nuffnang

Jumaat, 3 Januari 2014

Coffee yang memabukkan

Adoii...Pening kepala ni. Dari malam tadi dah. Dah keluarkan isi perut pun masih lagi terasa kesannya. Orang tak beringat, tak berjaga, macam ni lah. Bila dah kena baru nak insaf.

Puncanya malam tadi minum Indocafe. Saya memang tak boleh minum instant cafe yang jenis2 ni. Mula lah, mabuk mengalahkan orang mengandung. Pening, loya, semua ada.Nescafe pun satu geng juga lah.

Baru minum secawan, terus rasa nak pengsan dah. Angin rasa dah naik ke kepala. Selalu juga jadi macam ni. Tapi ada juga yang tak ada pun. Elok je nak minum berapa banyak pun. Saya pula dah lama tak minum, dah terlupa pula pasal masalah saya ni. Sebab tu dulu, saya panggil nescafe tu air pening, sebab lepas minum mesti jadi pening.

Mujur juga lah pagi ni dah rasa makin ok. kalau tak, tergolek aje lah. Aniq la kesian, tak ada yang nak tengok.Ntah apa jenis masalah saya ni. Dulu tak boleh minum milo. Lepas tu tak boleh nak makan telur. Semuanya jadi pening, loya, rasa nak pitam.

Milo tu rasa macam nak jadi balik,telur tu saya pastikan beli yang mahal je sebab yang tu tak ada pula nak jadi loya ke apa. Yang biasa boleh je nak makan, tapi kena tengoklah, kalau tengah ok, tak ada apa masalah. Kalau tengah tak ok, baru pecahkan telur, dah rasa nak terkeluar isi perut.

saya sebenarnya suka coffee..lagi2 jenis2 coffee yang ni.

9 ulasan :

Aisy Nasiha berkata...

Kalau nescafe..saya pun sama.. mmg xtahan.

Telur dan milo? Pun? Kali pertama dengar alahan pada dua makanan ni.. lain orang, lain ya.. cuba sesuaikan ya..

Unknown berkata...

wahh..dah macam mabuk orang pregnant.. hehehe..

haryati berkata...

oh elegik ke? susah gak ye, kene selalu beringat sbb bl dah kena cam teruk je

Unknown berkata...

sy pulak kalau sihat walafiat ni takpe lagi minum nescafe segala bagai ni.. tapi jangan time mmg tengah pening kepala.. kalau nk pitam boleh lah try. hehe

QasehnyaRania berkata...

morning dear. how r u today..
sama la ciksu pon x suka minum nescafe.. x boleh masuk..
tapi kopi ciksu suka. nak nak mkn dgn tosei. dapnya.. tapi kan lepas je kna serang migraine awal januari 2012 sy dh kurangkan minum kopi ni. atas nsihat doktor. lagi yg kna pantang coklat n cheese.. huahua

telur pon ada gak harinya.. mmg x boleh nk telan. kecuali buat telur rebus pastu goreng. ok la.

jga diri tau sian bby nti.
thanks doakan utk ciksu..

Mime MF berkata...

coffee..xsuka la sbbnya nt sakit kepala..memang xleh bau pun..huhu

msredcheesecake berkata...

akk pon suka kopi, neskefe...tapi skang ni dah takleh minum...angin...

maszull berkata...

assalamualaikum syaz...mama pula mmg jarang minum air kopi atau teh ni lebih suka air kosong je...;)

Azhafizah MN berkata...

coffee memang sedap tapi tu lah kdg2 perut kita ni ade yang tak boleh terima coffee..take care ye kak