikpun takut ada org asing dlm rumah ye..tak percaya ke abah awk makin comel?haha

sy tak suka misai,klu janggut ok je.klu licin semua pun ok...mujur en suami pun tak suka misai,janggut tak bley cukur habis..tu janggut cari makan beliau kata.haha...

Sya Nadia berkata...

hubby saya ni selalunya xmo cukur sbb nmpak jambu katanya.. itu la alasan knp dia xsuka cukur semua.. kita ni plk rimas...

QasehnyaRania berkata...

rimas kan.
tapi sy bersyukur cikabe mmg suka bercukur.turun dri my fil. hihi.