nuffnang

Selasa, 28 Januari 2014

Harga Susu Aniq

Mahalnya harga barang-barang sekarang ni. Bila pergi pasaraya rasa nak pengsan tengok harga. Bukan sikit-sikit naiknya. Berkali-kali ganda dari harga asal. Tapi apakan daya dah itu je cara nak dapatkan barang, kalau ada yang boleh tanam, dah tanam dah.

Baru-baru ni beli susu untuk Aniq. Masa tu tak perasan lagi pasal harga. Ingatkan masih harga lama sebab tak dengar pula pasal susu akan naik harga. Dah sampai rumah, nak buat akaun, tengok harga....Ya ampun... Banyaknya naik....

Yang ni tarikh beli 14/12/2013


2 minggu kemudian.....



Hambek tu!!.... Sekali dia naik sampai 9 ringgit tu..  Ya Allah... Terkejut saya..  Banyak betul la naiknya. Aniq dah makin besar, susu 1.3 kg tu cuma cukup untuk 2 minggu je. Maknanya lepas ni kena tambah rm18  untuk tiap-tiap bulan untuk susu sahaja!!

Lemah longlai rasa tengok harga barang sekarang. Duduk dalam hutan ni pun betul-betul terasa, kalau duduk kat bandar tak tau la. Dengan tol bagai. Harap-harap tak ada dah barang yang naik harga lagi lepas ni. Nak beli barang basah pun takut. Punya lah mahal. Kalau ikan,sotong tu boleh tanam, saya tanam dah.. Kot-kot boleh tumbuh pokok ikan...hehehe



2 ulasan :

Mia Liana berkata...

mahalnya susu aniq.. sabar ya..

azizah :) berkata...

wahh aniq minum susu mahal..hehe
try survey kedai lain la yunk.. kdg2 kedi tak sama harga even beza rm1 pon..